Gadgets

Siaran Lansung Negeri Sembilan vs Selangor Live Streaming 14 Ogos 2023 LS20

Perlawanan seterusnya minggu kedua puluh membabitkan pasukan Negeri Sembilan selaku tuan rumah menentang pasukan Selangor FC yang berkunjung ke Paroi.

Negeri Sembilan vs Selangor

Pertemuan pasukan Negeri Sembilan dengan pasukan Selangor dijadualkan akan berlansung pada hari Isnin, 14 Ogos 2023, jam 9:00 malam bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Ini merupakan pertemuan kali ketiga untuk kedua-dua pasukan.

Pada pertemuan pusingan pertama minggu ketujuh liga (LS7) Selangor vs Negeri Sembilan, pasukan Selangor menang tipis 2-1. Kemudian pertembungan dalam saingan Piala FA suku akhir Negeri sembilan vs Selangor, Selangor menang sekali lagi dengan mencetak 3 gol berbalas 1.

Negeri Sembilan ingin menang

Setelah melalui 4 perlawanan di halaman lawan, skuad Jang kini kembali beraksi di Paroi. Misi Skuad Jang adalah ingin mecipta kemenangan di halaman sendiri.

Selangor FC perlu bekerja keras

Pasukan Selangor FC perlu bekerja lebih keras dalam usaha meraih tiga mata bertemu Negeri Sembilan  selepas pasukan kehilangan lima tonggak utama akibat kecederaan dan penggantungan perlawanan.

Walaupun, lima pemain utama tidak dapat beraksi menentang Negeri Sembilan, namun Tan Cheng Hoe apabila percaya barisan anak buahnya yang lain mampu menggalas cabaran untuk mencipta keputusan positif.

Saksikan perlawanan antara Skuad Jang menentang Skuad Gergasi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada malam ini, Isnin, 14 Ogos 2023, jam 9:00 malam samada di stadium ataupun menonton siaran lansung di TV Okey, Sukan RTM dan Sooka.

Negeri Sembilan vs Selangor FC (LS20)

Waktu siaran : Isnin, 14 Ogos 2023, jam 9:00 malam
Tempat : Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Siaran TV/ Platform penstriman : TV Okey, Sukan RTM dan Sooka

Siaran Lansung Negeri Sembilan vs Selangor Live Streaming 14 Ogos 2023 LS20

Info Tiket perlawanan Negeri Sembilan vs Selangor

Tiket fizikal hanya dijual di kaunter tiket stadium. Anda boleh mendapatkan tiket fizikal bermula jam 4 petang. Tiada tiket perlawanan akan dijual di Wisma PBNS.

Tiket perlawanan juga boleh dibeli secara atas talian melalui laman rasmi www.tickethotline.com.my.

Siaran Langsung dan Live Streaming Negeri Sembilan vs Selangor Liga Super 14 Ogos 2023 LS20

Penonton di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung Liga Super 2023 Negeri Sembilan vs Selangor FC dari Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi secara percuma menerusi saluran TV Okey dan Sukan RTM.

Tonton secara online menerusi platform Sooka seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra rancangan dengan langganan pas perlawanan berharga RM7.90.

Keputusan masa penuh perlawanan NEGERI SEMBILAN FC vs SELANGOR FC Liga Super 2023 (LS20)

FT : NEGERI SEMBILAN/ NSE (0) - (4) SELANGOR FC/ SEL
 Richmond Boakye 27'
 Ayron del Valle 59'
 Yohandry Orozco 75'
 Harith Haiqal 83'

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.