Tambah Koleksi Non Stick Deep Frypan Tefal

Rezeki dapat voucher daripada Lazada sebab menang contest anjuran Lazada tahun lepas. Setelah bertangguh berminggu lamanya dengan urusan ke sana sini, baru minggu ni lah ada kat rumah dan baru sempat nak memilih barang apa yang perlu di beli. Apa yang fikir, nak beli barangan rumah je la setakat ini.

Dah lama juga simpan hasrat nak tambah koleksi non stick pan Tefal sebab dari pengalaman memang puas hati dengan kualiti dari brand Tefal ni. Kali ni cuba beli yang jenis deep frypan untuk memasak setiap hari. Memudahkan kerja masak sebab ada holder, tak melekat dan mudah mencuci. Kerja masak tu jadi lebih cepat orang kata.


Sebelum ni Fiza beli jenis bulat biasa. Saja nak beli yang ada curve macam ni. Senang nak tuang masakan dalam bekas nanti. Nanti kalau tak beli, asyik terbayang-bayang je pula. Bila dah dapat baru puas hati.



Tefal Super Cook Non Stick Deep Frypan 28cm with Thermo-Spot Technology
  • 2 Years Local (Malaysia) Manufacturer Warranty 
  • Easy to use everyday
  • POWERGLIDE non-stick coating
  • The glide that lasts longer


Nak tanya sikit, Macamana nak tahu barangan Tefal tu orginal atau fake ye? Ada sesiapa tahu? Boleh tinggalkan komen dalam kotak di bawah ni. Deep frypan yang Fiza baru beli bawah dia takde tulis made in france pun? Ke memang design deep frypan jenis ni takda tulisan made in france pada bahagian bawah?



Tapi yang deep frypan yang Fiza beli kat AEON ada made in france pada bahagian bawah.


Periuk yang Fiza dapat dari UK ni pun memang original ada made in france bawah tu.

Fiza google takda pula nak kenalpasti original atau fake. Kalau terbeli yang tak original of courselah rasa tertipu dan rugi sebab kualiti tak sama. Biarlah jenama dan kualiti tu seiring dengan harganya. Tengok kat Lazada harganya lebih murah jika dibandingkan dengan harga di shopping mall, itu yang nak beli tu. Lagi berbaloi dapat apron Tefal free ni. Nampaknya kena simpan apron lama ni. Semoga jarang-jarang berlaku kemalasan tu ye Puan Fiza.


Well, setakat ini puas hati dengan pembelian Non Stick Deep Frypan Tefal daripada Lazada ni. Packaging elok dalam kotak dan barang pun dalam keadaan baik. Sebelum ni risau juga nak beli sebab tengok daripada review ada yang dah rosak lah apalah. Tapi since tak pernah ada masalah dengan Lazada, Fiza teruskan shopping. Bukan bodek ye, tapi cerita benar. Jika berlaku sebarang masalah tu kira bukan rezeki dan ada jalan penyelesaiannya.




Lepas ni nak shopping deep frypan lagi tapi saiz kecik sikit ala-ala periuk. Yang ni Fiza beli saiz 28cm dan harganya RM99. Beli cepat sebelum stok habis.

Pelamin Ala Hutan Tropika Pilihan Yuna

Tahniah buat penyanyi Yunalis Mat Zara'ai atau lebih dikenali sebagai Yuna telah selamat bernikah dengan Adam Yuosof Mohamed Sinclair iaitu adik kepada Ashraff Sinclair di Puncak Rimba Bentong, Pahang. Venue pernikahan Yuna dan adam (#AdamxAlis) di Puncak Rimba ni antara pilihan yang sangat unik lain daripada yang lain.

Pelamin ala hutan tropika pilihan Yuna ni membuatkan semua orang terpegun. Kau orang rasa macam tu tak? Seriously sangat memukau pelamin ala hutan tropika ni berlatar belakangkan alam semulajadi. Puncak rimba adalah tempat peranginan mewah yang terletak di bukit tinggi betul betul di tengah hutan topika tertua di dunia. Wow sangat venue pernikahan/perkahwinan macam ni.

Paling menarik pemandangan belakang pelamin ni yang sangat mahal. So nampaknya pelaminnya macam matching dengan pemadangan belakang tu. Sesuai sangat! Kiranya kombinasi perkahwinan dalam taman juga ni. 



Pemilihan persalinan serba putih memang kena sangat dengan suasana sejuk di bukit tinggi ni. Boleh dikatakan venue yang sangat unik dan memukau mata setiap tetamu yang hadir dan yang melihat gambar-gambar sekitar majlis pernikahan pasangan pengantin baru ni.


Pada majlis sebelah malam pun sangat cantik suasananya. Nampaknya lepas ni ramai lah yang tiruvasi idea untuk buat majlis kahwin di resort sebegini. Kan? Harga jangan ditanya, of courselah mahal. Nama pun luxury resort, haruslah luxury juga harganya. Tak mampu buat majlis, bercuti atau berbulan madu di Puncak Rimba Bentong ni pun boleh juga kan.


sumber : Google

Nasi Ayam Penyet Paling Senang Nak Buat

Bila kau teringin nak makan sesuatu yang kau teringin sangat, mesti automatik kau akan jadi rajin nak memasak kalau susah sangat nak dapat ataupun beli. Betul tak? Nak tak nak terpaksa lah masak sendiri. Sedap atau tak rasanya belakang cerita. Yang penting menu tu ada dan dapat makan. Satu hari tu, teringin nak makan ayam penyet lepas tengok video resepi ayam penyet mudah kat facebook.

Inilah susahnya kalau kau orang jenis mudah terpengaruh. Masa tu jugalah rasa teringin sangat nak masak. Setelah Fiza perhati macamana nak masak nasi ayam penyet paling senang nak buat, Fiza pun cubalah masak cara Fiza sendiri. Janji ada rupa tu dah kira lulus. Maaf kalau derhaka dengan resepi asal sebab Fiza masak ikut suka je, dah nama pun masak cara Fiza.


Nasi tu nasi biasa je. Jadi, macam nasi macam biasa. Sementara tunggu nasi masak bolehlah masak lauk. Pertama kali Fiza masak ayam dulu dengan cara merebus macam buat sup.

Bahan-bahan Ayam Penyet

  • Potongan Ayam
  • Air secukupnya
  • 1 biji Bawang Merah
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 1 inci halia
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk kunyit
  • serbuk kari
  • serbuk cili
  • Minyak untuk menggoreng

Cara masak Ayam Penyet

  1. Cuci bersih ayam
  2. Rebus ayam dengan menggunakan air secukupnya bersama bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar.
  3. Setelah ayam agak masak, keluarkan dan toskan.
  4. Kemudian salutkan ayam bersama rempah ratus seperti serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk kari dan sedikit garam. Kalau rajin boleh tambahkan besar kisar kalau nak lagi rangup.
  5. Lepas tu boleh goreng terus ayam dalam kuali. Bila warna dah agak cantik kekuningan tu dah boleh angkat dah sebab ayam tu pun dah masak direbus tadi. Kemudian penyetkan menggunakan pisau potong daging tu. Jadilah ayam penyet.

Bahan-Bahan Sambal Ayam Penyet

  • 1 biji bawang merah (dipotong-potong)
  • 1 ulas bawang putih
  • Cili Api Merah
  • Ikan bilis ( Kuantiti kurang sikit daripada cili api, nak letak sikit je pun boleh)
  • 1biji tomato (dipotong-potong)
  • Minyak untuk menggoreng
  • 1 sudu gula pasir
  • sedikit garam

Cara Buat Sambal Ayam Penyet

  1. Panaskan sedikit minyak
  2. Gorengkan kesemua bahan (kecuali gula dan garam) sehingga layu dan sedikit garing. Angkat dan sejukkan seketika. Kemudian kisar bersama gula dan garam. Kisar sehingga lumat dan kalau nak cair sedikit tambah je air rebusan ayam tadi.



Dah siap nasi, ayam dan sambal. Yang lain cuma perlu goreng tempe dan tauhu. Sayur tu boleh potong timun atau sayur kacang panjang. Nampak tak senang je nak masak ayam penyet kalau bahan-bahan ada. Tak sempurna seperti bahan asal pun takpe, janji ada rupa ayam penyet tu. Jangan lupa hidangkan sekali dengan sup rebusan ayam tadi tu.

Akhirnya Tersuka Durian

"Ruginya tak makan durian!" Dah biasa sangat dengar ayat tu kalau bagitau orang yang Fiza tak makan durian. Takda lah rugi mana pun, malah buat orang lain untung dapat makan lebih durian sebab Fiza tak makan durian. Tapi sekarang, No! No! No! Durian is mine! Setelah berbelas tahun Fiza tinggalkan kesukaan Fiza makan durian. Akhirnya Fiza beranikan diri makan durian semula.

Kenapa tak suka durian? Pertamanya sebab terlampau muak dengan buah durian. Nak dijadikan cerita dulu masa kecil, abah Fiza ada dusun durian. Memang puas makan durian setiap hari bila tiba musim durian. Bila hari-hari dah hadap, terus jadi muak dan jemu nak makan sampai bau durian pun tak boleh nak hadap. Apatah lagi nak menghadam isi buah durian.

Dari sekolah rendah sampailah ke tahun 2018 ni Fiza memang taknak lansung makan durian. Mungkin dah tertutup hati untuk menerima si buah durian. Tapi tahun ni sejak musim durian ni, tiba-tiba rasa ada nak mencuba. Pada mulanya makan main cubit-cubit rasa sikit je. Sekali bila dah rasa seulas durian, terus rasa tak cukup. Lagi-lagi bila dapat durian Segamat yang sedap dan sejenis  "kucing tidur" macam ni.


Kebetulan sangat dapat durian Segamat yang sedap. Memang tepat pada masanya Fiza cuba makan durian kembali. Bab jenis buah durian memang Fiza failed. Yang Fiza tahu, durian tu sedap. Tak pasti durian kampung ke durian kahwin ke durian tembaga ke. Macam-macam nama ada. Yang pasti bukan Durian Musang King D24 tu. Yang itu mahal ya amat! Dapat durian sedap dan isi tebal macam ni dah kira bersyukur sangat.


Sekali dah tersuka dengan durian semula ni parahlah. Sekali craving payah nak cari. Dahlah durian dah mahal sekarang dan pokok dusun pun dah berganti dengan kebun getah. Tersuka makan pula tu masa hujung-hujung musim durian ni. Kalau balik kampung ada durian lagi memang rezeki lah. Barulah tahu macamana nikmatnya makan durian.


Ini hasil kenDURIAN Fiza dan husband. Nak sangat makan durian kan, kena lah tahan bau durian semerbak dalam kereta bila bawa balik durian dari kampung. Tapi itu semua tak penting dah. Bila dah suka durian, bau dia pun kau dah boleh terima seadanya. Betul tak? Ampun! Buat kau orang terliur.

5 Sebab Kenapa Perlu Memilih Blogger Untuk Review Produk

Baru-baru ni agak hangat isu pasal instafamous dikecam akibat buat produk review mahal tapi reviewnya tak seperti yang diharapkan. Bayar mahal tapi review tak sampai beberapa jam dah delete terus. Beberapa pemilik produk meluahkan rasa tidak puas hati selain terpaksa menanggung kerugian. Tidak salah untuk memilih instafamous bagi mempromosikan atau review produk, tetapi pilihlah yang boleh dipercayai kalau taknak tertipu.


Bukanlah turut sama nak kecam para instafamous sekalian sebab itu mungkin salah satu punca mereka cari makan. Cumanya kena pastikan bertanggungjawab dan jelaskan semuanya supaya tiada salah faham dan kedua-dua pihak puas hati. So, untuk mereka yang mempunyai produk atau perkhidmatan yang ingin direview, boleh juga memilih seorang blogger. 

3 Sebab Kenapa Perlu Memilih Blogger Untuk Review Produk


1. Pelaburan Yang Lebih Berbaloi.

Dengan bayaran hanya sekali dan dengan kadar bayaran yang berpatutan, artikel produk review akan sentiasa berada di dalam cariaan google selagi artikel tersebut tak di padam dalam blog. Zaman sekarang kalau nak cari sesuatu mesti kita akan gunakan google kan. Berbanding dengan review dalam tv, iklan dalam akhbar dan sebagainya. Susah kalau nak cari maklumat sesuatu produk tu dengan lebih details.

2. Long-Term Marketing.

Menggunakan perkhidmatan review seorang blogger adalah sejenis long-term marketing strategies di mana jualan sentiasa ada dalam jangka masa panjang selagi produk tersebut berada di dalam pasaran. Walaupun ianya tidak menjanjikan penjualan yang cepat atau banyak, tetapi ia akan sentiasa terjual di masa akan datang dan bukan bermusim pada masa review sahaja.

3. Blogger Yang Boleh Dipercayai.

Seorang blogger sentiasa menjaga kredibiliti bagi menyakinkan pelanggan dalam berurusan. Jadi, risiko ditipu oleh blogger tu sangat tipis. Setiap blogger akan berusaha untuk membuat kerja mereka dengan baik untuk kepuasan clients. Betul tak blogger-blogger sekalian? 

4. Review Yang Lengkap.

Review daripada seorang blogger dalam blog biasanya lebih lengkap segala maklumat tentang sesuatu produk/perkhidmatan berbanding review di media sosial yang lain. Lagipun kalau pengguna gunakan cariaan google untuk mencari maklumat, mesti akan keluar artikel blog dalam cariaan tersebut.

5. Pakej Yang Lengkap Dengan Media Sosial Yang Lain.

Satu lagi yang istimewanya memilih blogger untuk review produk adalah disertakan sekali pakej review dengan media sosial yang lain seperti facebook, instagram dan twitter. Semuanya tidak akan dipadam dan dengan hanya sekali bayar bersama dengan review di blog. Memang berbaloi-baloi kan pelaburan jangka masa panjang macam ni. 

Dan banyak sebab lain lagi kenapa perlu memilih blogger untuk review produk. Peringatan untuk para bloger juga. Kalau nak buat produk review, perlu juga memilih produk yang selamat untuk digunakan. Untuk keselamatan diri sendiri dan juga pengguna yang lain. Selain itu, pemilik produk perlu juga faham kenapa sesetengah blogger meletakkan harga yang mahal untuk review produk. 

Kenapa? Sebabnya sebagai seorang manusia dan juga seorang blogger, kita sendiri tidak pasti sejauh mana keberkesanan sesuatu produk itu. Jika ada berlaku masalah semasa menggunakannya, siapa nak tanggung? Sebagai langkah keselamatan dan berjaga-jaga, ada kalanya perlu juga bayaran tambahan bergantung kepada jenis produk tersebut.

Kehadapan para pemilik produk, kalau ada produk/perkhidmatan yang nak nak review tu jangan ragu-ragu untuk email : azhafizahmdnor@gmail.com. Kepada rakan blogger yang lain, untuk projek review ini rezeki masing-masing sebab setiap blogger ada auranya sendiri. Tak perlu dengki dengan rezeki orang lain ye. Percaya pada rezeki masing-masing okay! Yang penting buat yang terbaik, inshaAllah clients mesti suka.


8 Kedai Wajib Terjah Untuk Peminat Dekorasi Rumah

Fiza percaya, ramai antara kau orang yang suka dan minat mendekorasi rumah masing-masing. Ye lah kan, nak rumah nampak lebih cantik dan kemas . Barulah macam "Rumahku Syurgaku". Dari yang tak minat dekorasi terus jadi minat sebab di facebook pun Fiza tengok ramai yang suka kongsikan hasil dekorasi rumah mereka. Itu yang Fiza pun jadi terikut-ikut dan minat dan mendekorasi.

Of courselah sedap mata memandang bila dekorasi rumah sepertimana yang kita suka. Rasa lebih tenang dan selesa tengok suasana rumah yang sentiasa cantik dan kemas. Nak mendekorasi pula ikut bajet masing-masing. Lagipun zaman sekarang ada banyak pilihan kedai untuk dekorasi rumah ni. Fiza kongsikan 8 kedai yang wajib singgah untuk peminat dekorasi rumah.

1. IKEA (www.ikea.com/my/en/)


IKEA tempat paling kerap Fiza pergi. Rasanya tak pergi tempat lain dah kalau dah ke IKEA ni. Barang-barang perabot dan kelengkapan rumah pun sudah cukup lengkap dan banyak pilihan. Design barangan pun semua cantik-cantik dan buat rambang mata nak memilih. Harga yang ditawarkan pun semuanya berpatutan dan tidak semua mahal-mahal. Ada bajet lebih tu bolehlah beli yang mahal sikit. 

Kalau dulu IKEA hanya di Damansara je. Sekarang dah ada di Cheras dan Tebrau. Lepas ni akan berada di Utara pula. Mesti orang utara tak sabar nak shopping di IKEA. Setakat ni Fiza cuma shopping di IKEA Cheras je lebih dekat. Kalau pergi IKEA tak sah kalau tak shopping. Mesti ada je yang berkenan. So, sebelum datang IKEA tu siap-siap buat list apa nak dibeli. Tapi kadang-kadang yang tak ada dalam list pun TERbeli. Aduhh! Rabak poket.

2. KAISON (kaison.com)


Disebabkan KAISON ni tak semua tempat ada, cuma ada di beberapa shopping mall je iaitu Paradigm Mall, Setapak Centre Mall, AEON Seri Manjung, Sunway Putra Mall, Melati Mall dan beberapa lagi outlets di Malaysia ni. So, Fiza pernah pergi sekali je kalau tak silap di Paradigm Mall. So far, pertama kali masuk tu memang agak rambang mata sebab banyak barangan yang comel-comel untuk dekorasi rumah. Seriously tengok itu nak, tengok ini nak. 

Banyak pilihan barangan yang ada tapi lebih kepada untuk dekorasi ruang dalam rumah. Kalau nak pilih bunga tu bermacam jenis bunga ada. Pendek kata, hiasan rumah dalam Kaison memang tiptop! Semuanya cantik-cantik untuk hiasan rumah. Harga pun banyak yang murah-murah dan mampu milik. No wonder lah ramai yang suka pergi Kaison dalam misi mendekorasi rumah.

3. HOME PRO (www.homepro.com.my)


HOME PRO juga antara tempat yang jarang Fiza pergi sebab dah terbiasa pergi IKEA je. Tapi kalau dah tersinggah di IOI City Mall wajib masuk HOME PRO sebab saja nak cuci mata. Mana tahu ada yang barang murah-murah dan terbekanan ke. Bolehlah beli. Pada Fiza ni, HOME PRO ni kedai perabot dan barangan rumah yang sangat lengkap. Semua ada! Pilihan pun banyak.

Range harga ada yang mahal dan ada yang murah. Sekarang pun tengah ada sale sempena Chinese New Year tak lama lagi. Bolehlah terjah HOME PRO yang berdekatan shopping barang rumah. Selalunya Fiza tak tawaf habis HOME PRO ni sebab besar sangat. Tak larat haihh.

4. SPOTLIGHT STORE (www.spotlightstores.com)


Fiza baru je tahu tentang kewujudan SPOTLIGHT STORE di Malaysia ni dan ada beberapa outlets di MyTown, The Mines, Ampang point dan beberapa tempat lagi. Lepas tahu kewujudan SPOTLIGHT STORE ni Fiza terus pergi website. Wow! Semua barangan memang cantik-cantik designnya. Cuma bab harga tu memang tak boleh tahan lah sebab mahal-mahal. Tapi ada juga yang murah-murah bila ada sale.

Sebab tu lah tak berapa nak popular sangat di kalangan mereka yang suka dekorasi. Mungkin terlebih bajet. Tapi kalau ada bajet ni memang seronok shopping di SPOTLIGHT STORE ni. One day, kena terjah juga nak cuci mata.

5. MR.DIY (mrdiy2u.com/en/)


Nampak je store MR.DIY ni mesti nak singgah masuk kan? Kadang-kadang bukan ada benda nak beli pun tapi saja nak cuci mata kot-kot ada barang yang nak dibeli. Kalau dah masuk sini confirm lama masuk tu. Daripada bakul kosong, tahu-tahu ada je barang dalam bakul tu nanti gara-gara terbeli sebab terberkenan. Well, itu perkara biasa. Lagipun barangan untuk dekorasi rumah dan barangan rumah lain memang murah-murah harganya.

Budak-budak pun suka masuk sebab boleh beli macam-macam. Bila harga murah, parents pun tak risau nak beli barang banyak pun sebab masih lagi di bawah bajet.

