Siaran Lansung Live Streaming KL Rovers vs Terengganu Piala Malaysia 2023 (R16-1)

Perlawanan antara pasukan Kuala Lumpur Rovers FC menentang pasukan Terengganu FC dijadualkan berlansung pada 4 Ogos 2023, jumaat jam 8:15 malam bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur dalam aksi pusingan 16 Piala Malaysia 2023 pertama.

Kuala Lumpur, KL Rovers vs Terengganu FC

Ini merupakan aksi pertama pasukan tuan rumah Kuala Lumpur, KL Rovers FC dalam saingan Piala Malaysia 2023 bertemu Terengganu FC.

baca juga : Jadual piala Malaysia 2023

Peluang KL Rovers mencipta kemenangan dalam Piala Malaysia 2023

Sejarah tercipta buat pasukan KL Rovers FC kendalian Wan Mustaffa Wan Ismail berjaya mendapat tempat dalam saingan Piala Malaysia 2023 selepas berjaya menduduki di tangga pertama dalam dalam saingan MBSB Bank Championship. Bukan itu sahaja, KL Rovers juga telah mencipta rekod kemenangan tanpa kalah dalam saingan liga.

Dengan penglibatan KL Rovers dalam saingan Piala Malaysia ini merupakan satu peluang untuk pasukan KL Rovers mempamerkan kehebatan menentang pasukan lawan dari Liga Super.

Bermain di laman sendiri adalah satu kelebihan buat pasukan tuan rumah untuk memastikan kemenangan milik mereka sebagai bekalan sebelum bertandang ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu untuk aksi timbal balik nanti pada 18 Ogos 2023.

Bukan tugas mudah buat pasukan Terengganu FC

Skuad Sang Penyu sudah tentu tidak mengambil mudah untuk menentang pasukan KL Rovers dari liga M3. Kehebatan pasukan KL Rovers selaku Juara Liga M3 pasti akan memberi cabaran sengit buat pasukan pelawat, Terengganu FC.

Misi pasukan Terengganu untuk menjaringkan lebih banyak gol ditempat lawan bagi memudahkan laluan ke peringkat seterusnya.

Siaran Langsung (Live Streaming) KL Rovers vs Terengganu FC Piala Malaysia 2023 (R16-1)

Pertembungan antara pasukan KL Rovers FC dan Terengganu FC pada perlawanan pertama peringkat 16 pasukan saingan Piala Malaysia 2023 akan berlansung pada hari Jumaat, 4 Ogos 2023, jam 8:15 malam bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Penyokong di rumah boleh menyaksikan perlawanan ini secara siaran langsung menerusi saluran Astro Arena 2 (CH802) , Arena Bola 2 (CH804), AStro Go, TV Okey, Sukan RTM seawal jam 7:45 malam bermula dengan siaran pra rancangan perlawanan.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, boleh juga tonton live streaming online di internet menerusi platform penstriman Sooka.

Siaran Lansung Live Streaming KL Rovers vs Terengganu Piala Malaysia 2023 R16-1

KL ROVERS FC vs TERENGGANU FC

Venue : Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
Waktu siaran : Jumaat, 4 Ogos 2023, jam 8:15 malam
Siaran lansung : Astro Arena 2 (CH802), Astro Arena Bola 2 (CH804), TV Okey, Sukan RTM dan Astro GO

Tiket perlawanan KL Rovers FC vs Terengganu FC

Tiket perlawanan Kuala Lumpur Rovers FC vs Terengganu FC yang berlansung pada hari Jumaat, 4 Ogos 2023, jam 8:15 malam di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur boleh didapati di laman rasmi tickethotline.com.my.

Tiket fizikal perlawanan boleh didapati pada hari perlawanan 4 Ogos 2023 mulai jam 2:30 petang di kaunter tiket A2, Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Harga tiket

Grandstand : RM30
Terbuka : RM20
Kanak-kanak dibawah umur 12 tahun kebawah dibenarkan masuk ke stadium secara pecuma.

Keputusan masa penuh KL Rovers FC vs Terengganu FC

Keputusan perlawanan antara KL Rovers FC vs Terengganu FC Piala Malaysia 2023 dalam saingan (R16-1) secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : KL ROVERS (0) - (4) TER
 Ivan Mamut 17' 45' 66'
 Engku Nur Shakir 50'

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.