Filem Malbatt Misi Bakara (2023), Berdasarkan Kisah Benar Di Pawagam Mulai 24 Ogos 2023

Azhafizah MN
By -
2
Tarikh Filem Malbatt Misi Bakara mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 24 Ogos 2023. Pelakon Filem Malbatt Misi Bakara terdiri daripada pelakon-pelakon hebat tanah air iaitu Bront Palarae, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie, Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Tony Eusoff, Syazwan Zulkifly, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Nafiez Zaidi, Dini Schatzmann, Gambit Saifullah, Gambit Saifullah, Safwan Nazri, Ikhram Juhari dan Theebaan G di bawah arahan Andrian Teh.

Malbatt Misi Bakara telah mencipta rekod sebagai filem termahal yang pernah dihasilkan oleh karyawan tempatan kerana jumlah kos pembikinannya sebanyak RM20 juta. Seramai 114 anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia (Malbatt) 1 terbabit dalam misi pengaman di Somalia pada 1992 hingga 1995.

Filem Malbatt Misi Bakara Berdasarkan Kisah Benar

Filem Malbatt Misi Bakara berdasarkan kisah benar peristiwa ‘Black Hawk Down’. Ia menceritakan sisi pasukan tentera Malaysia ketika mereka terlibat dalam operasi menyelamat pasukan tentera Amerika Syarikat yang dikepung ribuan pengikut Farah Aidid semasa pentempuran di Bakara Market, Somalia.

Sebelum ini, penggemar filem sudah disajikan dengan filem Hollywood  yang berjudul Black Hawk Down arahan Ridley Scott pada 2001. Filem Malbatt Misi Bakara yang berdurasi hampir tiga jam hanya sekali dialog disebut ‘Malay Army’.

Filem Malbatt Misi Bakara  membawa penonton menyelami keberanian anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia (Malbatt) 1 telah menyelamatkan 70 anggota US Rangers yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia.

FILEM MALBATT MISI BAKARA

Tarikh Tayangan : 24 Ogos 2023
Pengarah : Adrian Teh
Produksi : Berjaya Pictures, Act 2 Pictures, Fast Bikes, Aurum Investments Limited, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw

Filem Malbatt Misi Bakara 2023

PELAKON DAN WATAK

  • Bront Palarae sebagai Mejar Adnan
  • Shaheizy Sam sebagai LKPL Ramlee
  • Hairul Azreen sebagai LT Ismail
  • Zahiril Adzim sebagai LT Dahari
  • Iedil Dzuhrie sebagai LT Mustafa
  • Adlin Aman Ramlie sebagai KOL Rahman
  • Fauzi Nawawi sebagai Mejar Osman
  • Tony Eusoff sebagai Mejar Abd Samad
  • Syazwan Zulkifly sebagai LT Johan
  • Dafi Ismail Sabri sebagai LKPL Zulkifli
  • Taufiq Hanafi sebagai LKPL Fuad
  • Nafiez Zaidi sebagai LKPL Nik Zainal
  • Dini Schatzmann sebagai SGT Hamid
  • Gambit Saifullah sebagai SGT Mukhriz
  • Safwan Nazri sebagai PTE Isa
  • Ikhram Juhari sebagai LKPL Wahid
  • Theebaan G sebagai LKPL Shah
  • Saharul Ridzwan sebagai Hafiz
  • Adlin Aman Ramlee
  • Julia Farhana Marin sebagai Leftenan Melati
  • Hazama Azmi Hazama Kadok
  • Sabri Yunus sebagai Pak Am
  • Aziz M. Osman sebagai Rahmat
  • Sherie Merlis sebagai Khatijah
  • Akmal Ahmad sebagai Rima
  • Wanna Ali sebagai Nadia
  • Azlan Komeng sebagai Pak Tam
  • Yuznor sebagai Mambang
  • Trisha Ooi sebagai Trisha
  • Kodi Rasheed sebagai Bintara Muda (M) Mat Bon
  • Fizz Fairuz sebagai Bintara Muda (M) Norman
  • Aman Nassim sebagai Bintara Muda (M)Jambu
  • Iman Zulkarnain sebagai Bintara Muda (M) Iman
  • Gambit Saifullah sebagai Bintara Muda (M) Shamil
  • Eqy Affandi sebagai Bintara Muda (M) Eddy

SINOPSIS MALBATT MISI BAKARA

Filem Malbatt Misi Bakara adalah dari kisah benar tentang operasi tentera Malaysia membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap dalam perang saudara di Somalia pada tahun 1993.

Filem Malbatt Misi Bakara 2023

Tonton Filem Malbatt Misi Bakara di pawagam seluruh Malaysia mulai 24 Ogos 2023. Semarakkan semangat patriotik sempena Bulan Kemerdekaan 2023.

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment