Responsive Ad Slot

Full Video Tutorial Makeup Menggunakan Althea MakeUp Set

Yeay, finally berjaya juga Fiza siapkan full video tutorial simple makeup menggunakan Althea MakeUp Set yang Fiza dah mula guna sejak awal bulan Februari lagi. Nak keluar memang pakai apa yang ada dalam Althea makeup set tu yang serba lengkap dan pelbagai guna kesemuanya. 

Masa sampai je Althea Makeup Box ni haritu memang Fiza dah suka dengan koleksi Makeup Althea dari packaging sampailah hasil penggunaanya. Boleh tengok Tutorial full video makeup menggunakan Althea Exclusives Makeup yang serba ringkas dan paling mudah untuk beginner macam Fiza.

Walaupun bab makeup ni Fiza kurang pandai sangat tapi dari apa yang ada dalam Althea Exclusives MakeUp ni akan membuatkan kau orang teruja nak belajar makeup dan rajin nak bermakeup walaupun simple makeup looks.

ALTHEA EXCLUSIVES MAKEUP 
  • #01 Vanilla (Pink beige #21), 
  • #02 Ginger (Warm ivory #21)
  • #03 Honey (Warm peach #23-#25)
  • #04 Mocha (Deeper yellow #30)
  • Shimmery nude pink
  • Matte light brown
  • Metallic rose gold
  • Metallic gold
  • Rich brown golden shimmer
  • Deep wine
  • Pink shadow
  • Cool purple
  • #01 Plum Cream
  • #02 Strawberry Cream
  • #03 Peach Cream
  • #04 Marron Cream
5. Spotlight Eye Glitter - 2 shades
  • Pink Light
  • Gold Light

TUTORIAL SIMPLE MAKEUP
Step 1: Jika ada sebarang jerawat, dark spot atau kesan jerawat kemerah-merahan tu sapu nipis Althea Skin Relief Spot Film Gel untuk merawat dan meredakan jerawat supaya tak nampak ketara bila mengenakan makeup dan hasil makeup nampak lebih cantik bila dapat tutup jerawat tu. 

Kulit pun lebih licin masa nak makeup. Pastikan sapu nipis sebelum makeup dan biarkan kering sehingga lebih kurang 5 minit. Wajib tunggu kering sebab kaedah dia macam tampal jerawat tu. 

Step 2 : Gunakan concealer berwarna terang untuk highlight dan warna gelap untuk contouring. Fungsi highlight dan contouring ni untuk nampak muka lebih slim dan makeup on point lah of course! Cara Fiza pakai macam dalam video bawah ni. Maaf kalau silap, budak baru belajar.



Step 3 : Fiza buat 2 looks eyeshadow style mengikut tema eye palette ni iaitu sunrise dan moonrise.


Sunrise
  1. Matte light brown
  2. Rich brown golden shimmer
  3. Metallic gold

Moonrise :
  1. Matte light brown
  2. Cool purple
  3. Deep wine
  4. Metallic rose gold

Step 4: Selepas pakai eyeshadow tu, Fiza gunakan spotlight eye glitter gold light untuk sunrise looks dan pink light untuk moonrise looks sebagai eyeliner (atas kelopak mata) dan juga apply sikit pada sudut mata. 



Step 5 : Akhir sekali barulah apply watercolor cream tint untuk perfect makeup. Pilih watercolor cream tint yang sesuai dengan tema eyeshadow tadi. Kalau nak buat Makeup style Korea, kau orang perlu buat ombre lip lah.


Dah siap! Mudah dan cepat je makeup style beginner ni. Paling Fiza suka style macam ni lah. Simple! Kalau ada masa lebih, tambahkan winged eyeliner dan juga pakai mascara. Untuk mata sepet ni, pakai eyeliner hujung-hujung je MUA cakap. Jadi, Fiza pakai hujung mata je lah buat winged.

Full Althea Exclusives Makeup Set ni, kau orang boleh buat pembelian terus melalui website Althea Korea. Package akan diterbangkan nun jauh dari Korea dengan penghantaran percuma (T&C). Suka makeup style ala Korea? Jangan lupa masuk bakul Althea Makeup Set ni.

Althea Exclusives Makeup | Spotlight Eye Glitter

Tak lengkap rasanya kalau dah siap cantik pakai eyeshadow tanpa pakai secalit Althea Spotlight Eye Glitters ni. Althea Spotlight Eye Glitters salah satu produk terbaru Althea Makeup yang pertama dikeluarkan dalam Althea Makeup Set. Sekali Althea keluarkan produk makeup, sekali one set terus kau orang boleh guna tau!


2 COLORS 
- Pink Light 
- Gold Light

EYESHADOW
Spotlight Eye Glitters boleh dijadikan sebagai eyeshadow untuk menambahkan lebih glitters menampakkan lebih glamour. Nak dijadikan sebagai eyshadow hanya perlu dab dab menggunakan jari atau cotton bud macam pakai eyeshadow dan glitters dia memang berkilau sangat. Cuba tengok dalam gambar bawah ni. Tapi lepas dah blend dia akan nampak berkilau yang cantik.