6. DAISO (www.daisojapan.com)


Selain Mr. DIY, Daiso pun tempat wajib terjah untuk peminat dekorasi rumah. Banyak barangan rumah yang adakalanya perlu ada sebab dalam DAISO ni kebanyakkannya barangan yang pelik-pelik je tapi sangat berguna. Harga barangan RM5 dan keatas. Kalau dulu RM5 je tapi sejak ada GST ni bertambah lah sikit. Dan sekarang kalau nak membeli tu ada beberapa barangan yang bukan RM5. Kena belek-belek sikit tentang harga tu.

7. TYPO (cottonon.com/MY/typo/)


TYPO yang ni bukan typo yang salah ejaan tu ye. Ini kedai barangan dekorasi untuk mereka yang suka dekorasi ruang tamu, bilik tidur dan meja study dengan barangan yang comel-comel. Selain untuk dekorasi, ada juga beberapa barangan yang comel untuk dijadikan sebagai hadiah kepada orang yang tersayang. Paling Fiza suka barangan di Typo ni unik dan design ala-ala vintage.

8. RUMA-HOME (ruma-home.com)


Satu lagi tempat baru yang baru je Fiza jumpa iaitu RUMA-HOME. Kalau kau orang seorang peminat dekorasi perabot tema scandinavian design, wajib pilih RUMA-HOME ni sebab semua design memang superb cantik dan tiptop untuk tema ni. Harga pun cantiklah juga ye. Kalau ada modal yang banyak memang Fiza pilih RUMA-HOME ni. Design yang simple dan membuatkan ruang rumah nampak lebih besar.

Apapun Fiza tetap memilih IKEA sebagai nombor 1 sebab harga yang berpatutan, banyak pilihan dan of courselah design perabot yang simple. Kalau kau orang suka yang mana satu? Atau biasa kau orang shopping online di Lazada je? Lagi banyak pilihan kan.

kredit foto : google

Tertarik Dengan The Wedding Heritage Perkahwinan Banglo No.1 di Malaysia

Setiap bakal pengantin mesti nak majlis kahwin mereka gah ibarat wedding of the year. Pernah dengar tak baru-baru ni kecoh dan viral tentang ditipu wedding planner? 

Kesian sungguh! Terpaksalah pengantin dan keluarga pengantin menanggung rugi dan malu akibat daripada ditipu wedding planner. Bertambah kesian lagi bila katering tak hadir pada hari majlis kahwin berlansung.

Bukan setakat pelamin anganku musnah! Malah, hari bahagia bertukar menjadi hari paling sedih buat pengantin. Kalau nak cakap pasal kerugian memang dah berhabis ribuan ringgit. Nak tanggung malu satu hal sebab tetamu semua dah dijemput. 

Kejam sungguh kalau berurusan dengan wedding planner yang tidak bertanggungjawab macam ni. Minta-minta tak terjadi lagi kejadian macam ni. Kesian pengantin dan keluarga pengantin.


Ada satu hari tu, saya ternampak siaran lansung temubual di TV Alhijrah yang membincangkan tentang isu "Wedding Planner Penipu!, Salah siapa?" Topik yang bagus untuk dibincangkan untuk pengetahuan bakal-bakal pengantin yang perlu mereka ambil kisah supaya tidak tertipu seperti kes ditipu wedding planner tu. 

Yang menariknya ialah tetamu undangan temubual untuk topik pada hari tu adalah wakil daripada Top Wedding Planner "The Wedding Heritage" yang merupakan wedding planner terbaik di Malaysia.

Dalam perbualan tersebut, Top Wedding Planner "The Wedding Heritage" menyarankan supaya bakal pengantin berfikir secara realistik dalam mengimpikan majlis kahwin mereka supaya ianya dapat direalisasikan mengikut perancangan dan majlis dapat berjalan dengan lancar. 

Saya sangat tertarik dengan interview tentang Banglo Kahwin atau "Bungalow Wedding" yang dibincangkan. Salah satu tema majlis kahwin yang sangat unik dan sudah tentu lain daripada yang lain.

Tak terfikir sebenarnya tentang tema majlis sebegini, terus saya google dan jumpa maklumat tentang Bungalow Wedding. Kalau masa zaman saya ada tema majlis kahwin macam ni, memang rasa bahagia sangat. 

Terasa nak undur masa ke belakang supaya saya juga dapat merasakan pengalaman majlis kahwin yang sangat menarik dan boleh buat rasa terkenang sampai bila-bila. Rasa nak bersanding semula dengan suami tersayang. Apakan daya, zaman saya sudah berlalu. 



Saya kongsikan artikel ini untuk kegunaan bakal pengantin akan datang. Bagi peluang kat kau orang meraikan hari bahagia yang indah dengan tema Bungalow Wedding yang nampak mewah ini. Saya yakin pasti mesti semua orang akan kagum dan akan cakap 'wow' bila tengok majlis perkahwinan kau orang nanti. 

KENALI THE WEDDING HERITAGE

THE WEDDING HERITAGE (TWH) adalah pakar perancang perkahwinan yang terbaik di Kuala Lumpur dan telah bertapak dalam industri ini sejak tahun 2016 lagi dengan mengutamakan konsep " Banglo Perkahwinan & Pakej Kahwin Cuci Tangan". 

