Mei 2026 | Dari Double Tree Damai Laut, kami terus menuju ke Teluk Batik. Satu lagi Pantai menarik di Lumut ni. Mula haritu kami ke Teluk Senangin. Dari atas turun ke bawah. Pandai-pandai plan dari satu tempat ke satu tempat yang lain supaya tak buang masa nak ke sana ke sini.

Singgah Sebentar di Teluk Batik

Di papan Teluk Batik bertemakan motif batik. Untuk masuk ke sini percuma tapi dikenakan caj parkir iaitu RM2 ke RM3 macam tu. Masa kami sampai pukul 1.30 petang. Masih ada lagi parkir kosong.

Kami terus menuju ke pantai. Nak tengok apa yang menarik disini. Panas terik sungguh lah hari tu. Sediakan topi atau payung.

Singgah Sebentar di Teluk Batik

Langkah terhenti seketika tengok orang naik banana boat. Sambil tu tengok-tengok kot ada port lepak kosong di situ.

Ada disediakan tapak untuk berkhelah. Boleh juga sewa kerusi di sini. Mungkin scan guna QR kot. Saya pun tak pasti.

Singgah Sebentar di Teluk Batik

Niat di hati nak jalan sampai hujung tu, Sea Healing Teluk Batik. Tapi sampai pertengahan jalan rasa tak sanggup dah. Panas. Kulit pun dah rasa terbakar. Confirm sunburn lah ni. Tapi ramai juga yang mandi manda kat sini. Syoklah berendam cuaca tengah panas ni. Tapi bersedialah kulit gelap lepas ni.

Singgah Sebentar di Teluk Batik

Singgah dibuaian ni nak ambil gambar. Tapi tak boleh pula nak duduk sini sebab tempat duduk tu kotor. Tak pastilah kotoran apa. Baru je nak ambil gambar acah-acah healing di sini. Buaian ni kalau depan lagi dekat pantai, lagi easthetic ambil gambar. Kannn!

Singgah Sebentar di Teluk Batik

Rupanya disini pun ada campsite. Macam best je camping tepi pantai. Of courselah kena bayar tapaknya kan.

Singgah Sebentar di Teluk Batik

Rasanya dah cukup terbakar dah kulit ni. Berpeluh pun ye. Jomlah kita balik. Ambil gambar sekeping dua tengah panas. Air laut cantik hijau biru. Pantai yang cantik untuk berkelah, beriadah dan mandi manda. Bersih jugalah air lautnya.

Singgah Sebentar di Teluk Batik

Tiba-tiba ada batang pokok pula tepi pantai ni ye. Mana datang entah. Sebelah sana tu ramai betul orang mandi manda. Kita seram tengok air laut ni, nampak macam landai tapi macam dalam sikit tepi tu. 

Singgah Sebentar di Teluk Batik

Tak lama lepas tu kami pun beredarlah dari situ. Sini pun ada kemudahan lain, ada tandas awam. Banyak kemudahan lah di sini. Kedai-kedai pun banyak. Tempat pun banyak pokok untuk berteduh dan camping.

Singgah Sebentar di Teluk Batik

Sampai juga akhirnya saya di Teluk Batik, Lumut, Perak. Kita teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Jalan-jalan cari makan pula. 

Bersambung...