Gadgets

Siaran Lansung Sabah vs JDT Live Streaming 9 Ogos 2023 LS19

Perlawanan antara pasukan Sabah FC dan pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim, JDT merupakan perlawanan tumpuan peminat bola sepak tanahair khususnya penyokong pasukan Sabah dan JDT dalam saingan Liga Super 2020 minggu kesembilan belas (LS19). 

Pada pertemuan pertama awal musim yang lalu antara  JDT vs Sabah FC LS6 di Stadium Iskandar Puteri berakhir dengan keputusan 4-0. 

Sabah FC vs Johor Darul Ta'zim

Pertembungan kedua-dua pasukan ini dijadualkan akan berlansung pada hari Rabu, 9 Ogos 2023, jam 8:15 malam bertempat di Stadium Likas, Sabah.

Skuad Sang Badak akan melayani kunjungan Skuad Harimau Selatan bagi mengutip 3 mata berharga dalam kempen Liga Super LS19 di Likas. Dikatakan tiket perlawanan antara Sabah dan JDT habis terjual.

Ini bermakna, Stadium Likas yang mampu memuatkan seramai 20,000 penonton ini dijangka bakal menghangatkan lagi aksi tumpuan LS19 Sabah vs JDT. Berdasarkan rekod, kali terakhir JDT bertandang ke Likas menyaksikan Harimau Selatan berjaya menewaskan Sabah dengan keputusan 2-1.

Kedatangan penyokong ke stadium menyaksikan perlawanan Sabah vs JDT semestinya akan memberi impak besar serta motivasi tambahan buat para pemain terutamanya penyokong Sabah.

Sabah FC perlu memanfaatkan kelebihan beraksi di halaman sendiri

Berdasarkan kedudukan terkini carta Liga Super 2023, Sabah FC kini berada di tempat kelima dengan 36 mata. Hanya beza 1 mata di belakang pasukan Sri Pahang FC di tempat keempat, 4 mata di belakang Kedah dan 6 mata di belakang Selangor tempat kedua.

Misi Sabah FC mahu memanfaatkan kelebihan beraksi di halaman sendiri bagi meraih 3 mata penting. Pasukan Sabah, kendalian jurulatih Ong Kim Swee masih berpeluang untuk menamatkan kempen Liga Super 2023 di kedudukan kedua atau ketiga yang masih berbaki 7 perlawanan.

JDT terus memburu kemenangan

Pasukan Kelab bolasepak Johor Darul Ta'zim semestinya akan mempamerkan aksi terbaik melawan Sabah FC bagi membawa pulang 3 mata penting. Misi Skuad Harimau Selatan terus memenangi perlawanan demi perlawanan bagi mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang kempen saingan Liga Super 2023.

Seterusnya mempertahankan gelaran Juara Liga Super buat kali kesepuluh. Menentang pasukan tuan rumah, Sabah FC bukan tugas mudah bagi pasukan pendahulu liga kerana Sabah pasti akan memberikan saingan sengit.


Siaran Lansung Sabah vs JDT Live Streaming 9 Ogos 2023 LS19

Sabah FC vs JDT (LS19)

Waktu siaran : Rabu, 9 Ogos 2023, jam 8:15 malam
Tempat : Stadium Likas
Siaran TV/ Live Strim : Arena Bola (CH803), Astro GO dan Sooka

Tiket perlawanan Sabah FC vs JDT

Kesemua tiket bagi aksi LS19 antara Sabah FC dan JDT yang berlansung pada hari Rabu, 8 Ogos 2023 di Stadium Likas habis terjual dan tidak akan ada penjualan tiket secara fizikal. Harap maklum.

Siaran Langsung dan Live Streaming Sabah FC vs JDT 9 Ogos 2023

Penonton di rumah boleh menonton Siaran Lansung Liga Super 2023 Sabah FC vs JDT dari Stadium Likas secara lansung menerusi saluran 803 Arena Bola dan Astro GO seawal jam 7:45 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan.

Penonton juga boleh menonton perlawanan ini di platform penstriman Sooka dengan melanggan pas 1 perlawanan berharga RM7.90.

Keputusan masa penuh perlawanan Sabah FC vs JDT LS19

Keputusan perlawanan antara Sabah FC vs Johor Darul Ta'zim, JDT Liga Super 2023 dalam saingan LS19 secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : SABAH FC/SAB (1) - (5) JOHOR DARUL TA'ZIM/ JDT
Jafri Firdaus Chew 13'
Juan Muñiz 17'
 Bergson 62' (P), 62' 73'
 Heberty 48'

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.