Header Ads

Cara Masak Mi Maggi Cepat Dimasak, Sedap Dimakan!


"Mi maggi cepat dimasak, sedap dimakan". Tagline mi segera yang tak boleh disangkal lagi kesedapannya. Tiba-tiba tengah malam rasa teringin nak makan mi maggi kari. Nasib baiklah ada stok dalam kabinet. Kalau tidak kempunan!

Pernah sekali tu teringin nak makan tapi stok nan hado. Rasa macam ada tapi tak ada. Tengah lapar pula masa tu. Aduhaiii...Sabar je lah. Mujur tak ada adegan bercucuran air mata. 

Maggi ni kan selalu datang masa tengah malam-malam. Masa orang nak tidur masa tu lah dia nak muncul. Selagi tak tutup mata, dia macam memanggil-manggil je. Kann...

Pernah tak jadi macam tu? Mestilah pernah. Berhantu mi maggi ni!

Kalau dah teringin tu, tak tunggu lagi. Terus masuk dapur lah kita.

Cara Masak Mi maggi Cepat Dimasak, Sedap Dimakan!

Tumis bawang putih dan cili api. Biar naik bau dan garing sikit. Campak udang 3 ekor. Lepas tu masukkan air tunggu sampai mendidih, masukkan perencah, kacau-kacau. Masukkan mi maggi, pecahkan telur. Akhir sekali baru masukkan sayur. Dah siap!

Yang ada sayur kubis je. Jadilah kan daripada tak ada sayur lansung. Saya suka makan mi maggi yang tak kembang sangat. Baru best!

Mi maggie Cepat Dimasak Sedap Dimakan

Nikmat betul makan mi maggi di kala tengah teringin makan. Sedap! Tapi tak bolehlah makan selalu mi segera ni. Tak bagus untuk kesihatan. 

Ingat lagi, dulu masa zaman sekolah bila nak masak mi maggi kena sorok-sorok dan senyap-senyap. Kalau mak tahu, confirm kena marah. Mak kata bukan elok makan maggi. Tapi kita degil, bedal je lah. Budak lagi kan masa tu. Bila dah dewasa barulah bebas makan maggi bila-bila masa teringin. 

Perasan tak mi maggi sekarang macam kurang kick rasa kari dia. Tak macam dulu. Letak air sikit pun tak pekat sangat rasa kari dia.

Aneka masakan mi maggi kari

Dalam banyak-banyak maggi, maggi kari lah kegemaran ramai. Boleh dipelbagaikan mengikut selera.

Mi maggi rendam dalam air panas

Zaman duduk asrama makan mi maggi rendam air panas pun dah sedap dah. Kalau kat rumah rasa teringin makan mi maggi rendam air panas wajib letak cili api dan picit. Fuhh..berapi mulut dek kepedasan cili api!

Kalau rajin sikit, didihkan air panas dan masukkan terus perencah, mi dan pecahkan telur. Pun sedap juga cara macam tu.

Mi maggi tumis

Masak maggi dengan cara menumis bahan-bahan dulu lagilah sedap. Biasanya tumis bawang putih dan cili api je. Ini cara yang biasa saya buat. 

Mi maggi goreng

Tak nak maggi berkuah, boleh buat maggi goreng. Buat style maggi goreng mamak pun sedap. Tapi masak maggi goreng ni renyah sikitlah nak kena rendam mi terlebih dulu dan kemudian menumis.

Walau macamana pun cara masakan maggi kari ni, semua pun sedap!

Masalahnya sekarang ni tengah menaip pun rasa macam nak makan maggi kari berkuah tambah kimchi. Kena cari stok kimchi lah pula. Cakap pasal kimchi, macam teringin pula kimchi Jjigae dan nasi goreng kimchi. Kena repeat makan kat dookki lah macam tu.

18 comments:

  1. Cuya suka maggi kahwin..akk pernah try?
    Kahwinkan tomyam dengan laksa...perghh terangkat! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini first time dengar maggi kahwin. Macam menarik jugak tu bila rasa tomyam digabung laksa. Haa memang tak pernah try lah cuya.

      Delete
    2. Hah, nanti try tau....sedappp
      Mana tahu kena dengan tekak akk

      Delete
    3. Hihi..kalau ada stok boleh lah mencuba. Terima kasih Cuya.

      Delete
  2. Dulu suka makan Maggi yang dimasak oleh arwah abah. Sedap. Kini anak-anak saya suka Maggi yang dimasak saya. ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak pula mewarisi kegemaran masakan maggi ayah mereka.

      Delete
  3. Nice... Zaman student saya banyak try mcm mcm Maggi..Sekarang dah kurang...tapi makan lagi ler..Memang x pernah bosan ๐Ÿ˜ƒ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu macam tu juga selalu try macam-macam maggi. Maggi kari jugalah yang terpaling sedap kan.

      Delete
  4. Wah! Maggi tengah malam ye Fiza.
    Nampak menggoda sangat tu siap ada udang dan sayuran.
    Kimchi memang sedap bagi yang menggemarinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah, teringin tiba-tiba. hihi...
      Maggi lagi sedap ada rencahnya kan kak Amie.
      Betul, siapa suka kimchi memang akan cakap sedap.

      Delete
  5. Suka letak sayur.
    Betul jangan letak air banyak-banyak nanti kurang rasa karinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letak sayur tu satu kemestiaan. Baru sedap makan.
      Kalau letak air banyak hilang kesedapan rasa kari.

      Delete
  6. Kak fizah niiih, bikin saya rindu Maggi laaah ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ. Susah cari Kat sini. Hanya ada online dan harganya mahaaaal sangat ๐Ÿ˜‚

    Tapi kemarin Juli awal saya baru balik dari Penang, dan sengaja beli Maggi kari dan Maggi Tomyam. Favorit saya sabgaaaat. Dulupun zaman kuliah sesekali saya makan juga Maggi nih ๐Ÿ˜„. Memang enak kalo cilli dan garlic nya di tumis dahulu, baru campur air ๐Ÿ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh Fanny pun penggemar maggi kari ye. Maggi ni memang jadi idaman ramai. Kalau orang Malaysia ke luar negara pun pasti akan merindu maggi kari ni. Mesti banyak fanny borong maggi kan. Maggi Tomyam pun sedap. ye, lebih enak ditumis dulu.

      Delete
  7. saya dah lama tak makan maggi. last mkn ms demam dulu. tak igt rs nya 8-7 thn lps kot. kalau timbul keinginan nak mkn tu, sy try cari yg lain... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama betul tu. Baguslah macam tu Anies tak rasa nak makan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.