Gadgets

Siaran Lansung JDT vs Perak Live Streaming 13 Ogos 2023 LS20

Pertemuan antara pendahulu Liga Super 2023, pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan Perak FC merupakan perlawan tumpuan Liga Super 2023 minggu kedua puluh.

JDT vs Perak

Perlawanan antara JDT vs Perak pusingan kedua liga dijadualkan berlansung pada 13 Ogos 2023, hari Ahad jam 9:00 malam bertempat di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) Iskandar Puteri, Johor.

baca juga
siaran langsung Perak vs JDT separuh akhir pertama Piala Malaysia 2023

JDT mahu terus mencipta kemenangan

Misi JDT sudah tentulah mahu mempertahankan rekod kemenangan bermain di halaman sendiri. Selain itu, turut mahu mengekalkan rekod menang tanpa kalah sepanjang kempen liga super 2023. Setakat minggu kesembilan belas Liga Super (LS19), JDT belum pernah kalah dan gawang gol JDT hanya bolos 4 gol sahaja.

Terbaharu, Kelab bolasepak JDT telah menangani kontrak perpindahan kedua membawa Takahiro Kunimoto yang dikenali sebagai Kuni, seorang pemain bola dari Jepun yang bermain di bahagian pemain tengah menyerang (attacking midfielder) bagi memperkuatkan lagi jentera JDT.

Perak FC, mencuba sebaik mungkin

Cabaran berat buat pasukan Skuad Seladang menentang Skuad Harimau Selatan selaku pendahulu liga. Apatah lagi berkunjung di halaman pihak lawan. Walaubagaimana pun, dalam perlawanan 5 terakhir liga pasukan Perak berjaya memenangi 2 perlawanan.

Pasukan Perak FC kini berada di tangga kesebelas (11) dengan 16 mata dalam carta Liga Super 2023 setakat LS19. Pada perlawanan pertama LS7 Perak vs JDT berakhir dengan kemenangan besar buat JDT dengan meledak 5 gol tanpa balasan dari pasukan Perak FC.

Saksikan perlawanan antara Skuad Harimau Selatan menentang Skuad Seladang di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada malam ini, Ahad 13 Ogos 2023 samada di stadium ataupun menonton siaran lansung di Astro Arena Bola, Astro Go dan Sooka.


JDT vs Perak FC (LS20)

Waktu siaran :Ahad, 13 Ogos 2023, jam 9:00 malam
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor
Siaran TV/ Platform penstriman : Astro Arena Bola (CH803), Astro GO dan Sooka

Siaran Lansung JDT vs Perak Live Streaming 13 Ogos 2023 LS20

Info Tiket perlawanan JDT vs Perak FC

Tiket untuk perlawanan Liga Super antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Perak FC pada 13 Ogos 2023 yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim akan mula dijual menerusi tickethotline.com.my pada 10 Ogos bermula jam 4 petang.

Setiap penyokong hanya boleh membeli empat tiket (4) sahaja manakala para pemegang pas bermusim hanya perlu menunjukkan pas di pintu-pintu masuk untuk kemasukan ke stadium.
 
Tiket diperlukan untuk penyokong yang berusia 3 tahun ke atas, namun kanak-kanak dibawah usia 3 tahun yang menggunakan tempat duduk sendiri perlu memiliki tiket untuk tempat duduk tersebut. 

Siaran Langsung dan Live Streaming JDT vs Perak FC Liga Super 13 Ogos 2023 LS20

Penonton di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung Liga Super 2023 JDT vs Perak FC dari Stadium Sultan Ibrahim menerusi saluran 803 Astro Arena Bola dan Astro GO.

Tonton secara online menerusi platform Sooka seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra rancangan dengan langganan pas perlawanan berharga RM7.90.

Keputusan masa penuh perlawanan JDT vs PERAK FC Liga Super 2023 (LS20)

FT : JOHOR DARUL TA'ZIM/ JDT (5) - (0) PERAK FC/ PRK
 Heberty Fernandes 21'
 Matthew Davies 27'
 Bergson da Silva 35'
 Oscar Arribas 55'
 Juan Muniz 66'


2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.