Dengan menggunakan kaedah konsep cuci tangan ini memudahkan pasangan pengantin dan keluarga mengadakan majlis perkahwinan tanpa perlu pening kepala kerana semuanya telah diuruskan dari A-Z. Pendek kata, ianya adalah Pakej lengkap kahwin 2018/2019 ni boleh buat di rumah sendiri atau dewan.

Konsep yang unik ini telah menjadi pilihan ramai terutamanya mereka yang tinggal di bandar yang mahukan majlis perkahwinan dengan gaya ekslusif serta mewah. 

Apatah lagi harga yang ditawarkan oleh TWH sangat berpatutan. Paling menarik, The Wedding Heritage memiliki 3 buah banglo kahwin di Ampang, Kota Damansara dan Putrajaya untuk disewa bagi menjadikan hari bahagia pengantin cukup mewah, indah dan sempurna. 

KEISTIMEWAAN THE WEDDING HERITAGE


1. PAKEJ LENGKAP.

Bukan sekadar banglo mewah yang dilengkapi dengan bilik persalinan pengantin, bilik rehat untuk keluarga serta saudara mara, ruang solat, bilik air dan tandas yang bersih dan selesa dan mempunyai parking yang luas. 

Malah, makanan yang yang disediakan juga sedap-sedap belaka dan beraneka jenis. Tambahan lagi, majlis perkahwinan juga disertakan sekali dengan perkhidmatan RELA bagi menjaga keadaan lalulintas. 

Semua ini hanya terdapat dalam pakej dibawah satu jenama THE WEDDING HERITAGE yang tidak akan dapat di mana-mana syarikat wedding planner yang lain. 

Kan senang bila wedding venue di banglo yang ada pakej lengkap terbaik di Kuala Lumpur dan Selangor ini. Tak payah nak runsing dan tercari-cari lagi. The Wedding Heritage kan ada!

2. PHOTOGRAPHER PROFESSIONAL.

Saya percaya , sesiapa yang tengok gambar majlis perkahwinan yang berlansung daripada pakej The Wedding Heritage ini mesti cair dan terus terjatuh cinta dengan hasil-hasil gambar photographer official sangat cantik

Mana tidaknya, TWH juga menyediakan perkhidmatan photographer official yang mampu memberikan sudut gambar yang menarik setanding dengan photographer international. Bakal pengantin akan ddapat FREE Album & Unlimited Photo berserta pendrive sekali.
Pelamin yang sangat cantik walaupun nampak macam ringkas tapi mampu membuatkan tetamu terpegun melihatnya.


Nampak menyerlah pengantin dalam gambar ni.


Kadang-kadang sudut gambar macam ni memberikan kenangan paling bermakna buat pengantin.

Gambar dari sudut yang berbeza menghasilkan gambar yang terbaik.
Gambar sebegini juga tak ketinggalan untuk diabadikan. 

3. FREE ALBUM & UNLIMITED PHOTO.

Selain FREE album & unlimited photo, banyak juga item free yang bakal pengantin akan dapat dalam pakej lengkap kahwin yang ditawarkan

Agak-agak kalau budget kau orang agak terhad, boleh request custom quotation. Lebih jimat! Dan bakal pengantin pun happy! Ada 3 pakej baru untuk pilihan bakal pengantin.

3 PAKEJ BARU 

4. PAKAR DALAM MENGURUSKAN MAJLIS PERKAHWINAN.

Bila dah ada pakej lengkap yang macam The Wedding Heritage tawarkan ini, memang senang lah kerja menguruskan majlis kahwin. Lagipun team The Wedding Heritage sangat-sangat membantu dalam menjayakan sesebuah majlis. 

Lebih-lebih lagi kredibiliti The Wedding Heritage sebagai wedding planner sangat tinggi bagi membantu bakal pengantin merancang perkahwinan bakal pengantin dari mula sehinggalah hari majlis berlansung. 

5. MEMUDAHKAN KERJA PENGANTIN DAN KELUARGA.

Rata-rata pelanggan yang memilih The Wedding Heritage ini dikalangan bakal pengantin yang sibuk dan tak cukup masa untuk menguruskan majlis seperti golongan professional, doktor, pramugari dan sebagainya yang mempunyai masa yang terhad. 


Mereka yang tidak mempunyai ahli keluarga yang ramai juga sangat memerlukan pakej lengkap sebegini bagi memudahkan perjalanan majlis berlansung dengan baik.

6. TRUSTED WEDDING PLANNER.

Ramai pelanggan yang telah berpuas hati dengan hasil kerja daripada The Wedding Heritage kerana The Wedding Heritage adalah TRUSTED WEDDING PLANNER dan gerenti anda TIDAK AKAN DITIPU sepertimana kes ditipu wedding planner yang viral tu. 

Semua pelanggan yang menggunakan perkhidmatan The Wedding Planner memberikan feedback yang positif dan mereka sangat berpuas hati. Lihat testimoni daripada mereka.





Banyak sebab lagi kenapa bakal pengantin perlu memilih The Wedding Heritage ni. Paling penting The Wedding Heritage adalah wedding planner yang dipercayai tanpa perlu risau. 

Jadi, kepada bakal pengantin yang bakal berkahwin yang tengah tercari-cari wedding venue tu. Dapatkan segera pakej lengkap kahwin 2018/2019 boleh book The Wedding Heritage "No.1 Bungalow Wedding Venue in Malaysia". 

Instagram : @theweddingheritage_official
Facebook : THE WEDDING HERITAGE BUNGALOW
website : www.theweddingheritage.com
Hotline : 016-562 9394


Nasi Biryani Tersedap di Seremban

Entah kenapa ada satu hari tu teringin sangat nak makan nasi biryani tapi kedai jual nasi biryani yang terdekat tutup pula. Sudahnya husband google je kat mana kedai jual nasi biryani masa tu. Alhamdulillah jumpa satu kedai ni nama dia Restoran Baryani Kambing 30 hari. Ala-ala nama kedai Nasi Kambing 40 Hari yang terlajak laris tu.

Pertama kali cuba terus rasa itulah nasi biryani paling sedap yang pernah Fiza rasa di Seremban ni. Itu ikut tekak dan selera Fiza dan husband lah. Kalau tekak dan citarasa orang lain mungkin lain. Tapi seriously Fiza sangat puas hati dengan rasa nasi biryani daripada Restoran Baryani Kambing 30 Hari ni. Sejak tu tak cari tempat lain dah. Kalau rasa nak makan nasi biryani, harus lah pergi situ terus. 

Biryani atau nama lainnya beriani/briani/briyani/baryani adalah hidangan nasi yang dimasak bersama rempah-rempah, sayuran dan daging.  


Selain Nasi biryani gam Johor, ada mee bandung Muar, nasi arab dan pelbagai menu western dan masakan panas yang lain. Kebanyakkannya menu daripada Johor ni. Lepas ni Fiza nak cuba mee bandung Muar pula. Sama tak dengan mee bandung muar sebenar tu. 


Kalau nak datang ke Restoran Baryani Kambing 30 Hari ni, kau orang gunakan google maps atau waze je. Sesiapa peminat Nasi Biryani tu, silalah cuba rasa disini. Fiza sekadar berkongsi tempat makanan sedap je. Kau orang pun kalau makan mesti nak cari yang sedap kan.

 Lokasi  Restoran Baryani Kambing 30 Hari

2, Jalan Orkid 2, 
Taman Senawang Indah, 
70450 Seremban, 
Negeri Sembilan

Biasanya Fiza beli bungkus bawa balik je. Penuh satu pinggan besar ni. Harga pun berpatutan pada Fiza setanding harganya. Satu pinggan/bungkus RM11.00. Fiza beli ayam je sebab tak makan kambing. Acar timun dan nenas pun sedap! Kalau lagi banyak lagi sedap sebab Fiza penggemar sayur lebih.


Fiza yakin, sekali cuba mesti kau orang akan teringat-ingat kesedapan Nasi Biryani ni tau!


Redeem Voucher Petronas @Kenny Rogers ROASTERS

Bila dapat voucher memang jarang sekali nak redeem. Tahu-tahu bila tengok date valid dah expired. Kecewa! Siapa macam tu? Kalau Fiza, tengok juga terma dan syarat voucher tu macamana. Kalau kena beli sampai ratusan dan ribuan memang tak pandanglah voucher tu. Kalau voucher yang berbaloi memang harus kena tebus voucher tu sebelum expired.

Siapa yang isi minyak di Petronas mesti ada dapat voucher macam dalam gambar bawah ni kan. Fiza tak pasti isi minyak berapa RM baru dapat voucher ni sebab husband yang bagi voucher ni lepas isi minyak. Dapatlah 4 voucher, 2 voucher untuk redeem di KFC dan 2 lagi voucher redeem di Kenny Rogers Roasters.


1 voucher Kenny Rogers Roasters dah selamat Fiza redeem. Sebelum redeem tu kau orang sila-silalah rajin membaca ye. Takut tersalah faham. Voucher ni valid untuk makan di restoran yang berkenaan, erti kata lain 'Tak boleh take away'. Semak dulu valid date tu, takut expired pula masa nak guna. 

Hari tu dapatlah redeem Set Kenny's Chicken & Pasta Meal ni. Buy 1 Free 1. So bayar 1 harga je dapat 2 set. Satu set ni harga RM22.50. Sangat berbaloi guna voucher tu. Disebabkan makan kat situ, kenalah order air juga kan. 


Fiza order air cappuccino panas dan tambah RM5 dapat set aiskrim dan 1 ketul muffin. Jadilah 3 ketul muffin. Total loss RM49.++ dan jimat RM22.50 tu. Kalau kau orang dapat voucher tu cepat-cepat lah redeem sebelum expired. Kalau tak rugi juga tu.


Lepas ni kena pergi KRR lagi sebab nak redeem lagi satu voucher tu. Terima kasih Petronas!


Hanya Lakukan Dua Perkara Ini Anda bakal Dapat DUIT SECARA PERCUMA !!

Tengok je perkataan PERCUMA mesti semua orang teruja nak tahu apakah yang PERCUMA tu? Tambah lagi teruja bila tahu bakal dapat DUIT SECARA PERCUMA!! Wow! Siapa yang tak nak duit secara percuma dengan hanya lakukan dua perkara je? Ya, dua perkara sahaja dengan menyertai contest #makeMONEYchallenge anjuran WOWSKIN Malaysia.


Bagi mereka yang suka menjaga kecantikan kulit mesti dah kenal dengan produk WOWSKIN yang semakin popular dan kini viral!. Untuk pengetahuan semua, produk WOWSKIN adalah sejenis vitamin serum yang pelbagai guna. Boleh digunakan untuk penjagaan kulit muka harian dan boleh juga digunakan untuk jadikan makeup lebih tahan lama.

Sebenarnya menggunakan serum dalam tujuan makeup semakin trending sekarang disebabkan penggunaan serum dapat berikan kesan glowing secara semulajadi. Tak hairanlah ramai yang suka makeup dan makeup nampak cantik je. Kalau nak tahu, itulah rahsia sebenar makeup nampak lebih glowing, cantik dan tahan lama dengan menggunakan serum WOWSKIN.

Keistimewaan WOWSKIN Vitamin Serum.

2 Jenis Serum.

WOWSKIN Vitamin Serum bukan jenis serum biasa-biasa yang ada dipasaran sebab dalam 1 pack terdapat 2 botol serum yang diasingkan untuk kegunaan pada waktu siang dan malam. Serum yang digunakan pada waktu siang dilengkapi dengan vitamin B3, C & E dimana setiap vitamin ini diperlukan pada waktu siang kerana adanya sinaran cahaya matahari. 


Manakala serum malam pula mengandungi vitamin A & D yang lebih sesuai dipakai pada waktu malam kerana tiada sinaran cahaya. WOWSKIN Vitamin Serum adalah serum yang cepat menyerap dan tidak berminyak ataupun melekit. Bau pun wangi bak bunga mawar membuatkan semua orang terus jatuh cinta bila pakai buat pertama kali. Fiza sendiri dah mencubanya! Kau orang bila lagi?

Serum Yang Selamat Digunakan.

Kedua-dua serum siang dan malam WOWSKIN mempunyai kelulusan daripada KKM ( Kementerian Kesihatan Malaysia). Serum ini juga bebas daripada bahan yang merbahaya seperti mercury atau hydroquinone. Dijamin selamat untuk digunakan oleh pengguna. 

Day Serum - NOT170500805K
Night serum - NOT170501806K. 

Selain testimoni Fiza sendiri dalam blog ni, WOWSKIN Vitamin Serum telah membuktikan yang serum ini sangat memberikan kesan yang sangat bagus kepada setiap pengguna. Tak percaya? Baca testimoni daripada mereka dan kau orang mesti teringin nak mencuba.




Berita baik buat semua yang sayang kulit tu, WOWSKIN Malaysia sedang menganjurkan contest #makeMONEYchallenge dan kau orang layak menang duit secara Percuma!! Sambil membeli dan menjual boleh dapat untung berganda. Sesiapa sahaja boleh sertai contest #makeMONEYchallenge ni. Nak tahu caranya? Sila rujuk maklumat di bawah.

DETAILS MENGENAI CONTEST #makeMONEYchallenge

Berikut merupakan details mengenai contest #makeMONEYchallenge ini.
Terma & Syarat CONTEST #makeMONEYchallenge :

1. WAJIB jual harga diskaun WOWSKIN (RM62 + RM8) = TOTAL RM70 per unit.
2. Wang RM70 WAJIB di transfer kepada HQ terlebih dahulu untuk memastikan tiada aktiviti yang tidak sihat seperti "MAIN HARGA".
3. Wang "SALES" peserta akan di pulangkan semula pada 30.01.2018.
4. RM8 postage yang di charge kepada pelanggan tidak akan di kembalikan kepada peserta.
5. Sales SAH bermula pada 05.01.2018.
6. Terbuka kepada semua warga negara Malaysia termasuk agen, dropship, dan stokis sedia ada.
7. Anda tidak perlu simpan stok, hanya submit order di sistem kami. HQ akan poskan serta update tracking no untuk anda.
8. Anda boleh promosi gunakan apa jua cara asalkan tidak menyalahi etika dan undang-undang.
9. Untuk video atau gambar WOWSKIN, anda boleh dapatkan di :

Instagram : @wowskin.official
Fanpage: WOWskin HQ

#makeMONEYchallenge #wowskin  #flawlesswithvitamins

10. Peserta harus mendaftar di link system OFFICIAL WOWSKIN : dropship.wowskin.my/register
11. Bagi yang pernah mendaftar dahulu, sila daftar semula pada link yang diberikan.

Meh tengok video seorang abam sado ni berjaya jana ribuan ringgit dengan jual serum WOWSKIN ni jerr..!

Sangat berbaloi tak? Sudah tentu! Kalau tak nak sertai contest #makeMONEYchallenge, kau orang juga boleh buat pembelian biasa kalau nak cuba pakai untuk dapatkan ulit yang lebih sihat dan glowing sebab setiap pembelian WOWSKIN yang original melayakkan kau orang untuk memenangi handbag mewah bernilai RM4000. Rebut ramai-ramai peluang ini okay!
Caranya mudah sangat. Selepas membuat pembelian WOWSKIN, hanya perlu gores kod original yang terdapat pada tepi kotak dan semak kod tersebut di website WOWSKIN Malaysia. Nampak tak betapa berbaloinya beli produk WOWSKIN  ni. Jom cantik dengan WOWSKIN  dan menang wang besar! Untuk maklumat lanjut layari website : www.wowskin.my

DON'T MISS

Islamic, Isu Semasa, Malaysia
© Blog Sihatimerahjambu
si merahjambu