Drama Rajuk Karina, drama terbaharu di TV3 yang akan mengisi slot Akasia pukul 7:00 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat mulai 10 Ogos 2023. Rajuk Karina drama Melayu bersiri 28 episod ini merupakan drama adaptasi novel karya Sufea Hareez yang dibintangi oleh Yusuf Baharin, Siti Hariesa, Nazim Othman dan Puteri Aishah sebagai pelakon utamanya.
Sumber gambar hak milik TV3 bertujuan untuk promosi |
Turut menjayakan drama ini barisan pelakon hebat seperti Anne Abdullah, Rahim Omar, Ainina Ahmad B dan ramai lagi. Drama Rajuk Karina terbitan Country & Universal Sdn. Bhd. diarahkan oleh Harris Fadzillah dan skrip ditulis oleh (PGR's Team) Rozie Rashid bersama MoonRahdin.
Penonton juga boleh strim live drama Rajuk Karina di Tonton. Novelnya pula boleh di baca secara online di goodreads, Rajuk Karina by Sufea Hareez.
Penonton juga boleh strim live drama Rajuk Karina di Tonton. Novelnya pula boleh di baca secara online di goodreads, Rajuk Karina by Sufea Hareez.
PELAKON, WATAK DAN SINOPSIS RAJUK KARINA
- Siti Hariesa sebagai Karina
- Yusuf Bahrin sebagai Mizan
- Nazim Othman sebagai Saiful
- Puteri Aishah sebagai Anum
- Eryna Nur Syifaa sebagai Batrisya
- Anne Abdullah sebagai Asmah
- Shweta Sekhon sebagai Jasmine
- Zainol Ismail sebagai Pak Mud
- Sera Melissa sebagai Syakila
- Fara Nadiah sebagai Shidah
- Rahim Omar sebagai Dato Kahar
- Ainina Ahmad B sebagai Milah
- Abd Manan Sulaiman
- Haidar Hasanudin sebagai Daniel
- Neera Azizi sebagai Balqish
- Zarina Zainuddin
Dari kecil lagi, Mizan, 26 tahun, saling memanjakan Karina 23 tahun. Mizan dan Karina tidak pernah berenggang begitu juga hubungan keluarga besar mereka.
“There's no love for her. Maaf, Mizan takkan kahwin dengan Karina." – Mizan
Penolakan Mizan atas cadangan opahnya buat Karina kecil hati. Ya, dia tahu mereka sepupu tapi, masih sah nikah. Lantas, hati cuba dialihkan pada Saiful. Karina yakin Saiful adalah jodohnya. Dia terima Saiful tanpa syarat. Tapi, Saiful pula main kayu tiga.
“I izinkan you kahwin dengan Anum tapi dengan syarat, ceraikan I.” - Karina
Diceraikan ketika sarat mengandung buatkan Karina nanar. Namun, dia perlu kuat demi Batrisya. Dan dia bernasib baik kerana masih ada Mizan di sampingnya.
“Abang sayang Kar.” - Mizan.
Sayang yang Mizan lafazkan bukan sayang adik-abang macam dulu lagi. Tapi sayang itu sudah berubah rentak. Namun kali ini, Karina lebih hati-hati.
“Susah-susah sangat, Mizan bawa Kar ke Siam. Nikah kat sana.” - Mizan
“Ingat sikit, belum kahwin lagi. Jangan suka-suka redah bilik Kar.” – Opah
Mereka bersatu juga walau banyak rintangan yang terbentang. Hidup sebumbung, baru Mizan tahu ‘nakal’ dan ‘manja’ seorang Karina.
“Abang tidur pakai kain pelekat dan baju pagoda jer? Comel. Old school sangat!” – Karina.
“Kar tak nak pergi sekolah! Nak sambung tidur. Nak duduk dalam kain abang semula.” – Karina.
“Kalau Kar budak sekolah, boleh je abang pontengkan. Tapi isteri abang ni cikgu, mana boleh suka-suka tak nak pergi sekolah.” - Mizan
Bahagia mereka, rahsia yang tak perlu dikongsi dengan sesiapa. Namun, Tuhan masih mahu menguji.
“Kau tahu tak suami kau r***l aku! Dia r***l aku!”- Anum
“Kalau kau buat semua ni untuk dapatkan duit aku, jangan harap kau akan dapat. Dan jangan harap kali ni kau boleh dapat suami aku! Pandang suami aku pun kau tak layak!” - Karina
“Anum, you’re just wasting your time. Hentikan angan-angan kau nak rampas suami Karina.” - Saiful
Apa akan jadi bila Anum nekad dengan kegilaannya? Kali pertama, dia berjaya rampas Saiful dari Karina. Adakah dia juga akan berjaya rampas Mizan?
Kisah percintaan bersegi-segi. Boleh ditonton lah nanti
ReplyDeleteSelamat menonton Kak Leya.
Delete