Roti Jala Pandan Dan Kaya Pandan

Roti jala pandan dengan kaya pandan ni, peniaga bagi percuma masa beli baby tauhu bergedil ayam dan kek coklat moist. Katanya owner dia sedekah kepada pembeli. Alhamdulillah, orang memberi kita merasa. 

Semoga orang yang bersedekah dilimpahi rezeki yang berpanjangan dengan segala keberkatan dan semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.
Aaminn...

Pertama kali juga rasa roti jala pandan dengan pencicahnya, kaya pandan ala sangkaya tu. Roti jalan pandan ni sangat menarik dan kemas betul jaring jalanya. Tekstur roti jala yang ringan dan halus. Makan satu memang tak cukup dan tak kenyang.

Versi roti jala pandan ni kiranya versi untuk budak-budaklah sebab cicah dengan kaya pandan kan. 

Roti Jala Pandan Dan Kaya Pandan

Dari pandangan atas, cantik betul warna kedua-duanya. Walaupun tak menyukai warna hijau, tapi warna makanan sebegini nampak menarik dan menyerlah.

Roti Jala Pandan Dan Kaya Pandan

Roti jalanya lembut dan kaya pandan dia tak cair dan tak pekat. Sedang elok macam tu. Rasanya pun tak manis sangat tapi macam kurang rasa sikit. 

Roti Jala Pandan Dan Kaya Pandan

Untuk pembelian dan tempahan, silalah hubungi roti jala Nuha.

Roti Jala Pandan Dan Kaya Pandan

14 comments:

  1. Sesekali makan roti jala manis best juga

    ReplyDelete
  2. Akak suka hijau ๐Ÿ’š
    Ok jugak kan, cicah kaya pandan. Belum try tapi rasanya boleh diterima di tekak akk ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, rasa dia memang boleh diterima tekak. Sedap juga.

      Delete
  3. sedapnya..tgk warna pun mengancam..:)

    ReplyDelete
  4. Selalu makan yang kuning dengan kari.
    Memang kemas jalanya dan warna memang menyerlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. Selalu yang biasa tu kan. Ini macam roti jala untuk pemanis mulut gitu. Warna menarik dan manis. Sesuai untuk kanak kanak makan.

      Delete
  5. Memang cantik warna hijau nih. Kalo bagi makanan, warna hijau jadi seolah membangkitkan selera. Tapi kalo untuk warna pakaian, saya tak suka ๐Ÿ˜.

    Udah kebayang rasanya kak. Tapi rasanya, saya prefer roti jala pakai kuah kari lagi. Mungkin Krn saya tak terlalu suka manis ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warna dia memang menawan. Eh, samalah kita. Saya pun tak suka pakaian warna hijau.

      Saya pun prefer roti jala kuah kari lagi. Lagi menepati selera orang dewasa gitu.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.