Filem Pinang Durian, Filem Romantik Lakonan Khai Bahar dan Tiz Zaqyah

Azhafizah MN
By -
0
Pinang Durian, sebuah filem romantik terbaru di platform Tonton gandingan lakonan Khai Bahar dan Tiz Zaqyah ditayangkan mulai 9 Ogos 2023.

Filem Pinang Durian ini diinspirasikan daripada karya Allahyarham Mamat Khalid diarahkan oleh pengarah Along Kamaludin dan diterbitkan oleh syarikat miliknya sendiri iaitu Along Kamaludin Production. Along Kamaludin juga turut berlakon dalam filem ini dan skrip pula karya dari Azlina Din.

Filem Pinang Durian Filem Romantik Lakonan Khai Bahar dan Tiz Zaqyah
tangkap layar dari trailer promosi filem Pinang Durian

PELAKON, WATAK DAN SINOPSIS PINANG DURIAN

Antara barisan pelakon yang menjayakan filem Pinang Durian ini adalah
Khai Bahar, Tiz Zaqyah, Farouk Hussain, Din Dangerous, Usop Wilcha, Kiah Propa, Delimawati
Along Kamaludin, Josiah Hogan, Syanie Hisham, Amir Raja Lawak, Anas Ridzuan dan ramai lagi.

  • Khai Bahar sebagai Hamid
  • Tiz Zaqyah sebagai Intan
  • Farouk Hussain sebagai Maidin
  • Din Dangerous sebagai Mamud
  • Usop Wilcha sebagai Seman
  • Kiah Propa sebagai Mak Mah

Filem Pinang Durian Filem Romantik Lakonan Khai Bahar dan Tiz Zaqyah
sumber dari Tonton untuk tujuan promosi

Pinang Durian mengisahkan tentang terjalinnya cinta pasangan kekasih dari Gopeng dan Pulau Pinang iaitu Hamid dan Intan yang terhalang gara-gara perbalahan kedua bapa mereka. Permusuhan yang tercetus sejak 18 tahun lalu berpunca daripada insiden buah durian. 

Mampukah Hamid dan Intan mampu mempertahankan cinta mereka?

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)