Gadgets

Mencuba Rasa Nasi Briyani Kurma Madinah Dan Ayam Rose Berempah Rumah Kawah

Hari ni baru ada kekuatan nak duduk menaip. Dah 2 hari melepet je sebab demam, batuk, selsema, pening dan sakit perut. Demam sekali datang dengan full package! Nak makan pun tak ada selera. Mampu telan air je lah.

Tengok makanan sedap-sedap pun rasa tak lalu. Bila sakit, hilang segala nikmat. Sekarang ni musim tiba-tiba je boleh sakit. Faktor cuaca panas, salah satu daripada puncanya. Bukan saya je demam, encik suami pun sama. Terpaksa juga dia MC, sambung cuti lepas cuti PRN Isnin. 

Alhamdulillah harini semakin baik. Bolehlah sambung tugasan hakiki.

Panjang pula mukadimah entry ye. Okay kita mulakan entry harini dengan entry makanan. Hari Ahad haritu sebelum demam, kami order nasi briyani Rumah Kawah. Teringin makan nasi briyani lah pula. Rumah Kawah ni tempat makan baru buka beberapa bulan lalu. Masih baru lagi.

Selalu juga limpas di situ tapi belum sempat menyinggah lagi. Ini kalilah kita order melalui grab food. Sebelum membeli macam biasa, baca review dulu. Semua kata sedap, jomlah kita cuba pula.

Saya order 2 set nasi briyani kurma Madinah dan ayam rose berempah. Satu set RM16, itu harga di grab lah. Kalau dine in murah sikitlah dari itu. 

Set nasi briyani kurma Madinah dan ayam rose berempah didatangkan dengan 1 porsi nasi briyani kurma Madinah, ayam rose berempah dan juga acar timun, lobak merah dan bawang. 

Nasi Briyani Kurma Madinah Dan Ayam Rose Berempah Rumah Kawah

Porsi nasi dia tersangatlah banyak. Ini kalau kongsi berdua pun boleh ni. Kenyang betul makan untuk satu porsi ni. Kalau makan kat kedai, order nasi separuh je. Risau tak habis makan nanti.

Nasi briyani dia menggunakan beras yang bersaiz kecil. Comel-comel je butir nasi dia. Pertama kali sebenarnya dengar nasi briyani kurma Madinah. Adakah dimasak bersama kurma Madinah?

Aroma nasi briyani tersangatlah sedap membangkit selera. Tekstur nasi pun sedang elok, lembut je.

Nasi Briyani Kurma Madinah Dan Ayam Rose Berempah Rumah Kawah

Pertama kali makan ayam rose berempah rasanya. Ayam rose maksudnya? Ayam masak dengan bawang rose atau dengan bauan dan warna rose? Tengok dari rupa parasnya macam ayam masak rendang. Elok masaknya pecah minyak, minyak bergelinang. 

Dari segi rasa pun lebih kurang macam ayam masak rendang. Macam ungkep pun ada. Yang penting, ayam rose berempah ni sedap. Sesuai lah dengan nasi briyani kurma Madinah. Cuma kurang pedas je lah. 

Nasi Briyani Kurma Madinah Dan Ayam Rose Berempah Rumah Kawah

Lauk dan nasi kedua-duanya sedap. Bolehlah kalau nak ulang membeli. Next time boleh cuba menu lain pula. 

Rumah Kawah
No 10A & 10B, Lot 21430, Jalan Seremban- Jelebu, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

12 comments:

  1. nampak sedap dan menyelerakan. kalau tak sihat pun boleh jadi sihat..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Ini saya makan before sakit, memang berselera makan. Hehe...

      Delete
  2. menarik betul tgk lauk ayam rose tu..mcm sedappp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti cubalah Mummy Ayu. Kot terlajak ke area sini lagi kan.

      Delete
  3. Uish…telan air liur terbayang sedapnya.
    Akak pun pertama kali dengar nama nasi briyani kurma Madinah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau balik Nismilan bolehlah singgah kedai ni Kak Ujie. Makan di resto lagi sedap dapat makan panas panas. Itulah kan, pertama kali dengar. Unik namanya buat orang rasa teruja nak mencuba.

      Delete
  4. Iya yaaa, lebih mirip rendang ayam kak 😄. Tapi kalo sedap dan cocok sebagai lauk nasi briyaninya, Tak apalah. Memang selalu ya kalo pesan nasi briyani , nasi Mandhi atau segala kuliner timur tengah nih, pasti porsinya besar. Memang sesuai dengan porsi orang2 timur tengah nih. Buat perut asia macam kita, memanglah harus sharing 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..sedap kena dengan selera. Kann..biasanya porsi dia memang besar. Boleh makan dua orang.

      Delete
  5. Harap Fiza semakin sihat.
    First time dengar nasi briyani kurma madinah.
    Ayam rose berempah tu memang nampak sedaplah Fiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semakin baik kak Amie. Alhamdulillah..Aaminn..Terima kasih kak Amie.
      Saya pun first time dengar. Ya, ayam tu memang menarik dan sedap. Elok masaknya.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.