Telefilem Angin (TV1), Mengangkat Kisah Mek Mulung

Azhafizah MN
By -
4
Telefilem Angin, sebuah telefilem khas sempena Hari Kebangsaan Ke-66 bersiaran pada 2 September 2023, Sabtu jam 9:00 malam di Slot Panggung RTM TV1 dan online di RTM Klik.

Telefilem Angin TV1
sumber : RTM

TELEFILEM ANGIN

Telefilem Angin mengangkat kisah Mek Mulung, tari rakyat yang mula diperkenalkan kepada masyarakat Negeri Kedah yang mempunyai keunikan juga keistimewaan tersendiri.

Mek Mulung terdiri daripada unsur-unsur lakonan, nyanyian, tarian dan muzik. Nama Mek Mulung berasal daripada perkataan ‘mek’ iaitu panggilan pada gadis-gadis, sementara perkataan ‘mulung’ pula ialah nama hutan tempat bermulanya persembahan ini.
Jangan lupa asal bumi kita berpijak, langit Wang Budi yang kita junjung. Bangsal ni akan menjadi tali yang mengikat kita semua.
Skrip telefilem Angin ditulis oleh Azrie Izham Hamzah dengan hasil sentuhan karya sutradara Danny Alamsyah terbitan Unit Drama TV RTM.

PELAKON, WATAK DAN SINOPSIS ANGIN

Barisan pelakon yang menjayakan telefilem Angin ini dibarisi oleh Hairi Safwan, Nadiya Nisaa, Hasnul Rahmat, Taufiq Hanafi, Amanda Tan, Nurdini Adlina, Zainon Ismail dan ramai lagi.

Turut sama ditampilkan adalah barisan korus yang terdiri daripada Artis Budaya Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN), pemuzik daripada Persatuan Penggerak Warisan Seni Budaya Kedah (AKRAB) dan tokoh-tokoh penggiat seni Mek Mulung kumpulan Seri Mahawangsa.

  • Hairi Safwan sebagai Khabir
  • Nadiya Nisaa sebagai Sufiah

Angin mengisahkan tentang dua beradik, Khabir dan Sufiah yang lahir dalam keluarga pengamal seni tradisional Mek Mulung, di sebuah kampung bernama Wang Budi. Ayah mereka, Pak Saad adalah pengasas kepada gerakan seni tradisional Mek Mulung Seri Mayang.

Telefilem Angin TV1

Setelah Pak Saad meninggal dunia, kedua anaknya itu diamanahkan untuk mewarisi amalan seni tradisional tersebut. Konflik bagaimanapun timbul apabila kedua beradik ini mempunyai fahaman dan ideologi yang berbeza mengenai hala tuju seni persembahan tradisional itu.

Keadaan bertambah buruk apabila Sufiah membawa orang luar yang merupakan bangsa lain masuk menyertai Seri Mayang membuatkan Khabir yang mempunyai pendirian konservatif bertambah berang.

Di satu sisi lagi, Khabir pula menggadaikan tanah pusaka tempat di mana Mek Mulung di Wang Budi bertapak menyebabkan kumpulan Seri Mayang berisiko kehilangan tempat. 

Perseteruan antara dua beradik ini kemudiannya menyebabkan kumpulan Seri Mayang berpecah sekaligus menjejaskan masa depan seni dan budaya Mek Mulung di Wang Budi yang semakin hilang ditelan arus pemodenan. 

Lalu bagaimanakah kesudahannya? Dapatkah kedua beradik ini bersatu semula demi menunaikan amanah arwah ayah mereka mempertahankan warisan budaya ini?

Post a Comment

4Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment