Gadgets

Koleksi Pantun 4 Kerat Hari Merdeka 2023 Yang Menarik

Menjelang sambutan Hari Kemerdekaan/ Kebangsaan Malaysia ke-66 tahun 2023 ini, setiap rakyat Malaysia pasti tidak mahu melepaskan peluang  untuk mendedikasikan ucapan Selamat menyambut Hari Merdeka sebagai caption di halaman media sosial facebook, Twitter, Instagram, Threads, TikTok dan juga WhatsApp mahupun kad ucapan.

Bukan hanya sekadar memberikan ucapan, peluang ini juga kita boleh ambil untuk menghayati erti sebenar kemerdekaan serta menanamkan semangat patriotik cintakan tanah air. 

baca juga
Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia 2023, berikut koleksi pantun dengan elemen Malaysia, Merdeka,31 Ogos, Jalur Gemilang, Bendera Malaysia, bunga raya, Merdeka ke-66 2023 dan Malaysia MADANI.

Koleksi Pantun 4 Kerat Hari Merdeka 2023 Yang Menarik

Koleksi Pantun 4 Kerat Hari Merdeka 2023 Yang Menarik

Pantun 1
Bunga Raya bunga kebangsaan,
Warna merah indah menawan,
31 Ogos Hari kemerdekaan,
Malaysia bebas dari penjajahan.

Pantun 2
31 Ogos tarikh keramat,
Bersama kita menyambut Merdeka,
Bersatu berazam penuh semangat,
Mari pertahankan Kemerdekaan kita.

Pantun 3
Bulan Kemerdekaan disambut penuh semangat,
Sambil mengharap Malaysia terus berjaya,
31 Ogos tarikh keramat,
Bersama kita menyambut Merdeka.

Pantun 4
Jalur gemilang Bendera Malaysia,
Megah berkibar setiap hari,
Selalulah kita berdoa padaNya,
Supaya Malaysia terus aman harmoni.

Pantun 5
Nama Malaysia sangat terbilang,
Melahirkan ramai tokoh dan wira,
Ayuh kibarkan Jalur gemilang ,
Tanda cinta pada negara.

Pantun 6
Setiap tahun kita menyambut Merdeka,
Jalur gemilang  berkibar megah,
Sejarah Malaysia jangan pula dilupa,
Beratus tahun kita dijajah.

Pantun 7
Meredah hujan untuk kembara,
Rehat sebentar menjamu juadah,
Hargai Merdeka yang kita rasa,
Hilang ia sesal tak sudah.

Pantun 8
Manis senyuman, melanjut usia,
Bahagia dicita, terpancar di muka,
Kita semua rakyat Malaysia,
Bersama kita, sambut Merdeka.

Pantun 9
Memang terbilang sebuah hikayat,
Kisah dahulu ramai yang suka,
Jalur gemilang  semangat rakyat,
Dikibar selalu tanda Merdeka.

Pantun 10
Bunga raya di dalam dulang,
Daunnya pula di makan ulat,
Rakyat dibela pemimpin dijulang,
Malaysia Merdeka kekal berdaulat.

Pantun 11
Sungguh indah negeri Melaka,
Tempat lahir ramai pahlawan,
66 tahun kita Merdeka,
Hidup aman tiada keperitan.

Pantun 12
Dari Kelantan ke negeri Melaka,
Singgah berehat di pekan Kuantan,
Sudah 66 tahun Malaysia Merdeka,
Hidup aman tiada keperitan.

Pantun 13
Burung bangau di sawah padi,
Luka berdarah diikat tali,
Jika patriotisme kurang disemadi,
Mungkin sejarah lampau berulang kembali.

Pantun 14
Sungguh indah Gunung Tahan,
Khazanah indah kurniaan tuhan,
Salam Kemerdekaan saya ucapkan,
Malaysia maju bergerak ke hadapan.

Pantun 15
Terbang tinggi si burung merpati,
Hinggap sebentar di atas dahan,
Sudah 66 tahun Kemerdekaan dirai,
Negara sejahtera penuh kenangan.

Pantun 16
Pelbagai bangsa pelbagai budaya,
Perpaduan rakyat teras utama,
Rakyat bersatu negara berjaya,
Malaysia MADANI aman sejahtera.

Pantun 17
Bersyukur kita menjadi rakyat Malaysia,
Bumi bertuah indah permai,
66 tahun kita Merdeka,
Rakyat hidup aman damai.

Pantun 18
Tanah ini Tanah MELAYU,
Pedagang datang ingin berniaga,
Serahkan budi bukan TANAHmu,
Pertahankan NEGARA, pertahankan BANGSA.

Pantun 19
Jalur gemilang  bendera negara,
Tanda Malaysia negara Merdeka,
Sambutan Kemerdekaan besar ertinya,
Jangan dinodai dengan dosa dan noda.

Pantun 20
Jalur gemilang berkibar megah,
Lagu Negaraku berkumandang indah,
Apakah erti Kemerdekaan dari penjajah,
Tapi budaya dan pemikiran masih dijajah.

sumber : theinspirasiinfosentral

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.