Responsive Ad Slot

Jangan letak link warna biru

Ada di kalangan blogger suka letak link mereka di dalam komen box ketika komen. Apa tujuannya? Tujuannya adalah memudahkan untuk menjejak balik atau mempromote entry mereka. Memanglah bagus untuk mempromosikan dengan cara meninggalkan link.

Tapi tak bagus untuk tuan punya blog. Sebab apa? Baca di bawah.

Jangan letak link warna biru-hyperlink html

LINK WARNA BIRU?

Link biru tu maksudnya SPAM LINK. SPAM LINK mengandungi http:// atau www yang dikenali dengan hyperlink html. Hypelink html mengandungi <a href="url"> link text </a>. 

Ye, faham itu cara membuat backlink untuk blog awak tapi tak bagus untuk tuan blog yang dapat komen macam tu.


Kenapa dengan SPAM LINK atau LINK WARNA BIRU ni? Untuk pengetahuan semua, google akan delete blog yang mengandungi SPAM LINK ni . Google akan detect melalui SPAM LINK yang ditinggalkan.

Selain itu, jika komen yang ditinggalkan dengan LINK WARNA BIRU. Kemudian link tu telah didelete, ia akan menjadi broken link dalam blog seseorang itu.  Bila broken link terjadi, ia akan mengganggu pretasi SEO sesebuah blog. 

Untuk kebaikan bersama, tukang komen dan pemilik blog. Adalah lebih baik kalau korang nak tinggalkan link korang JANGAN LETAK hyperlink html. Letakkan saja macam ni azhafizah.com tanpa <a href="https://www.azhafizah.com/">azhafizah</a>.

Kalau buat hyperlink dia akan automatik jadi LINK WARNA BIRU. Ada faham? Saya sebenarnya tak suka juga ada komen dengan url ni. Ada yang saya publish dan ada yang delete terus. Harap faham lah kenapa komen awak tak muncul.



Vector #6:Teka WW blog Azhafizah

Ini vector minggu lepas WW#29. Jawapan nya adalah Lisa Surihani! Yeay! Ramai yang teka betul dan ada juga kata Fasha Sandha. ada rupa Fasha Sandha ye? Ampun...

Sebenarnya dah berapa kali saya try buat vector Lisa surihani ni. Tapi banyak kali fail jugak. Sebab dah give up, saya post je yang ni. Tapi ada jugak teka betul, kira iras-iras Lisa Surihani tu ada lah kan.

vector self portrait-Lisa Surihani


Disebabkan 2 orang blogger terpantas teka betul dah dapat vector. So, saya bagi peluang kepada blogger yang berikut terpantas. Blogger yang bertuah adalah Eza boom boom yang teka betul. Dan inilah vector untuk Eza.

vector self portrait-Eza Boom Boom

Vector Eza ni saya tak dapat siapkan awal masa saya offline hari tu dan agak sibuk. So, sekarang ada masa untuk siapkan kerja yang tertangguh. Alhamdulillah, akhirnya siap jugak! 

Hopefully Eza sudi terima  vector sari saya ni. Maaf juga kalau ada kekurangan. Jom ke blog Eza boom boom buat lawatan : www.ezaboomboom.com

Word Verification perlu ke? | Tutorial hapuskan word verification untuk komen

Semua blogger sedia maklum dengan word verification ni kan. Ada yang memilih untuk letak dan ada yang tidak. Atau ada yang tak tahu macamana nak tukar setting word verification ni. 

Mostly para blogger tak suka dengan dengan word verication ni. Sebabnya sangat melecehkan untuk meninggalkan komen.

Kalau mahu memudahkan orang lain komen di blog kita, lebih baik hapuskan word verification tu je. Tak perlu lah pengkomen nak taip word lagi.

Tambah lagi kalau internet slow, dah jadi satu masalah pula nak tunggu word verification muncul. Sudahnya tak ada satu pun komen lekat kat blog. Rugi dah kat situ, kan?

Tutorial hapuskan word verification untuk komen


So, saya cadangkan buang je word verification tu. Kalau tak pasti dah setting ke belum. Jom try check tutorial ni.

1.Log in blogger>>dashboard>>settings>>comments
2.cari ini
3.Tick pada 'No'
4.Save

Mudahkan! So, kepada newbie atau blogger yang buat word verification ni, silalah bertukar sekarang. Blog akan jadi friendly user. Mesra alam dan blogger lain pun rasa seronok nak tinggalkan komen!

Review The Twilight Saga: Breaking dawn Part I

Ramai blogger buat review movie The Twilight Saga: Breaking dawn Part I. Tiba giliran saya review dari pandangan saya pula. Lain orang lain komennya kan.

Lepas pergi kenduri semalam terus gerak pergi The Curve. Macam biasalah tengok kat cineleisure/cineplexes cinema dekat area the curve tu. Dah alang-alang kenduri pun berdekatan kat area The Curve on the way balik rumah.

Review  The Twilight Saga: Breaking dawn Part I

Sebelum tu, beli tiket Twilight Saga: Breaking dawn Part I dulu. Harga tiket RM13.00 on weekend. Mahal sikit lah, kan?


Breaking Dawn – part 1 cast

Kristen Stewart
Robert Pattinson
Taylor Lautner
Billy Burke
Peter Facinelli
Elizabeth Reaser
Kellan Lutz
Nikki Reed
Jackson Rathbone
Ashley Greene

Plot

Quileutes mengejar pasangan Edward dan Bella, yang anak mereka belum lahir lagi dapat dilihat sebagai ancaman pada kumpulan Serigala dan penduduk bandar Forks.

Review dari saya :

  1. Awalan cerita dah keluar aksi Jacob yang tengah HOT selepas menerima kad jemputan kawin 'Isabella Marie Swan dan Edward Athnony Massen Cullen'.
  2. Permulaan yang sweet dan romantik dengan perkahwinan Bella dan edward bertemakan garden dengan gaun putih yang cantik. Ringkas dan berseri seri.
  3. Honeymoon Bella dan Edward di pulau Esme, Portugis yang agak terpencil. View yang sangat awesome dan sweet sangat yang dihadiahkan oleh carlisle, ayah Edward.
  4. Tapi...honeymoon mereka bertukar menjadi mimpi ngeri untuk Edward sebab Bella disahkan mengandung yang bukan normal dan disuruh balik oleh ayah Edward.
  5. Kandungan Bella mula menendang-nendang dan pertumbuhan kandungan Bella sangat cepat.
  6. Sedang Bella sarat mengandung, kandungan tersebut makin menyeksakan Bella tapi Bella mampu bertahan. Ini membuatkan Edward dan family tidak ketinggalkan jugak Jacob yang turut risau tentang Bella yang enggan membuang kandungannya itu.
  7. Pergaduhan antara Jacob dan puak-puaknye tercetus disebabkan Jacob mempertahankan keluarga Edward cullen yang merupakan musuh puak.
  8. Idea Jacob memberi Bella minum darah menjadi setelah respons positif pada kandungan Bella. Dan sejak itu Bella diberi minum darah.
  9. Ketika Bella jatuh untuk mengambil air minuman darah tu, Edward sempat menyambut kepala Bella dari jatuh ke lantai. Bella melahirkan bayi ajaib yang dikandungnya itu tetapi Bella mati disebabkan pertumpahan darah yang banyak. Sebaran racun vampire Edward dalam badan Bella tak mampu menyelamatkan Bella.
  10. Ini membuatkan Jacob sedih dan ingin membunuh bayi tersebut kerana menyebabkan kematian Bella. Tetapi setelah melihat mata bayi tersebut ada perhubungan antara dia dan bayi tersebut. Jacob dipertanggungjawab untuk menjaga keselamatan bayi tersebut.
  11. Pengakhiran cerita dengan Bella membuka mata yang telah bertukar menjadi merah. Maksudnya apa? Kenalah saksikan sendiri. 
The Twilight Saga: Breaking dawn Part I banyak berkisarkan tentang hidup Bella, Edward dan Jacob. Kehidupan baru Bella dan Edward yang sangat best. Tak sabar nak tunggu The Twilight Saga: Breaking dawn Part II pulak.

Untuk The Twilight Saga: Breaking dawn Part I, saya bagi 4.5/5 bintang.

Confessions of a shopaholic by Sophie Kinsella

Novel Diary of a Wimpy Kid the last straw baru je habis dibaca. Novel yang dah lama beli tapi baru  habis baca. Bila sibuk memang tak ada mas nak membaca. Sesekali kita ambil masa sekejap membaca novel. 

Diary of Wimpy Kid

Novel yang santai tentang kehidupan Greg Heffley, seorang budak yang selalu kene buli dengan abang nye Rodrick. Manny, adik Greg yang selalu menjengkelkan Grey dengan sikap manja tu. Dulu masa grey masih kecil, semua tak boleh. Tapi manny semua pun boleh. 

Hidup dengan keluarga yang penuh dengan undang-undang membuatkan Grey sentiasa mencari idea untuk buat sesuatu yang lebih baik untuk kebaikan dirinya tapi selalunya memakan diri sendiri.

Di sekolah dia bersahabat baik dengan Rowley yang agak childish dan dia selalu mempergunakan Rowley untuk kepentingan diri sendiri. Greg jugak meminati seorang gadis bernama Holly tapi sampai ke sudah berbagai plan di buat untuk dapatkan Holly masih tak berjaya. Sampailah ada seorang gadis bernama Trista berpindah ke perumahan Greg. 

Ape yang terjadi lepas tu? Haruslah membeli ye. I loves the last paragraph
"And I know it's really corny to finish with a happy ending, but it looks like I'm out of paper anyway, so I guess this THE END"
Sekarang masa untuk 'Confession o a shopaholic' pulak.

Confessions of a shopaholic by Sophie Kinsella

Sesuai lah untuk mereka yang shopaholic dalam menguruskan kewangan. Masa untuk topup otak dengan bahan bacaan pulak. Akhirnya dapat jugak novel Sophie Kinsella ni. Hari tu mase pegi Big Bad Wolf (BBW) ada ternampak. 

Tapi tak beli sebab rasa macam tak best je. Then ada pulak cakap Novel dari Sophie Kinsella ni best.

So, ade lanjutan BBW kat South City Plaza until 28Nov rasanya. Mr A dapat belikan saya Novel Sophie ni. Thanks Mr A! Next time buy me more ok ! Mr A dah mula buat mini library kat rumah dia. 

Mr. A dah habis bace novel twilight tu. Lepasni giliran saya pulak ye! Excited tengok twilight breaking dawn malam semalam. Tunggu saya review nanti okay.
notapink : masih lagi keletihan pergi kenduri semalam tak sempat berblogwaking. Mengantok lain macam! Penat berjalan agaknya.

Salam Maal Hijrah 1433H

Salam Maal Hijrah untuk semua umat Islam. Tanamkan azam baru di tahun yang baru dengan penambahan setahun lagi usia. Semoga azam tahun ni lebih baik dan tercapai hendaknya. Selamat menyambut 1 Muharram 1433H.

Sama-samalah kite membaca doa  untuk akhir tahun 1432H dan awal tahun 1433H

Doa akhir tahun dibaca pada akhir waktu asar tanggal 29 atau 30 Zulhijjah sebanyak 3 kali. Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun kebelakang. Berikut adalah doanya:

Doa Akhir Tahun 1432H
Doa Akhir Tahun 1432H
Bismillaahirrahmaanirraahiim, wa shollalloohu'alaa sayyididinaa muhammaadin wa'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama, Alloohumma maa'amiltu fii hadzihis sanati mimmaa nahaitanii'anhu falam atub minhu wa lam tardhohu wa lam tansahu wa hamiltu 'alayya ba'da qudrotika 'uquubati wa da'autanii ilattaubati minhu ba'da jiroo-atii 'alaa ma'shiyatika fa-innii astaghfiruka faghfirlii bifadhlika wa maa'amiltuhu fiiha mimma tardhoohu wa wa'adtanii 'alaihits tsawaba wa as-aluka. Alloohumma yaa kariimu yaadzal jalaali wal ikroomi antaqobbalahu minnii walaa taqtho' rojaa-i minka yaa kiriimu wa shollalloohu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa 'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama.
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau. Wahai Tuhanku, apa yang hamba perbuat sepanjang tahun ini berupa perbuatan perbuatan yang Paduka larang hamba melakukannya, sedangka hamba belum bertaubat dari padanya dan Paduka tidak meridhainya dan tidak melupakannya, dan Padukapun telah menyayangi hamba setelah Padukapun kuasa untuk menyiksa hamba, kemudian Paduka menyeru hamba untuk bertaubat setelah hamba bermaksiat kepada Paduka. Karena itu, hamba mohon ampunan dari Paduka, maka ampunilah hamba dengan Anugerah-Mu.
Dan apa yang telah hamba kerjakan ditahun ini adalah berupa perbuatan yang Paduka ridhai dan Paduka janjikan pahala atasnya, Hamba mohon pada-Mu wahai Tuhanku, Dzat Yang Maha Mulia, yang memiliki Kebesaran dan Kemuliaan, agar Paduka terima amalan hamba dan jangan hendaknya Paduka putuskan harapan hamba dari-Mu, wahai Dzat Yang Maha Mulia. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau."
Fadilat doa Awal Tahun adalah membenteng diri dari gangguan syaitan. Barang siapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba'diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun. Berikut adalah doa awal tahun.

