Gadgets

Siaran Lansung Sabah vs KL City Live Streaming 13 Ogos 2023 LS20

Perlawanan antara Sabah FC vs Kuala Lumpur, KL City FC pembuka tirai saingan Liga Super 2023 minggu kedua puluh (LS20) bertempat di Stadium Likas pada 13 Ogos 2023, Ahad jam 7:30 malam.

Sabah vs KL City

Ini merupakan kali ketiga kedua-dua pasukan bertemu. Pada saingan Liga Super minggu ketujuh (LS7) KL City vs Sabah, KL City berjaya menumpaskan Sabah dengan meledak 2 gol ke gawang Sabah tanpa balasan gol.

Dalam saingan Suku Akhir Piala FA Sabah vs KL City, Sabah tewas buat kali kedua bertemu KL City dengan kemenangan tipis 2 gol berbalas 1.

Walaupun gagal pada dua perlawanan bertemu KL City, tidak mematahkan semangat pasukan Sabah FC yang kini semakin cemerlang dan semakin hampir berada di kelompok 3 teratas. Terkini, Sabah FC berada di tangga kelima carta Liga Super 2023.

Sabah FC, akan terus bangkit

Mengikut rekod terkini, pasukan Sabah merupakan pencabar liga berbanding pasukan KL City. Dalam saingan LS20 bermain di halaman sendiri memberi satu kelebihan buat pasukan tuan rumah Sabah. Sudah tentu Sabah akan bangkit menentang pasukan KL City. 

Kekalahan lalu akan menyuntik semangat anak buah kendalian jurulatih Ong Kim Swee untuk terus bangkit mencipta kemenangan di halaman sendiri di hadapan penyokong sendiri. Sudah pasti mereka tidak mahu gagal buat kali ketiga menentang KL City. 

Misi Sabah utnuk meraih 3 mata di tempat sendiri dan seterusnya berjaya melonjak satu anak tangga carta liga super.

KL City memburu kemenangan

Misi KL City terus memburu kemenangan selepas beberapa kali gagal dalam 5 perlawanan terakhir liga dan hanya sekali menang pada perlawanan LS11 KL City vs Kelantan United, pasukan tercorot liga. Selain itu, berakhir dengan seri dan tewas 2 kali. 

Sabah FC vs KL City (LS20)

Waktu siaran : Ahad, 13 Ogos 2023, jam 7:30 malam
Tempat : Stadium Likas
Siaran TV/ Live Strim : Arena Bola 2 (CH804), Astro GO dan Sooka

Siaran Lansung Sabah vs KL City Live Streaming 13 Ogos 2023 LS20

Siaran Langsung dan Live Streaming Sabah FC vs KL City 13 Ogos 2023

Penonton di rumah boleh menonton Siaran Lansung Liga Super 2023 Sabah FC vs KL City dari Stadium Likas secara lansung menerusi saluran 804 Arena Bola 2 dan Astro GO seawal jam 7:30 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan.

Penonton juga boleh menonton perlawanan ini di platform penstriman Sooka dengan melanggan pas 1 perlawanan berharga RM7.90.

Keputusan masa penuh perlawanan Sabah FC vs KL City LS20

Keputusan perlawanan antara Sabah FC vs Kuala Lumpur, KL City Liga Super 2023 dalam saingan LS20 secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT  : SABAH FC/SAB (3) - (2) KL City/ KLC
 Stuart Wilkin 52'
 Romel Morales 60'
 Haqimi Azim 71'
 Park Tae-Soo 79'
 Gabriel Peres  90'

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.