Responsive Ad Slot

Beza Halia Muda dan Halia Tua

Tahu tak apa beza halia muda dan halia tua? Kalau tak tahu silalah membaca untuk tambah pengetahuan kegunaan halia dalam masakan. Kalu dah tahu, boleh kongsikan juga maklumat lain kalau ada apa-apa yang perlu ditambah untuk dikongsikan bersama.

Jujur cakap, selama ni main hentam je guna halia untuk memasak. Rupanya kegunaan halia dalam masakan ni berbeza ye. Ingat tu! Bukan guna sembarangan je halia tua dan muda. Tapi kalau tak ada, nak kisah apa dah kan. Janji halia. 

Beza Halia dan Lengkuas

Jangan pulak tak dapat beza halia dengan lengkuas. Tapi ada je yang masih keliru sebab halia muda dan lengkuas ni rupa dia seakan-akan. Paling mudah nak beza halia muda dengan lengkuas, lengkuas ni lebih keras dan bersabut. 

Lagi satu boleh beza kan dengan kaedah bau. Kalau bau pun tak tahu, mungkin boleh google je gambar untuk tahu beza dia. Takut nanti ada yang pesan beli halia muda, terbeli lengkuas pulak.

Halia Bentong

Pernah dengar halia bentong? Tak silap Fiza halia bentong ni popular beberapa tahun lepas. Macam masih baru jugalah. Halia Bentong( Zingiber Officinale) ni merupakan halia yang terbaik di dunia dan di angka sebagai halia premium.

Halia Bentong adalah keluaran dari Bentong, Pahang. Sebab tu dinamakan Halia Bentong. Terkenal dengan rasanya yang lebih pedas, extra aroma dan teksturnya lebih halus berbanding dengan halia yang ada dipasaran. 

Selain halia bentong, di Malaysia juga ada halia Indonesia, halia Tanjung Sepat, Halia Tanduk Rusa, Halia Cina, Halia Tambunan dan juga Halia Bara. 

Beza Halia Muda dan Halia Tua

Dalam gambar bawah ni boleh nampak beza halia muda dan halia tua. Opss maafkan saya, stok halia tua yang ada dah kecut sikit dan bertunas pulak. Tapi dapatlah nampak beza halia muda dan halia tua tu kan?



1. Rupa fizikal

Halia Muda

Mempunyai warna kuning coklat yang lebih terang dan kulit yang lebih licin.

Halia Tua

Warnanya gelap sedikit berbanding halia muda dan kulitnya kasar sikit. 

2. Bau dan Rasa

Halia muda memiliki bau dan rasa yang lebih lembut berbanding dengan halia tua yang mempunyai bau dan rasa yang agak kuat dan keras.

3. Penggunaan Dalam Masakan

Halia muda

Biasa digunakan dalam masakan barat dan masakan stim kerana mempunyai aroma bau yang lembut dan kurang pedas. Enak juga di campurkan dalam bubur dan sesuai digunakan untuk masak nasi ayam.  Ada kalanya dijadikan sebagai ulam. 

Halia Tua

Lebih sesuai digunakan dalam masakan tradisional seperti rendang, gulai, kari, masakan berkuah dan lain-lain kerana aroma dia lagi kuat dan pedas sikit. Jadi, dah faham lah kenapa masakan tradisional kita boleh jadi sedap gitu.

Dah tahu beza halia muda dan halia tua ni jadi mudahlah nanti nak guna yang mana satu dalam masakan kita. Acah acah hebat lah sikit nak memasak tu kononnya kan.

Cara Memilih Halia

Bila dah tahu beza, kerja memilih dan membeli halia pun jadi senang juga lah. Cara memilih halia juga penting tau bukan main boleh beli je tak tengok keadaan halia tu. Cara Fiza pilih halia, pilih yang elok-elok dan tak basah kalau nak simpan lama. Pernah terbeli halia basah, lama-lama dia jadi berkulat. Lansung tak boleh guna.

Cara Simpan Halia

Kebiasaannya orang simpan halia dalam bekas terbuka samada letak kat luar atau letak dalam peti ais. Tapi kalau terbeli halia basah, tak boleh simpan kat luar. Sebaiknya guna sesegera mungkin untuk elakkan halia tu berkulat dan membusuk.

In case kalau kau orang terbeli halia basah boleh je simpan dalam bekas bertutup yang di isi air dan simpan dalam peti ais untuk tahan lama. Fiza simpan lengkuas buat kaedah macam ni sebab lengkuas jarang guna tapi nak simpan lama. Halia ni macam selalu guna letak luar pun takpa.

Manfaat Halia Dalam Kesihatan dan Kecantikan

Halia ni bukan sekadar digunakan dalam masakan. Digunakan juga untuk kesihatan. Yang biasa orang buat minum air halia untuk buang angin dalam badan. Bagus untuk proses penghadaman dan membantu untuk menurunkan berat badan.

Halia mempunyai antioksidan yang tinggi dan melambatkan proses penuaan kerana halia memiliki antioksidan yang agak tinggi. Jadi ia mempercepatkan proses pembaharuan sel. 

Jika dijadikan scrub, mampu menghilangkan dan menghalang pembentukkan selulit. Ini kerana halia membuatkan kulit terasa panas dan lebih menggalakkan peredaran darah.
 
Tapi tak semua orang suka halia disebabkan rasa halia yang pedas tu. Pernah juga nak cuba minum air teh halia. Memang tak lalu nak minum bila terbau halia. Nak minum memang kena tutup hidung lah. Tapi kalau sup campur halia okay je pulak. Mengada ngada pulak tekak ni kan.

Dan tak semua orang boleh makan atau minum halia. Apa yang Fiza baca, wanita mengandung tak boleh amalkan pengambilan halia. Dikhuatiri akan berlaku kontraksi atau bayi pra matang. Untuk orang yang kurus pun tak boleh juga, nanti akan jadi bertambah kurang berat badan tu.

Panjang lebar kisah halia ni ye. Harini dah sibuk lah masing-masing siapkan juadah raya. Ehemm..Nak masak rendang tu dah tahu dah kan nak guna halia muda ke halia tua. 

Credit : Voize.my

10 Cara Lembutkan Daging Dan Tak Liat

Sehari je lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha/Hari Raya Korban/Hari Raya Haji. Terus terbayangkan rendang daging, sup daging, sup tulang bagai kan? Menu yang berasaskan daging memang sedap tapi kalau dapat makan daging yang liat tu boleh putus selera nak makan. 

Silap haribulan mengundang sakit gigi terus. Lagi kesian kalau yang kurang gigi tu nak makan nanti. Jadi, kenalah gunakan petua/tips/cara melembutkan daging dan daging tak liat. Baru lah sedap di makan seisi keluarga. 

10 Cara Lembutkan Daging dan tak liat
Daging Salai Goreng Berlada, gambar sekadar hiasan

1.Cara Melembutkan Daging Guna Pressure Cooker

Bagi yang ada pressure cooker tu memang untung sangat. Masak pelbagai menu daging jadi tak susah lah orang kata. Sup daging tu petik jari je boleh siap tau! Taklah sekali petik jari je. Kena jugalah sediakan bahan-bahan dan rencah. 

Yang jadi mudah tu hanya perlu masukkan kesemua bahan dan rencah, tekan suis  dan button, kemudian tunggu siap je. Kerja memasak pun jadi mudah dan cepat. Daging pun dijamin lembut gitu! Tapi tak semua orang ada pressure cooker kan. Boleh gunakan cara yang lain seperti di bawah ni.

2. Cara Melembutkan Daging Guna Soda Bikarbonat

Selain digunakan untuk membuat kek, soda bikarbonat juga boleh digunakan untuk tujuan melembutkan daging. Caranya mudah je, hanya perlu perapkan daging dengan soda bikarbonat selama lebih kurang 15 minit macam tu. Kemudian bilas sampai bersih sebelum memasak tu.

3. Cara Melembutkan Daging Guna Cuka

Tak ada soda bikarbonat, boleh je gunakan cuka kalau ada. Cuka makan ye bukan cuka lain. Jangan silap pula. Sama juga kaedah dia, perap daging dengan cuka beberapa jam. Bilas bersih sebelum memasak. Asid yang ada dalam cuka dapat melembutkan daging dan membuatkan daging cepat masak.

4. Cara Melembutkan Daging Guna Lemon/Limau Nipis

Lemon dan limau nipis juga merupakan sumber asid yang boleh digunakan untuk melembutkan daging dengan cepat secara semulajadi. Kaedah dia masih sama, kena perap beberapa jam. Boleh juga kalau nak perap semalaman. Daging pun tak bau hamis.

5. Cara Melembutkan Daging Guna Garam

Ini cara paling mudah untuk lembutkan daging. Setiap rumah pasti ada garam kan. Caranya pun mudah je perap daging dengan garam beberapa jam. Cara ni dikatakan berkesan kerana garam mampu memecahkan fiber otot yang keras. 

6. Cara Rebus Daging

Antara kaedah paling basic yang biasa digunakan adalah dengan cara rebus daging terlebih dahulu. Biasanya daging akan direbus dalam potong yang sederhana besar. Bila daging dah empuk, baru lah potong dan masak. 

7. Potong Ikut Lawan Urat

Setiap kali nak potong daging mesti mak pesan potong daging ikut lawan urat dia. Kalau potong daging ikut lawan urat dia akan menghasilkan tekstur daging yang lebih lembut dan mudah dileraikan macam tu. Tersalah potong, jadi liat sikit lah daging tu. Jadi, potong daging dengan betul tu antara basic paling penting lah. Lemak daging jangan lupa buang okay.

8. Potong Daging Nipis

Selain potong ikut lawan urat tu, pastikan juga potong daging nipis. Nipis yang dimaksud tu takde lah senipis kulit bawang tu ye. Tak mampu rasanya nak potong senipis itu. Agak agak je nipis dia. Tapi ada orang suka potong daging tebal sikit. Macam Fiza suka potong nipis atau sederhana tebal. Tebal sangat lambat masak pulak nanti.

9. Cara Masukkan Sudu Besi

Dulu Fiza rasa macam pelik je akak masak daging masukkan sudu besi. Lahhh rupanya untuk lembutkan daging dan cepat masak. Sebabnya sudi besi atau sudu tembaga ni fungsi dia untuk meningkatkan suhu panas tu. Lagi cepatlah daging masak dan lembut. Jangan pulak kau orang hentam masukkan sudu plastik. 

10. Ketuk Daging 

Satu lagi kaedah yang boleh digunakan adalah dengan cara mengetuk daging sebelum memasak. Gunakan meat mallet kalau ada. Tak ada meat mallet, gunakan penggelek (rolling pin). Ketuk potongan daging yang besar untuk memudahkan memotong daging nanti. Nak masak pun jadi mudah. Daging pun jadi lembut dan sedap di makan. Tapi jangan lah pulak diketuk sampai hancur. 

Dalam 10 cara lembutkan daging dan tak liat ni, Fiza biasa guna cara potong nipis, potong lawan urat dan letak sudu besi dalam masakan. Masak apa pun jadi sedap bila daging tu lembut. Baru lah terasa nikmat segala menu daging tu. 

Selain daging, sup tulang pun jadi hidangan popular bila musim raya ni. Bukan tulang je jadi rebutan, ekor, lidah, usus, perut dan bahagian-bahagian lain pun boleh dijadikan hidangan. Fiza makan daging je lah. Hidangan eksotik dan pelik pelik ni tak boleh nak masuk.

Lain orang lain citarasa kan. Bagi yang tak tahu cara nak lembutkan daging tu boleh lah pratikkan cara yang mudah pada kau orang. Yang dah lama memasak confirm dah lama tahu dah kan. Kalau ada cara lain, boleh share dalam kotak komen bawah. Terima kasih.


Apalah Abah Nak Pesan Tu Agaknya

Berdebar debar menantikan Pengumuman Khas YAB Perdana Menteri (PM) Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin hari ni. Apalah abah nak pesan lagi tu agaknya kan. Melekat terus gelaran abah yang diberikan pada PM. Caranya berpesan santai macam abah pesan anak-anaknya. 

Senang mendengar ucapan dan pesanan seorang abah. Tapi! Debaran tu lain macam je. Tak sabar nak tunggu pun ada. Ada yang kata pengumuman khas Perdana Menteri hari ni nak umumkan samada boleh balik raya haji ke tidak. 

Alahaiii, kalau tak boleh balik beraya di kampung lagi. Beraya berair mata lagi lah kita.
Credit image : The Third Force

Harap-harap lah dibenarkan balik beraya di kampung macam PKP Bersyarat tu. At least boleh juga rentas negeri balik kampung. Jangan tiba-tiba PKP 2 sudahlah. PKP Pemulihan pun tak habis lagi ni. 

Macam-macam yang menjadi tanya tanya. Semua ni sebab pertambahan kes baru positif Covid-19 makin rancak dari hari kehari. Dengan adanya kluster baru, ramai tak ikut SOP. 

Makin buat risau. Harap jugalah tak ada gelombang kedua. Risau betul. Kalau betullah PKP semula, tak tahu nak cakap apa sebenarnya. Banyak benda yang kena difikirkan semula. Budak budak pun dah mula bersekolah semula.

Mungkin kita tak akan terkejut jika PKP di adakan semula sebab kes pun makin meningkat. Terpaksa lah kita akur juga daripada menyesal dikemudian hari kalau kes naik mendadak. Disebabkan kedegilan orang yang tak bertanggungjawab, orang lain jadi mangsa. Sedih betul.

Sama-samalah kita nantikan apa yang abah nak pesan lagi tu. Sejak minggu lepas rasa banyak betul berita yang tak sedap di dengar. Mana satu nak hadam entah. Lepas satu, satu lagi berita yang viral eh. 

Kes Sugu, kes Alya, hari ni kes budak umur 14 tahun pulak. Bawang rangers tak penat ke tu? Macam-macam kan! Kita duk tepi perati je. 

Marilah kita sibukkan diri dengan jaga SOP kalau keluar rumah tu. Bila kes naik semula ni, terpaksa lah kita duduk rumah buat sementara waktu. Stay safe! Nak keluar shopping pun jadi malas dah. Tapi dalam hati ni meronta ronta nak keluar. Sabar puan, sabar.

Pengajaran Drama 7 Hari Mencintaiku 2

Disebabkan Karipap, Mak Leha dan Mia bergaduh. Karipap tak bersalah lansung dalam hal ni. Salah satu scene yang jadi trending dalam Drama 7 Hari Mencintaiku 2. Episod 2 hari lepas kot kalau tak silap. Siapa yang pernah layan drama ni dulu mesti lah teruja sangat nak tengok sequel drama ni. Termasuk lah Fiza sekali. Terjebak!

Credit : google


Episod satu je dah boleh buat rasa orang panas hati dah. Watak yang selalu buat orang geram adalah watak Mak Leha, Mia, Syakila, Mama Mia dan Bapak Sofi. Tak pasal-pasal in real life pun ada antara mereka yang kena kecam. Punyalah orang menyampah dengan watak jahat masing-masing tu.

Dalam ketegangan tu, ada jugalah watak watak yang semanis kurma sofi dengan helmi tu. Kannn..ada orang kata kalau sequel 2 ni macam dah kurang menarik. Mungkin dah bosan dengan watak yang ada. Tapi so far pada Fiza okay je cuma tu lah banyak scene yang berulang juga dan boleh agak.

Contohnya macam Mia, sikit sikit merajuk. Letih juga Khuzairi nak memujuknya. Biasalah sayang isteri dan isteri pun tengah mengandung. Emosi dia tak menentu. Mak Leha pulak tak sudah-sudah lebihkan Nurul, bila Pak Samad dah warning pun tetap tak berubah. 

Mama Mia dan bapak Sofi pulak tak sudah sudah dengan niat jahat tu. Tak pernah insaf! Emosi sungguh haihh bila tengok Drama sequel 7 Hari Mencintaiku 2 ni. Tak sabar nak tunggu episod akhir. Yang dah baca novel of courselah dah tahu jalan cerita dia kan. Pssttt..betul ke Nurul tu jahat sebenarnya? Jeng jeng jeng...

Apa pengajaran yang boleh kita dapat dari drama 7 Hari Mencintaku 2 ni? Banyak pengajaran yang boleh kita ambil. Jangan emosi sangat tengok drama tu, ambil pengajaran mana yang baik.

1. Hormat

Siapa pun kita sebagai manusia kenalah saling menghormati satu sama lain muda ataupun tua. 

2. Jangan Cari Salah Orang Lain

Kalau tak suka seseorang tu, jangan lah kita nampak dan cari salah dia je. Kalau terus menerus cari salah, sampai bila bila lah tak akan berakhir.

3. Bersangka Baik

Cuba bersangka baik dengan orang disekelilingi kita. Jangan asyik nak fikir negatif je pasal orang lain.

4. Jangan sakiti hati orang lain

Sebaiknya cubalah jaga hati orang lain dan jangan pernah berniat untuk menyakiti hati orang.

5. Jangan Pernah Membeza-bezakan

Jangan sesekali membezakan seseorang dengan orang lain. Siapa je yang tak terasa jika dibanding-bandingkan.

6. Jangan ada Perasaan Hasad Dengki

Jika ada perasaan dengki pada orang lain. Silalah buang jauh jauh niat dan perasaan dengki tu. Nanti takut termakan diri. Sepandai pandai tupai melompat akhirnya ke tanah juga. Ingat tak peribahasa tu? Haa faham-faham sendiri lah.

7. Jangan Melaga-lagakan Orang- komen dari Syaz Rahim

Jangan jadi macam Syakila, suka melaga-lagakan orang jadi batu api. Akibatnya mesti berbalik pada diri sendiri nanti.

Banyak lagi pengajaran yang boleh kita nampak dari Drama 7 Hari Mencintaiku 7 ni. Yang lain, kau orang tambah sendiri. Situasi yang mungkin biasa berlaku dalam kehidupan kita. Drama yang penuh dengan plot twist dan babak yang bermain dengan emosi penonton. Itu yang trending sekali lagi.

Lagi menarik kalau watak Pak Samad dan Mama Mia dikekalkan oleh Aman Graseka dan Zila Bakarin. Zila Bakarin tu fahamlah sebab dia pun dah bertudung sekarang. Mungkin dah berhenti berlakon atau watak tak sesuai. 

Apa yang boleh nampak dalam Drama ni Mak Leha, Mia, Syakila, Mak Mia dan Dato' Johari tak move on move on. Masih dengan perangai lama masing-masing. Betul tak?

Ohh ya, Sequel Kampung People akan menyusul tak lama lagi. Lailer dan Jekfer kembali. Eh eh Yummy macam dah slim sikitlah. Kemudian ada watak baru mak mona yang dilakonkan oleh Adibah Noor. Watak ni lebih over dari watak Mona katanya. Agak agak slang english apa yang trendig nanti.



Kalau Bukan Gambar Sendiri, Jangan Pandai Pandai Letak Watermark Sendiri. Sila Credit Kepada Pemilik

Rasanya kalau baca tajuk dah boleh faham kot kan? Ini bukan nak marah orang gunakan gambar Fiza dan letak watermark mereka. Cuma untuk peringatan bersama lah kita sebagai blogger-blogger ni mahupun yang bukan blogger.

Dulu-dulu masa mula terjebak dengan dunia blogger main hentam je guna gambar orang kemudian tak letak credit pada pemilik gambar. Boleh maafkan kot kan masa tu tak tahu lagi etika seorang blogger. Ye, perbuatan tu memang totally salah. 

Tapi so far tak pernah lagi lah letak watermark sendiri pada gambar orang lain. Kalau nak edit pun akan letak edited by macam tu. Kes letak watermak sendiri pada gambar orang lain tu memang tak patut lah. Gunakan hasil kerja orang lain dan letak watermark sendiri. Siapa je yang tak marah kan? 

Tak kisahlah dari mana kau orang ambil gambar tu, tetap salah kalau letak watermark sendiri. Faham tu. Guna gambar dari cariaan google pun kalau tak tahu mana sumbernya. Credit je pada google senang. 

Itu cara Fiza lah. Sebab kadang-kadang tu kita save gambar terus dari google. Ada juga yang berkongsi gambar tu, dia pun ambil dari google juga. Jadi, tak tahu siapa pemilik sebenar kalau tak ada watermark pada gambar.

Kes macam tu memang Fiza letak credit google je lah. Sebab tu adalah lebih bagus sekiranya setiap gambar tu letak watermark sebelum upload (kalau gambar sendiri). Mudah lah orang lain nak credit kan bila kongsi atau guna gambar tu. Betul tak?

Nak dijadikan cerita, bulan lepas Fiza dapat komen dari pemilik gambar yang Fiza gunakan dalam entry jenis-jenis dekorasi dan ikatan hidden hantaran. Komen tu Fiza tak publish. Komennya begini :


Sampai sekarang Fiza belum publish lagi. Simpan buat kenangan. Dalam entry tu semua gambar adalah hasil carian google dan semuanya tak ada watermark. Fiza pulak tak letak credit google. Silap Fiza lah kat situ. Cuma ada satu video je lah letak credit sebab sharing dari youtube sah sah lah ada linknya kan.

Entry lama-lama ni memang tak dapatlah nak check satu satu setiap entry mana yang tak letak credit tu. Tapi bila dah dikomen macam ni, laju-laju letak credit google mana yang tak ada tu. Kang tak pasal-pasal dapat lagi komen macam tu.

Kira fahamlah kenapa dia tulis macam tu. Sebab tak ada credit pada gambar dia. Kenapa baru sekarang? Mungkin sebab gambar tu 1st page google. Then dia baru jumpa, tengok pulak tak ada credit pada dia. 

Fiza suspek dia maki hamun dah masa ni kot sebab tu terus komen macam tu. Ye lah, kalau ada link tu mungkin boleh menguntungkan bisnes dia jugalah secara tak lansung. Memang niat Fiza tu nak berkongsia idea je untuk yang mencari idea tu. Silapnya tak letak credit je lah pada gambar tu. Terus kena tuduh seperti plagiat.. Aduhaiii..

Fiza tak kisah kalau pemilik gambar terus komen, gambar tu milik saya ke. Sila kreditkan kepada link ini. Berdesup Fiza terus letak credit nanti. Tapi bila komen macam tu. Senyum dan tak perlu kata apa-apa dah. Inilah pertama kalinya dapat. Terkejut juga sebenarnya. Agak agak orang lain share gambar dia tu dapat komen yang sama tak agaknya?

Dunia internet ni sekali kau dah upload gambar, memang meluas lah pergi dia. Nak orang letak credit pada gambar kita, letak sesiap watermark kat gambar tu. Mudahlah orang nak letak credit atau nak claim gambar sendiri.

Sekali kita berkongsi dalam internet ni, kita tak dapat nak kawal. Lagi lagi kalau dah viral. Gigih ke nak komen satu satu dalam setiap post suruh letak credit. Berkongsi tu biarlah niat kan berkongsi yang positif dan memberi manfaat pada orang. 

Idea kita ni pun bukan datang bergolek. Dalam dunia internet yang meluas ni, pelbagai sumber inspirasi kita boleh dapat dari google ni. Pusing pusing situ juga pergi dia. Macam kita berniaga benda yang sama pun, percaya pada rezeki masing-masing.

Nak credit, boleh je. Boleh komen atau email atau direct message. Lama juga peram tak publish komen tu. Tak publish lah kot sebab gambar pemilik pun dah Fiza padam. Okaylah tu kan habis cerita dia. Jangan claim claim dah gitu.

Gambar lain Fiza creditkan google siap-siap. Akan datang, pemilik faham Fiza ambil gambar dari mana dan kalau nak kredit. Just tinggalkan link dan mention gambar mana okay. Kenapa delete gambar tu? kenapa tak credit je pada dia? Fiza anggap dia tak redha gambar dia dikongsikan. Biarlah dia dengan gambar-gambar dia. Kalau kau orang, apa tindakan yang kau orang akan buat?

Tujuan Fiza kongsikan cerita ni bukanlah nak memburukkan atau menyalahkan. Taknak cari salah sesiapa. Cuma peringatan kita untuk lebih beringat lah. Kalau gambar kita, letak watermark sendiri. Senang nanti orang lain nak credit kepada kita. 

Kalau bukan gambar kita, jangan pandai pandai letak watermark sendiri. Kena letak credit kalau guna gambar orang lain. Marilah kita sama-sama beringat okay. Tak nak lah kau orang pun buat silap juga. Jenis manusia tak kisah tentang gambar dia tak ada hal. Jenis yang kisah teramat sangat  ni, faham faham lah. Kadang boleh jadi isu besar juga tu. Orang sekarang main saman-saman tau!

Jenis Fiza, once dah upload ada orang nak guna gambar Fiza tak credit pun tak pe. Jangan pandai pandai letak watermark sendiri sudahlah. Tapi ada juga yang jenis gigih buang watermark pemilik dan claim gambar sendiri. Jenis orang macam tu memang tak leh cakap apa lah. Kita memang tak boleh kawal.

Sebab tu kadang-kadang isu ni terlalu rumit untuk dipersoalkan. Contohnya bab design pun. Macam nak design poster ke banner ke. Kadang kita pun cari idea dan gambar dari google. Susah sebenarnya nak cakap bab ni.

Walaupun sebenarnya kat dunia ni tak ada satu pun milik kita. Semua milik Allah termasuklah anugerah idea/inspirasi tu.

ingat lagi, masa terjebak dalam dunia blogger ni awal 2009-2010 dulu. Baru pandai design blog sendiri. Tiba-tiba ada orang tiru bulat-bulat design blog masa tu. Tipu lah kalau tak marah masa tu. Ada 2-3 kali juga lah kes tu jadi.

Lama lama Fiza tak ambil pusing dah. Malas nak fikir dan Fiza dah anggap benda ni perkara biasa je lah. Fikir positif je dan inshaAllah positif lah semuanya. 

Isu tak menghalalkan gambar ni bukan isu baru lagi. Antara isu sensitif bagi mereka yang berniaga. Ye, faham tu sebab usaha mereka kan. Semuanya bergantung kepada niat dan hati masing-masing. Takut nak cakap lebih-lebih. Takut disalah erti kan. Lain orang lain pendapatnya. 

Anggap je Fiza berkongsi pendapat dan meluahkan sahaja. Blog kau orang pernah dapat komen macam ni tak? Ke kau orang abaikan je? Jika ada tersalah pendapat atau idea, sila perbetulkan dalam kotak komen. Kotlah ter emosi semasa menaip.

Dapat sesuatu tak dari entry ni? Kita sama sama belajar dan perbaiki okay. 

Lega Sikit Bil Elektrik Tak Perlu Bayar Dengan Adanya Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) Tambahan

Selamat pagi sekalian. Pagi ni cerita dia pasal diskaun bil elektrik pkp. Bulan lepas bil elektrik cecah RM200 juga lah, antara bil elektrik tinggi masa pkp ni. Lebih dari biasa purata setiap bulan. Ini bukan kes bil melambung sebab 3 bulan sekali tu ye. Memang bulan lepas terlebih sikit dari biasa.

Bila difikirkan, memang ada guna terlebih. Almaklumlah musim tengah panas masa tu. Lebih masa lah bukak air cond. Kira betul lah bil elektrik naik bulan lepas. Guna lebih, bil pun lebih lah. Tup tup bulan ni katanya ada Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) tambahan.

Ramai yang mengeluh dan mengadu bil elektrik tinggi masa pkp. Boleh dikatakan bil elektrik tinggi dalam tahun 2020. Kena faham sebab kita duduk rumah 24/7 masa pandemik COVID-19 ni. Tapi yang tak fahamnya ada yang rumah ditinggalkan berbulan tapi bil elektrik melambung macam ada penghuni pulak. Kira tak logiklah macam tu kan. 

Jangan terus melenting marah-marah, kau orang boleh je buat aduan pada TNB dengan saluran yang betul. Mereka akan selesaikan masalah kau orang mengikut prosedur dan of courselah akan melaluinya proses-prosesnya. 

Bab ni memang kena sabar lah sebab bukan hanya satu dua aduan je. Rasanya orang TNB pun pening dengan bermacam aduan. Beberapa hari yang lepas pembaca meter TNB datang check meter tapi tak dapat bil. Katanya mereka akan hantar bil melalui pos. Then, dia hulurkan sekeping kertas ni. 


Rumah Fiza ni meter elektrik dia kat tepi bukan direct terus boleh tembak meter tu. Rumah design lama, pemaju dulu entah macam mana design rumah tak tahu lah. Bila tanya TNB, urusan pindah meter tu bukan dibawah mereka. Kena bagi kerja tu kat sub kontraktor buat. Kalau nak pindahkan, kena bayar lah dalam RM180 lebih macam tu.

Tak payah lah kalau macam tu, nak kena bayar bagai. Padahal memang meter tu dipasang macam tu. Setiap kali pembaca meter nak baca meter dia akan masuk rumah jiran sebelah tembak dari sebelah. Kalau ada yang extreme sikit mungkin akan panjat panggar kot. Ini kes kalau tak ada rumah. 

Kadang tu risau juga nak buka pagar kalau tinggal sorang-sorang. Dah bermacam macam kes orang menyamar dan menipu. Kita pun jadi takut. Jadi kenalah berhati hati. Ambil parcel pun jauh jauh je suruh letak je dalam pagar dan bagi no ic. Sekarang pun tak perlu sign parcel dah kan. Mostly minta ic je.

Sambung semula kisah tadi. Disebabkan pembaca meter tak dapat nak tembak meter, so dapat bil elktrik bacaan anggaran je. Sebab tu setiap bulan bayar bil elektrik online ikut average je. Tak tahu bil berapa jumlah pun still bayar average yang sama setiap bulan. Kalau terkurang boleh tambah, kalau ada lebih boleh bawa ke bulan depan. 

Janji setiap bulan maintain bayar walau berapa sekalipun. Kalau peram sampai 2-3 bulan tu fahamlah banyak dia macam mana. Mahu pening dok fikir nak membayarnya banyak banyak tu. Sekarang pun dah senang nak check bil elektrik online dengan aplikasi myTNB tu. 


Kau orang dah download ke belum? Kalau belum, cepat-cepat download. Boleh lah tengok graf naik turun bil elektrik kau orang. Dari situ, boleh lah kawal penggunaan elektrik kalau nak berjimat cermat. 

Selepas dapat bil, 2 hari lepas tu check lah dalam aplikasi myTNB. Maka benarlah bagai dikata. Lega sikit bila tengok bil elektrik dah dibayar dengan adanya Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) tu. Siap ada lebihan bayar lagi tu haaa.. Kiranya tak perlu lah kita bayar bil elektrik ye untuk bulan Julai ni. Betul?

Tak salah faham kan? Alhamdulillah. syukur lah kan. Lega! Ada extra duit untuk bayar bil tu boleh guna untuk persiapan raya haji. Harap-harap bolehlah balik beraya di kampung. Jangan PKPP jadi PKP semula sudah lah. Menangis tadah besen lah kita..huwaaa

Bantuan Prihatin Elektrik (BPE)?

BPE adalah pakej bantuan tambahan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia bersama TNB kepada semua pelanggan domestik dalam bentuk manfaat penggunaan elektrik percuma sehingga RM77 sebulan, bersamaan penggunaan elektrik sehingga 300kWj pertama untuk tempoh 3 bulan pelaksanaan PKP.
 
Diskaun Prihatin diberikan kepada para pelanggan bermula April 2020 sehingga Disember 2020, manakala BPE adalah bantuan tambahan yang diberikan secara sekali gus bagi meringankan beban kenaikan bil yang lebih tinggi sepanjang April 2020 hingga Jun 2020 yang dihadapi para pelanggan.
 
Semua pelanggan domestik TNB akan menerima BPE yang jumlahnya akan dimasukkan secara sekaligus ke dalam bil bulan Julai 2020.

-credit : TNB (https://www.tnb.com.my/prihatin/bantuan-prihatin-elektrik/)






Hilltop Cuisine Kota Warisan, Port Makan Baru Di Sepang. Pakej Sunset View.

Kawan-kawan, nak tahu tak ada port makan baru atas bukit yang cantik di Sepang. Siap sekali dapat pakej sunset view yang cantik. Nama tempat tu Hilltop Cuisine Kota Warisan.

Kalau kau orang bosan tak ada aktiviti hujung minggu bolehlah ajak family atau kawan-kawan makan di Hilltop Cuisine Kota Warisan, Sepang. Nak makan pada hari biasa pun boleh. Katanya hidden gems di Sepang. 

Tak pasti lah pulak dah berapa lama beroperasi. Yang pastinya permandangan hilltop/puncak bukittu memang awesome! Sambil makan sambil menikmati keindahan ciptaan Allah tersangatlahlah nikmatnya.

Credit : Hilltop Cuisine Kota Warisan

Ada rezeki dan datang tempat pada masanya, dapatlah enjoy sunset view tu. Kalau tak dapat enjoy sunset view boleh enjoy udara segar disertai dengan angin sepoi sepoi bahasa atas bukit waktu petang-petang.

Tak sempat datang petang, dinner pun menarik juga atas bukit ni kan. Tempat makan yang permandangannya mahal tapi boleh dapat secara percuma. Tak percuma lah, tetap kena makan kat situ. Ke boleh je datang enjoy tengok view? Entah lah ye.

Ada sesiapa boleh clarify ke? atau ada yang dah pergi bolehlah kongsikan pengalaman kau orang dalam kotak komen di bawah entry ni. Siapa je yang tak suka datang tempat macam ni. Haruslah semua orang pun suka.

Tambah lagi tengok hidangan menu dia nampak menyelerakan. Harga dan Kesedapan tu kau orang kena pergi dan nilaikan sendiri lah. Fiza tak pernah pergi tak boleh nak sembang lebih. Just nak share tempat makan yang menarik. 

Kalau nak kelainan sikit boleh lah makan kat sini. Buat surprise candle light dinner acah acah romantik pun menarik juga kan. Birthday party ke nak celebrate event ala garden ke pun nice sangat. Bolehlah difikir-fikirkan dan book sesiap.

Boleh juga letak dalam list tempat menarik untuk photoshoot kahwin ke, pre wedding ke dan lain-lain. Nampak ada juga yang kongsikan gambar photoshoot kahwin kat sini. Macam cantik pulak. Yang berdekatan tu bolehlah cuba datang dan rasakan pengalaman makan di Hilltop Cuisine Kota Warisan Sepang ni.

Yang jauh, kalau terrr lalu Sepang boleh juga singgah kejap di sini. Kalau rasa tempat ni menarik pada kau orang lah. 

Hilltop Cuisine Kota Warisan



Cosy · Casual · Good for kids
Address: Hilltop cuisine, Persiaran Warisan, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor
Hours: Closed ⋅ Opens 4PM
Phone: 013-778 9244
Hours or services may differ

Teh O Panas Di Kala Musim Hujan

Happy Sunday everyone! Dah dekat seminggu lebih cuaca mendung dan ada kalanya hujan. Hujan turun bukan kejap kejap. Ada kalanya lama dan kadang kala hujan lebat dengan petir guruh berlawan-lawan. Di kala hujan ni syoklah duduk rumah berselimut. 

Nak keluar jalan pun leceh juga bila musim hujan. Lagipun bahaya drive waktu hujan. Samada kabur tak nampak jalan ataupun jammed satu hal. Lebih baiklah duduk rumah diam-diam. Tak ada hal penting baik duduk rumah je lah kan.

Sekarang masih lagi tempoh PKP Pemulihan. Adalah lebih baik sekiranya duduk di rumah jika tak ada hal penting untuk keluar. Duduk di rumah dugaan utamanya susah nak tepis bab lapar. Lagi lagi waktu hujan. Aduhaii mencabar betul.

Paling tidak pun, buat air teh O panas atau kopi panas. Stok biskut lemak wajib ada kat rumah. Fungsinya memang buat kudapan di kala perut lapar minta makanan. Hidangan ringkas dan mengenyangkan bila perut tiba tiba rasa lapar.



Walaupun tak betul betul kenyang seperti makan berat. At least perut terisi. Nikmat apa yang lagi yang kita dustakan? Cukup nikmat makan biskut kering cicah air panas. Agak agak masa lapar, berapa keping biskut boleh habis tanpa sedar. Lepas satu, satu lagi biskut di cicah.



Lainlah kalau kau orang sejenis yang tak layan biskut kering. Memang tak terasa nikmat sedap sekeping biskut cicah air. Orang dulu dulu mesti cicah dengan teh O atau kopi O kan. Kenapa mesti minuman yang O? Lebih sedap mungkin?

Cara buat teh panas orang dulu pun lain, ada yang masak dalam periuk serbuk teh campur air. Ada yang gunakan penapis kain tu. Zaman sekarang tak payah dah. Guna uncang lagi cepat dan mudah. Teh O pun dah bermacam macam perisa ada. Tapi yang klasik juga jadi kegemaran ramai.

Yang nak diet haruslah minum teh without sugar and milk. Kalau tanpa gula dan susu, Fiza lebih suka green tea lagi. Rasa dia lebih sedap tak pahit dan tak kelat sangat.


Asplenium Variegated, Pokok Paku Langsuir Berurat Daun Yang Cantik

Uisshhh langsuir? Menakutkan! Ye, betul nama dia pokok paku langsuir. Siapa je yang tak seram bila dengar atau baca perkataan langsuir tu. Auto seram! Pokok paku langsuir ni sebenarnya ada banyak nama. 

Ada orang panggil pokok tanduk rusa, pokok tanduk kijang, pokok sakat, pokok daun semun, bird nest fern, pokok fern dan lain-lain lagi. Dalam banyak-banyak nama tu orang lebih familiar dengan nama pokok tumpang dan paling familiar dengan pokok paku langsuir lah.

Di Indonesia pulak lebih popular dengan nama pokok paku lansguyar/langsuyar plant. Langsuyar tu adalah langsuir. Nak tahu cerita tak kenapa di panggil dengan nama pokok paku langsuir?

Alkisah pokok paku langsuir 

Nak dijadikan cerita. Pokok ni asalnya tumbuh liar di hutan. Tumbuh dan hidup menumpang kat pokok pokok besar dalam hutan tu. Dalam pada itu, ada juga kepercayaan orang dulu mengatakan pokok ni didiami makhluk yang bernama langsuir.

Credit : google

Disebabkan pokok paku ni tumpang hidup kat pokok besar, maka mudahlah si langsuir ni nak bertenggek sambil mengilai dan ketawa terbahak-bahak. Kira tumpang sekaki lah ni? Ada juga yang kata pokok paku ni tempat langsuir bergayut. Dok terpaku je kat situ agaknya macam di paku.

Mungkin disitu lah bermulanya pokok tersebut di panggil dengan nama pokok paku langsuir. Atau mungkin juga ada yang pernah ternampak atau terserempak semasa melalui pokok tu. Cerita ini mitos dan kepercayaan orang dulu. Wa'allahualam.

Okay, buang jauh-jauh kisah yang agak seram tu. Kita move on ke zaman moden, nama pun berubah  menjadi pokok paku sarang burung.

Asplenium Nidus/Pokok Paku Langsuir

Lebih dikenali dengan nama paku langsuir atau 'bird nest fern'. Asalnya dari family Aspleniceae dengan nama spesisnya Asplenium Nidus. Sejenis tumbuhan paku pakis epifit yang hidup menumpang pada pokok lain.

Kebiasaannya tumbuh pada pokok besar, celah celah pelepah kelapa sawit dan pokok salak. Walaupun dia hidup menumpang, tapi tak mengganggu pertumbuhan pokok yang ditumpang seperti pokok duit-duit. Sebabnya pokok paku ni mampu hidup sendiri.

Daun-daunnya yang berbentuk seperti 'sarang burung' mampu menadah air hujan yang turun dan memerangkap daun-daun yang akhirnya mereput mati menjadi humus dan membekalkan mineral untuk pokok terus hidup.

Penjagaan Asplenium Nidus/Pokok Paku Langsuir

Kalau kau orang perasan, pokok ni biasanya ditanam di dalam sabut dan diletakkan tanah. Sabut tu membantu menyerap dan menyimpan air untuk pertumbuhan pokok paku. Pokok paku ni memerlukan kelembapan yang tinggi  untuk hidup sihat dan subur.

Jangan sesekali letak di tempah yang terdedah terus kepada cahaya matahari terik. Pertumbuhannya akan terbantut dan tidak subur sekiranya daun berwarna kuning atau ada tompok-tompok perang pada daun. Jadi, kenalah letak di tempat yang redup yang membolehkan pokok ni hidup subur tanpa penjagaan yang rapi.

Cara Pembiakan Pokok Paku Langsuir

Pokok paku membiak melalui spora yang terhasil pada bahagian belakang daun. Spora yang halus disebarkan oleh angin ke tempat lain yang mungkin sesuai untuk percambahan/pembentukan anak pokok. Sebab tu pokok paku langsuir mudah tumbuh merata di celah-celah pokok. 

Asplenium Variegated

Panjang betul cerita tentang pokok paku langsuir ni. Padahal nak cerita tentang pokok Asplenium Variegated je sebenarnya. Dah lama beli belum sempat repot. Pasu tak beli lagi. Suka tengok pattern urat daun pokok paku langsuir ni. Jenis variegated yang berbeza warna selang seli warna putih dan hijau.



Variegated ni lebih cantik sikit lah daripada Asplenium Nidus yang biasa tu. Tapi kedua-duanya pun cantik untuk hiasan landskap, balkoni dan hiasan luar rumah. Rupa yang unik dan jarang ditemui. Dekat nursery pun tak banyak yang ada.

Kalau ada mungkin harganya agak mahal mengikut saiz. Fiza beli yang mini je, Pasu kecil murahlah sikit. RM10 kalau tak silap Fiza. Beli di Seremban Landscape & Nursery. Kebetulan kot masa tu ada stok. Sebelum ni tak pernah nampak. Jenis pokok paku/asplenium jenis mudah jaga takpe. Kalau buat hiasan gantung cantik ni kan.



Terkejut juga ada yang berharga sampai RM150 sepokok di shopee. Setanding rupanya lah, pokok besar dan rimbun. Ingatkan pokok yang tak berapa nak dipandang ni murah, boleh tahan juga ye. Mungkin sebab value 'rare' dan liar tu kot. Susah nak dapat.


3 Resepi Murtabak Maggi Yang Mudah Dan Sedap

Dalam banyak banyak menu mee maggi, ramai betul yang suka masak murtabak maggi? Sedap ke? Jujur cakap Fiza tak pernah cuba masa murtabak maggi. Mungkin sebab jarang makan maggi. Makan sekali sekala tu pun masak tumis air atau goreng je. Belum cuba lagi murtabak maggi.

Teringin juga lah nak buat murtabak maggi. Fiza suka cari resepi murtabak maggi yang mudah-mudah je. Kalau leceh terus rasa macam kemalasan nak buat. Siapa perangai macam ni? Sila jangan malas-malas. Nak makan kena lah rajin memasak. Kalau tidak, berlaparlah. Sedap ke tidak lain cerita.

Ada beberapa resepi murtabak maggi yang popular, antaranya murtabak maggi khairulamin, murtabak maggi sheila rusly, murtabak maggi buat orang lapo, resepi murtabak maggi che nom, murtabak mini azlita, murtabak maggi cheese dan murtabak maggi kulit popia.

Credit photo : buatoranglapo.com

Paling menarik resepi murtabak maggi buat orang lapo ni sebab ada cheese. Kecur tengok makanan ada cheese. Lapo dibuatnya! Puas hati kan kalau kita buat murtabak maggi homemade. Boleh letak rencah ikut citarasa kita.

Hujung minggu macam ni kalau dah buntu sangat nak masak apa. Boleh cuba 3 resepi murtabak maggi yang mudah dan sedap ni. Boleh cuba kalau kau orang suka sangat murtabak meggi. 

1. Murtabak maggi khairulaming

Fiza yakin yang kau orang memang suka cari resepi simple kan. So bolehlah kau orang cuba resepi murtabak maggi khairulaming. Kalau dia ni buat, memang nampak mudah je tengok. Rebus maggi, angkat dan tos.

Campurkan telur, bawang, cili merah potong, perencah, daun sup dan kacau rata. Kemudian masak je atas pan dan bentukkan tebal macam murtabak. Mudah dan nampak sedap!

2. Murtabak maggi sheila rusly

Penyediaan & Masa Memasak:
15 minit Hidangan: 6 orang
Setiap Orang: 8.1g Protin, 9.5 g lemak, 19.1g kabohidrate, Tenaga 194 Kcal

Bahan:
1 sudu besar minyak jagung

A
5 biji telur, dipukul
1 biji bawang merah, dicincang 
2 biji cendawan butang, dipotong dadu 
1 ikat daun sup 
100 gram ayam cincang, yang dimasak 
4 batang cili padi, dihiris 
2 pek Perencah Mi MAGGI® 2-Minit AYAM
 2 pek Mi MAGGI® 2-Minit AYAM, direbus tanpa rencah 

Penyediaan: 
1. Didalam mangkuk, masukkan semua bahan A, gaulkan rata. 
2. Panaskan periuk leper, letakkan minyak sedikit dan mengunakan acuan bulat kecil. Letakkan adunan MAGGI Murtabak didalamnya. 
3. Masak selama 5 -8 minit dengan suhu yang sederhana di kedua-dua belah. 
4. Ulang kepada semua adunan sehingga habis. 
5. Boleh dihidang dengan Sos Cili MAGGI.

Credit : MAGGI Malaysia

3. Murtabak maggi buat orang lapo

Gunakan maggi perisa kari. Boleh jugak guna perisa lain kalau nak rasa yang berlainan. Boleh letak apa saja bahan dalam murtabak ni. Biasanya bawang dan cili digoreng terlebih dahulu untuk mendapatkan aroma dan rasa yang lebih sedap. Kalau nak masuk terus dalam adunan telur pun boleh. 

Bahan-Bahan
Mi Segera Perisa Kari
100 gram Ayam Cincang
1 Biji Bawang Besar 
1/2 Biji Cili Besar Merah 
2 Biji Telur 
Perencah Kari 
Lobak merah 
Daun Ketumbar 
Keju Mozarella (Tidak Wajib)


Bila tengok video orang masak simple macam ni terus rasa macam nak cuba masak. Sebelum tu kenalah cari bahan-bahan dia dulu. Dah ada bahan, kenalah rajin nak membuatnya. Simpan dulu sesiap resepi simple ni. 

Cakap pasal murtabak ni, teringat bulan puasa. Murtabak antara menu paling popular dekat Bazaar Ramadhan. Walaupun popular tapi Fiza tak ke Bazaar pun bulan puasa. Berbuka dengan hidangan nasi dan lauk je. Moreh pun masak menu yang rasa nak makan je. 

Tapi kalau berbuka dengan family, ada je yang akan ke Bazaar beli apa yang patut. Murtabak tak tinggal, ada je yang akan beli. Tahun ni tak dapat berbuka dengan keluarga. Bazaar pun tak ada. Tapi positif side dia, sejak PKP ramai dah mula pandai masak.

Bermacam-macam resepi viral muncul, semua pakat rajin nak mencuba sampai munculnya fanpage group masak apa tak jadi hari ni. Kalau masuk group tu tak gelak tak sah. Opss...masakan saya. Ala, perkara biasa kot kalau ada masak apa tak jadi tu.

Sedangkan yang biasa masak pun kadang kadang tak menjadi, takde hal. Janji rajin ada usaha nak mencuba dan rajin nak masak. Betul tak kawan-kawan? Kalau resepi mudah ni laju sikit lah nak mencubanya pun.

Sila buang jauh-jauh ayat 'tak pandai masak' tu sebab zaman sekarang nak belajar mudah je nak dapat ilmunya. Bermacam resepi boleh dapat dari men 'google' je. Mak mak kita pun dah pandai sekarang suruh cari resepi kat internet. Kemain!

Haruslah up to date juga ikut peredaran zaman tapi resepi lama masih tak dilupakan. Cara masak mak kita tetap legend. Tak boleh lawan lah. Goreng telur makan dengan kicap pun dah sedap. 

Sesekali tu kita pulak masak untuk mak kita. Bagi lah mak rehat pulak. Tak gitu?

Peace Lily Bunga Putih

Selamat pagi! Pagi sabtu yang indah. Lagi indah bila melihat kehijauan pokok. Biasanya kalau balik kampung, lepas sarapan mesti akan keluar kejap  sekitar kawasan rumah. Ada je aktiviti nak dibuat. 

Kadang tolong mak sapu sampah bersihkan dedaun gugur tu, susun pasu, pindah pokok dalam pasu. Tak habis buat kerja pagi, petang nanti sambung lagi. Memang tak bosan duduk kampung. Sebab tu mak mak kita lebih selesa duduk rumah sendiri kat kampung.

Kalau datang rumah anak-anak pun tak suka lama-lama. Risau rumah, risau kebun, bermacam segala risau. Lainlah kalau dah biasa duduk bandar. Duduk kampung, bercucuk tanam pun di kira terapi dan aktiviti sihat untuk mereka.

Sebenarnya orang dulu dulu bukan suka duduk diam. Ada je aktiviti nak dibuat. Sakit pun gigih lah nak buat kerja. Kira okay juga tu buat aktiviti yang menyihatkan keluar peluh. Cuma tu lah kita risau kesihatan mereka je lah.

Terbebel pulak dah. Kembali kepada topik lah ye. Ada yang suka peace lily? Kalau tanya Fiza, Fiza akan suka bila dia keluarkan bunga. Kalau daun sahaja nampak tak menarik. Demand pulak kan. Sebab tu tak ambil anak pokok peace lily ni.



Peace Lily Bunga Putih

Pokok bunga peace lily asalnya dari Asia Tenggara dan benua Amerika yang beriklim tropika. Sebab itu, peace lily ni sejenis pokok yang mudah tumbuh di Malaysia. Selain warna putih, peace lily juga ada berbunga warna merah dan juga kuning.

Peace lily boleh dijadikan pokok hiasan dalam rumah mahupun luar rumah. Yang penting kena pastikan tanah sentiasa lembap dan cahaya yang cukup. Macam biasa jenis peace lily tak boleh kena cahaya matahari secara terus melainkan ada filter.

Peace lily putih ni cantik ditanam di dalam pasu berwarna putih. Sesuai sangat. Bunga peace lily ni sangat sesuai juga tu dijadikan bunga tangan masa nikah dengan baju nikah warna putih. Nampak indah je moment tu. 


Kesian Pokok Calathea Medallion

Waktu petang, masih berkisah tentang pokok. Petang petang masa untuk membelek pokok bunga. Itulah rutin kalau petang petang di kampung. Mana yang berkenan, ketepikan siap-siap supaya tak terlupa bawak balik. Nanti menyesal. Aha..

Dalam dok belek tu perasan mak ada pokok Calathea Roseopicta. Alahaii kenapa haritu macam tak nampak je. Kalau tidak tak payah beli Calathea Roseopicta Medallion haritu. Dah terbeli nak buat macam mana kan.

Mak punya ni Calathea Medallion, saya punya Calathea Roseopicta Medallion. Corak nampak sama tapi ada beza dari segi warna corak dan kelebaran border tepi. Dia lain sikit. Dulu masa tak kenal memang akan ingat nama dia sama je. Tapi tak!

Pokok Calathea Medallion

Kesian tengok pokok Calathea Medallion mak ni. Seperti terabai dan di pinggirkan. Banyak sangat pokok bunga mak, ini kes tak sempat nak manjakan lah ni agaknya. Ada nampak anak pokok kecil tu, ingat nak ambil tapi biarlah dulu. 

Tunggu balik kampung lagi nanti. InshaAllah balik raya haji nanti. Pokok Calathea Medallion ni sangat cantik kalau letakkan dalam pasu putih yang besar. Baru nampak menyerlah warna pokok hijau dan bercorak ni. 

Sesuai untuk indoor dan outdoor plant. Salah satu jenis low light plants malaysia yang mudah dijaga. Kalau kat kampung, memang outdoor lah tempat dia. Rumah kampung jarang sangat orang letak pokok dalam rumah kecuali di beranda. 

Cantik dan Jernih Air Sungai Rambai. Tapi...Ada buaya!

Baru baru ni viral Air Sungai Rambai yang cantik dan jernih. Maldives Malaysia katanya lah. Ye betul, sangat cantik! Tapi yang kurang sedap di dengar bila kata ada buaya! Bukan buaya darat tapi buaya betul betul. Habitat buaya tau!

Serius lah??? Antara percaya dengan tidak je Sungai Rambai ni ada buaya. Terfikir juga, tak bahaya ke datang Sungai Rambai tu? Buaya tu tak makan orang ke? Banyak betul persoalan yang keluar dari dalam kepala ni. Ke tempat tu ada orang jaga? 

“Jangan disangka air yang tenang tiada buaya”
Buatnya orang luar datang tanpa kaji dulu tempat tu, syok tengah ambil gambar. Tiba tiba ada sang buaya tu muncul. Memang lari tak cukup tanah lah cerita dia. Kau orang berani tak nak datang?

Kejernihan dan kecantikan air sungai rambai ni salah satu perubahan alam sekitar selepas PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Inilah tandanya alam sekitar kembali pulih dan cantik semulajadi tanpa pencemaran alam sekitar dan pencemaran dari manusia.

Credit photo : @faisalmaps

Siapa je yang tak teruja tengok kejernihan air sungai macam ni. Kagum betul di Malaysia sebenarnya masih ada sungai yang masih cantik, jernih airnya dan terjaga kebersihan. 

Katanya Sungai Rambai sebelum ni memang pernah jernih cuma tak pernah sejernih yang sekarang. Soalnya, agak-agak sampai bila kejernihan air sungai ni? Biasa benda viral ni laju je masing-masing sampai. Cuma tu lah, bab buaya tu kena fikir panjang. 

Credit photo : @faisalmaps

Nak pergi ke tidak? Mungkin juga sebab tu masih ada yang ragu ragu nak pergi Sungai Rambai ke tidak. Hati macam nak pergi. Nak tengok in real kejernihan air sungai tu. Tapi nak jejak pun rasa seram dah bila tahu ada buaya.

Ada baca juga kisah perjanjian antara penduduk kampung dengan buaya. Dimana reptilia yang ada tidak memberi ancaman kepada manusia yang telah tinggal lama di kampung tu. Dah macam perkara biasa bagi mereka. Nak tahu lebih lanjut kisahnya boleh klik link yang Fiza highlight tu. Atau boleh baca sedikit ringkasan di bawah.

Kisah perjanjian antara penduduk kampung dengan buaya

Penduduk di kawasan Sungai Kesang percaya perjanjian yang telah dibuat antara penduduk terdahulu dengan buaya yang tinggal di sana menjadikan keduanya mempunyai hubungan baik.
Meskipun telah wujud sejak sekian lama di sana, buaya yang tinggal di sana tidak pernah dianggap sebagai ancaman kerana tidak pernah mengganggu penduduk, dan anggaran awal buaya yang mendiami kawasan sungai tersebut adalah sebanyak 100 ekor dengan kepanjangan sekitar dua meter.
Kisah yang sudah lama berlaku itu dikatakan bermula apabila nelayan telah membantu anak buaya yang tersangkut di jaring. Kerana bantuan tersebut, buaya dewasa telah berjanji tidak akan mengganggu nelayan yang akan menangka ikan.
Pada Mei 2019, Pengerusi Pertubuhan Pengurusan Sumber Perikanan Kesang, Rosman Selamat berkata kewujudan buaya di sana tidak menggusarkan nelayan setiap kali ke laut kerana reptilia itu tidak pernah mengganggu penduduk.
Meskipun kelibatnya dilihat, reptilia tersebut tidak memberikan ancaman dan buat penduduk yang membesar di sana, kehadiran haiwan tersebut seolah-olah sebati dalam kehidupan mereka. Malah ada yang melarikan diri sebaik sahaja terdengar bunyi enjin bot seakan menghormati nelayan yang hendak ke laut dan akan timbul namun tidak mendekat apabila mereka mematikan enjin.
Namun kata Rosman, fenomena tersebut sudah terhenti sekitar empat ke lima tahun dahulu. Buaya-buaya itu kini seakan berubah sikap apabila habitatnya di hulu Sungai Kesang musnah selepas kawasan tersebut terlibat dengan projek pengairan.
Jika dahulu berpuluh-puluh biji telur buaya dan kelibat buata dapat dilihat di kawasan hulu sungai, tengah sungai antara sempadan Kesang dan Merlimau, Melaka, namun kini habitat baharu reptilia itu tidak lagi diketahui.
Keadaan tersebut telah menimbulkan kebimbangan kerana reptilia tersebut dikatakan sering berlegar sehinggalah di kawasan berhampiran jeti.-Credit : Odisi.my

Credit : google

Dalam mencari gambar kat google, ada juga nampak beberapa gambar orang mandi manda dan lepak di tepi sungai ni. Papan tanda juga dah dipasang bagi mengingatkan pengujung supaya lebih berhati hati jika datang sini.

Tak dinafikan, Air Sungai Rambai ni memang cantik dan jernih. Permandangan suasana kampung tu pun sangat cantik. Salah satu tempat yang menarik di Melaka dan tempat yang menarik juga untuk photoshoot. AWAS! Hati hati okay.


PG Mall Super Shocking Sale. Ini Baru lah Berbaloi Shopping Online

PG Mall Super Shocking Sale | Suka shopping online tak? Dah tentu semua suka shopping online kan. Fiza nak kongsikan satu berita gembira untuk kau orang yang suka sangat shopping online tu.
Berita gembira untuk diri sendiri juga sebenarnya. Okay, sila teruskan membaca.

Sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bulan Mac haritu rakyat Malaysia semua dok pakat shopping online je. Iyalah kan, masa tu belum boleh keluar shopping lagi. Cuma ketua keluarga je dibenarkan. Sakan masing-masing shopping online sampai penuh lah parcel di semua courier seluruh Malaysia.

Kita semua tahu yang pandemik Covid masih belum berakhir. Nak shopping offline di Store pun masih belum yakin lagi. Bila dah bersesak ramai orang, mungkin ada yang tak ikut SOP (Standard Operating System) dan tak terkawal. Risau juga.

Jadi, shopping online lah yang mana boleh beli online tu. Mudah tak perlu keluar jimat tenaga nak keluar dan tak perlu bersesak. Betul tak? Kalau kau orang sejenis yang suka shopping online, Fiza nak kenalkan kau orang dengan PG Mall. Haa mana yang tak pernah tahu tu, mari Fiza kenalkan.

PG MALL MALAYSIA

PG Mall (www.pgmall.my) merupakan platform E-dagang No.1 Dalam Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 2017. PG Mall juga satu-satunya platform E-dagang tempatan di Malaysia yang telah di iktirafkan sebagai Top 3 laman web E-Dagang dalam Iprice insight Report


Untuk pengetahuan semua, PG Mall dikendalikan oleh PG Mall Sdn Bhd dengan sokongan Public Gold Marketing Sdn.Bhd. PG Mall merupakan platform shopping online atau bahasa mudah faham Membeli belah dalam talian yang beroperasi di Malaysia. 

PG Mall menawarkan pelbagai pilihan produk seperti barangan elektronik, gajet, pakaian, kesihatan dan kecantikan, alatan sukan, makanan dan minuman, peralatan rumah dan bermacam-macam lagi termasuklah menawarkan E-Voucher. Kalau ada E-Voucher ni lagi berbaloi lah kita shopping online. 

Berita baik untuk peniaga yang berniaga online tu, bolehlah rebut peluang untuk berniaga di dalam PG Mall untuk memperluaskan lagi perniagaan. Bila berniaga dalam platform yang lebih besar, pasaran pun lagi meluas. Lagi ramai peniaga, lagi banyaklah barangan yang dijual di dalam PG Mall. Dan sebagai pembeli pun, rasanya lebih berbaloi beli dalam satu platform sahaja.

3 TARIKAN UTAMA PG MALL

1. Super Shocking Sale

Super Shocking Sale ni antara Sale yang paling di tunggu-tunggu. Nama pun Super Shocking Sale. Mesti harga dia murah kaw kaw sampai boleh buat kau orang terkejut dan tak percaya mungkin? Tapi percayalah sebab ianya realiti. Bukan RM50 bukan RM40 dan bukan juga RM20. Pernah nampak tak ayat macam tu?


Deals from RM1

Sekali harga dia RM1. Mana mungkin tak terkejut. Ye, memang ada deals from RM1. Maksudnya kau orang boleh dapatkan produk tu dengan RM1 atau bermula dengan RM1. Ada juga Daily new deals dimana setiap hari akan ada deals yang menarik untuk produk yang terpilih.

Daily New Deals

Kalau ada deals from RM1 dan daily new deals, kenalah grab cepat-cepat sebab semua ni limited time offers. Kalau lambat memang tak dapat lah. Jangan menyesal di kemudian hari pula. Macam Fiza suka beli macam ada deals ni. Lebih jimat dan berbaloi jika beli dengan harga biasa. Ada deals ni boleh lah tambah produk lain lagi dalam bakul. 

2. PROMOSI BERTERUSAN (ON-GOING PROMOTIONS)

Haa ini paling menarik tentang PG Mall sebab promosi berterusan setiap hari. Tak perlu tunggu hari tertentu atau tarikh tertentu untuk tunggu sale sebab hari hari ada promosi yang berterusan. Antara promosi yang menarik untuk pembeli.


Hot Day Sales

Hot day sales ni dia ada 3 kali slot setiap hari. Waktu slot hot day sales ni adalah pukul 10 pagi, 4 petang dan juga 9 malam. Siap-siap lah ready dalam masa ni untuk rebut peluang membeli barangan yang jauh lebih murah. Lowest price quaranteed katanya. Diskaun sehingga 80% setiap hari.

Loveyou 3000

Eh dah macam tajuk lagu I love you 3000 pulak. Kalau kau orang buat pembelian dengan nilai RM30 dan ke atas, automatik layak sertai kempen Love you 3,000 untuk memenangi hadiah yang bernilai RM3000 secara keseluruhannya.


Pemenang akan diumumkan pada setiap 15hb dan 30hb setiap bulan. Lagi banyak kau orang buat pembelian, lagi besar peluang untuk menang besar. Menarik sangat ni? Yang suka shopping online tu haruslah rebut Loveyou 3000 ni okay. 

3. KONSEP CONSUMERCHANT

Dengan adanya konsep ConsuMerchant ni, semua orang boleh buat duit sambil berbelanja. Forever cashback sehingga 3.5%. Dengan sambil berbelanja, kemudian kongsikan link referral dan akan dapat jana pendapatan pasif yang tiada had. Ringkasnya, shop, share and earn. Bagus kan? Sambil membeli sambil kita jana pendapatan. Sesiapa pun boleh buat.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di sini >> https://pgmall.my/consuMerchant-concept

Amacam? berbaloi ke tidak? Jawapan Fiza, berbaloi sangat! Ada sale setiap hari, ada cashback, boleh jana pendapatan lagi. Memang untung betul. Harga barangan di PG Mall pun berpatutan juga. Boleh terjah link di bawah ni okay.

>> Jom shopping di PG Mall <<


Website: www.pgmall.my
Facebook: www.facebook.com/PGMallMalaysia
Instagram: www.instagram.com/pgmall.my/

#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #Supershockingsale #Hotdaysale #Loveyou3k

Kangaroo Paw Fern

Ini bukan nak cerita pasal haiwan yang bernama kangaroo tu tau. Jangan salah faham pulak. Nak cerita pokok pakis yang bernama Kangaroo paw fern. Kalau di translate kan dalam bahasa melayu pokok paku/ pakis tapak kaki kangaroo. 

Tapi kan bila suruh pakcik google cari maklumat guna keyword bahasa melayu tak jumpa pulak. Kena guna keywood 'kangaroo paw fern' baru lah jumpa maklumat tentang pokok kangaroo paw fern ni. 

Boleh juga search kangaroo paw fern cats, zealandia pustulata atau kangaroo paw flower. Ada juga spesis kangaroo foot plant yang berbunga. Sebelum ni tak perasan pulak mak ada pokok pakis ni, rupanya penuh sepasu dah. 

Macamana boleh tak perasan entah. Itulah asyik dok mencari pokok lain sampaikan pokok yang cantik ni pun dia tak nampak kan.

View dari atas

Kangaroo Paw Fern

Kangaroo paw fern dari spesis keluarga paku pakis. Spesis paku pakis ada pelbagai bentuk. Sejenis pokok yang mudah di jaga dan cantik untuk hiasan. Bukan untuk dimakan yang pastinya. Daun dia warna hijau dan berkilat. Bentuk macam kaki kangaroo sebab tu dipanggil kangaroo paw fern mungkin?

Pertumbuhan dia tinggi ke atas. Batang dan daunnya keras tak mudah patah. Pada bahagian atas daun ada dot dot warna coklat dan bahagian bawah dot dot warna putih. Dah macam serupa sotong kurita pulak dah kan.

kangaroo-paw-fern

Sejenis tumbuhan yang sangat unik. Mak ada juga cakap, kalau nak ambillah. Tapi Fiza pulak tak berminat. Makanya, ambil gambar macam ni untuk simpanan. Biasanya tumbuhan pakis macam ni jarang ada yang suka buat hiasan.

Boleh dikatakan tumbuhan pakis ni sejenis tumbuhan liar juga. Sebab tu penjagaan dia tak susah mana. Tapi kalau tumbuhan rare dan liar ni semestinya harga dia tak murah. Biasanya lah kan. Walaupun tak ramai yang suka tapi ada orang yang suka dengan tumbuhan unik dan liar macam ni.

Ikut minat masing-masing. Siapalah kita nak pertikaikan minat orang pun. Nanti macam nak cuba jugalah letak dalam pasu kecil. Kot lawa buat hiasan dan mudah jaga, boleh juga tambah pokok bunga hiasan. Ehhh..kata tak minat tadi?

Cakap je tak minat. Tapi bila dua kali tengok rasa macam lawa pulak. eh...

CARA AMALKAN INTERMITTENT FASTING (IF)

Azam untuk kurus tak pernah pupus selagi tak kurus walaupun hot hot chicken poop. Dia tetap nak simpan elok-elok azam tu. Nak diet bila entah. Dah cuba diet atkins tapi tak boleh nak teruskan. Terasa terlalu tough untuk diteruskan. 

Berjaya tu memang berjaya, dua minggu je bertahan. Jiwa tak cukup kental cerita dia. Dulu memang trend diet atkins tu. Sekarang ramai yang mula terjebak dengan Diet kaedah Intermittent Fasting (IF). Bunyi macam  menarik untuk dicuba tu. Sekarang pun dah ada intermittent fasting app. Cukup mudah dah sekarang ni.