Doa Awal tahun 1433H 
Doa Awal tahun 1433H
Bismillaahirohmaanirrohiim. wa shollalloohu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa 'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama. Allohumma antal abadiyyul qodiimul awwalu wa 'alaa fadhlikal 'adliimi wujuudikal mu'awwali wahaadza'aamunjadiidun qod aqbala nas-alukal 'ishmata fiihi minasysyaithooni wa auli yaa-ihi wa junuudihi wal 'auni 'alaa haadzihil ammaaroti bissuu-i wal istighooli bimaa yuqorribunii ilaika zulfa yaa dzal jallali wal ikroom. wa shollalloohu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa 'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama.
"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau.
Wahai Tuhanku, Paduka adalah Dzat Yang Maha Kekal, dahulu dan Awal. Hanya denga anugrah dan kemurahan-Mu yang agung, telah datang tahun baru. Di tahun ini kami memohon pemeliharaan-Mu dari Syetan, kekasihnya dan balatentaranya, dan kami memohon pertolongan-Mu atas hawa nafsu yang mengajak kepada kejelekan, dan kami memohon kesibukan dengan perbuatan yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki kebesaran dan kemuliaan. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau."Amiin ya robbal 'alamiin...
Azam saya untuk tahun ni biarlah rahsia. Tahun lepas tak tercapai lagi. Jadi, carry forward ke tahun ni. Harap-harap tahun ni tercapai. Aaamiiin.


Salam Maal Hijrah.

Masakan kampung pun sodap!

Masakan kampung dah sebati dalam hidup untuk seorang yang membesar di kampung. Masakan kampung ni tiada tandingannya. Osah sodap tekau! (baca : Usah sedap kata kau!)

Tapi tak semua orang sukakan masakan kampung. Banyak minyak, tinggi kolestrol, tak berkhasiat dan macam-macam lagi lah. 

Semua ni boleh dikawal pengambilan dia. Siapa kata tak berkhasiat. Ulam-ulaman kampung tu sangat berkhasiat. Pucuk ubi, jantung pisang kalau direbus cicah sambal belacan. Perghhh..berselera makan.

Sambal belacan dan ulam-ulaman tu sebenarnya penambah selera, betul tak? Bila dah lama tak balik kampung, rindu masakan kampung air tangan mak.

Setiap kali balik kampung, macam-macam menu masakan mak masak. Lagi seronok kalau adik beradik balik sekali berkumpul ramai-ramai. Lagi meriah lauk masakan kampung.

Tukang masak pun ramai. Saya boleh jadi supervisor bila dah ramai chef (baca : kakak-kakak) balik. Orang yang lebih dulu makan garam ni biasanya masakan dia sedap, lebih pengalaman kan. Kita ni duduk tepi perati je lah.

Tu diaaa ketam masak sambal, kakak saya masak. Pecahkan telur beberapa biji untuk menambah kesedapan sambal ketam ni.


Ketam Masak Sambal

Masakan yang wajib ada setiap kali balik kampung adalah udang galah. Udang galah masak lemak cili api yang padu rasa dia. Lagi-lagi gunakan santan segar, resepi asli masakan masak lemak. Paling penting udang galah sungai yang fresh.

baca juga : udang galah masak lemak cili api
                   udang galah goreng berlada

Udang Galah Masak Lemak Cili Api 
Apa masakan kampung kegemaran kau orang? Jom share!

Tutorial pisahkan widget sidebar untuk simple template

Tutorial pisahkan widget sidebar untuk simple template mudah je sebenarya kalau betul-betul ikut step tutorial di bawah. Ramai yang bertanya, jadi rasa lebih baik kongsikan di sini dan boleh jadi rujukan tutorial cantikkan blog.

Ape yang dimaksudkan pisahkan widget sidebar ni, kita pisahkan widget sidebar satu persatu macam dalam gambar dibawah. Satu-satu kotak dan boleh customize warna, corak dan sebagainya. Nampak lebih cantik lah kiranya kotak sidebar tu.

Tutorial pisahkan widget sidebar untuk simple template
Sebelum mulakan buat tutorial sile save dulu template blog masing-masing ye. Tak save, salah buat saya tak tanggung ye. Bagitahu siap-siap. Jangan kata saya tak ingatkan.

Dashboard>>Design>>Edit HTML>>Download Full Template.
Dah siap download[save], boleh mulakan tutorial.


1.Cari code 
/* Widgets
----------------------------------------------- */
*tekan ctrl+F untuk memudahkan pencarian.bile dah tekan akan keluar satu box..masukkan code yang  nak di cari tu.

2.pastu copy code bawah ni
.sidebar .widget, .sidebar2 .widget {
background: #ffffff url(LINK GAMBAR BACKGROUND);
-moz-border-radius: 0em 0em 0em 0em;
border-radius: 0em 0em 0em 0em;
margin: .5em 0;
padding:0 0 1.5em;
padding-left: 10px;
padding-right: 10px;
margin-bottom: 20px;
text-align: justify;
border: 2px solid #000000;
text-transform:none;
}


3.Kemudian paste kat bawah sekali dalam bahagian widget, sebelum code /* Footer
4. Customize code mengikut pilihan tema blog masing-masing.

ffffff-code warna background*code warne boleh >> http://userabbe.xtgem.com/code_warna
 LINK GAMBAR BACKGROUND-kalau nak letak backround
-moz-border-radius: 0em 0em 0em 0em;border-radius: 0em 0em 0em 0em;-bentuk widget,boleh tukar nilai 0 tu kepada 1 akan terbentuk corner.
margin: .5em 0;
padding:0 0 1.5em;
padding-left: 10px;
padding-right: 10px;
margin-bottom: 20px;-coding ni tak tukar pun takpe.kalau paham coding,bolehlah nak tukar.
text-align: justify;-boleh tukar align tajuk tu,kiri dan kanan..just type left or right.
border: 2px-ketebalan border widget sidebar
 solid-boleh jugak buat dashed[garisan putus-putus]..tukar solid kepada dashed
 000000-code warne border widget sidebar


5. Dah siap customize, tekan preview dulu.
6. Bila dah berpuas hati bolehlah SAVE.

Siap!

Mudah je kan? Selamat mencuba!

LELAKI Maskulin Malaya

"Lelaki ini yang selalu mencintamu...Selalu..tanpa ragu. Lelaki ini yang selalu memuja. Hanya dirimu yang bertakhta dalam sanubariku". Perghh..sekali suara anak pak zain ni keluar, terus macam kena rasuk. Melting!

Anuar Zain, bukan sebarang lelaki. Lelaki maskulin yang jadi idaman perempuan malaya. Walaupun usia dah cecah lebih 40 tahun tapi masih jadi kegilaan wanita. Even makcik makcik pun beria dah macam histeria bila nampak Anuar Zain.

Walaupun ramai artis lelaki yang muda-muda sedang naik, Anuar Zain jugak lah jadi idaman hati. Perwatakan dia sebagai seorang lelaki maskulin tu buat ramai perempuan mudah tertarik. 

Lelaki maskulin ni sangat menjaga penampilan mereka. Kemas dan penampilan sentiasa nampak menarik. 

LELAKI  Maskulin Malaya

Senyuman menawan

Tak kesihlah macamana pun gaya rambut dan fesyen dia. Pasti ramai tergila-gila kan lelaki ini. Kalau dia senyum memang cair. Sekali pandang ade macam rupa Won Bin pelakon kacak Korea ni kan. Won Bin versi Malaysia.

LELAKI  Maskulin Korea

Suka tengok perwatakan dan gaya. Tapi bukan obses atau di hard fan ke apa. Bila tengok mesti macam sedap mata memandang. Senyum tak perlu kata apa-apa.

Hadiah Untuk Pengantin

Apa hadiah untuk pengantin baru yang terbaik dan sesuai ye? Selalu tertanya tanya nak bagi hadiah apa pada pengantin. Tak ada idea nak fikir hadiah menarik untuk pengantin. Tak tahu apa yang sesuai dan terbaik untuk diberikan kepada pengantin baru.

Hadiah Untuk Pengantin-Photo Canvas

Saya kongsikan beberapa idea hadiah untuk pengantin baru. Boleh juga buat rujukan untuk diri sendiri nanti.
 

Hadiah Barang Elektrik Untuk Pengantin 

  • Rice Cooker
  • Induction cooker
  • Kettle electric
  • Iron
  • Vacuum
  • Blender
  • Toaster
  • Oven
  • Microwave
  • Coffee maker
  • Pressure cooker
  • Air fryer
  • Bread maker
  • Water heater
  • Water dispenser
  • Waffle maker
  • Water filter
  • Juice maker
  • Lampu tidur

Ada bajet lebih boleh hadiahkan pengantin peti ais, mesin basuh, TV dan barang barang elektrik keperluan yang lain.

Hadiah Perkahwinan Menarik Untuk Pengantin

  • Set Pinggan Mangkuk
  • Set Sudu/garfu
  • Dapur Gas
  • Kuali
  • Periuk
  • Lesung batu
  • Set Pisau
  • Frame gambar
  • Jam dinding
  • Frame ayat-ayat Al-Quran *bukan sekadar perhiasan
  • Pasu bunga
  • Album Gambar
  • Set Cadar
  • Toto
  • Album gambar
  • Frame gambar


Hadiah menarik untuk pengantin

  • Pakej honeymoon
  • Duit

Tak ada bajet nak bagi? Boleh belikan hadiah bajet untuk pengantin ikut kemampuan masing-masing. Boleh cari hadiah kahwin Mr DIY, ada bajet lebih sikit boleh cari perhiasan untuk hadiah kahwin di Kaison. Macam macam boleh beli.

Kadang-kadang hadiah untuk pengantin yang unik ni lebih di ingati. Nak bagi beras ke, gula ke atau barang asas rumah pun boleh. Janji semua tu dapat dimanfaatkan selepas kahwin. 

By the way, doa yang baik baik juga satu hadiah untuk pengantin baru. 

Gambar pre-wedding Zahiril Adzim dan Sheera Yang Unik

Teruja tengok gambar-gambar pre-wedding Zahiril Adzim dan Shera yang macam old school dan Classic ni. Siapa yang tak kenal dengan pelakon terkenal ni sejak kemunculan beliau dalam drama Juvana yang memegang watak Daim. 

Zahiril Adzim

Zahiril juga seorang penulis novel "Bogel Menuju Tuhan" yang ada juga kontroversi tentang tajuk yang dipilih tu. Tapi bak kata orang "Don't judge a book by its cover". Isinya mungkin memberi 1001 maksud yang tersirat.

Almaklumlah belum sempat nak membeli novel tu. Ada yang dah baca? 

Shera Aiyob

Shera Aiyob pulak pengacara rancangan Wanita Hari Ini yang memang berbakat besar. Sama-sama berbakat dan sama padan. Lagilah terserlah kepadanan dengan tema yang unik ni macam style old school english ni. Unik kan? Gambar pre wedding yang sangat menarik tema dia.

Gambar pre-wedding  Zahiril Adzim dan Sheera  Yang Unik

Gambar pre-wedding  Zahiril Adzim dan Sheera  Yang Unik

Gambar pre-wedding  Zahiril Adzim dan Sheera  Yang Unik

Gambar pre-wedding  Zahiril Adzim dan Sheera  Yang Unik

Gambar pre-wedding  Zahiril Adzim dan Sheera  Yang Unik

Gambar pre-wedding  Zahiril Adzim dan Sheera  Yang Unik

Gambar pre-wedding  Zahiril Adzim dan Sheera  Yang Unik


Gambar pre-wedding  Zahiril Adzim dan Sheera  Yang Unik

Boleh jadikan sumber inspirasi dan ideas untuk bakal pengantin pilih tema. Yang suka dengan tema retro, boleh cedok idea pre wedding Zahiril Adzim dan Shera Aiyob ni.

credit pitcha : ssgraphyworks.com dan ohbulan.com

Ala-Ala Oversea di Bukit Tinggi Pahang

Sekali imbas tengok gambar macam di oversea. Tapi sebenarnya hanyalah di Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia je. Berpeluang dapat honeymoon di Bukit Tinggi Pahang ni pun dah best dah ni.
Bukit Tinggi Pahang
Entrance Colmar Tropicale Bukit Tinggi


Saya pernah ke sini 2 kali dengan si dia dan juga anak-anak buah. Perjalananan dari Kuala Lumpur rasanya lebih dekat sikit untuk ke Bukit Tinggi Pahang ni.

Yang menariknya, bangunan dan suasananya serba serbi macam oversea. Sejuk pula tu. Tempat tinggi kan, haruslah sejuk. Permandangan yang yang menarik di Colmar Tropicale.

Bukit Tinggi Pahang

Lagi best kalau dapat menginap di mana-mana hotel Bukit Tinggi Pahang ni. Bangun pagi-pagi, celik mata tengok permandangan indah dengan suhu yang sejuk. Indah betul!

Bayaran masuk Bukit Tinggi/ Bukit Tinggi Entrance Fee

Nak masuk ke Bukit Tinggi ni kena bayar RM12 untuk dewasa. Kanak-kanak tak pasti pulak berapa sebab anak-anak buah dah kategori dewasa.

Japanese Village

Pergi Bukit Tinggi Pahang wajib pergi Japanese Village. Japanese Village adalah Sebuah perkampungan Jepun ciptaan ala-ala perkampungan di Jepun. 

Japanese Village-Bukit Tinggi Pahang

Bergaya Dengan Kimono

Dah alang-alang tu, pakailah sekali Kimono acah-acah berada di Jepun. Harga sewa kimono RM20 untuk 20 minit sahaja.  Pertama kali pergi dulu dapat kimono warna purple, kali kedua dapat warna peach. Warna pink entah bila nak dapat entah.

Japanese Village Bukit Tinggi Pahang Malaysia

Dalam Japanese village ni ada menyediakan spa juga. Dapat honeymoon dan berspa kat sini memang best lah. 

Sebelum balik, singgah di Botanical garden. Pencinta pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan wajib singgah sini. Ada bermacam-macam jenis bunga. Ada disediakan juga cafe yang unik kat atas tu.

Cafe Botanical Garden Bukit Tinggi Pahang

Kali kedua kesini tak sempat nak menjengah ke Rabbit Farm sebab hujan masa tu. So, decide terus balik je lah. By the way, kalau nak masuk Rabbit Farm kene bayar RM8.00.

Disebalik Kota Keriangan Genting Higlands, Ada Amber Court Yang Agak Suram

Genting Highland, kota keriangan dengan ceria dengan warna warni dari pandangan atas. Salah satu tempat pelancongan yang menarik.  Last datang ke Genting Highland zaman tahun 2008. Punyalah lama tak jejak kaki di Genting Highland ni.

Kota Keriangan Genting Higlands
sumber : google

Disebalik kota keriangan Genting Highland ni, ada Amber Court yang agak suram penuh dengan kisah kisah misteri, mistik dan menyeramkan. 

Mungkin ada yang tahu kisah seram ni, mungkin tidak. Saya hanya kongsikan sedikit kisah yang saya pernah baca. Kalau mereka tipu, makanya kisah ni tipu lah. 

Sebenarnya banyak benda misteri yang ada kat sini disebabkan banyak benda luar biasa berlaku terutamanya pembunuhan. Macam-macam andaian yang dibuat terutama fakta roh yang tidak tenang mengacau penghuni yang duduk di hotel. Hotel yang bernama Amber Court yang penuh misteri.

Tak tahu apa punca dan sebabnya kisah amber court ditutup. Mungkin kau orang boleh google "7 ahli keluarga bunuh diri di amber court" atau "amber court genting death". 

Untuk positif fikir, saya anggap mungkin tiada pulangan modal. Tapi kalau penghuni sentiasa kena kacau, siapapun tak sanggup untuk bermalam ni disini walaupun satu malam. Walaupun!

Antara habit paranormal kacau penghuni yang bermalam di sini, suka main on off  TV, berjalan atas katil, duduk tepi katil, darah mengalir di tingkap, perempuan berbaju merah terjun dan nampak di tingkap, perempuan mengilai dan macam-macam lagi lah.

Seram bukan?Kisah hantu klise kalau menginap di mana-mana hotel yang seram dan ada kisah disebaliknya. Tengok je lah rupa keadaan Hotel Amber Court ni.

Disebalik Kota Keriangan Genting Higlands,Ade Amber Court Yang Agak Suram

Tengok gambar je dah seram, apatah lagi nak menginap di sana. Ini gambar Amer Court selepas ditutup dibiarkan terbengkalai. Meremang bulu roma tengok!

Disebalik Kota Keriangan Genting Higlands,Ade Amber Court Yang Agak Suram

Pernah tengok video seekers yang berani datang ke Amber Court buat lawatan mencari entiti di youtube. Seram okay! Tak berani nak tengok. 

Ini cerita dulu...

The mysterious makcik

The mysterious makcik
"The mysterious makcik" is the story of two beautiful young girls who lived in kampung and their parents had to go to town, so they left their daughters home alone. Fahami dan teka apakah yang akan terjadi dalam kisah di bawah semasa ketiadaan ibu bapa mereka.
Milah dan Mijah kebiasaannya kalau weekend je mesti berehat kat rumah mengadap tv. Layan la apa-apa cerita yang menarik. Tapi sejak-sejak akhir ni banyak betul cerita gangster dan hantu je, malas pulak nak tengok TV. Malaysia ni banyak gangster dengan hantu ke?

Disebabkan tinggal berdua je dan segala kerja rumah dah setel awal-awal pagi, so berehat bersama kit kat je la depan tv.

Tapi Sejak-sejak ayah ganti TV lama dengan LCD 32 inci, siap dengan Astro First, rajin lah pulak Milah dan Mijah tengok TV. Keh keh. Sebelum ni tengok dalam drama orang-orang berada je pakai TV macam tu. Sekarang dah mampu milik ni rasa excited pulak (baca : jakun)

Tiba-tiba ada orang bagi salam. 
"Assalamualaikum... Makcik ada jual patung angry bird ni. Murah-murah."

The mysterious makcik

"Eh ada orang bagi salam. Waalaikumsalam."

Datang sorang makcik yang tak pernah dikenali kampung ni. Muka nampak suci murni je. Kesian pulak biar kat luar so ajak lah dia masuk. Mijah buat air di dapur. Milah pula sibuk melayan makcik tu.

The mysterious makcik

Rancak jugaklah mereka berdua bersembang sampai makcik tersebut lupa tujuan asal dia datang ke rumah tu.

Milah : Eh makcik, tadi makcik kata ada jual patung angry bird kan? boleh saya tengok?
Makcik : ehh..lupa pulak makcik. Tapi anak kena dok diam-diam ye.
Milah :?????

Makcik tersebut tersenyum melihat muka Milah yang sedang berkerut dahi tu lalu mencapai beg plastik hitam yang dibawanya kehulu hilir tadi. Sreeet srooot sretttt bunyi plastik tu, tangan makcik meraba-raba ke dalam plastik tetapi mukenya seperti sedang menahan sakit.

Milah :*dalam hati (Mak cik ni sakit ke?..apsal muka dia lain macam je?) lalu bertanya : Makcik tak sihat ke?

Makcik : *tersenyum macam kerang baru lepas kena rebus. Err..taklah nak, makcik bingung ni. Entah mana makcik letak patung angry bird tadi. Kejap ye makcik cuba cari.

Milah : *dalam hati. (phew~nasib baik. Kalau betul-betul sakit tadi naya je aku). Ok, makcik carilah dulu kat dalam tu ye sambil menunjukkan jari telunjuk ke plastik hitam itu.

Makcik : Baik-baik. Makcik cari ni. *sambil angguk-anggukan kepala tanda setuju.

selepas 1minit 5saat...

