Responsive Ad Slot

Slider

Lirik Lagu Rumah - Dalia Farhana

Lirik lagu RUMAH Dalia Farhana single terbaru Dalia Farhana mirip lagu bertaut Nadin Amizah
Dalia Farhana yang popular dengan lagu langit yang sama kembali muncul dengan single terbaru bertajuk Rumah. 

Lagu Rumah, Dalia Farhana

Muzik video Rumah rasmi mula dilancarkan di platform YouTube Dalia Farhana pada hari Jumaat, 11 Ogos 2023, jam 9:00 malam. 

Bermula 10 August video lagu Rumah nyanyian Dalia Farhana ni telah disiarkan yang disediakan oleh YouTube by Universal Music Group. 

Di TikTok, ramai yang mengatakan Lagu Rumah mirip Lagu Bertaut nyanyian Nadin Amizah. Mungkin ada sikit lenggok iramanya. Kedua-dua lagu ni mempunyai keunikan sendiri dan yang pastinya ada kisah yang tersirat dalam liriknya.

Lagu rumah dan lagu langit yang sama adalah hasil karya Dalia Farhana yang merupakan luahan isi hatinya. Tapi kedua-duanya dikatakan tiada kaitan dengan kisah ceritanya yang terdahulu. 

Lirik Lagu Rumah Dalia Farhana
sumber : YouTube Dalia Farhana

Makna lagu Rumah, Dalia Farhana

Bagi Dalia, rumah itu bukan sekadar bangunan. Tapi boleh jadi juga seseorang tempat nyaman untuk kita pulang. Tapi kan...bila kita dah jumpa rumah kita, kita tak boleh terlalu selesa sebab mungkin kita anggap dia rumah, tapi dia anggap kita tempat persinggahan je. Dulu selesa dengan seseorang Dalia anggap dia rumah. Tapi in the end Dalia dapat tahu Dalia ni rumah singgah je. Jadi dengan lagu ini Dalia dah bersedia dah buka payung untuk beredar keluar daripada rumah yang pernah menjadi tempat nyaman Dalia. —Dalia

Tajuk lagu : Rumah
Penyanyi : Dalia Farhana
Lirik & Komposer : Dalia Farhana

Lirik Lagu Rumah Dalia Farhana

Lirik Lagu Rumah - Dalia Farhana

Tempat tenang sementaraku
Ribut dan hujan juga berlabuh
Dalam diriku
Ketika ada kamu

Tempat pulang sementaraku
Ku anggapmu rumah tuk tempat berlindung
Tetapi aku
Hanya tempat persinggahanmu

Lalu payung ku buka untuk beredar
Berbekalkan luka dan sabar

Rumahku kini sudah berpenghuni
Bukan diriku yang berteduh lagi
Kan ku jalani
Walau berat kaki tuk melangkah pergi

Sudah ku kemas segala memori
Ku simpan rapi hanya dalam hati
Tak ingin pergi
Tapi kau bukan rumahku lagi...

Tempat nyaman sementaraku
Jika hanyalah sementara
Ku tanya "mengapa?"
Kau menjanjikan selamanya
Lalu payung ku buka untuk beredar
Berbekalkan luka dan sabar

Rumahku kini sudah berpenghuni
Bukan diriku yang berteduh lagi
Kan ku jalani
Walau berat kaki tuk melangkah pergi

Sudah ku kemas segala memori
Ku simpan rapi hanya dalam hati
Tak ingin pergi
Tapi kau bukan rumahku lagi

Sudah ku kemas segala memori
Ku simpan rapi hanya dalam hati
Tak ingin pergi
Tapi kau bukan rumahku lagi...

Harus aku pergi
karna rumahku tiada lagi...

Muzik video rasmi Rumah-Dalia Farhana

2
( Hide )

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu