Gadgets

Sambut Ulangtahun Perkahwinan Di CBTL

Ulang tahun sedekad bersama tahun ni tak dapat nak merancang cuti-cuti Malaysia. Kita sambut dengan makan-makan je lah dulu. Kononnya nak makan-makan di Richiamo Coffee tapi berakhir dengan kekecewaan sebab semua cawangan yang saya pergi, tutup!

Mula tu konon nak makan di Richiamo Coffee Pajam sebab alang-alang nak ke AEON Nilai. Balik dari Nilai nak singgah situ lah kiranya. Sekali masa lalu on the way nak ke AEON, tengok gelap gelita je. Tutup ke?

Lepas membeli belah, sajalah cuba ke Richiamo Coffee Unicity Mall Seremban 3 pula. Punyalah teringin nak makan di Richiamo Coffee. Sampai-sampai je, lahhh tutup! Kecewa buat kali kedua. Kemudian terus menuju ke Richiamo Coffee Senawang D'Cattleya pula dengan harapan kedai buka lah.

Sekali tutup daaa...Dah kenapa? Hari Rabu hari penutupan Richiamo Coffee ke macamana? Tak ada rezeki lah nampaknya nak mengopi dan menjamu selera di Richiamo Coffee. Padahal sebelum tu saya check di media sosial, buka je semuanya. Misteri sungguh la!

Dahlah masa tu lewat sudah, pukul 10:00 tak makan apa lagi. Sudahnya saya cakap kat encik suami, kita makan di CBTL je lah, The Coffee Bean & Tea Leaf di Rasah Prima. 

Saya pesan caramel macchiato panas dan encik suami pesan matcha ice blended dengan whipped cream.

Sedap betul dapat menghirup kopi panas-panas dengan foam sebegitu. Tapi sepatutnya kena makan dulu sebab perut kosong. Mujurlah perut tak meragam tapi meragam ke arah lain bila sampai rumah, period pain!

Sambut Ulangtahun Perkahwinan Di CBTL

Matcha ice blended CBTL sedap juga lah. Sebelum ni asyik order iced caramel macchiato je. Lupa pula nak order affogato coffee panas. Mesti lagi sedap kot kan. Tak pernah cuba lagi.

Kalau makan-makan di CBTL ni dah tak tahu nak pesan apa. Jadi kita pesan benda yang sama selalu pesan. Saya pilih chicken & mushroom spaghetti.

Sambut Ulangtahun Perkahwinan Di CBTL

Dan encik suami pilih Pizza margherita, add on chicken slice. Menu ni pun selalu order juga. Sedap macam biasa. Kesedapan menu CBTL tak dapat disangkal lagi. Mostly semuanya sedap-sedap. Porsi, harga dan kesedapan seiring. 

Sambut Ulangtahun Perkahwinan Di CBTL

Porsi dia besar, kami makan separuh separuh. Jadi dapat merasa dua-dua menu. Gambar dah tak easthetic dah lah. Ambil gambar asal boleh je sudah. Hilang mood sebab dah lewat waktu makan malam. Tapi kami enjoy dapat spend masa bersama makan-makan sempena hari istimewa. Alhamdulillah...

8 comments:

  1. lama tk mkn menu fav pasta tu di coffee bean...sedapnya...anyway happy anniversary...smoga bahagia till jannah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul! Antara menu pasta yang sedap.
      Aamiin...Terima kasih.

      Delete
  2. Happy Anniversary buat Fiza & suami 💐
    Alhamdulillah dan Tahniah ya! Moga kekal berkasih sayang ❤️

    Awal September depan ni anniversary kami, pun tak dapat nak rancang apa-apa sebab nampaknya suami tengah sibuk dengan kerja.

    Richiamo Pajam tu dekat dengan rumah NS akak, memang selalu makan situ kalau balik rumah sana. Kalau dah sana sini tutup, memang pelik jugak. Harapnya tutup kejap jelah, tempat cantik dan ada menu yang kena selera akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...Terima kasih kak. Alhamdulillah..Begitu juga dengan akak.

      Tulah, encik suami tengah sibuk. Ada masa cuti tak lama on weekend untuk rehat santai buang penat lelah. Makan-makan pun okay juga.

      Oh ye ke? Itulah tu, kita baru nak mencuba tutup pulak dia. Bukan satu tempat, merata pegi tutup pulak dia. Tersangatlah peliknya. Harap nanti ada rezeki mencuba. Menu apa yang sedap tu kak? Nanti boleh cuba.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.