Makcik : Haa..ni dia nak patung angry bird nya.
Milah : warghhhhh

Tak semena mena Milah menjerit bila tengok patung angry bird tersebut. Comel sangat ke? ke hodoh sangat? sampai macamtu sekali Milah menjerit.

Jeng jeng jeng. Makcik tersebut hampir pengsan mendengar jeritan Milah. Milah masih lagi menjerit tak berhenti, Makcik tersebut juga hampir hampir nak pengsan. Jari jemari makcik tersebut berlumuran darah.

Milah jadi tak keruan. Air mata darah teringin sekali ingin keluar tapi apakan daya air mata jernih jugak yang keluar.

Milah melihat tangan makcik tersebut sudah tidak bermaya memegang patung angry bird itu.Manakan tidaknya, patung angry bird tersebut rupanya patung jadian.

Disebabkan Milah tak dok diam-diam masa makcik tersebut nak keluarkan patung tadi, patung angry bird telah bertukar menjadi the real angry bird. 

Memang angry la bird tersebut setelah bertukar tadi lantas terus mematuk tangan makcik tersebut sampai berlubang-lubang dan berdarah.

Mijah yang berada di dapur tadi lintang pukang berlari ke ruang tamu setelah mendengar Milah menjerit tadi. Mijah terkejut melihat Milah terbaring di atas lantai akan tetapi makcik tersebut tiada di situ.

Kemudian mak dan ayah mereka balik. Setelah Milah bangun dari pengsan, dia menceritakan hal tersebut kepada mak ayah dan Mijah.

Ayah : Kamu tak tahu ke yang orang kampung heboh dengan patung angry bird ni.
Milah : Kenape ayah?
Ayah : Pasal kejadian macam ni lah
Milah : Err..mana saya tahu ayah
Ayah : Haa tu la..lain kali ambil tahu sikit hal luar jangan menghadap TV je kat rumah ni. Mentang-mentang ayah dah masukkan astro First tu. Kamu segan-segan nak keluar rumah. Lepas ni kena ambil tahu jugak hal luar. Apa-apa jadi kan susah..
Milah : Baik ayah.*tunduk rasa bersalah
Ayah : kamu pun sama Mijah.*sambil menunjuk jari ke arah mijah

Mak Mijah menahan rasa geli hati yang terbuku dalam hati nya. Ingin saja dia gelak dengan keadaan Milah dan Mijah yang dalam ketakutan tu. Dahlah takut, kena marah pulak tu..

Mak  kemudian bersuara
Mak : Sebenarnya apa yang terjadi tu adalah realiti. Tadi mak dan ayah keluar bukannya kemana-mana. Makcik tadi tu sebenarnya adalah mak. Mak saja menyamar jadi makcik misteri tu sebab nak ajar kamu supaya jangan main lagi gama angry bird tu. Angry mak dibuatnya. Kamu tak belajar kalau aysik dok menghadap main game tu je.

Milah dan Mijah berpandangan sesama sendiri. Nak marah pun ada. Tapi akhirnye berakhir dengan gelak sesama sendiri.TAMAT

Moral value:
*jangan asyik dengan sesuatu benda, kena juga ambil tahu hal yang lain
*jangan main game angry bird, nanti makcik misteri datang. Hew hew~

Fuhh..Penat mengarang cerita untuk memeriahkan segmen dari nurdani pakar doodle excel tu. 

Resepi Spaghetti/Pasta Carbonara Cheesy Creamy

Sedap sesekali dapat melayan selera tekak masak spaghetti/pasta carbonara cheesy creamy ni. Kebetulan ada anak buah datang. Bila rumah meriah ramai orang, kenalah masak dalam kuantiti banyak sikit. 

Tengok tu, hidang dalam loyang je weiii. Ikut resepi spaghetti carbonara cheese dan creamy simple je. Walaupun presentatioa dia hauk, tapi rasa dia marvellous okay! 

Saya gunakan pasta Vegeroni spirals dan juga angel hair. Resepi yang sama boleh juga gunakan spaghetti kalau tak suka vegeroni spirals dan angel hair. Banyak lagi pilihan pasta yang ada dipasaran.

Resepi Spaghetti/Pasta Carbonara Cheesy Creamy

Masak sendiri puas hati sebab dapat buat banyak dan bahan-bahan save bajet bawah RM30. Boleh makan beramai-ramai dan bertambah-tambah.

Bahan-Bahan Resepi Spaghetti/Pasta Carbonara Cheesy Creamy

Resepi Spaghetti/Pasta Carbonara Cheesy Creamy

Bahan-bahan

Spaghetti/pasta 
1 biji bawang holland
2 Ulas bawang putih
Meatball
Black Pepper powder
Slice Cheese
Susu creamy
Cheese & Herbs prego sauce
Carbonara sauce prego
Minyak zaitun (guna minyak masak atau butter pun boleh)
garam secukup rasa

Cara Penyediaan

1. Rebus spaghetti/pasta. Setelah masak toskan dan letak dalam bekas.
2. Bawang putih cincang, bawang holland potong dadu.
3. Panaskan minyak zaitun atau minyak masak dalam kuali
4. Tumiskan bawang putih dan bawang holland sampai naik bau dan garing sikit.
5. Masukkan cheese and herbs sauce dan juga carbonara sauce prego
6. Masukkan meatball
7. Setelah meatball hampir masak, masukkan susu mengikut citarasa sebab ada yang suka creamy ada         yang suke light creamy kan..
8. Masukkan beberapa keping cheese.
9. Last sekali masukkan black pepper dan garam. Rasa dulu sebelum letak garam sebab tak letak garam pun takpe dah ada rasa sos carbonara tu. Lagipun cheese pun ada rasa masin-masin sikit.
10. Sebelum tuangkan kuah sos dalam bekas spaghetti/pasta tadi. Letak beberapa keping cheese dulu. Lepas tu baru tuangkan sos di atas kepingan cheese tu.

Lagi sedap tambah sosej, daging ayam cincang dan lain-lain ikut selera masing-masing. Tersangatlah mudah nak masak spaghetti carbonara cheesy creamy ni. Janji ada sos carbonara cheese prego. Boleh je guna brand yang lain.

Terliur? Sila cuba nanti ye.

Pencinta Seni Hanya Gunakan Microsoft Excel Untuk hasilkan Doodle/Vectors

Menghasilkan doodle/vector atau hasil seni graphic yang lain menggunakan software adobe photoshop itu biasa. Tapi pernah tak tahu yang microsoft excel boleh juga menghasilkan doodle dan vector yang comel.

Nurdani

Nurdani, pemilik blog yoUnique. Menggunakan microsoft excel adalah kepakaran beliau dalam menghasilkan doodle dan vector. Percaya atau tidak, ianya adalah benar semata-mata.

Beliau satu-satunya pencinta seni doodle yang saya kenal dan tahu dalam menggunakan microsoft excel untuk buat seni graphic selain untuk pengunaan microsoft excel yang biasa kita gunakan.

Dapat bayangkan tak macamana beliau menghasilkan doodle dari bentuk bentuk dan kotak kotak yang ada dalam excel tu. Kagum dengan kebolehan seorang Nurdani. Kalau suruh buat ni, entah apa yang saya buat.

Saya kalau buka microsoft excel, nampak buat kira kira atau senarai nama je. Tapi dari kaca mata dia, sebaliknya. Layak dapat Pencinta Seni Excel No.1 ni. Salah satu hasil kerja beliau.


Beliau adalah salah seorang geng We Love Arts (WLA) yang sama sama berjuang menghasilkan seni. Masing-masing ada kelebihan dalam kepakaran masing-masing. 
  • syarafikamaruzzaman.blogspot.com
  • www.fizgraphic.com
  • fyfysproperty.blogspot.com
  • www.azhafizah.com
  • nurdaniub.blogspot.com

Pencinta Seni Hanya Gunakan Microsoft Excel Untuk hasilkan Doodle/Vectors

Suka dengan hasil kerja beliau. Kemas! Siapa sangka menggunakan microsoft excel boleh hasilkan seni vector dan doodle yang cantik dan kemas. Salute lah!

Majulah seni untuk negara.

Maksud Nasi Minyak

Sebut je nasi minyak pasti teringat nasi minyak pengantin. Bila musim cuti sekolah, memang banyak jemputan kenduri kahwin. Rezeki dapat makan nasi minyak pengantin setiap minggu kalau ada jemputan.
Nasi minyak - ناسي ميڽق
Hidangan nusantara berasal daripada nasi masakan Palembang yang dimasak dengan menggunakan minyak sapi dan rempah-rempah khas.

Apakah Maksud Nasi Minyak?

Hidangan nasi minyak dikatakan asalnya dari Kota Palembang, ibu kota Sumatera Selatan. Ada kalanya dipanggil juga dengan nama nasi minyak Palembang.

Nasi minyak dipengaruhi oleh masakan dari India dan Timur Tengah kerana penggunaan minyak sapi dan juga rempah ratus tertentu seperti buah pelaga, bunga lawan, bunga cengkih, jintan, kayu manis, bawang merah, bawang putih, serbuk kari dan sebagainya.

Di Palembang, hidangan nasi minyak merupakan hidangan tradisional ketika musim perayaan atau acara tertentu. Sesetengah masjid di Palembang menyediakan nasi minyak percuma selepas solat Jumaat.

Manakala di Selatan Thailand, Semenanjung Malaysia dan Singapura, nasi minyak dihidangkan semasa majlis perkahwinan. 

Berbeza pula di negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pattani, Selatan Thailand yang menganggap nasi minyak adalah hidangan biasa yang dihidangkan untuk sarapan pagi atau pada bila-bila masa tidak terhad kepada majlis tertentu sahaja.

Harap jelas dengan penerangan maksud nasi minyak yang dicari oleh seseorang. Terperasan keyword ni dari cariaan keyword di nuffnang.

Keyword Nuffnang Carian Maksud Nasi Minyak

Aneh-aneh keyword yang muncul. Harapnya terjawab sudah soalan yang dicari itu. Nah, saya belanja gambar nasi minyak. Rindu dah lama tak makan nasi minyak.

Gambar Nasi Minyak
sumber : google




Resepi : Puding Triffle Sihatimerahjambu

Teringin makan puding trifle yang dah lama tak buat. Sesekali teringin, merajinkan diri buat puding triffle simple. Simple untuk dah biasa buat. Tapi kalau pertama kali nak cuba mesti akan rasa susah dan leceh.

Cuba dulu resepi simple puding trifle simple ni, gerenti jadi gerenti akan rasa mudah lepas tu sebab dah faham cara penyediaan dia. Kat luar harga puding trifle ni boleh tahan juga mahal dia.

Resepi Puding Trifle Simple

Resepi Puding Trifle Simple

Bahan-bahan A (Lapisan bawah sekali)

Swiss roll
1/2 tin air fruit cocktail dalam tin

Boleh gunakan sebarang perisa swiss roll ikut selera masing-masing. Lebih sedap gunakan swiss roll coklat. Dia akan jadi sedap bila bergabung dengan lapisan kedua kastard tu nanti.

Cara Penyediaan

Potong dalam 2cm tebal dan susun potongan dalam bekas sampai penuh ruang. Nak nampak lebih cantik untuk tujuan ambil gambar, gunakan bekas kaca. Nampak cantik lah bila nampak setiap lapisan triffle tu.

Curahkan 1/2 tin air fruit cocktail dalam tin atas lapisan swiss roll.

Bahan-bahan B (Lapisan tengah)

1 tin susu cair
1/2 tin air fruit cocktail dalam tin
4 sudu besar tepung castard
3 sudu gula pasir
1 sudu esen vanilla

Cara Penyediaan

Masukkan semua bahan B ke dalam periuk. Kacau sampai sebati dan tidak berketul-ketul. Kemudian baru buka api perlahan dan kacau je sampai pekat berkilat. Lepas tu terus curahkan atas lapisan swiss roll yang telah disusun tadi.

Pastikan lapisan kastard menutupi lapisan swiss roll. Kemudian biarkan sejuk.

Bahan C (Lapisan atas) 

1 tin fruit cocktail

Cara penyediaan

Taburkan buah-buahan dalam tin atas lapisan kastard yang dah sejuk

Bahan-Bahan D (Lapisan atas sekali)

Crystal jelly perasa strawberry

Cara penyediaan

Masak mengikut arahan yang terdapat pada pembungkus jelly crystal. Setelah masak, tuangkan bancuhan jelly cystal atas fruit cocktail. Kemudian letak dalam peti ais untuk disejukkan dan dibekukan.

Resepi Puding Trifle Simple

Dah sejuk, sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!


Resepi : Ikan Siakap Kukus

Ikan siakap, ikan terpaling sedap untuk buat masakan kukus. Bermacam-macam resepi ikan siakap kukus ni ikut selera masing-masing. Antara aneka menu resepi ikan siakap kukus :

  • resepi ikan siakap kukus halia
  • resepi ikan siakap kukus ala thai
  • resepi ikan siakap kukus lemon
  • resepi ikan siakap kukus asam boi
  • resepi ikan siakap kukus air asam
  • resepi ikan siakap kukus nyonya
  • resepi ikan siakap kukus thai
  • resepi ikan siakap kukus 3 rasa

Saya suka masak ikan siakap kukus ikut resepi ikan siakap kukus simple. Mudah kerja memasak dan sedap. Dengan syarat kena makan masa hidangan panas-panas. Dah sejuk, rasa dia kurang sedap sikit.