EYELINER
Althea Spotlight Eye Glitter ni mempunyai applicator berus yang halus untuk lebih precise bila apply sebagai eyeliner. Bosan dengan eyeliner hitam je kan? Sesekali kau orang patut cuba guna spotlight eye glitter ni sebagai eyeliner dalam makeup.


Biasanya Fiza akan pakai spotlight eye glitter ni pada bahagian sudut mata berdekatan dengan hidung dan juga pada atas kelopak mata jadikan sebagai eyeliner. Jadi, tak adalah nampak terlalu glitter sangat sebab Fiza lebih suka makeup yang kurang menonjol. Tapi nanti Fiza nak cuba buat eyeliner tebal pula tengok macamana pula hasilnya.


Baru nampak berseri bahagian mata dan berkilau pemakaian eyeshadow dengan spotlight eye glitter ni kan? Jangan lupa tambahkan salah satu Althea Spotlight Eye Glitter dalam koleksi makeup kau orang okay, dapatkan hanya di Althea Korea dengan harga MYR24 setiap satu.

Althea Exclusives Makeup | Bunga Citra Lestari X Althea Shadow Palette ( Sunrise & Moonrise)

Tahu tak yang Althea juga ada keluarkan Eye Palette Althea pertama yang exclusive dalam produk Makeup. Eye Palatte Sunrise & Moonrise kolaborasi bersama Bunga Citra Lestari (BCL), penyanyi dari Indonesia yang juga merupakan ikon fesyen dan kecantikan yang suka bergaya dan tampil cantik dengan ciri-ciri kewanitaan. 


Dilengkapi dengan 8 shades : Shimmers, mattes dan glitters untuk disesuaikan dengan pemakaian waktu siang dan malam. Sebab itu namanya Sunrise and Moonrise.
  • Shimmery nude pink
  • Matte light brown
  • Metallic rose gold
  • Metallic gold
  • Rich brown golden shimmer
  • Deep wine
  • Pink shadow
  • Cool purple


SUNRISE LOOKS
Pada Fiza, sunrise looks ni sangat sesuai untuk daily makeup setiap hari sebab tak nampak terlalu terang dan nampak natural tapi mata nampak berseri dan cantik dengan tambahan metallic gold tu. Shades yang Fiza gunakan adalah :
  • Matte light brown
  • Rich brown golden shimmer
  • Metallic gold


MOONRISE LOOKS
Moonrise looks pula sesuai digayakan untuk dinner atau event pada waktu malam. Nampak sangat menyerlahkan mata dan wow sangat kombinasi warna untuk moonrise ni. Antara shades yang Fiza gunakan :
  • Matte light brown
  • Cool purple
  • Deep wine
  • Metallic rose gold

Dengan adanya 8 shades yang dilengkapi dengan shimmer, mattes dan glitters yang menarik ni, kau orang boleh buat bermacam looks yang kau orang nak. Semua shades sangat pigmented dan mudah nak blend. Nanti Fiza nak cuba bereksperimen dengan eye palette ni lagi. Selain untuk menaikkan seri bahagian mata, eye palette juga ada kegunaan lain dalam makeup. Antaranya :
  • Membentuk kening
  • Pengganti Eyeliner
  • Contour
  • Highlighter
  • Blusher

Rasanya tak rugi kalau ada eye palette yang sangat serbaguna dalam makeup ni. Kau orang boleh dapatkan terus melalui website Althea Korea. Grab cepat Althea Eye Palette terbaru ni okay!

Tempat Menarik Untuk Photoshoot di Pantai Puteri Melaka

Selesai urusan check out tengahari di Hotel Mimosa Melaka, plan dengan husband nak pergi mana-mana pantai untuk ambil gambar. Dah plan elok nak pergi Pantai Klebang petang selepas check in hotel. 

Tapi hampa bila sampai Pantai Klebang sesak dengan manusia. Hajat husband nak merasa air coconut shake original pun tak merasa. Itu yang decide nak pergi mana-mana pantai lepas check out sebelum balik rumah.

Pantai Klebang macam panas sangat nak lepak waktu tengahari, jadi saya pilih untuk pergi Pantai Puteri Melaka walaupun dah pernah datang sini. Takpelah, janji dapat tengok pantai dan laut sebagai terapi. 

Orang yang rumah dia jauh dari pantai bila tengok pantai tu rasa seronok je. Rumah dekat dengan laut, of courselah dah jemu.


Apa yang saya suka tentang Pantai Puteri ni lebih redup dan tak panas sebab banyak pokok rhu. Kawasan pantai pun cantik dan bersih. 

Pantai Puteri ni pernah popular satu masa dulu sebab macam Nami Island Korea katanya. Pantai Puteri ni tengahari pun meriah juga sebab ramai penduduk tempatan suka berkelah dengan keluarga kat sini. Budak-budak lagilah suka sebab mandi laut.


Saya tak lepak lama kat sini sebab hanya plan untuk ambil gambar je sebelum gerak balik rumah. Jadi, sempatlah ambil beberapa gambar je sebagai kenangan jejak Melaka tahun 2019 ni. Tahun bila nak datang lagi tak tahu lah. Walaupun negeri sebelah je tapi jarang datang.




Oh lupa, kat sini selain aktiviti berkelah ada disediakan perkhidmatan kereta kuda & unta. Jakun pula tengok unta tu. Menarik juga kan? Jadi, singgah Melaka tu waze je ke Pantai Puteri. 

Althea Exclusives Makeup | Watercolor Cream Tint

Watercolor Cream Tint @Lip Tint satu lagi produk keluaran Althea Exclusives Makeup yang menjadi pilihan pencinta makeup ala gadis Korea. Kalau kau orang suka makeup ala Korea style tu wajib ada watercolor cream tint ni yang boleh kau orang pakai dengan 2 styles, ombre lip dan juga full lip.


PRETTY TRANSLUCENT TUBE
Fiza suka dengan packaging jenis translucent tube macam ni sebab lebih nampak jelas warna watercolor cream tint ni dan memudahkan kerja nak memilih untuk disesuaikan dengan tema outfit.

DELICIOUSLY JUICY LIPS
Kelazatan yang dimaksudkan adalah bau watercolor cream tint ni macam bau candy atau gula getah. Bila apply pada bibir memang berbau manis-manis macam tu.

STRONG PIGMENTATION DAN TAHAN LAMA
Paling istimewa kepekatan warna watercolor lip tint ni memang tiada tandingan dengan lipstick lain yang pernah Fiza pakai. Walaupun kau orang lap, dia akan meninggalkan kesan warna pada bibir. Kira tahan lama dan tak perlu touch up lagi.


MELEMBAPKAN BIBIR
Mengandungi hyaluronic acid dan squalene untuk melembapkan bibir daripada bibir kering dan mengelupas. Bibir kekal lembap dengan pelembap gloss serta memberikan kesan kilauan tanpa melekit pada bibir.

MUST HAVE COLORS - 4 COLOR
Didatangkan dengan 4 pilihan color untuk disesuaikan dengan mood, outift dan event. Must have 4 colors dalam koleksi makeup!


#01 Plum Cream
#02 Strawberry Cream
#03 Peach Cream
#04 Marron Cream

Mana satu pilihan hati kau orang? Kalau tanya Fiza, sudah tentu Fiza pilih semua lah. Semua color menawan hati kot! 

HARGA MURAH!
Well, harga pun murah cuma MYR20 sahaja untuk satu watercolor Cream Tint ni. Tapi kalau kau orang beli set ada 4 color ni boleh dapat dengan harga MYR72 (10% OFF) tau! Dapat sekali kotak exclusive yang cantik. Boleh beli cepat sebelum tamat tempoh diskaun tu. Beli terus melalui website Althea Korea.

Bermalam di Hotel Mimosa Melaka

Bila perut dah kenyang menjamu selera di Jom Coffee, terus book grab ke Hotel Mimosa Melaka untuk check in. Masa check in pukul 2 petang. Struggle juga berhari-hari lamanya saya survey hotel sebab cuti Chinese New Year ni banyak Hotel dah penuh. 

Jadi pening nak pilih yang mana yang available yang sesuai dengan bajet dan juga features bilik yang saya nak. Selepas short listed beberapa Hotel, saya pilih Mimosa Hotel Melaka yang sesuai dengan bajet dan sesuai dengan kehendak saya.

View dari tepi kiri Hotel Mimosa (Tempat Parking Kereta)

Parking kereta yang banyak disediakan oleh pihak Hotel Mimosa Melaka. Tapi kalau malam memang penuh lah park kereta ni. Kalau balik lambat dan park penuh, mungkin pihak hotel akan advise nak parking kat mana kot? 

Urusan check in dalam masa lebih kurang 10 minit macam tu dan macam biasa perlu bayar deposit RM50.

sementara menanti urusan check in settle

Dah settle, jom kita masuk bilik dan berehat!

Pilihan saya adalah Executive Room yang berkeluasan 24 m²/258 ft² dengan king bed. 

King bed



Request bilik level paling tinggi

Seating area, Coffee/tea maker, free bottled water, desk, television

Makeup table, hair dryer & closet

in-room safe box, telephone

City View

Toiletries

Shower and bathtub

Toilet, towels and tissue paper

Saya stay di Hotel Mimoa Melaka ni cuma satu malam je dengan harga bawah RM150 termasuk tax. Sangat berbaloi dengan Executive Room tu. Susah nak dapat harga yang murah masa peak seasons ni kan. 

Rezeki harijadi lah kiranya tu. Well, Hotel Mimosa salah satu hotel yang saya boleh recommend pada kau orang yang bercuti di Melaka tu. Hotel yang bersih, luas, selesa dan perkhidmatan pun memuaskan. 

Kalau boleh nak stay sehari lagi. Tapi bajet dan masa cuti pun tak ada, sehari sudah memadai lah. Masa check out tu jangan lupa ambil semula deposit RM50 tu. Dan di Melaka perlu bayar cukai Hotel RM3/malam yang dianggap sebagai cukai warisan. 

Cukai tambahan ni hanya ada di Langkawi, Pulau Pinang dan juga Melaka sahaja. Pulang Pinang bayaran dia RM3/malam untuk hotel 4 dan 5 bintang, RM2 untuk hotel 3 bintang dan kebawah. Langkawi pula RM9/malam untuk setiap hotel. Jadi, kalau bercuti di salah satu negeri ni jangan pelik pula kalau kena bayar cukai tambahan ni ye.

Perkhidmatan sewa basikal juga disediakan

Kalau kau orang ada masa lebih di Melaka dan menginap di Hotel Mimosa ni, kau orang boleh sewa basikal daripada pihak Hotel Mimosa ni. Senang tak perlu susah-susah nak pergi sewa basikal di tempat lain. 

Ikutkan nak sewa basikal dan berbasikal di tempat-tempat menarik di Melaka ni. Tapi tak sempat kalau bercuti sehari je kan. Lain kali lah boleh menginap di Hotel Mimosa lagi.

Althea Exclusives Makeup | Flawless Creamy Concealer

Firstly, Congrats Althea Korea telah keluarkan produk rangkaian Althea Exclusives Makeup yang pertama. Antara rangkaian produk yang dikeluarkan adalah Flawless Creamy Concealer yang didatangkan dengan 4 shades. Concealer ni antara produk yang wajib ada dalam koleksi makeup yang berfungsi untuk menutup cela dan noda pada muka.


PIGMENTED FLAWLESS CREAMY CONCEALER
Althea's Flawless Creamy Concealer sangat pigmented. Sesuai untuk menutup segala cela yang ada pada muka. Boleh digunakan juga untuk cover mata panda yang kelihatan. Produk ini menggunakan formula yang diperbuat daripada Aquaxyl untuk melembapkan dan memperbaiki kesihatan kulit secara keseluruhannya. 

TAHAN LAMA
Dengan kepekatan concealer ni membuatkan penggunaan concealer boleh tahan lama sepanjang hari. Tak perlulah kau orang kerap touch up makeup kau orang tu. Sekali makeup je dah boleh buatkan muka flawless sepanjang hari. Rasa lebih confident juga kalau makeup boleh tahan lama tanpa touch up.


4 SHADES
 #01 Vanilla (Pink beige #21),
#02 Ginger (Warm ivory #21)
#03 Honey (Warm peach #23-#25)
#04 Mocha (Deeper yellow #30)

Tahu tak yang concealer ni banyak fungsinya selain menutup cela di muka. Boleh digunakan sebagai pengganti foundation, menyempurnakan bentuk kening, contouring dan highlight, primer bibir, primer bahagian mata, Memperbetulkan winged eyeliner, melentikkan bulu mata.

FUNGSI LAIN CONCEALER
1. PENGGANTI FOUNDATION
Concealer juga boleh digunakan sebagai foundation untuk makeup. Manalah tahu kehabisan foundation ke, jadi boleh je gunakan concealer sebagai pengganti foundation. Cara penggunaannya pun sama dengan foundation, boleh gunakan sponge atau berus untuk blend lebih sempurna dan tidak bercapuk.


2. MENYEMPURNAKAN BENTUK KENING

Nak membentuk kening yang lebat macam Fiza ni sangat-sangat memerlukan concealer jenis pekat macam ni untuk menyempurnakan bentuk kening supaya nampak lebih cantik terbentuk. Caranya dengan merapikan kening menggunakan berus, lukis kening dan tutup bahagian lebihan kening dengan concealer untuk kening lebih sempurna terbentuk. Boleh tengok tutorial dalam video di bawah ni. Fiza gunakan code #mocha untuk merapikan bentuk kening.

3. CONTOURING DAN HIGHLIGHT

Kalau kau orang ada concealer 4 shades Althea flawless creamy foundation ni, kau orang boleh buat contouring dan highlight untuk makeup kau orang. Untuk highlight, gunakan shade lebih terang dan contouring gunakan shade yang lebih gelap daripada kulit muka. Fiza gunakan shade code #vanilla untuk bahagian dahi, bawah mata, tulang hidung, dagu dan pertengahan rahang pipi.


4. PRIMER BIBIR

Ombre lip, makeup ala Korea agak trending buat masa sekarang ni. Kalau kau orang sukakan ombre lip style tu boleh juga gunakan concealer pada bibir sebab concealer ni merupakan primier bibir yang bagus. Lebih menonjolkan warna lipstick dan juga membentuk bibir dengan lebih baik tanpa comot. 


5. PRIMER BAHAGIAN MATA

Sebelum pakai eyeshadow pada bahagian mata, sebaiknya apply concealer dulu sebagai primer mata pada kelopak mata untuk mengekalkan warna eyeshadow dan lebih nampak lebih kemas berbanding tidak menggunakan concealer.


6. MEMPEBETULKAN WINGED EYELINER

Jenis yang suka buat winged eyeliner, mesti sangat stress kalau winged eyeliner tak menjadi. Kalau rasa winged eyeliner terlebih tebal atau tak sharp hujungnya, boleh perbetulkan dengan concealer je lebih mudah dan sempurna.


7. MELENTIKKAN BULU MATA
Jangan tak tahu, concealer juga ada triknya okay untuk melentikkan bulu mata. Caranya selepas kau orang sepit bulu mata dengan menggunakan eyelash curler, apply concealer sikit pada bulu mata. Lepas tu baru lah pakai mascara. Maka, dapatlah bulu mata yang super lentik.

Nampak tak kegunaan concealer ni dalam makeup sangat banyak dan berbaloi. Wajib tambah Althea Flawless Creamy Concealer dalam koleksi makeup kau orang juga sebab ada 4 shades sebagai pilihan dan dalam 4 shades boleh digunakan untuk pelbagai fungsi seperti di atas.

HARGA MURAH
Seriously Fiza tak expect harga concealer Althea Flawless Creamy Concealer ditawarkan dengan harga yang agak murah dan berpatutan. Mampu dimiliki dan concealer yang berkualiti dengan harganya. Untuk maklumat lanjut dan untuk pembelian Althea Flawless Creamy Concealer dengan harga MYR15, boleh terus klik ke website Althea Korea.

Althea Makeup | Skin Relief Spot Film Gel

Althea Skin Relief Spot Film Gel salah satu produk terbaru keluaran Althea dalam rangkaian Althea Makeup dan Skincare. Bagi mereka yang nak membanteras jerawat dengan berkesan atau suka makeup tapi keadaan muka tengah naik jerawat atau ada dark spot. 

Jangan risau sebab Althea skin relief spot film gel mampu untuk merawat dan cover jerawat atau dark spot yang ada tu.



ZIT-ZAPPING TREATMENT
Zit-zapping treatment adalah revolusi formula yang digunakan secara nipis pada kulit sebelum ianya kering menjadi licin untuk melindungi bahagian kulit jerawat dan memudahkan makeup dengan lebih sempurna. 

Althea skin relief spot film gel mengandungi tea tree oil yang boleh merawat jerawat dengan lebih cepat dan berkesan. Campuran cantella dan pine leaf extracts pula meredakan bahagian kulit jerawat yang kemerah-merahan. Selain itu, ia juga mengandungi niacinamide yang membantu mencerahkan kulit.

TRANSLUCENT FILM GEL MUDAH KERING
Althea skin relief spot film gel tidak berwarna iaitu translucent. Hanya memerlukan aplikasi yang nipis pada jerawat dan mudah kering.

CARA PENGGUNAAN
MAKEUP 
Apply Althea skin relief spot film gel secara nipis pada jerawat/dark spot dan biarkan kering lebih kurang dalam masa 5 minit.
Pastikan tampalan film gel tu betul-betul kering sebelum makeup

RAWATAN
Apply Althea skin relief spot film gel secara nipis pada jerawat sebelum tidur.
Pastikan lapisan nipis film gel tersebut mampu bertahan untuk jangka masa panjang
   

Saya dah cuba gunakan Althea skin relief spot film gel ni untuk rawatan jerawat dan apply sebelum makeup. Memang kurang nampak jerawat tu. Kalau tak, memang kelihatan terang benderang kemerahan dari jauh. 

Bila dah tampal dengan Althea skin relief spot film gel ni lega sikit boleh rawat jerawat dan no more lah bekas jerawat.

Kau orang boleh dapatkan dan buat pembelian terus melalui website Althea Korea : https://my.althea.kr

Boleh shopping Althea Exclusives Makeup sekali.

Lepak di Jom Coffee

Dah puas naik ambil angin naik kereta kuda, perut terasa lapar sebab dari tadi berjalan tak makan apa-apa lansung. Ingatkan nak berpatah balik jalan kaki ke Hotel nak check in. 

Tapi disebabkan dah penat dan tak larat jalan, plan nak guna grab je balik Hotel. Sebelum tu, isi perut dulu lah. Nanti tak payah nak keluar lagi cari makanan.

Sebelah pit stop kereta kuda tu Dataran Pahlawan Mall, jadi tak perlu jalan jauh lagi. Masuk mall baru rasa sejuk air cond tu. Jalan punya jalan cari kedai makan, tersinggah lepak di Jom Coffee

Sebenarnya tak rasa nak makan sangat. Lebih kepada kehausan sebab cuaca luar panas kan. Nak makan ringan-ringan je la tapi husband suruh order nasi goreng pula. 


Kamiorang order JOM fried rice signature dish jom coffee, teh tarik, teh o ais lemon dan juga roti bakar. Cukuplah untuk alas perut sebelum check in Hotel. 

Untuk order kat sini kau orang kena tanda pada kertas menu apa yang kau orang nak. Dah siap, panggil je staff untuk ambil order tadi. Penyediaan minuman macam biasalah tak ambil masa lama sangat dan makanan pun takde lah tunggu lama pun.

Selepas beberapa minit nasi goreng sampai. Nasi goreng Jom Coffee ni nampak macam menarik dan kau orang tahu tak yang nasi goreng jom coffee ni sangat sedap! Bahan tumis dia garing ikut citarasa tekak saya lah. 

Rasa tak puas makan berkongsi berdua. Itulah tadi kata tak lapar sangat. Bila dah dapat makanan sedap tak cukup pula.


Next time kalau datang Jom Coffee kena order nasi goreng ni juga lah. Baru puas hati makan sepinggan sorang. Sepinggan nasi goreng ni harga dia belasan ringgit. Saya lupa harga dia, mungkin dalam RM18.90 kot. 

Harga menu di Jom Coffee agak mahal pada saya sebagai rakyat marhaen. Yang golongan bangsawan mesti cakap harga ni murah. Disebabkan takde pilihan, kita cuba lah makan. Mujur sedap! Kalau tak sedap, kecewa bayar mahal. Tunggu ada bajet lebih baru lepak di Jom Coffee ni. Sesekali bolehlah.

Kereta Kuda Tarikan Terbaru di Melaka

Kali terakhir saya datang Melaka tahun 2014. Fuhh, lama juga tu tak jejak Melaka sekian lamanya. Agaknya sebab dah bosan sebab dah berkali-kali datang sini dan rasa macam takde apa yang menarik. 

Tahun 2019 baru nak jejak kaki di Melaka semula dan saya rasakan banyak yang baru rupanya di Bandar Hilir Melaka ni.

Selain Signage" I LOVE MELAKA" di Bandar Hilir, Tarikan terbaru adalah menaiki kereta kuda sekitar Bandar Hilir. Saya tak pasti terbaru tahun ni ke tahun sebelumnya sebab saya baru tahu dan saya rasakan ianya tarikan terbaru lah kot. 

Kalau dah lama wujud kereta kuda dalam masa 4 tahun ni kiranya bukanlah tarikan terbaru pada kau orang yang dah pernah naik kereta kuda di Bandar Hilir ni.



Seusai ambil gambar di A'Famosa kononnya nak berpatah semula ke Hotel sebab masa check in hotel nak dekat dah. Kaki pun dah penat berjalan. Tapi bila ternampak banner naik kereta kuda ni harga RM10/dewasa, rasa macam teringin nak cuba pula. 

Alang-alang dah sampai dan kaki pun dah penat, harga pun kira berpatutan juga why not kali ni datang Melaka naik kereta kuda pula. Beca dah pernah naik, so kita naik kereta kuda pula ye.


Pada mulanya saya ingatkan naik kereta kuda tu penuhkan kuota seat kereta kuda tu yang boleh muatkan 4 orang dewasa. Tapi tak! Macam saya berdua, so naik berdua lah walaupun ada seat kosong. 

Nak naik kereta kuda ni kena bersabar sikit tunggu giliran sebab ramai nak naik dan kereta kuda cuma ada dua, kuda putih dan kuda coklat. Nasib lah ikut giliran dapat naik kuda yang mana satu. Masa giliran saya dapat naik kuda coklat ni. 

Sebelum naik kereta kuda tu posing dulu dengan kuda, boleh mintak tolong dia orang ambilkan gambar tanpa charge tambahan. Kau orang perlu bayar sebelum naik kereta kuda tu. 

Laluan perjalanan kereta kuda ni bermula dari pit stop kereta kuda ( Hadapan Muzium Setem) melalui jalan kota sehingga Bangunan Muzium Islam (Malacca Islamic Museum Malacca). Kemudian berpatah semula sampai depan A'Famosa dan kembali semula ke pit stop.

Walaupun tak jauh mana perjalanan kereta kuda ni tapi seronok sambil-sambil merehatkan kaki sementara. Puas hati juga naik kereta kuda di Bandar Hilir ni. Sesekali dah datang tu haruslah cuba pengalaman baru. Betul tak? 

Unboxing Althea Beauty Haul 11.0 | Althea Exclusives Makeup

Althea Beauty Haul 11.0, satu lagi parcel dari Althea sampai hujung bulan January yang lepas. Bila kesibukan terlampau, baru hari ni dapat publish entry 'Unboxing Althea Beauty Haul 11.0 walaupun Fiza dah kongsikan awal di social media yang lain. Althea Beauty Box kali ni sangat-sangat istimewa sebab Althea hantar Exclusives products dan merupakan produk makeup pertama Althea. Tahniah Althea!


Disebabkan parcel kali ni sangat istimewa, Fiza happy dan excited nak unboxing di tepi pantai. Layan video unboxing tepi pantai ni dulu.

Fiza ringkaskan Althea Exclusives Makeup yang Fiza dapat dalam parcel ni okay. Mudah untuk kau orang buat rujukan nanti kalau berminat nak tambah dalam koleksi makeup.



1. ALTHEA STICKERS
Althea sticker ni kalau tak silap Fiza limited edition dan sangat comel. Boleh lah tampal dimana-mana produk K-Beauty kau orang terutamanya Althea Exclusives. Kalau nak dapatkan, kau orang boleh buat pembelian mana-mana barangan Althea Exclusives.


2. ALTHEA FLAWLESS CREAMY CONCEALER - 4 SHADES

  • #01 Vanilla (Pink beige #21)
  • #02 Ginger (Warm ivory #21)
  • #03 Honey (Warm peach #23-#25)
  • #04 Mocha (Deeper yellow #30)

3. ALTHEA WATERCOLOR CREAM TINTS - 4 SHADES

  • #01 Plum Cream
  • #02 Strawberry Cream
  • #03 Peach Cream
  • #04 Marron Cream

4. ALTHEA SPOTLIGHT EYE GLITTER - 2 SHADES

  • #01 Gold Light
  • #02 Pink Light

5. ALTHEA EYESHADOW PALETTE : SUNRISE & MOONRISE - 8 SHADES
Bunga Citra Lestari X Althea Eyeshadow Palette (celebrity collaboration)  and Althea's very first eye shadow palette

  • Shimmery nude with pink
  • Matte light brown
  • Metallic rose gold with pink
  • Metallic gold
  • Rich brown with golden shimmer
  • Deep wine shade
  • Pearly pink shadow with purple undertones
  • Cool purple

6. ALTHEA SKIN RELIEF SPOT FILM GEL

Siapalah yang tak happy bila dapat semua ni kan. Dapat satu set Althea Exclusives Makeup memang happy sangat! Next entry Fiza akan review satu persatu Althea Makeup ni okay dan nantikan juga video Tutorial Althea Makeup dari Fiza menggunakan semua produk dalam ni. Entah apa rupa kejadianya tak tahulah. Tunggu ye.


Thank you Althea Korea!

Singgah di A’Famosa Melaka

A’Famosa, salah satu tempat menarik dan popular di Melaka. Dah sampai Melaka tu memang wajib singgah di A’Famosa yang ada sejarahnya sendiri. Nak tahu sejarah tentang A'Famosa? Kenalah datang sini. 

Walaupun Bandar Hilir ni super sibuk dengan pengunjung yang ramai dan sesak dengan kenderaan, tapi masih tak jemu datang ke A'Famosa ni. Paling kurang pun datang ambil gambar tandanya dah pernah datang ke A'Famosa.

Alang-alang dah sampai ke Bangunan Stadthuys tu, terus lajak berjalan sampai ke A'Famosa. Disebabkan dah berkali-kali datang A'Famosa ni, jadi kali ni datang ambil gambar depan A'Famosa  je lah. 

Nak naik ke atas memang tak lah sebab tak larat sudah nak berdepan dengan cuaca panas. Kaki dah tak cukup kuat nak memanjat tangga sebab dah berjalan jauh. 

Mujur pakai kasut, kalau pakai heels atau wedges matilah nak tahan sakit kaki tu. Kalau berjalan tempat-tempat macam ni dan perlu berjalan jauh dinasihatkan pakai kasut atau selipar yang selesa. 

Kalau dah sakit kaki, macam ni lah jadinya tak dapat nak jelajah banyak tempat. Rugi kan? Tapi since dah pernah naik atas, its okaylah. 


Nak bergambar depan A'Famosa ni kau orang kena tunggu giliran juga lah macam biasa kalau nak nampak gambar cantik. Kalau tak, gambar kau orang penuh dengan kewujudan orang lain yang entah siapa-siapa. 

Tapi kalau jenis tak kisah, snap je selagi boleh kan. Kalau kau orang pertama kali datang ke Bandar Hilir ni jelajah lah semua tempat berdekatan selagi boleh. Sesetengah tempat ada dikenakan bayaran. Masuk A'Famosa ni percuma je.


Unboxing Althea Beauty Haul 10.0 | Sixteen Brickit Shadow Kit #Choco

Fuhh..lama juga Fiza peram entry unboxing Althea Beauty Haul 10.0 ni. Althea Beauty Haul 10.0 ni sangat istimewa sebab ianya Althea Xmas Gift iaitu Sixteen Brickit Shadow Kit #Choco. Nak dipendekkan cerita, eyeshadow adalah salah satu Top 10 wishlist Korean Beauty Products yang Fiza inginkan. Tak kisah eyeshadow shades apa sekalipun. Janji ada untuk buat koleksi makeup Fiza.


Disebabkan hanya eyeshadow palette comel sahaja yang dikirimkan. Jadi, kali ni tiada kotak comel Althea. Tapi masih lagi menjaga keselamatan dan kualiti barang dengan membalut menggunakan stand up pouch bag jenis plastic bubble bags. Nak tahu macamana, boleh tengok video unboxing bawah ni.

Althea ni kalau hantar mesti diterima dalam keadaan baik. Setakat ni perkhidmatan Althea tak pernah mengecewakan. Tak pernah lagi dapat barang rosak atau tak cukup barang. Cuma cepat lambat tu bergantung pada courier dan tolak hari tu. Alhamdulillah Sixteen Brickit Shadow Kit diterima dalam keadaan baik takde pecah-pecah.


Sixteen Brickit Shadow Kit #Choco
  • Egg Nog
  • Cotton Sugar
  • Sweet Latte
  • Milk Coco
  • Rose Macaroon
  • Hazelnut Syrup
  • Cinnamon Powder
  • Deep Brownie
  • Melting Ganache
  • Cacao 100

Sumpah suka dengan 8shades dalam eyeshadow palette tema choco ni. Ada masa nak buat eksperiment dengan semua shades yang ada. Entah looks apa yang jadi nanti tak tahu lah. Kita cuba selagi nampak okay. Fiza rasa Sixteen Brickit Shadow Kit #Choco ni sangat sesuai untuk daily makeup sebab shades yang mostly nude dan natural colours. Setuju tak?


Kalau tak buka kotak tu mesti ingat chocolate bar kan? Awas ya, ini bukan chocolate untuk di makan. Dah siap makeup guna eyeshadow ni nanti Fiza kongsikan okay! Thank you Mamasan Tammy Lim and ALTHEA KOREA.

Review | W.Lab Black Kill Pore Cleaner

Merimaskan betul kalau ada whitehead dan blackhead berkampung pada muka. Rasa nak picit-picit keluarkan je. Bila tangan gatal nak memicit tu mulalah kulit muka akan merah-merah dan lepas beberapa lepas tu mesti kulit muka mengelupas. Tapi cara tu sangat tidak bagus untuk kulit muka kita sebenarnya.

Banyak cara lain yang lebih selamat, mudah dan berkesan untuk menghilangkan blackhead selain memakai mask ataupun menggunakan besi khas untuk mengeluarkan blackhead/whitehead. Kedua-dua cara tu betul tapi kalau nak lagi best kau orang boleh cuba W.Lab Black Kill Pore Cleanser yang boleh membuang blackhead dengan cara paling mudah dan berkesan.


Fiza beli pun sebab nak mencuba guna. Daripada review yang Fiza baca pada page produk ni, kebanyakkannya memberikan feedback yang positif selepas menggunakannya. Dan ramai yang request untuk keluarkan big size. Jadi, why not Fiza cuba juga memandangkan Fiza jenis rimas kalau ada blackhead/whitehead pada hidung terutamanya. Bila W.Lab Black Kill Pore Cleanser nampak macam tersangat mudah nak gunakan, memang Fiza nak sangat cuba.

BRUSH HEAD
Didatangkan dengan brush head yang lembut untuk tujuan memudahkan pembuangan blackhead pada bahagian muka. 


CLEANSER DISPENSER BUTTON
Apa yang memudahkan untuk menggunakan produk ni sebab ianya 2 in 1. Selain dilengkapi dengan brush head, terdapat cleanser dispenser button pada bahagian tepi. Fungsinya adalah untuk memudahkan kita untuk mengeluarkan cleanser semasa menggosok brush head pada kulit muka. Tak perlu bersusah payah nak berhenti dan topup cleanser kan?


BLACKHEAD TREATMENT
Mengandungi serbuk arang dan air laut untuk menyingkirkan sebum dalam liang roma menjadikan penggunaan W.Lab Black Kill Pore Cleaner adalah penyelesaian masalah blackhead yang sangat berkesan. Juga mengandungi menthol untuk menyejukkan kulit dan meminimakan liang roma selepas blackhead dikeluarkan.



CARA PENGGUNAAN
1. Basahkan bahagian kulit muka yang terdapat blackhead
2. Picit button untuk keluarkan cleanser
3. Gosok pada bahagian tersebut dengan perlahan secara membulat dalam 1-2minit.
4. Cuci muka dengan air bersih.


Serius sangat puas hati ada alat yang lebih mudah nak guna untuk keluarkan blackhead yang degil ni. Patut lah pun ramai yang minta besarkan saiz botol sebab W.Lab Black Kill Pore Cleaner. Kalau tak berkesan pada kau orang mungkin produk tu tak sesuai lah. Kau oarng boleh dapatkan W.Lab Black Kill Pore Cleaner dengan harga MYR57 melalui pembelian di website ALTHEA KOREA.


© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu