Telefilem Cinta Sesungguhnya (TV3)

Azhafizah MN
By -
2
Telefilem Cinta Sesungguhnya, telefilem tahun 2019 ulang tayang pada hari Sabtu, 19 Ogos 2023, jam 10:00 malam di Slot Cerekarama TV3 lakonan Intan Najuwa bergandingan bersama Fikry Ibrahim sebagai teraju utama dalam telefilem ini.

Turut membintangi telefilem ini barisan pelakon iaitu Nazeera Sardi, Duerra Mitilda, Laila Nasir, Khaty Azian, Zaryn Min, Duerra Matilda, Manan Sulaiman dan ramai lagi.

Telefilem ini sangat menyentuh emosi penonton dan juga memberikan informasi dimana ia memaparkan tentang cabaran kehidupan seorang penghidap Skizofrenia (Schizophrenia) iaitu sejenis penyakit mental yang serius di mana ianya menganggu kewarasan seseorang individu.

Cerita kemasyarakatan yang kita boleh relate dengan kehidupan yang realistik, sarat dengan pengajaran serta mesej-mesej kesihatan mental yang menyentuh emosi penonton.

Skrip ditulis oleh Raja Azidah Raja Jaafar, diarahkan oleh Amie Maziah dan diterbitkan oleh Syarikat Produksi Creative Skill Solution.

Telefilem Cinta Sesungguhnya TV3

PELAKON, WATAK DAN SINOPSIS CINTA SESUNGGUHNYA

  • Intan Najuwa sebagai Farisha
  • Fikry Ibrahim sebagai Razlan
  • Nazeera Zaidi sebagai Dr. Azlina
  • Khaty Azian sebagai Norlia
  • Laila Nasir sebagai Rosnah
  • Zaryn Min sebagai Salmi
  • Duerra Matilda sebagai Farisha 9 tahun
  • Manan Sulaiman sebagai Hj. Ali
  • Aimi Said sebagai Abang Mat
  • Rosmah Idris sebagai Anim
  • Da'i Asri sebagai Ustaz Wan

Cinta Sesungguhnya mengisahkan tentang ketabahan seorang suami apabila dia tekad untuk mempertahankan cintanya terhadap isteri yang mengidap mental disorder. Razlan tekad untuk menjadikan Farisha sebagai isteri walaupun ditentang oleh ibunya, Norlia.

Farisha adalah penghidap paranoid schizophrenia iaitu sejenis mental disorder yang serius. Farisha menjalani rawatan di bawah pantauan Dr. Azlina, pakar psikitrik. Dr. Azlina nasihatkan Farisha yang dia perlu teruskan treatment tetapi Farisha membantah dan bertegas mengatakan yang dia sudah sihat.

Farisha sudah beberapa tahun menjalani rawatan di bawah pantauan Dr. Azlina, dan kini berada pada fasa stabil, namun masih memerlukan pantauan berterusan di fasa relapse prevention. Dr. Azlina bimbang dengan kedegilan Farisha yang tidak mahu lagi dipantau. 

Farisha tidak boleh terima apabila Dr. Azlina kata penyakitnya mungkin boleh berulang sedangkan dia yakin yang dia sudah benar-benar pulih.

Telefilem Cinta Sesungguhnya TV3

Bagaimanakah pengakhiran kisah Farisha ini? Saksikan Cinta Sesungguhnya pada 19 Ogos 2023, jam 10:00 malam di TV3.

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment