Gadgets

Siaran Lansung Live Streaming Kelantan vs Selangor Liga Super (LS21) 25 Ogos 2023

Aksi saingan Liga Super telah memasuki minggu kedua puluh satu (LS21). Hanya tinggal 5 perlawanan sahaja untuk menamatkan saingan Liga Super 2023. Perlawanan minggu ke-21 akan berlansung pada 25, 26 dan 27 Ogos 2023. Hari pertama akan melibatkan hanya satu perlawanan iaitu pertemuan antara pasukan Kelantan FC dengan Selangor FC.

KELANTAN vs SELANGOR

Perlawanan antara Kelantan FC dengan Selangor FC dijadualkan akan berlansung pada hari Jumaat, 25 Ogos 2023. Sepak mula pada jam 9:00 malam bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu Kelantan.

Pertemuan ini merupakan pertemuan kali kedua, kali pertama kedua-dua pasukan bertemu dalam saingan Liga Super 2023 minggu ke 8 (LS8) Selangor vs Kelantan, dimana Selangor menjadi pasukan tuan rumah. Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan Selangor berjaya mencetak 3 gol tanpa balasan.

Berdasarkan rekod terkini, pasukan Kelantan berada di tempat kedua terbawah dengan 8 mata. Manakala pasukan Selangor berada di kedudukan terbaik teratas, nombor dua di belakang pasukan Kelab bolasepak JDT, Juara bertahan liga.

Bermain di tempat halaman sendiri satu kelebihan buat pasukan tuan rumah, skuad The Red Warriors (TRW) untuk meraih 3 mata berharga. 

Baru-baru ini, Skuad Kijang Merah telah menerima empat pemain import baharu iaitu Aliakbar Ahmadi, Dennis Buschening, Alie Sesay dan Ahmed Magdy bagi membantu menguatkan lagi pasukan The Red Warriors (TRW) untuk bersaing dalam baki saingan liga pada musim ini.

Dengan kehadiran penjaga gol import baharu yang memiliki pengalaman yang agak luas di pentas bola sepak antarabangsa pastinya akan mengukuhkan lagi jentera pasukan Kelantan FC menentang pasukan Selangor FC. 

Pasukan pelawat, Skuad Gergasi Merah sudah pasti mahu meneruskan momentum kemenangan bagi menjaga kedudukan di tempat kedua yang hanya beza 3 mata dengan pasukan Kedah di tempat ketiga liga.

Kelantan vs Selangor (LS21)

Waktu siaran : Selasa, 22 Ogos 2023, jam 9:00 malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu
Siaran TV/ Platform penstriman : Astro Arena Bola (CH803), Astro GO dan Sooka

Siaran Lansung Live Streaming Kelantan vs Selangor Liga Super (LS21) 25 Ogos 2023

Info Tiket perlawanan Kelantan FC vs Selangor FC

Jualan tiket secara fizikal dan juga atas talian dibuka mulai 21 Ogos 2023 sehingga pada hari perlawanan 25 Ogos 2023. Tiket secara fizikal dan atas talian bermula jam 11:00 pagi sehingga 6:00 petang di Kaunter TRW Shop dan cawangan Hotel Zamburger yang beroperasi 24 jam atau boleh membuat pembelian secara atas talian menerusi tickethotline.com.my

Siaran Langsung dan Live Streaming Kelantan FC vs Selangor FC Liga Super 25 Ogos 2023 LS21

Penonton di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung antara Kelantan vs Selangor dari Stadium Sultan Muhammad Ke-IV menerusi saluran 803 Astro Arena Bola dan Astro GO.

Tonton secara online menerusi platform Sooka seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra rancangan dengan langganan pas perlawanan berharga RM7.90.

Keputusan masa penuh perlawanan Kelantan vs Selangor Liga Super 2023 (LS21)

Keputusan perlawanan antara Kelantan vs Selangor dalam saingan LS21 secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan

FT : KELANTAN FC/ KEL (2) - (11) SELANGOR/ SEL
Natanael Siringoringo (P) 5'
 Fazrul Amir 13'
 Yohandry Orozco 28'
 Sharul Nazeem 32'
 Ayron del velle 40' 44'62'88' 
 Boakye-Yiadom 48’ 78’ 86’
 Faisal halim 50' 53'

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.