Header Ads

Sambal Telur Je Lah


Bila tak ada idea nak masak apa, telur lah penyelamat keadaan. Terpaling ringkas masak telur goreng. Kann? Tapi taknak lah seringkas itu. Masak sambal telur je lah. Macam teringin juga makan sambal telur. Telur sambal ke sambal telur entah. Hentam sajalah labuuu...

Dengan berkat kerajinan gigih tumbuk bahan-bahan dengan lesung batu. Alah, bawang putih dan bawang merah rose je pun nak kena tumbuk. Tak tambah cili api sebab cili kisar yang ada dah sedia pedas rasa dia. Letak dua sudu besar pun pedas berapi!

Halia pula kadang letak kadang tidak. Ikut selera gitu. Untuk elemen masam tu boleh letak ikut selera masing. Boleh pilih nak letak asam keping, pes asam jawa, asam belimbing buluh atau buah tomato. Nak senang, letak sos tomato je.

baca juga : resipi sambal telur terpaling sedap

Resipi Sambal Telur

Fuhh merah menyala sambal telur harini dengan kuah meladung. Tahu tak meladung tu apa? Kalau dalam bahasa loghat Johor, spesifiknya di Segamat maksud meladung tu berlambak, banyak, melimpah. Lebih kurang begitulah maksud dia.

Resipi Sambal Telur

Masakan lauk pauk kampung ni bertambah sedap lagi kalau masak guna bawang rose kecil tu kan. Tapi yang lecehnya nak mengupas kulit dia. Nak mudah, biasanya saya rendam dulu dalam air setengah jam sebelum kupas kulitnya. 

Sekali kupas tu, kupas banyak sikit untuk stok 2-3 hari macam tu. Nanti lagi cepatlah kerja masak kan. Sekian cerita sambal telur dari dapur saya.


18 comments:

  1. menggodanya sambal telur fiza... merah menyala je... mkn tu je dgn nasi putih pun dh sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, makan dengan nasi putih ulam timun. Dah cukup sedap dah gitu.

      Delete
  2. Suka betul sambal telur gini. Letak kicap, fuh bertambah.

    ReplyDelete
  3. telur saja pon memang sedapp...Cuya suka telur masak kicapp...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, lauk yang menyelerakan. Telur masak kicap pun sama sedapnya.

      Delete
  4. Pergh, meleleh air liur saya! Sedap tuh!!!

    ReplyDelete
  5. Sedapnya sambal telur tu Fiza.
    Bab nak letak halia atau tidak, kalau Kak Amie nak bubuh, sikit saja. Tapi biasanya Kak Amie skip saja halia, sebab kalau terlebih bubuh aromanya akan mengganggu keenakan sambal terutama sambal tumis nak makan dengan nasi lemak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah, biasa sikit je buat rasa-rasa. Samalah kita, kadang skip juga. Kang rasa dia terlebih kepada halia pulak dah tak sedap.

      Delete
  6. Ini juga fav saya kak. Apalagi kalo dibuat pedaaaas, langsung tak ingat lauk lain ๐Ÿ˜„. Memang lah, telur itu penyelamat kalo dah bingung nak masak apa. Makanya tak pernah tak ada di kulkas, selalu ada telur ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Memang kena ada stok telur sentiasa. Selain buat masakan lauk, dijadikan rencah untuk masakan lain. Pedas pun wajib, tambah selera makan.

      Delete
  7. dugaan org berpuasa hari ni nmpk makanan sedappppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ampunn...takpe, nanti kalau tak ada idea boleh masak sambal telur macam ni.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.