Siaran Lansung Perak vs Kedah 3 Ogos Piala Malaysia 2023 (R16-1)

Pembuka tirai saingan Piala Malaysia (Malaysia Cup) 2023 peringkat 16 pasukan bagi perlawanan pusingan pertama (R16-1) bakal menyaksikan pertembungan pasukan Perak FC menentang Kedah Darul Aman FC. Perlawanan pembukaan ini dijadualkan berlansung pada hari Khamis, 3 Ogos 2023, jam 8:15 malam di Stadium Perak, Ipoh.


Perlawanan ini bakal berlansung sengit apabila dua pasukan hebat bertemu. Misi kedua-dua pasukan adalah untuk menang bagi melayakkan pasukan ke peringkat suku akhir Piala Malaysia nanti.

Kelebihan buat pasukan tuan rumah bermain di laman sendiri. Kemudian perlawanan secara timbal balik di gelanggang pasukan pelawat pada pusingan kedua (R16-2) yang dijadualkan pada 18 Ogos 2023 di Stadium Darul Aman.

Perak FC vs Kedah FC Piala Malaysia 2023 (R16-1)

Siaran Lansung/ Live Streaming Perak FC vs Kedah FC 3 Ogos 2023

Penyokong pasukan Perak dan Kedah di rumah boleh menyaksikan perlawanan ini secara lansung menerusi saluran 803 Astro Arena Bola dan Astro Go. Juga boleh tonton secara live streaming online di internet menerusi platform Sooka. 

Siaran pra rancangan akan bermula pada jam 7:45 di Astro dan di platform Sooka. Sepak mula akan bermula pada jam 8:15 malam.


PERAK vs KEDAH
Venue : Stadium Perak, Ipoh
Waktu siaran : Khamis, 3 Ogos 2023, jam 8:15 malam
Siaran lansung : Astro Arena Bola (CH803)
Live streaming : Astro Go dan Sooka

Siaran Lansung Live Streaming Perak vs Kedah Piala Malaysia 2023 R16-1

Tiket Perlawanan Perak FC vs Kedah Darul Aman FC R16-1 Piala Malaysia 3hb Ogos 2023

Tiket online

Tiket perlawanan  Perak vs Kedah yang berlansung pada hari Khamis, 3 Ogos 2023, jam 8:15 malam di Stadium Perak, Ipoh boleh didapati menerusi tickethotline.com.my.

Tiket fizikal

Tiket fizikal boleh didapati di semua kaunter stadium Perak pada hari perlawanan bermula dari jam 2:00 petang di kaunter B1 dan di semua kaunter pada jam 5:00 petang. Kanak-kanak berumur 12 tahun dan kebawah, masuk adalah PERCUMA!

Kesebelasan Utama

Perak FC

T. Shaheeswaran 36 (PG)
Sunday Afolabi 2
Luciano Guaycochea (K) 5
Shivan Pillay 8
Wan Zack Haikal 11
Afif Asyraf 12
Jesper Nyholm 15
Firdaus Saiyadi 24
Luka Milunovic 30
Aiman Khairul Yusni 40
Seo Seon-ung 77

Kedah FC

Kalamullah Al-Hafiz (PG) 22
Rodney Celvin 3
Bojan Ciger 4
Manuel Ott (K) 8
Ifedayo Omosuyi 12
Wan Amirul Afiq 18 
Fayadh Zulkifli 21
Moses Atede 25
Ariff Farhan 27
Mior Dani Armin 29
Manuel Hidalgo 88

Keputusan masa penuh Perak FC vs Kedah FC (R16-1)

Keputusan perlawanan antara Perak FC vs Kedah FC Piala Malaysia 2023 dalam saingan (R16-1) secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : PRK (3) - (1) KDA
 Manuel Ott 1'
Luciano Guaycochea 47'
Luka Milunovic 54'
 Hakimi Mat Isa 85'

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.