Resepi : Ikan Siakap Kukus

Resepi Ikan Siakap Kukus Simple

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap
6 biji bawang putih
1-2 biji bawang besar 
2 inci halia
Cili padi ikut tahap pedas masing-masing
3 batang serai
1/2 sudu pes asam jawa 
garam secukup rasa

Cara Penyediaan
1. Bersihkan ikan siakap.
2. Bahan bahan seperti bawang besar, bawang putih, serai, halis, cili api separuh kisar dan separuh potong-potong je. Boleh juga nak buat semua potong dan semua blend. Ikut suka
3. Letak ikan siakap dalam loyang, letakkan bahan kisar dan potong, pes asam jawa dan juga garam ratakan bersama ikan.
4. Letak loyang dalam pengukus dan biarkan ikan masak.

Mudah sangat versi ikan siakap kukus ni. Kaedah penyediaan makanan yang sihat daripada bergoreng. 

Tutorial Buat Slider Sebagai Header Using JQuery

Kali ni tutorial nak buat slider yang ada gambar dan link post sekali. Untuk yang tahu selok belok coding, boleh customize ikut pilihan sendiri.

Yang masih samar-samar boleh follow terus tutorial di bawah ni. Sebelum teruskan, lebih baik save dulu template.

1. Log in blogger>>Dashboard>>Theme>>Edit HTML
2. Cari code
]]></b:skin>

3. Copy code bawah ni
/* Coin Slider jQuery plugin CSS styles http://workshop.rs/projects/coin-slider */ .coin-slider { overflow: hidden; zoom: 1; position: relative; } .coin-slider a{ text-decoration: none; outline: none; border: none; } .cs-buttons { font-size: 0px; padding: 10px; float: left; } .cs-buttons a { margin-left: 5px; height: 10px; width: 10px; float: left; border: 1px solid #B8C4CF; color: #B8C4CF; text-indent: -1000px; } .cs-active { background-color: #B8C4CF; color: #FFFFFF; } .cs-title { width: 560px; padding: 10px; background-color: #000000; color: #FFFFFF; } .cs-prev, .cs-next { background-color: #000000; color: #FFFFFF; padding: 0px 10px; }

4. Paste diatas code ]]></b:skin>

5. Kemudian cari code
</head>

6. Copy code bawah ni
<script src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.3.2/jquery.min.js" type="text/javascript">
 <script src='http://mrmung.googlecode.com/files/coin-slider.min.js' type='text/javascript'/> <script type='text/javascript'> $(document).ready(function() { $(&#39;#coin-slider&#39;).coinslider({ width: 560, navigation: false, delay: 5000 }); });</script>
7. Paste di atas code </head>

8. Save template

9. Pegi pada page element
dashboard>>page element>>Add a gadget>>HTML/Java

10.Copy code bawah ni

<div id='coin-slider'>
<a href="LINK Post" target="_blank">
        <img src="URL image" />
        <span>
    Image's decription
        </span>
    </a>
    
<a href="LINK Post" target="_blank">
        <img src="URL image" />
        <span>
    Image's decription
        </span>
    </a>
<a href="LINK Post" target="_blank">
        <img src="URL image" />
        <span>
    Image's decription
        </span>
    </a>
</div>
11. Paste dalam box HTML tadi

560 - lebar boleh adjust ikut kesesuaian blog masing-masing
LINK Post - link post yang nak diletakkan dalam slide
URL image - URL image yang nak diletakkan dalam slide
Image's decription - boleh ambil terus dari post entry [copy+paste] atau nak buat ayat sendiri

Sebenarnya banyak lagi yang boleh kau orang pelbagaikan font, size, warna.

kredit : http://www.mr-mung.com/2010/06/membuat-slide-show-gambar-dengan-jquery.html

Tutorial Tukar Font Dalam Blog Tanpa Install

Tutorial tukar font dalam blog tanpa install. Mungkin font yang sedia ada kurang menarik. Jadi, bolehlah kita tukar jenis font ikut pilihan kita sendiri. Caranya mudah je. Ikut tutorial mudah yang saya kongsikan di bawah ini.

1.Pilih font di web Google font API
nak pilih font click sini

[dalam ni ada banyak font tapi limited tak sampai beribu pun. Kau orang boleh pilih mana suka]
Contoh font yang  macam ni


2.Log in blogger>>Dashboard>>Theme>>Edit HTML>>Cari code <head>
*untuk memudahkan pencarian tekan cltrl+F serentak, kemudian masukkan code <head> dalam box pencarian tadi.

3.Copy code dibawah (klik sini untuk copy code)
<link rel="stylesheet" type="text/css" href="http://fonts.googleapis.com/css?family=Font+Name"/>

4.Paste di bawah code <head> tadi
*pastikan code Font+Name kau orang tukar nama font yang korang dah pilih tadi [yang saya bulatkan dalam gambar kat atas tu adalah contoh nama font]

5.copy code ni
font-family: 'Font+Name', arial, serif;
paste pada part yang korang nak tukar font

Page Text
cari code
body {

paste code
font-family: 'Font+Name', arial, serif;
selepas codebody {

contoh code yang dah siap
body {font-family: 'Font+Name', arial, serif; 

Tajuk Post entry
cari code
.post h3 {

dan paste di bawah code .post h3{
contoh

.post h3 { font-family: 'Font+Name', arial, serif;

Sidebar
cari code
.sidebar h2 {
paste kat bawah code .sidebar h2{
contoh
.sidebar h2 { font-family: 'Font+Name', arial, serif;

untuk part lain pun sama jugak. Cari code dan paste selepas tanda { dan pastikan tiada code font selain code font-family tu ye.

*jangan lupa code Font+Name perlu tukar kepada name font
font arial dan serif tu tak kisah nak letak font apa sebab tu 2nd and 3rd font yang akan appear kalau first font yang kau orang pilih tu PC tak dapat baca.

Kemudian preview. Kalau dah jadi dah puas hati,boleh save. Kalau masih tak puas hati atau tak jadi, re-check steps atau silap nama font atau coding. Selamat mencuba!

Kelebihan Solat Terawih Dari Hari Pertama Sehingga Hari ke Tiga Puluh

Kelebihan Solat Terawih Dari Hari Pertama Sehingga Hari ke Tiga Puluh


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah `Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan engampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala
sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca
kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul `Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua 
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

sumber : http://kreok.wordpress.com/2009/07/31/kelebihan-solat-terawih-dari-hari-pertama-hingga-hari-ke-tiga-puluh/

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu