Gadgets

Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail 23 Ogos 2023 bersamaan 6 Safar 1445H

6 Safar 1444 Hijrah bersamaan 23 Ogos 2023 hari Rabu adalah hari peristiwa memperingati Hari Hol Johor, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail bagi seluruh rakyat negeri Johor Darul Ta’zim.

Hari Hol merupakan Hari Kelepasan Am Negeri Johor (cuti umum) bagi seluruh rakyat Johor.

Hari HOL JOHOR 2023
sumber : Facebook page Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Mari sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail bagi memperingati kemangkatan baginda pada 6 Safar 1431H.


بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Apakah Hari Hol Johor

"Hol" menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu membawa maksud kenduri arwah yang diadakan setahun sekali.

Hari Hol disambut berbeza-beza tarikh setiap tahun jika mengikut kalendar Masihi kerana menggunakan kalendar Islam (Hijriah) sebagai penentuan tarikh.

Fakta - Hari Hol adalah acara keagamaan sempena memperingati kemangkatan Almarhum Sultan-Sultan Johor. Acara ini diamalkan sejak tahun 1896, iaitu setahun selepas kemangkatan Almarhum Sultan Abu Bakar. Pada hari tersebut, doa dan tahlil diadakan bagi memohon keberkatan daripada Allah S.W.T.

Lazimnya, majlis tersebut diadakan di Makam DiRaja yang terletak di Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru.

Sultan Johor akan mengetuai kerabat lelaki Baginda yang terdekat untuk menabur bunga dan menyiram air wangian bunga ke atas makam selepas bacaan doa oleh Dato’ Mufti.

Pada kebiasaanya, Majlis Tahlil diadakan selepas menziarahi makam. Namun, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, telah menitahkan bahawa majlis ini diadakan di Masjid Pasir Pelangi (sementara Masjid Sultan Abu Bakar sedang diubahsuai) pada waktu petang sehari sebelum Majlis Istiadat Ziarah Makam DiRaja.

Semua pentadbir negeri Johor berbangsa Melayu yang bergelar Dato’, Pegawai Daerah, penjawat awam negeri Johor, Penghulu, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor, Ahli Parlimen dan Ketua - Ketua Jabatan yang beragama Islam wajib untuk menghadiri kedua-dua upacara tersebut.

Hari Hol Johor 2023

Pada hari Selasa, 22 Ogos 2023, Satu Majlis Bacaan Yasin sempena Istiadat Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar diadakan di Masjid Sultan Abu Bakar.

Pada hari Rabu, 23 Ogos akan disusuli dengan Istiadat Ziarah Makam Diraja di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah.

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil pada pukul 5.30 petang, lelaki berpakaian baju Melayu teluk belanga putih, sampin kain hitam bukan songket berdagang luar, songkok, stokin dan sepatu hitam. Bagi wanita pula baju kurung teluk belanga putih berkain sarung batik berjahit dan bertudung putih.

Pakaian bagi istiadat ziarah makam pula baju Melayu teluk belanga dengan sampin kain bukan songket berdagang luar selain songkok, stokin dan sepatu yang semuanya berwarna hitam.

Jemputan dari istana adalah titah Raja dan perlu dijunjung. Tuanku akan menarik balik dan membatalkan kurniaan darjah kebesaran kepada Dato’ Johor yang tidak hadir ke kedua-dua istiadat itu. Kehadiran akan dicatit dan tindakan susulan akan diambil terhadap mereka yang tidak hadir tanpa sebab yang munasabah

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.