Responsive Ad Slot

Review | Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist #TitixAltheaKorea

"Sayang aku tahu, Kita tak banyak bicara, Kau jauh disana, Ku menyimpan tanya" Siapa peminat Titi Kamal mesti suka teruk dengan lagu "Resah Tanpamu". Dan kalau kau orang peminat Titi Kamal, seorang pelakon dan penyanyi dari Jakarta Indonesia mesti juga dah tahu tentang Collaboration Althea Korea bersama dengan Titi Kamal.


ALTHEA's FIRST BODY MIST!
Apa yang menariknya tentang collaboration ini adalah Althea Korea, satu laman web yang semakin popular dengan K-Beauty products telah mengeluarkan produk ekslusif terbaru dan juga merupakan Althea's FIRST body mist  yang diberi nama Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist. Ingat Althea;s body mist mesti ingat Titi Kamal. Sebab apa?

ALTHEA's FIRST CELEBRITY COLLABORATION

Sebabnya, Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist merupakan wangian badan yang dihasilkan daripada bauan bunga-bungaan dan juga buah-buahan seperti sweet orange, fresh peach dan elegant rose. Bauan ini dihasilkan daripada bauan kegemaran Titi Kamal sendiri. Maka, terhasillah collaboration  Titi Kamal dan Althea Korea yang juga dikatakan Althea's FIRST celebrity collaboration . #TitixAltheaKorea.

BAHAN UTAMA ALTHEA STAY FRESH BODY SPARKLING MIST

  • Damask rose water : Menjaga kulit dari dehidrasi dan memberikan bau haruman yang lembut dan menyenangkan deria bau.
  • Minyak jeruk manis : Menyegarkan deria bau
  • Ekstrak bunga Elder : Mendinginkan dan menenangkan kulit serta memberikan haruman feminin

WHAT'S SO SPECIAL ABOUT ALTHEA STAY FRESH BODY SPARKLING MIST


  • Bauan bunga dan buah : Kombinasi bauan bunga dan buah seperti sweet orange, fresh peach dan elegant rose membuatkan rasa segar sepanjang hari.
  • Saiz Botol Just Nice : Saiz botol boleh dikatakan just nice saiz sebab boleh muat masuk handbag atau sesuai juga dibawa travel. Pendek kata, mudah di bawa ke mana sahaja.
  • Tidak Melekit : Sejenis body mist yang tidak melekit atau meninggalkan kesan apa-apa pada badan selain bau wangi.
  • Bau Tahan Lama : Althea's body mist ni tahan lama dengan syarat perlu spray di badan selepas mandi. Barulah bau harum wangi tu melekat di badan lama sikit.

CARA PENGGUNAAN
Body mist biasanya digunakan selepas mandi dengan cara spray di sekitar badan. Kalau bawa travel tu bolehlah kot buat pengganti perfume sparay sikit-sikit.

Jujur cakap, Fiza memang tak pernah ada body mist sebab biasanya cuma pakai deodorant dan perfume je lah untuk bab penjagaan bau badan ni. Body mist boleh dikatakan jarang orang gunakan dalam rutin harian. Betul tak? Biasanya orang akan pilih perfume dan deodorant sahaja untuk penjagaan bau badan ni. Tapi kalau pakai body mist ni bukan je bau badan lebih wangi tapi lebih segar.


Patutlah ramai yang restock lepas cuba sebotol Althea Stay Fresh Body Sparkling ni. Kau orang boleh dapatkan juga di ALTHEA KOREA. Hanya di Althea Korea sahaja sebab tempat lain tak ada dijual produk ekslusif Althea ni.  

RATINGS
Packaging : ⭐⭐⭐⭐⭐
Smell : ⭐⭐⭐⭐⭐
Durability : ⭐⭐⭐⭐
Price : RM35 (100ml)
Value For Money : Yes

#TitixAltheaKorea #AltheaAngels #AltheaKorea

Unboxing Althea Beauty Haul 7.0

Pin pin! Ha kalau bunyi tu depan rumah, confirm courier datang nak hantar parcel. Yes, memang betul sangkaan Fiza. Bungkusan parcel kali ni Fiza namakan "Althea Beauty Haul 7.0" yang merupakan kotak ke 7 Althea dalam koleksi Fiza. Parcel kali ni agak tak sabar nak dapat sebab produk terbaru Althea Korea yang bukan biasa biasa. Sangat Exclusive! Hanya boleh dapatkan di Althea sahaja.

