Gadgets

Drama Barista Misi Terpaling Sulit (Astro Ria)

Drama B.A.R.I.S.T.A : Misi Terpaling Sulit, sebuah drama siri terbaharu 10 episod dari Astro Gempak berkonsepkan spy dengan sisipan slot yang menghiburkan bersiaran mulai 24 Ogos 2023, setiap Khamis jam 11:00 malam eksklusif menerusi saluran 104 Astro Ria serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

B.A.R.I.S.T.A : Misi Terpaling Sulit merupakan hasil karya skrip tulisan Sham Hashim yang juga sebagai showrunner dan diarahkan oleh pengarah Norhanisham Muhammad (Labu).

Drama ini diterbitkan oleh Arie Zaharie Productions. Drama kena tonton sebab lain dari yang lain katanya. 

Drama Barista Misi Terpaling Sulit
sumber : Astro Gempak, untuk tujuan promosi

PELAKON, WATAK DAN SINOPSIS BARISTA MISI TERPALING SULIT

  • Sheryy Al Hadad sebagai Ejen M
  • Kamal Adli sebagai Ejen G
  • Nadia Brian sebagai Ejen K
  • Emelda Rosemila sebagai Senator Salbiah
  • Khir Rahman sebagai Kapten Hali
  • Luqman Hafidz sebagai Pesot
  • Mek Yun sebagai Onot
  • Zarul Husin sebagai Kapten W
  • Arie Zaharie sebagai Markonah
  • Aziz M Osman sebagai Pak Ngah

B.A.R.I.S.T.A : Misi Terpaling Sulit mengisahkan tentang Badan Anti Radical Insurgent Teroris Andorsia atau dikenali sebagai B.A.R.I.S.T.A ialah sebuah agensi perisikan Andorsia, sebuah negara Komanwel fiksyen yang sering terlibat dengan misi-misi perisikan, anti-pengganas dan penyiasatan antarabangsa.

Ketika menjalani sebuah misi untuk menghapuskan KURAP (Kumpulan Radikal Pemisah Andorsia Selatan) yang ingin mengancam Andorsia, Ejen K telah diculik oleh sekumpulan pengganas yang ingin mengecam agensi perisikan mereka.

Untuk menyelamatkan Ejen K, Ejen M yang dikenali sebagai legend spy dan Ejen Gee, seorang penganalisis IT yang nerd dipilih untuk menyelesaikan penyiasatan sulit ini. 

Namun dalam menyelesaikan misi ini, mereka menemui konspirasi lain yang lebih mengejutkan. Ejen K dituduh sengaja ditangkap kerana mahu belot pada agensi mereka.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.