Gadgets

Siaran Lansung Live Selangor vs PDRM Piala Malaysia 2023 (R16-2)

Hari kedua perlawanan kedua pusingan 16 Piala Malaysia 2023 membabitkan pasukan Selangor FC bertemu dengan pasukan PDRM. Pertemuan tumpuan penyokong skuad gergasi merah menentang skuad sang saka biru.

Selangor vs PDRM

Perlawanan antara pasukan Selangor vs PDRM dijadualkan berlansung pada hari Sabtu, 19 Ogos 2023 sepak mula pada jam 5:30 petang bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Kelebihan buat kedua-dua pasukan bermain di tempat yang sama samada perlawanan ditempat sendiri mahupun bermain di tempat lawan.

Pada aksi pertama pusingan 16 yang lalu, PDRM vs Selangor mencatatkan rekod kemenangan berpihak kepada pasukan Selangor dengan 4 gol berbalas 1 (agregat 4-1). Bekalan selesa buat pasukan Selangor untuk mara dengan hanya mempertahankan kedudukan itu.

Cabaran buat pasukan PDRM bagi memperoleh gol yang lebih banyak bagi mengatasi keputusan agregrat tersebut.

Siaran Lansung Live Selangor vs PDRM Piala Malaysia 2023 (R16-2)

Penonton di rumah boleh menyaksikan perlawanan antara pasukan Selangor dan PDRM secara lansung secara menerusi saluran 801 Astro Arena 2, saluran 807 Astro Arena Bola 3, TV Okey, Sukan RTM dan live streaming online di internet menerusi Astro GO, RTMKlik dan Sooka.

Tonton secara online menerusi platform Sooka seawal jam 5:00 petang bermula dengan siaran pra rancangan secara PERCUMA.

SELANGOR FC vs PDRM FC

Tempat : Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
Waktu siaran : Sabtu, 19 Ogos 2023, jam 5:30 petang
Siaran lansung :  Astro Arena (CH801), Astro Arena Bola 3 (CH807), TV Okey, Sukan RTM
Live streaming : Astro Go, RTMKlik, Sooka

Siaran Lansung Live Selangor vs PDRM Piala Malaysia 2023 R16-2

Info Tiket Perlawanan Selangor FC vs PDRM FC R16-2 Piala Malaysia 19 hb Ogos 2023

Tiket perlawanan Selangor vs PDRM yang berlansung pada hari Sabtu, 19 Ogos 2023, jam 5:30 petang di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) boleh dapatkan di tickethotline.com.my.

Keputusan masa penuh Selangor FC vs PDRM FC (R16-2)

Keputusan perlawanan antara Selangor vs PDRM Piala Malaysia 2023 dalam saingan (R16-2) secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : SELANGOR FC/ SEL (1) - (2) PDRM FC/ PDRM
Yohandry Orozco 25'
 Nabil Lapti 32'
 Harith Haiqal (OG) 90+3'

Tahniah pasukan Selangor FC berjaya mara ke suku akhir  Piala Malaysia 2023 dengan agregat Selangor 5 : 3 PDRM FC.

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.