Gadgets

Siaran Lansung Live Negeri Sembilan vs Kelantan United Piala Malaysia 2023 (R16-2)

Perlawanan terakhir aksi pusingan 16 kedua melibatkan skuad jang, Negeri Sembilan FC menentang skuad kijang hijau, Kelantan United FC.

Negeri Sembilan vs Kelantan United

Perlawanan antara pasukan Negeri Sembilan vs Kelantan United dijadualkan berlansung pada hari Ahad, 20 Ogos 2023, jam 9:00 malam bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Pada aksi pertama pusingan 16 Kelantan vs Negeri Sembilan, pasukan Negeri Sembilan berjaya menumpaskan pasukan Kelantan United dengan jaringan tunggal oleh Sean Selvaraj pada minit ke 28.

Dengan bekalan agregat 1-0 memberi sedikit kelebihan buat pasukan Negeri Sembilan bermain di halaman sendiri untuk mara ke peringkat suku akhir. Perbezaan agregat yang rapat, kedua-dua pasukan juga berpotensi untuk mara ke peringat suku akhir.

Dalam saingan LS14 Negeri Sembilan vs Kelantan United, pertemuan kedua-dua pasukan berakhir dengan keputusan seri 3-3. Sudah pastinya perlawanan ini akan berlansung sengit kerana kedua-dua pasukan semestinya mahu layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2023.

Siaran Lansung Live Negeri Sembilan vs Kelantan United Piala Malaysia 2023 (R16-2)

Penonton di rumah boleh menyaksikan perlawanan antara pasukan Negeri Sembilan dan Kelantan United secara lansung secara menerusi saluran 801 Astro Arena, saluran 803 Astro Arena Bola, TV Okey, Sukan RTM dan live streaming online di internet menerusi Astro GO, RTMKlik dan Sooka.

Tonton secara online menerusi platform Sooka seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra rancangan secara PERCUMA.

NEGERI SEMBILAN FC vs KELANTAN UNITED FC

Tempat : Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Waktu siaran : Ahad, 20 Ogos 2023, jam 9:00 malam
Siaran lansung : Astro Arena (CH801), Astro Arena Bola (CH803), TV Okey, Sukan RTM
Live streaming : Astro Go, RTMKlik, Sooka

Siaran Lansung Live Negeri Sembilan vs Kelantan United Piala Malaysia 2023 R16-2

Info Tiket Perlawanan Negeri Sembilan FC vs Kelantan United FC R16-2 Piala Malaysia 19 hb Ogos 2023

Tiket perlawanan Negeri Sembilan vs Kelantan United yang berlansung pada hari Ahad, 20 Ogos 2023, jam 9:00 malam di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi boleh dapatkan di tickethotline.com.my.

Keputusan masa penuh Negeri Sembilan FC vs Kelantan UnitedFC (R16-2)

Keputusan perlawanan antara Negeri Sembilan vs Kelantan United Piala Malaysia 2023 dalam saingan (R16-2) secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : NEGERI SEMBILAN FC/ NSE (4) - (2) KELANTAN UNITED FC/ KLU
 Jose 4'
 Casagrande 8'
 Barath 19'
 Hein 34'
 Indra 65'
 Ezzejjari 86'

Pasukan Negeri Sembilan FC menang dengan agregat 5-2. Sekaligus layak mara ke Suku Akhir Piala Malaysia 2023. Skuad Jang akan bertemu pasukan kelab bolasepak Johor Darul Takzim, JDT di Suku Akhir nanti.

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.