Gadgets

Drama Puaka Cuti Semester (Tonton)

Tonton Drama Puaka Cuti Semester, drama seramedi (seram komedi) siri original Tonton ditayangkan secara ekslusif hanya di platform Tonton setiap hari Khamis mulai 24 Ogos 2023.

Idea asal drama Puaka Cuti Semester 10 episod ini daripada Hariff Ahamat hasil nukilan skrip oleh Qawiem Hamizan bersama Haniz Ali. Drama ini merupakan hasil sentuhan sutradara Faizal Nadxaman terbitan Anomali Media Sdn. Bhd.

Drama Puaka Cuti Semester Tonton
sumber : Tonton

PELAKON, WATAK DAN SINOPSIS PUAKA CUTI SEMESTER

Drama ini dibintangi oleh barisan pelakon seperti Mark Adam, Zaki Azeman, Farhan Mazlan, Tracie Sinidol, Aween Ismail, Ropie, Azza Elite, Nazzaty Rusly, Hariff Ahamat, Aryana Armani dan ramai lagi.

  • Mark Adam sebagai Iqsan
  • Zaki Azeman sebagai Zubair
  • Farhan Mazlan sebagai Fahmi
  • Tracie Sinidol sebagai Leha
  • Aween Ismail sebagai Aina
  • Ropie sebagai En. Sabri
  • Azza Elite sebagai Kak Ton
  • Nazzaty Rusly sebagai Melati
  • Hariff Ahamat sebagai Dr. Ariff

Puaka Cuti Semester mengisahkan tentang lima orang pelajar kolej iaitu Iqsan, Zubir, Fahmi, Leha dan Aina yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Kali ini sepanjang cuti semester, mereka semua tidak pulang ke rumah atas alasan masing-masing. 

Antaranya ada yang mempunyai masalah kewangan, rasa malu dan bermotivasi utnuk menjadi pelajar cemerlang. Tetapi pada suatu hari, mereka diganggu oleh hantu askar Jepun ketika berlatih untuk persembahan sempena Hari Kebangsaan. 

Botol puaka yang telah dibuka oleh Fahmi membuatkan keadaan lebih kacau. Disebabkan itu, pelbagai jenis makhluk halus mula membuat kemunculan. Antaranya ada kelibat pontianak, jerangkung dan bunia. Masing-masing mempunyai kisah di sebalik kehadiran mereka di lapangan.

Walaupun perkara ini sememangnya menimbulkan ketakutan dan kekecohan, dalam masa yang sama juga, ianya telah mengeratkan lagi tali persahabatan antara kelima-lima pelajar tersebut.

Jadi apakah kesudahan kepada gangguan-gangguan mistik yang dihadapi oleh mereka?  Ikuti kisahnya dalam Drama Puaka Cuti Semester di platform Tonton setiap hari Khamis.

8 comments:

  1. Lama tak dengar khabar Mark Adam.. Masih berlakon rupanya.

    ReplyDelete
  2. tengok muka mark adam je komfem cerita ni kelako hahahahaha. tapi tetaplah takut nak tengok sebab kategori seram hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah tu. Confirm ada elemen lawak. Selamat menonton.

      Delete
  3. Confirm cite seram komedi ni..... pelakonnya pon pelawak
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul! Seram komedi seperti yang telah saya mention dalam entry.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.