Small box but Big love
Fiza ada perasan kat website Althea kotak limited edition Christmas tu. Memang cantik sangat kotak limited edition tu. Harap-harap ada rezeki dapatlah nanti sebab Fiza tengah tunggu beberapa barang "wishlist " Fiza sampai hasil daripada tebus rewards point dan diskaun. Kalau tak dapat pun takpelah. Bukan rezeki namanya. Dah dapat kotak macam ni pun dah buat rasa happy.



Ada apa dalam Althea Box Beauty Haul 7.0 
  • Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist 
  • Althea Pore Purifying Serum Cleanser


2 items ni Fiza akan buat full review setiap satu nanti. Jadi, kalau nak tahu nanti jangan lupa singgah lagi ye. By the way, Althea tengah buat banyak sale sekarang ni. Kod diskaun bersepah-sepah dekat website tu. Kena pandai guna barulah berbaloi dan boleh berbelanja lebih lagi kan. Cepat serbu ALTHEA KOREA


Thank you Althea Korea, Mamasan Tammy Lim, Big Angel Syahira and Althea Team.

Wedding Blogger Shida Radzuan

Tengahari check out dari Beverly Hotel Taiping terus menuju ke Majlis Perkahwinan Shida Razduan. Itulah misi utama ke Perak ni. Blogger lama yang blogging awal tahun 2009 tentu kenal dengan blogger Shida Radzuan. Cuma sekarang Shida dah kurang aktif berblogging tapi masih aktif lah dengan social media lain. Fiza dan Shida ni dah kenal lama sejak zaman awal blogging dulu sampailah sekarang.

Kad kahwin Shida pun Fiza yang design ikut apa yang Shida nak. Jadi, tarikh Shida kahwin ni Fiza memang dah tahu awal lah. Kalau bakal pengantin jemput, inshaAllah Fiza pergi. Last minit plan dan akhirnya dapat juga Fiza bersua muka dengan Shida yang hanya kenal alam maya je. Fuhh...nasib baik Shida kenal. Kebetulan Fiza sampai Shida dah nak keluar makan beradab. Tak sempatlah nak sembang lama.


Cantik pengantin sama padan dengan baju pengantin songket moden ni. Berseri-seri pengantin kita ni.


Pelamin cantik Shida

Oh ya, photobooth banner tu Fiza design juga. Design sama dengan kad jemputan kahwin Shida. Saja ambil gambar untuk kenangan walaupun tak dapat ambil kat situ sebab ada ramai yang duduk situ. Tak kan nak halau orang pula kan?


Sempat jugalah ambil gambar dengan pengantin. Jadilah daripada takde lansung. Kalau tak main hai hai je lah dengan pengantin.


Alhamdulillah merasa nasi minyak Shida.
Tahniah Shida dan Sharul. Selamat menempuh fasa kehidupan yang baru berdua. Semoga berbahagia sampai syurga. Aaminn
Dari majlis kahwin Shida terus gerak balik Seremban tak singgah mana-mana dah. Dah lama tak travel jauh rasa penat tu lain macam tapi puas hati dapat bercuti walaupun sehari. Masa pergi kenduri kahwin jauh-jauh ni lah baru dapat jalan jauh. Tamatlah percutian sehari Fiza dan husband di Perak. Next time ada rezeki pergi Perak nak terjah tempat menarik yang lain pula.

Bermalam di Beverly Hotel Taiping

Dari Ipoh lepas menjamu selera di Medan Selera TKK, terus gerak ke Taiping check in Beverly Hotel yang dah booked sehari via Agoda. Biasanya kalau survey hotel, saya dan husband suka baca review juga supaya tak tersalah pilih hotel untuk bermalam.

Barulah berbaloi bayar untuk bermalam masa bercuti. Paling penting hotel bersih, cantik, selesa, senang nak access, kemudahan sekitar dekat dan service mesti bagus.

beverly hotel taiping review

Daripada hasil survey tu, akhirnya kamiorang pilih Beverly Hotel sesuai dengan bajet, kemudahan yang ada dan agak dekat dengan destinasi yang nak dituju esoknya. Mulanya nak bermalam di Ipoh je sebab Ipoh banyak tempat menarik.

Tapi disebabkan destinasi di Simpang, Perak. Jadi bermalam di Taiping je lebih dekat. Tak perlu naik turun naik Ipoh.

Ikut perancangan, nak check in pukul 11:00 malam. Kononnya nak menghabiskan masa jalan-jalan Ipoh dulu tapi sebab dua-dua penat ya amat dengan perjalanan jauh dan tak cukup tidur. Jadi ambil keputusan check in awal je lah. Boleh rehat lebih sikit sebelum tempuh perjalanan balik yang jauh. 

Urusan check in sekejap je. Staff pun sangat friendly dan memudahkan urusan check in. Macam biasalah perlu bayar deposit RM50 dan touch kad bilik hotel diberikan. Bayaran deposit tu akan diberikan masa check out nanti.

beverly hotel taiping review
Ada peti besi untuk simpan barang berharga sementara keluar bilik.

Masuk je bilik sebelah kiri bilik air. Bilik air yang bersih dan tersedia towel dan juga beberapa toiletries. Air panas dan air sejuk automatik daripada pili paip. Nak air sejuk kekanan dan air panas kekiri. Air memang laju dan kuat. Memang puas lah mandi.

beverly hotel taiping review

Kamiorang pilih king bed lebih besar dan lebih selesa lah. Bilik ni takde langsir. Cuma ada bidai dan tingkap yang kecil. Tapi kalau buka bidai ni memang bersinar terang terus bilik. Lantai pula bukan tiles tapi carpet yang selesa dipijak. So far dalam bilik ni takde masalah bau. Semuanya bersih dan selesa.

beverly hotel taiping review

beverly hotel taiping review

Ada satu pintu ni laluan ke bilik sebelah. Kalau stay satu family bolehlah buka pintu ni. Tapi kalau tak, pintu ni hanya boleh dibuka dari dalam bilik sahaja. Jadi, orang sebelah tak boleh buka pintu. Ada disediakan hair dryer, kettle, cawan dan juga air minuman.

beverly hotel taiping review

beverly hotel taiping review

Dan ini pula view daripada bilik Standard Double yang kamiorang bermalam. Sesekali dengar lah bunyi train lalu tapi taklah kuat pun. Lalu pun laju, tak sempat nak terjaga kalau tertidur. Tapi memang best view lah kalau dapat bilik paling hujung ni.

beverly hotel taiping

So far selesa bermalam ni Beverly Hotel Taping, Perak ni. Kiranya berbaloi lah dengan harga tu. Takdelah spoil mood bercuti. Cuma bilik tak berapa nak kedap bunyi. Dengar lah orang sebelah bersembang sometimes.

Well, itu perkara biasalah kot. Tak jadi masalah sangat kot? Recommended Hotel untuk sesiapa yang singgah bercuti di Taiping. Sekian sahaja Beverly Hotel Taiping review jujur dari saya.

Jalan-Jalan Cari Makan di Medan Selera Taman Kanak-Kanak Ipoh

Kalau dah bercuti jalan-jalan, mesti nak cari tempat makanan sedap. Sesekali pergi tempat orang memang wajib rasa makanan sedap yang ada kat situ. Dengan hasil bantuan google dapatlah beberapa tempat makanan sedap dan wajib cuba.

Tapi disebabkan belum makan tengahari dan husband nak makan popiah basah, kami JJCM Ipoh, jalan-jalan cari makan di Medan Selera Taman Kanak-Kanak (TKK), Ipoh.

Agak susah sebenarnya nak cari Medan Selera guna waze, entah mana-mana lah dia bawa sampai pusing dua tiga kali jugalah mencari. Kesilapan teknikal sebab salah keyword nama tempat. Kena waze guna nama yang betul barulah sampai Medan Selera Taman Kanak-Kanak (TKK) Jalan Dato’ Tahwil Azhar ni. 


Kat Medan Selera ni ada banyak pilihan makanan. Jadi, macam tempat yang sesuailah untuk kau orang singgah makan. Boleh pilih nak makan apa ikut selera masing-masing. Ada nasi, ada masakan goreng panas, ada abc, ada popiah dan bermacam menu lagilah.

Disebabkan kamiorang tak makan nasi tengahari lagi. Jadi, order nasi ayam lah cepat sikit siap. Lagipun perut dan lapar kot berjalan dari tadi.

Tak ingat order nasi ayam ni di kedai mana satu tapi sebaris kedai popiah SS Ali (POPIAH IPOH T.K.K) yang popular tu. Nas Ayam dia memang sedap. Ke masa perut lapar semua makanan jadi sedap? Eh, taklah. Memang sedap pun.

Teh ais dia pula memang kaw dan sedap. Husband sampai dok sebut je teh ais tu sedap. Kemain sangat kan! Total 2 pinggan nasi ayam, teh ais tarik dan teh o ais, RM14.50. Nasi ayam tu mungkin RM6 sepinggan, Teh Ais RM1.50 dan teh o ais RM1.

tempat makan best di ipoh

Disebabkan husband nak makan popiah juga, jadi bungkus juga popiah basah SS Ali yang popular di Ipoh ni. Harga satu popiah RM1.

Satu bungkus ada 5, jadi RM5 sebungkus. Husband beli sampai 2 bungkus buat bekalan makan malam kat Hotel nanti sebab macam malas nak keluar cari makan dah. Niat nak rehat je kat Hotel sebelum jalan jauh lagi esoknya. 

tempat makan best di ipoh

Popiah ni memang sedap sangat. Isi dia sangat banyak dan sos dia pedas ikut selera yang suka pedas. Sangat berbaloi beli dengan harga yang dijual tu. Kadang ada sesetengah peniaga kedekut isi popiah. Tapi Popiah Ipoh T.K.K memang sedap lah. Medan Selera T.K.K ni pun agak bersih dan kebersihan juga terjaga.

Muslim Volunteer Malaysia (MVM) Perlukan Sumbangan Untuk Kem Pelarian Syria (Winter Mission Syria 3.0)

Seperti yang telah Fiza ceritakan sebelum ini tentang Muslim Volunteer Malaysia, rasanya tidak perlu Fiza perkenalkan lagi Pertubuhan Sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia ini lagi. Jika belum baca, boleh klik link ini " Bantu dan Sertai Muslim Volunteer Malaysia". Harapan Fiza selepas Fiza kongsikan artikel itu, mungkin ada yang tergerak hati ingin daftar Muslim Volunteer Malaysia. Untuk artikel kali ni akan Fiza akan kongsikan aktiviti sukarelawan MVM seterusnya, iaitu Winter Mission Syria 3.0.

Sidang Media Winter Mission 3.0 & Ikon MVM 2019 pada 6 December 2018 di De Palma Hotel, Shah Alam

Kita semua tahu bahawa Syria masih lagi bergolak dengan konflik peperangan yang terus berlanjutan sehingga ke hari ni. Rakyat Syria yang tidak bersalah dan kanak-kanak yang tidak berdosa dibunuh. Boleh dikatakan setiap hari keluar berita tentang rakyat Syria yang dibom dan ditembak mati. Beruntungnya kita berada di negara yang masih aman. Apa yang mampu kita buat pada saat ini adalah mendoakan kesejahteraan rakyat Syria agar Syria kembali aman dan tidak berlaku lagi tragedi pertumpahan darah rakyat yang tidak berdosa.

Berikan kegembiraan kepada mereka

Sebagai rakyat Malaysia yang sangat prihatin, sudah tentu kita ingin menyumbangkan sesuatu bagi membantu rakyat Syria yang kini sedang bertarung meneruskan kehidupan yang entah sampai bila perlu diharungi. Segala kemungkinan yang akan berlaku di kem pelarian Syria. Dengan cuaca yang semakin hari semakin sejuk sehingga suhu cuaca mencecah ke paras bawah sifar dan tiada bekalan baju sejuk serta makanan yang semakin berkurangan. 


Bayangkanlah!Kita di Malaysia baru sejuk sikit dan tak boleh tahan, inikan mereka yang sejuk disana. Disebabkan itu, Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) telah bekerjasama dengan Global Peace Mission (GPM) dalam menghantar bantuan seperti baju sejuk dan kotak makanan di kem pelarian Syria Gaziantep, Syria, Turki yang seramai 6000 orang. 

MENGENAI MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA DALAM WINTER MISSION SYRIA


Winter Mission Syria 1.0 : Sejumlah RM100,000 bantuan yang dihulurkan termasuk bantuan kit musim sejuk dengan kerjasama Malaysia Life Line For Syria (MLLFS). 


Winter Mission Syria 2.0 (Jan 2018) : Sebanyak RM200,000 bantuan disumbangkan termasuk bantuan baju sejuk, selimut dan susu bayi. Sekali lagi dengan kerjasama Malaysia Life Line For Syria (MLLFS) dimana jumlah bantuan ini dapat diberikan kepada 3000 orang di kem pelarian Syria di Turki dan Syria.

Pengasas turut serta dalam memberikan bantuan

PERSEDIAAN WINTER MISSION SYRIA 3.0

Dalam merealisasikan Winter Mission Syria 3.0 yang akan datang ini, MVM sebagai contoh badan sukarelawan di Malaysia telah mengambil inisiatif dalam mengadakan hubungan strategik dengan beberapa orang usahawan terkemuka di Malaysia dan juga selebriti tempatan bagi  meluaskan lagi hebahan tentang misi ini. Dalam sidang media yang telah diadakan baru-baru ini pada 6 Disember di De Palma Hotel, Shah Alam, MVM telah melantik beberapa ikon daripada usahawan dan selebriti.


Antara selebriti dan usahawan yang terlibat adalah:
  • Ustaz Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kashim (Personaliti Dakwah Malaysia)
  • Noorsyarmilla Binti Jirin atau lebih dikenali dengan nama Mila Jirin (Penyanyi dan Usahawan)
  • Kumpulan Inteam (Nasyid Berkumpulan Malaysia)
  • Dai’ Ahmad Izzhar Bin Ahmad Nazri (Pendakwah Milenia Musim Kedua)
  • Puan Ernayanee Binti Nur Julaimi (CEO De’Xandra)


Ini adalah pemilihan Ikon MVM kali yang ke-3 untuk MVM dengan usahasama selebriti-selebriti terkenal tanah air. Pada tahun 2017, MVM telah bekerjasama dengan Dato’ Fadzilah Mohamad Kamsah, Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Diana Amir dan Azmi Saat yang telah berjaya sehingga hari ini.


Nampak tak hubungan ini sedikit sebanyak sangat membantu niat murni MVM dalam membantu mereka yang memerlukan. Dengan adanya usahasama ini juga dapat memberi peluang kepada selebriti mahupuan usahawan yang mahu melakukan aktiviti kebajikan dan boleh dijadikan sebagai contoh ikutan kepada masyarakat.


Umum kita tahu yang pengaruh selebriti dan usahawan berjaya sangat kuat sehingga boleh mempengaruhi fikiran masyarakat di luar sana untuk turut serta. Jadi, peluang ini secara tidak lansung dapat mengajak masyarakat diluar sana membuat amal kebajikan. Mungkin dengan kuasa viral di zaman teknologi ini dapat meluaskan lagi hebahan ini dan dapat membantu lebih ramai lagi mereka yang memerlukan bantuan.

MISI UTAMA WINTER MISSION SYRIA 3.0 (JAN 2019)

Bermula 2 bulan dari sekarang Muslim Volunteer Malaysia akan menjalankan kempen mengumpul dana melalui media sosial (crowd funding) dalam menjayakan Winter Mission Syria 3.0 bagi mengumpul dana sebanyak RM300,000. MVM akan menghantar beberapa sukarelawan Malaysia dari GPM untuk menghantar bantuan secara terus kepada rakyat Syria di sana pada 16 Jan sehingga 25 Januari 2019 akan datang.


Sebagai rakyat Malaysia, ini lah cara menyumbang di Muslim Volunteer dengan menghulurkan sumbangan yang diperlukan. MVM juga sangat berbesar hati jika ada badan-badan korporat yang ingin turut menyumbangkan bantuan ataupun tajaan, boleh terus hubungi atau layari website donation MVM iaitu:

www.donation.mvm.org.my 

AKAUN SUMBANGAN
Nama: Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia:

Maybank (56480 164 7699)
CIMB (8602 5378 07)
Bank Islam (1230 0010 0030 65)
Emel : account@mvm.org.my 

MEDIA SOSIAL
Laman Rasmi
http://www.mvm.org.my
Laman Sumbangan
https://donation.mvm.org.my/
Facebook
https://www.facebook.com/MuslimVolunteerMalaysia
Instagram
https://www.instagram.com/muslimvolunteermalaysia
Twitter
https://twitter.com/volunteermvm  

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:
Emel:  salam@mvm.org.my 
Telefon: 603-8074 0434

ALAMAT
Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia 
No 12-1, Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor


Sekiranya berminat untuk menyumbangkan tenaga menjadi sukarelawan, boleh daftar Volunteer Malaysia serta mengikuti Program Volunteer Malaysia yang telah disediakan. MVM antara senarai pertubuhan sukarelawan di Malaysia yang menjadi contoh pertubuhan sukarela terbaik. Kenapa Fiza cakap yang terbaik? Boleh baca fakta tentang MVM di bawah ini.