Cerita zaman sebelum kahwin semua pakat dok nak kuruskan badan takut baju kahwin tak muat. Lepas kahwin..saiz bertukar pun tak hairan dah. Eh ye ke? Hari hari dok risau berat naik tapi lepas makan baru rasa nak insaf.

Masa makan tak reti nak insaf. Ish ish ishhhh.ape nak jadi lah (cakap dengan diri sendiri) dan jangan salahkan makanan yang sedap tu. Makanan lansung tak bersalah. Bila semakin meingkat umur ni, misi nak kurus tu lebih kepada untuk kesihatan. 

Kurus nampak cantik itu bonus. Jangan terus judge, kurus itu cantik. Selalu kita anggap macam tu kan. Cantik itu subjektif. Jangan body shaming okay! Sekarang ni macam-macam penyakit yang ada, jadi kita patut lebih sayangi diri kita dengan jaga kesihatan. Siapa lagi kalau bukan diri sendiri.

Ada lah terbaca perjalanan Intermittent Fasting #tipskurusfarhananazli1. Katanya lost 28kg daripada 98kg. Kiranya sekarang berat badan dia 70kg. Hebat sangat tu boleh turun berat sebanyak itu. Dia pun ada kongsikan tips macamana nak kurus dengan Itermittent Fasting sampai dia boleh hilang 28 kilogram tu.

1. ELAKKAN SEGALA MINUMAN BERGULA

Yes, ini kunci utama dia kalau betul betul nak kurus. Minum air masak, air putih, air kosong dan air yang sewaktu dengannya. Tak perlu 2-3 liter. Cukup sekadar bila haus dan minum. Dan minum lah jika rasa nak minum. 

Yang penting air masak, tak kiralah berais atau tidak. Semuanya boleh sebab air masak 0 kalori. Usah takut dengan mitos mitos yang mengatakan bahawa air sejuk dan berais ni membuncitkan perut atau tak boleh diminum masa untuk diet.

2. AMALKAN DIET INTERMITTENT FASTING (IF)

Kaedah IF ni macam kita berpuasa. Dah biasa berpuasa, for sure lebih memudahkan kita. Nak puasa sunat, boleh teruskan. Tapi jangan pulak puasa sunat tapi niat nak kurus pulak. Dah terpesong niat sebenar tu.

Puasa IF ni tak boleh makan dan dibenarkan minum sahaja. Minuman tak berkalori sahaja dibenarkan which is air masak! IF boleh dibuat ikut keselesaan kita. Ada yang buat intermittent fasting 12 hours, 12 hours lagi boleh makan. Ada yang buat intermittent fasting 18/6 iaitu 18 hours puasa, 6 hours boleh makan.

Ada juga yang amalkan intermittent fasting 16/8. Ikut mana yang selesa dan kemampuan masing-masing. Boleh tengok Intermittent fasting before and after Lisa Surihani. Lepas bersalin anak kedua, dia amalkan IF ni kalau tak silap. Memang terbukti berkesan.

Kena ingat, masa yang boleh makan tu kenalah ikut jadual makan yang betul. Contohnya untuk 12 jam puasa dan 12 jam makan.


  • Sarapan 8 pagi
  • Snack 10 pagi
  • Lunch 1 tengahari
  • Snack 5 petang
  • Dinner 7 malam


Selepas pukul 8 malam tu tak dibenarkan ambil apa-apa makanan dan minuman berkalori. Air masak sahaja dibenarkan. 

3. SARAPAN SEKADAR ALAS PERUT

Disarankan pagi pagi makanlah sekadaran yang ringan ringan tapi mengenyangkan. Jangan makan nasi dan menu yang bergoreng. Tengah diet kan? Cukup sekadar makan telur rebus 2 biji atau 2 biji telur separuh masak dengan 2 keping roti bakar atau sandwich telur.

4. SNACKING

Jika lapar makan dan kalau dah biasa hadap snack kerepek tu, sila tukarkan dengan makan buah-buahan sekadar untuk alas perut dari berlapar. Masa inilah untuk latih 'makan ketika lapar'. 

5. AMALKAN SUKU-SUKU SEPARUH (SSS)

Jika makan nasi untuk lunch atau dinner, amalkan pinggan SSS. Suku Pinggan Nasi , Suku Pinggan Lauk  dan Separuh Pinggan Sayur. Tapi awas ya jangan repeat SSS untuk pinggan kedua. Masa ni juga untuk melatih diri 'berhenti sebelum kenyang'

6. NO KUIH MUIH ATAU JUNK FOOD

Elakkan makan segala jenis kuih, kek, makanan ringan dan makanan segera. Mahupun makanan yang tidak berkhasiat. Nak kurus dengan cepat dan dengan cara yang sihat, sila fikir baik-baik sebelum makan. Nak kurus kan?

7. BERSENAM

Bersenam tu tidak perlu try hard sangat. Pilihlah apa apa jenis senaman ringan yang mampu dibuat. 30 minit sehari dah memadai untuk bakar lemak. 

Amacam boleh tak tu? Terima kasih untuk #tipskurusfarhananazli1 kerana sudi kongsikan tips melalui pengalaman dia. Kau orang yang nak cuba diet IF tu bolehlah cuba hadamkan tips yang dikongsikan ni.

Dah boleh dah stop ternak lemak. Okay baik, Fiza tengah nak mencari kekuatan untuk mulakan. Nak kena planning juga ni. Tak boleh drastik sangat nak kurus ni. Nak kurus rilek rilek je dan enjoy diet journey. 

Tengok ramai yang mengurus ni, heiii jealous pulak tengok. Kita bila lagi? Eee..soalan yang susah nak jawab. Kan kan kan...Bila buat IF ni kenalah intermittent fasting coffee serta merta. Aduhaiii..

Kebaikan Halba Dalam Kehidupan Kita

Sambil sambil scroll facebook tiba-tiba tertarik dengan satu post ni. Kebaikan halba dalam kehidupan yang ramai kita tak tahu yang dikongsikan oleh Safinah Ina. Sumber asalnya dari post Fatima Alin Haji Saad. 

Jujur cakap, memang tak pernah ambil tahu sangat tentang halba ni. Dulu lansung tak kenal. Kenal halba sebab bahan-bahan yang digunakan untuk bertangas. Kalau tidak, lansung tak pernah tengok pun. 

Rupanya memang banyak kebaikan halba ni yang dijadikan sebagai ubat. Rasulullah SAW pernah bersabda “Gunakanlah halba sebagai ubat” ~ Qamus Al-Tibb.

Asal Usul Halba

Halba atau dipanggil biji halba biasa digunakan sebagai rempah dalam masakan yang berasal dari Timur Tengah. Bukan sekadar digunakan dalam masakan untuk tambah kesedapan makanan. Tambah sedap bila halba juga memberikan aroma masakan yang lebih menyelerakan.

Tanaman pokok halba sejenis tanaman yang tumbuh subur dan ditanam  meluas di India, Mesir dan negara Timur Tengah. Halba juga dikenali Fenugreek. Bentuk halba seperti butiran kecil bewarna coklat. Biasanya dicampurkan dalam hidangan kari dan gulai.


Patutlah pun Fiza tak berapa nak kenal dengan halba ni. Sebab tak masak kari ataupun gulai macam gulai Utara tu. Sebab tu tak tau! Sejak kenal halba tu, baru lah ada stok halba kat rumah. Bila baca kebaikan halba ni, boleh lah cuba.

Mana tahu boleh kempiskan perut dengan halba. Jangan tak tahu halba ni antara jenis herba kuruskan badan selain kegunaan halba campur dalam masakan. Salah satu ikhtiar untuk hamil juga. Harap dapat amalkan setiap hari dan harap berkesan juga. Kita usaha mana termampu.

Kebaikan Halba

  • Mencuci perut
  • Mencuci darah kotor
  • Mencantikkan struktur kulit dari dalam
  • Merembes insulin, mengurangkan kadar glukosa darah
  • Merawat penyakit kencing manis.
  • Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dalam badan
  • Membantu penggunaan kalori utk meningkatkan tenaga secara semulajadi
  • Menjaga, memulih dan menambah tenaga batin
  • Membantu masalah kegemukan
  • Mengurangkan berat badan
  • Menguatkan fungsi jantung
  • Merawat masalah sembelit dan buasir
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Mengatasi masalah senggugut (kesakitan / ketegangan sewaktu haid dan pra-haid)
  • Melegakan masalah sakit kepala / migraine
  • Menguatkan fungsi rahim, merangsang dan menyubur rahim
  • Ikhtiar utk mereka yang ingin hamil
  • Mengetatkan dan meremajakan rahim
  • Menghilangkan lendir dan sakit tekak
  • Membantu mengatasi masalah kekurangan darah
  • Membantu mengurangkan ketagihan rokok 
  • Membantu kecerdasan kanak-kanak yg meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan dan menggalakkan tumbesaran badan
  • Memperbanyakkan air susu ibu
  • Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi
  • Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan
  • Memelihara keseimbangan kadar hormon dalam badan
  • Memelihara keanjalan kulit menjadikan awet muda secara semulajadi

Cara Cara Penyediaan Pengambilan Halba

Goreng tanpa minyak sehingga garing, kemudian kisar halus dan simpan dalam bekas kedap udara.

Pengambilan untuk wanita

Bancuh 1 sudu kecil dengan air panas. Minum pagi dan malam

Pengambilan untuk lelaki

Bancuh 1 sudu kecil dengan air panas dan tambahkan 1 sudu kecil madu dan perahan limau kasturi.

Dah tahu kebaikan halba ni untuk kehidupan seharian, bolehlah cuba amalkan.

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu