Filem Rahsia (2023) Reboot Filem Rahsia (1987) Terseram Di Pawagam Mulai 10 Ogos
Filem Rahsia, sebuah filem genre seram lakonan utama Nabila Huda dan Fikry Ibrahim yang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 10 Ogos 2023 arahan Shamyl Othman terbitan Kuman Pictures. Lakon layar dan nukilan skrip oleh Alfie Palermo. Dipersembahkan oleh Astro Shaw Sdn Bhd bersama Five Star Trading Sdn. Bhd.
Filem Rahsia (1987) telah dinobatkan sebagai pemenang Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-7 (FFM7) dan telah membolot tujuh anugerah dalam kategori lain pada tahun 1987 dan akan tampil semula dengan versi reboot yang diterbitkan oleh Astro Shaw bersama Five Star Trading.
FILEM RAHSIA (2023), REBOOT FILEM RAHSIA 1987

PELAKON, WATAK DAN SINOPSIS
- Nabila Huda sebagai Ramlah
- Fikry Ibrahim sebagai Hamdan
- Eman Manan sebagai Tan Sri Karim
- Qistina Raisah sebagai Marina
- Syed Ali Murtadha sebagai Saiful
- Marsha Milan Londoh sebagai Melor
- Rashidi Ishak sebagai Young Tan Sri Karim
- Nu’man Salleh sebagai Pak Salleh
- Iris Alessandra Alyssa sebagai Young Ramlah
- Mislina Mustaffa sebagai Che Yah
- Nabil Zakaria sebagai Bob
- Aloy Paradoks sebagai Inspektor Hanif
- Suhaid Mustakim Yahya sebagai Sarjan Azam
- Othman Hafsham sebagai Ustaz Firdaus
Rahsia mengisahkan tentang Ramlah, seorang suri rumah tangga, pulang bercuti ke rumah ayahnya Tan Sri Karim sempena ulangtahun kelahiran beliau, bersama-sama suaminya Hamdan, seorang pensyarah, serta dua anak kecil mereka, Marina dan Saiful.
Pihak polis yakin bahawa Saiful mungkin hilang di persisiran pantai namun Ramlah berkeras bahawa anaknya diambil orang. Sementara Hamdan menyertai pihak polis dalam operasi mencari dan menyelamat, Ramlah diganggu oleh kelibat wanita yang menggerunkan itu.
Walaupun tiada bukti kukuh, Ramlah bertekad untuk berdepan dengan puaka tersebut, dan merungkai rahsia disebalik kehilangan anaknya itu.
LAGU TEMA (OST) FILEM RAHSIA
Penyanyi : Njwa
Komposer : Njwa
FILEM RAHSIA (1987)
Filem berjudul RAHSIA (1987) dibintangi Noor Kumalasari, Shukery Hashim dan Dato Yusof Haslam, merupakan Filem yang paling seram pada tahun 1987 yang masih menjadi kegemaran ramai.Filem RAHSIA merupakan sebuah filem Melayu bergenre seram yang diterbitkan di Malaysia pada 1987. Filem RAHSIA diterbitkan dalam bentuk filem berwarna. Filem RAHSIA mula ditayangkan pada 1987 di seluruh Malaysia.

Filem ini mengisahkan sepasang suami isteri, Professor Hamdan (Shukery Hashim) dan Ramlah (Noorkumalasari) bersama anak-anaknya, Saiful dan Marina berpindah ke sebuah banglo lama yang terletak di tepi laut. Banglo itu dibeli dari seorang jutawan Dato' Karim (Datuk Yusof Haslam) dan bapa saudaranya Haji Khalid (S. Roomai Noor).
Pada mulanya kehidupan mereka sekeluarga di banglo tersebut aman tenteram, namun selepas kematian anak perempuan mereka, Marina yang lemas di laut, mereka mengalami beberapa gangguan aneh. Antaranya, mereka mendengar suara seorang kanak-kanak menjerit memanggil ibubapanya dan terhidu bau asap kemenyan.
Professor Hamdan seringkali dihantui mimpi seorang kanak-kanak yang dibunuh seseorang dan mayatnya disembunyikan di dalam almari di dalam sebuah bilik di stor bawah tanah banglo yang didiami mereka.
Dari loket ditemui pada leher rangka kanak-kanak tersebut dan nama yang tertera pada loket tersebut iaitu Karim Bin Johan, nama kanak-kanak malang itu, Professor Hamdan mula mengesyaki bahawa Haji Khalid adalah dalang di sebalik kejadian ini berdasarkan beberapa kali cubaan membunuh ke atasnya dan pembunuhan seorang pegawai akhbar atas tindakannya cuba menyiasat kejadian ini.
gambar : Tontonfilem
Boleh reboot-reboot pulak eh?
ReplyDeleteBagus-bagus!
Pun boleh uncle..hihi
DeleteBaca di blog SK Tanah Jauhar tadi, macam best jew ceritanya ni.
ReplyDeleteKak SK peminat filem Rahsia ni. Memang katanya nak tengok. hihi..
Deletekalau promote betul2 ni boleh box office filem ni. pelakon pun mantap2 belaka
ReplyDeleteBetul, sebab filem reboot kan..ramai nak tengok nak tahu seram dia macamana.
Delete