TENTANG MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA (MVM)

  • Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia atau Muslim Volunteer Malaysia (MVM) adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah berdaftar pada 30 Disember 2014. Pendaftaran Sukarelawan NGO ini  mempunyai lebih 50,000 sukarelawan muda di Malaysia dengan lingkungan umur antara 18 hingga 24 tahun. 
  • 2017 : MVM telah disenaraikan sebagai TOP 5 NGO semasa Majlis Volunteer Malaysia Awards 2016 dimana Anugerah Perdana Menteri ini dianjurkan oleh IM4U dan telah disokong oleh Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). 
  • 2016 : MVM telah berjaya mengadakan 33 program dan jumlah itu meningkat pada tahun 2017 iaitu sebanyak 55 program. Dengan adanya sokongan daripada semua, tahun 2018 MVM akan terus memperbanyakkan lagi program-program kebajikan.
  • MVM antara senarai badan sukarelawan di Malaysia yang memberi bantuan secara tindakan dan juga penerangan. MVM membantu sesiapa juga yang memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa, agama, mahupun berbeza pandangan politik. Pembangunan sosial secara bersepadu dipratikkan juga melalui kerjasama dengan masyarakat setempat, rakan kerjasama dan pihak penaja.  
  • MVM terus berjaya dalam pelbagai bidang termasuk membantu menghubungkan NGO-NGO lain dengan kerajaan, menghantar sukarelawan-sukarelawan MVM ke NGO-NGO yang memerlukan, membantu golongan keluarga fakir miskin, anak-anak yatim dan belia-belia Malaysia.
  • Berpaksikan ‘Tindakan Hari Ini, Mengubah Masa Depan’, program-program kelolaan MVM dijalankan dalam bentuk berfasa dan ini meliputi fasa seperti transformasi, latihan perniagaan, pemantauanekonomi serta bantuan dana untuk suatu jangka masa tertentu.
  • Harapan MVM untuk mewujudkan masyarakat yang prihatin di mana komuniti diupayakan, tanggungjawab sosial dilaksanakan dan masyarakat bersatu meringakan beban penderitaan golongan yang memerlukan.

Rasanya dah cukup banyak fakta untuk diberitahu pada semua tentang tanggungjawab yang digalas oleh MVM dan kepentingan menyertai pertubuhan sukarela ini. Jadi, kita perlu sokong dan membantu apa yang termampu seikhlas hati. Harapan Fiza dan semestinya harapan rakyat Malaysia juga agar nasib golongan yang memerlukan bantuan ini terbela.


Satu lagi yang Fiza kagum sangat tentang MVM ni adalah pengasas MVM itu sendiri, iaitu Muhammad Bin Jantan. Kalau kau orang google nama dia dan baca sejarah hidup dia, mesti kau orang sendiri akan rasa kagum dengan kejayaan dia dalam umur yang masih muda.

Gunung Lang, Taman Rekreasi Menarik di Ipoh

Lepas singgah Kellie's Castle, saya dan husband teruskan perjalanan singgah di Taman Rekreasi Gunung Lang yang popular di Ipoh. Niat di hati nak singgah Tasik Cermin di Gunung Rapat Ipoh tapi terpaksa kecewa sebab daripada hasil cariaan google katanya Tasik Cermin ni telah ditutup kepada orang ramai atas sebab batu besar jatuh dan pelantar rosak.

Jadi bahaya untuk orang awam. Sampai bila tutup atau memang tutup terus saya tak pasti pula.

Atas Gunung Batu Kapur ni ada trademark Gunung Lang, tapi gambar overexpose tak nampak pula

Untuk menghilangkan kekecewaan tu terus pergi Taman Rekreasi Gunung Lang. Tarikan utama Gunung Lang adalah gunung batu kapur dan tasik seperti tasik cermin juga. Saya singgah sini jumaat petang. Saya fikir macam tak ramai lah orang.

Sekali datang memang ramai orang dan parking pun hampir penuh. Disebabkan ramai dan tak ada masa banyak nak beratur naik bot pergi seberang. Jadi, singgah Gunung Lang kejap je tak sampai 10 minit. Ambil gambar sikit dan duduk sekejap. 

Tasik ala-ala tasik cermin. Kadang kala kalau bernasib baik dapat tengok air terjun buatan. Masa saya pergi ni tak buka pula.

Dari apa yang saya tahu selain permandangan Taman Rekreasi yang cantik ni. Ada pulau kecil seberang tu yang boleh pelawat pergi dengan menaiki bot. Aktiviti di Gunung Lang mungkin lebih menarik kalau pergi ke pulau kecil tu sebab ada petting Zoo katanya.

Harga tiket Gunung Lang 

Bayaran dikenakan pun tak lah mahal, RM3 untuk dewasa, RM1.50 untuk kanak-kanak dan warga tua.

Harga tiket yang berpatutan ni dapat bagi peluang pelawat pergi ke seberang. Okay takpelah, mungkin ada rezeki sampai Gunung Lang lagi boleh lah naik boat ke seberang. 

Yang pasti kena datang sini pada hari biasa bukan musim cuti sekolah. Tapi ye lah kan, musim cuti sekolah lah masa bawa anak-anak dan bercuti satu keluarga ke tempat-tempat menarik macam Gunung Lang ni kan.

Datang Gunung Lang ni boleh menikmati keindahan alam disekitarnya. Sesekali dapat sedut udara bersih alam semulajadi ni barulah fresh. Macam biasa, gunakan waze atau GPS untuk memudahkan perjalanan ke Gunung Lang, Ipoh.

Kellie's Castle, Tempat Menarik Di Batu Gajah Perak

Kellie's Castle, salah satu tempat menarik untuk dilawati di Batu Gajah Perak. Sebelum ni pergi Batu Gajah, tak berpeluang nak singgah ke Kellie's Castle. Dalam perjalanan nak ke Taiping kali ni baru berpeluang singgah di Kellie's Castle.

Apa yang menariknya Kellie's Castle adalah rekaan bangunan dan juga permandangan disini yang sangat sesuai untuk aktiviti photoshoot. 

kellie's castle batu gajah perak

Sejarah terbinanya Kellie's Castle ni, saya ambil daripada wikipedia. Boleh baca dan ketahui sejarah tentang Kellie's Castle ni untuk tambah pengetahuan. Dan kalau datang sini pun sangat banyak fakta tentang sejarah dan setiap sudut ada diletakkan maklumat.

Kalau jalan-jalan dalam Kellie's Castle tu boleh lah baca mana yang patut. Saya baca sikit-sikit je. Bergambar je lebih.

Sejarah Kellie's Castle

Istana Kellie atau Kellie's Castle (kadang-kadang digelar Kesilapan Kellie (Kellie's Folly) ialah sebuah istana kota yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke Batu Gajah, Negeri Perak.
Rumah Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1905 oleh seorang peladang getah terkemuka Scotland bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.

William Kellie Smith adalah dari sebuah kampung di Scotland yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk meneroka 360 hektar hutan di Perak.

Dengan keuntungan besar yang dibuat daripada perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, dia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.

Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Scotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Tanah Melayu pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal.

William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya ialah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith.

Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluas rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.

Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapi dengan lif yang pertama dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.

Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling tersendiri di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.

Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal untuk mengambil lif yang ditempah pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.
- kellies castle wikipedia bahasa melayu

kellie's castle batu gajah perak
Ground floor

Serius cakap, kalau photoshoot kat sini memang sangat cantik. Struktur istana bangunan lama ni sangat unik walaupun tidak siap sepenuhnya. Dan disebabkan itu lah Kellie's Castle manjadi daya tarikan utama di Batu Gajah, Perak ni. 

kellie's castle batu gajah perak
Room Level 2

Ada kalanya rasa seram masuk dalam Kellie's Castle ni sebab struktur binaan lama yang tidak siap. Banyak jalan pintu rahsia yang pada saya sangat seram. Keluasan istana ni memang besar.

Kisah Kellie's Castle ada juga yang seram kalau baca sebelum pergi. Baiklah tak ambil tahu sebelum pergi. Tak berani nak dengar Kellies Castle ghost story.

Memang puas jalan dan sampai tak terlarat jalan kalau pergi sini masa cuaca tengah panas. Bermandi peluh lah jawabnya. Orang kata ketibas (baca : ketiak basah). Dengan musim cuti sekolah ni lagilah ramai manusia. Nak ambil gambar memang kena ikut giliran.

kellie's castle batu gajah perak
Setiap sudut dan setiap bilik ada disertakan sekali maklumat 

kellie's castle batu gajah perak
Room Level 3

kellie's castle batu gajah perak
View sungai

Dah sampai level 3 ni memang ambil gambar sajalah sebab view dia sangat cantik. Nampak view luar dan bilik pun lebih banyak cahaya masuk berbanding level bawah. So memang lebih ramailah suka bergambar kat sini. Struggle lah memasing ambil gambar kan.

kellie's castle batu gajah perak

Keluar daripada bilik level 3 boleh keluar ke second roof top yang tak berapa nak gayat. Tapi gayat jugalah nak posing tepi-tepi tu bila nampak bawah. Paling banyak ambil gambar kat roof top ni. Boleh ambil gambar setiap sudut sebab semuanya pun nampak cantik.

kellie's castle batu gajah perak
Roof Top Level 3, yang lagi satu tu baru real one roof top

kellie's castle batu gajah perak
Nak naik roof top ke tak ni? Berani ke?

kellie's castle batu gajah perak

Kalau kau orang dah tengok cerita munafik2, kat sini lah penggambarannya scene Abuya dan pengikutnya tu. Seram kan?

kellie's castle batu gajah perak

kellie's castle batu gajah perak
Roof Top

Untuk naik ke roof top ni kena melalui tangga yang kecil ni. Kena lah naik seorang-seorang ikut giliran. Memang tak boleh berselisih lah, melainkan dengan budak kecil. Kalau tak memang tak muatlah. Tangga dia nak kata curam pun tak sangat lah kot pada saya. 

kellie's castle batu gajah perak
Tangga ke Roof Top

Selain bangunan istana atas tanah ni, ada juga tanah. Tak sempat lah nak explore lebih Kellie's Castle ni. Datang dah petang, hari nak hujan pula tu. Memang kena angkat kaki lah. Ngam-ngam turun dari Kellie's Castle nak ke kereta terus hujan lebat.

Jadi, tamatlah eksplorasi Kellie's Castle. Okay, tak tercapai lah hajat nak kesini. Kalau kau orang tersinggah Batu Gajah tu boleh lah singgah Kellie's Castle untuk rasa pengalaman sendiri.

kellie's castle batu gajah perak

Kellie's Castle mudah nak access sebab dekat tepi jalan besar je. Guna waze dah boleh sampai.

Bayaran masuk Kellie's Castle /Kellie's Castle ticket

Bayaran RM5 dikenakan untuk dewasa
RM2 untuk parkir

Sebelum masuk tu ada kakak staff tu nak ambil gambar, tak perlu bayar katanya. Kalau dah ambil gambar ni mesti suruh beli nanti kan. Itulah yang saya fikir walaupun katanya free. Well, dah biasa trend macam tu kan di mana-mana pusat tarikan pelancong.

Betul sangkaan saya, last-last nak balik tu dia tunjukkan gambar yang dia ambil untuk dibeli. RM25 atau RM35 entah dia kata siap sekali dengan cover Kellie's Castle. Kami orang geleng tak nak, kemudian dia tak putus asa promot untuk beli gambar sahaja RM10 sekeping saiz 6R kalau tak silap saya.

Kami balas dengan baik" takpelah". Kemudian dia buat muka. Kamiorang pun terus jalan masuk ke kereta sebab nak hujan.

Kan dah membazir macam tu. Lain kali kena tanya dulu nak ambil gambar tak buat kenangan dengan hanya sekian-sekian. Tak lah membazir cuci gambar hard copy tu. Okay takpelah, fikir positif gambar tu boleh letak dalam gallery kemudian hari. Mungkin strategi macam ni kena tukar.

Mungkin ada sesetengah orang kesian terpaksa beli atau yang memang nak gambar hardcopy kalau takde camera. Pada saya, memang perlu tanya dululah kot samada nak ambil gambar atau tidak. Walau apapun pengalaman datang sini best cuma larat tak larat je lah nak jelajah satu istana ni.

By the way, kalau ada yang bertanya pasal topi tu boleh baca sini Tempah Customize Foldable Big Summer Hat Travel
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu