Gadgets

Siaran Lansung Kelantan vs Negeri Sembilan Live Streaming 9 Ogos 2023 LS19

Perlawanan terakhir LS19 pada 9 Ogos menyaksikan pertembungan pasukan Kelantan FC dengan Negeri Sembilan FC yang akan berlansung jam 9:00 malam bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu Kelantan.

Kelantan FC vs Negeri Sembilan FC

Pertemuan Negeri Sembilan vs Kelantan LS6 yang lalu, Skuad Jang berjaya menewaskan Skuad Kijang Hijau di halaman sendiri dengan keputusan 4-2. Saksikan pertemuan kali kedua di halaman Pasukan Kelantan pula. 

Kelantan FC terus berjuang

Pasukan tuan rumah, Kelantan masih berada di tempat terbawah liga Super. Namun, ini tidak mematahkan semangat pasukan untuk beraksi dan memberi saingan dalam kempen Liga Super 2023 kepada pasukan pelawat. Skuad Kijang Merah akan terus berjuang sehingga tamat Liga Super 2023.

Negeri Sembilan FC memburu kejayaan kedua di tempat lawan

Kemenangan pertama memberikan semangat dan motivasi buat Skuad Jang untuk mengutip 3 mata bermain di tempat lawan. Hobin Jang Hobin!

Siaran Lansung Kelantan vs Negeri Sembilan Live Streaming 9 Ogos 2023 LS19

Kelantan FC vs Negeri Sembilan (LS19)

Waktu siaran : Rabu, 9 Ogos 2023, jam 9:00 malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Siaran TV/ Live Strim : Astro Arena Bola 2 (CH804), Astro GO dan Sooka

Tiket perlawanan Kelantan FC vs Negeri Sembilan

Tiket untuk perlawanan Liga Super antara pasukan Kelantan FC dan Negeri Sembilan FC yang berlansung pada hari Rabu, 9 Ogos2023 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV boleh mendapatkan tiket melalui laman web rasmi tickethotline.com.my.

Siaran Langsung dan Live Streaming Kelantan FC vs JDT 9 Ogos 2023

Penonton di rumah boleh menonton Siaran Lansung Liga Super 2023 Kelantan FC vs Negeri Sembilan dari Stadium Sultan Muhammad Ke-IV secara lansung menerusi saluran 804 Arena Bola 2 dan Astro GO seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan.

Penonton juga boleh menonton perlawanan ini di platform penstriman Sooka dengan melanggan pas 1 perlawanan berharga RM7.90.

Keputusan masa penuh perlawanan Kelantan FC vs Negeri Sembilan LS19

Keputusan perlawanan antara Kelantan FC vs Johor Darul Ta'zim,Negeri Sembilan Liga Super 2023 dalam saingan LS19 secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : KELANTAN FC/KEL (2) - (0) NEGERI SEMBILAN FC/ NSE
 Leonardo Rolón 2' 30'

2 comments:

  1. Dilema juga ni nak sokong yang mana, N9 tempat menginap, suami pula orang Kelantan! HAhaha

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.