Gadgets

Kitar Semula Botol Kaca Skincare

Kami biasa mengasingkan sampah kitar semula seperti kaca, plastik, kertas dan sebagainya untuk dibuang pada setiap hari Selasa. Hari Selasa je pihak majlis perbandaran akan kutip sampah kitar semula. 

Letak je depan rumah nanti mereka akan ambil. Biasanya sebelum pukul 9 pagi macam tu mereka dah datang kutip. Jadi tak perlulah pergi buang di tempat kitar semula. Tapi kalau nak dapat duit boleh jual barangan kitar semula di tempat pembelian kitar semula. Sekarang pun minyak terpakai pun boleh dijual.

Kami masih mengamalkan pengasingan barang kitar semula sejak diperkenalkan beberapa tahun lepas. Tak silap tahun 2019 kot. Ke sebelum tu. Tak pastilah pula. 

Setelah saya semak dalam laporan tahunan Majlis Perbandaran Seremban (MPS), jadual dia berbeza pula. 

  • 2 kali seminggu (sampah domestik) 
  • 1 kali seminggu (sampah pukal)

Sampah domestik : bahan-bahan buangan yang dibuang dari kawasan perumahan seperti sisa makanan, plastik, kertas dan bahan logam terpakai.

Sampah pukal : barang-barang rumah, komersil dan industri yang tidak digunakan lagi atau yang telah rosak seperti perabot, barangan elektrik dan berbagai

Tapi setakat ni nampak macam hari Selasa je kutip barang kitar semula ni. Kalau ada satu lagi hari lain, tak tahu lah. Sampah harian tu rasanya setiap Isnin dan Khamis setahu saya lah. Biasa akan dengan lori sampah datang hari Isnin dan Khamis.

Panjang pula mukadimah tentang sampah. Semasa mengasingkan sampah tu kalau ada barang berkaca yang dikumpul, mana-mana bekas atau botol kaca yang menarik saya akan ambil untuk dijadikan bekas simpan barang atau dijadikan tempat untuk propagate tanaman. 

Biasanya kalau bekas kaca makanan macam sos spaghetti ke, mayonaise ke mesti akan simpan kan? Bekas tu kadang boleh buat letak rempah ratus. Tapi kalau dah banyak bekas, buang jugalah. Mana yang rasa berguna atau nak guna je baru simpan.

Contohnya macam botol kaca skincare yang menarik macam ni bolehlah dibuat tempat letak pokok yang boleh hidup dalam air, contohnya pokok pothos ni. Pothos mudah hidup dalam air tanpa perlu jagaan rapi. Tak perlu beria jaga, janji ada cahaya matahari dan air mengcukupi. Pastikan tak ada nyamuk membiak.

KItar Semula Botol Kaca Skincare

Saya guna botol kaca skincare Tatagaltier. Nampak menarik dengan kemas warna gold ni. Lepas tu bolehlah dijadikan hiasan kat meja. Ada juga tumbuhan hijau yang sedap mata memandang. 

Botol ni nampak aesthetic sikit kalau plain je. Tapi itulah, ada tulisan pula yang tak boleh dihilangkan. Selain kita gunapakai, ada juga tempat-tempat yang mengambil bekas skincare untuk dikitar semula menjadi sesuatu yang kreatif, contohnya dijadikan sebagai cenderahati, perhiasan dan sebagainya.


10 comments:

  1. area rumah kitrg dah x nampak dah lori hangkut barang2 kitar semula... mcm hangat2 taik ayam je... ada sekali asingkan dah... tp berhari2 xde sape pun hangkut brg2 tu.. sudah nya kita cr la tmpt kitar semula sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab ramai tak asingkan kot KakRet. Kena tahu jadual hari apa dia amek sampah kitar semula. okay juga cari tempat kitar semula dari dicampur dengan sampah lain.

      Delete
  2. sampah pukal tu letak depan rumah ke atau hantar kat tmpt yg disediakan?

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.