Gadgets

Siaran Lansung Live Sabah vs Negeri Sembilan Liga Super (LS21) 26 Ogos 2023

Skuad Jang, pasukan Negeri Sembilan FC akan bertandang ke Likas bagi perlawanan seterusnya menentang pasukan tuan rumah, Skuad Sang Badak Sabah FC.

Sabah vs Negeri Sembilan

Aksi perlawanan antara Sabah FC vs Negeri Sembilan FC akan berlansung pada hari Sabtu, 26 Ogos 2023 bertempat di Stadium Likas, Kota Kinabalu Sabah.

Perlawanan ini meruapakan pertembungan kali kedua untuk pasukan Sabah dan Negeri Sembilan. Pada pertemuan LS8 Negeri Sembilan vs Sabah, berakhir dengan keputusan seri masing masing dapat mencetak 1 gol.

Prestasi pasukan Sabah dalam 5 perlawanan terakhir ada menang dan kalah. Untuk rekod terkini, pasukan Sabah FC berada di dalam kedudukan terbaik di tangga nombor 4 di belakang Kedah FC dengan beza 4 mata. Masih ada peluang bagi pasukan Sabah untuk mengejar kedudukan di tangga ketiga atau kedua yang masih ada baki 5 perlawanan lagi.

Pasukan Negeri Sembilan perlu bangkit bagi meraih kemenangan yang sudah lama tidak dicipta oleh Skuad Jang samada bermain tempat lawan mahupun di halaman sendiri dalam saingan Liga Super.

Pasukan Negeri Sembilan FC vs Kelantan United R16-2 bagaimanapun telah layak ke peringkat Suku Akhir Piala Malaysia 2023 menentang pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim, JDT. Mungkinkah kemenangan tersebut akan dijadikan tonik semangat bagi mempamerkan aksi cemerlang menentang Sabah FC.

Sabah vs Negeri Sembilan (LS21)

Waktu siaran : Sabtu, 26 Ogos 2023, jam 8:15 malam
Tempat : Stadium Likas, Kota Kinabalu Sabah
Siaran TV/ Platform penstriman : Astro Arena Bola 2 (CH804), Astro GO dan Sooka

Siaran Lansung Live Sabah vs Negeri Sembilan Liga Super (LS21) 26 Ogos 2023

Info Tiket perlawanan Sabah FC vs Negeri Sembilan FC

Pembelian tiket untuk perlawanan Liga Super antara pasukan Sabah FC dan Terengganu FC yang berlansung pada hari Sabtu, 26 Ogos 2023 di Stadium Likas boleh didapati melalui laman web rasmi tickethotline.com.my.

Siaran Langsung dan Live Streaming Sabah FC vs Negeri Sembilan FC Liga Super 26 Ogos 2023 LS21

Penonton di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung antara Sabah vs Negeri Sembilan dari Stadium Likas Sabah menerusi saluran 804 Astro Arena Bola 2 dan Astro GO.

Tonton secara online menerusi platform Sooka seawal jam 7:45 malam bermula dengan siaran pra rancangan dengan langganan pas perlawanan berharga RM7.90.

Keputusan masa penuh perlawanan Sabah vs Negeri Sembilan Liga Super 2023 (LS21)

Keputusan perlawanan antara Sabah vs Negeri Sembilan dalam saingan LS21 secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan

FT : SABAH FC/ SAB (3) - (1) NEGERI SEMBILAN FC/ NSE
 R.Machado 13', 29'
 M.Angel 45+1

 A. Hein Htet 90'
 

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.