Siaran Lansung Kuching City vs Sabah Piala Malaysia 2023 (R16-1)

Perlawanan terakhir dalam aksi pusingan 16 pertama Piala Malaysia 2023 bakal menyaksikan pertemuan antara pasukan Kuching City FC melawan pasukan Sabah FC pada hari Sabtu, 5 Ogos 2023, jam 8:15 malam bertempat di Stadium Negeri, Sarawak.

Kuching City FC vs Sabah FC

Pertemuan pertama Kuching City FC menentang Sabah FC dalam saingan Piala Malaysia 2023 akan berlansung sengit dimana pasukan kelompok teratas liga menentang pasukan terbawah liga. 

baca juga : Jadual piala Malaysia 2023

Kuching City FC dengan jurulatih baharu

Perlawanan menentang Sabah FC ini dalam kempen Piala Malaysia 2023 merupakan tugas pertama Ketua Jurulatih baharu Kuching City FC iaitu Aidil Sharin Sahak. Jurulatih yang berpengalaman dalam arena bola dan liga Malaysia.

Jurulatih Aidil Sharin sudah pasti akan merencanakan taktikal yang terbaik buat pasukan Kuching City bagi memenangi perlawanan ini di tempat sendiri.

Sabah FC perlu bersiap sedia

Kehadiran jurulatih Aidil Sharin dalam pasukan Kuching City akan memberikan cabaran buat pasukan Sabah FC. Pertembungan 'Borneo Derby' pasti akan berlansung sengit. Ketiadaan pemain tunggak pasukan seperti Sadil Ramdani, Cifuentes serta Darren Lok yang mengalami kecederaan sedikit sebanyak menganggu persiapan Sabah FC.

Akan tetapi jurulatih Ong Kim Swee telah mempersiapkan jentera Sabah untuk menggalas tugas dengan mempamerkan aksi yang terbaik semasa menentang pasukan Kuching City. Sabah FC cuba tidak dibolosi banyak gol dalam setiap perlawanan.

Siaran Langsung (Live Streaming) Kuching CityFC vs Sabah FC Piala Malaysia 2023 (R16-1)

Perlawanan antara pasukan Kuching City FC dan Sabah FC pada perlawanan pertama peringkat 16 pasukan saingan Piala Malaysia 2023 dijadualkan berlansung pada hari Sabtu, 5 Ogos 2023, jam 8:15 malam bertempat di Stadium Negeri, Kuching.

Penyokong di rumah boleh menonton perlawanan Kuching City FC vs Sabah FC secara siaran langsung menerusi saluran sukan 803 Astro Arena Bola dan Astro GO seawal jam 7:45 malam bermula dengan siaran pra rancangan perlawanan.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, tonton live streaming online di internet menerusi platform penstriman Sooka.

Siaran Lansung Kuching City vs Sabah Piala Malaysia 2023 R16-1

Kuching City FC vs SABAH FC

Venue : Stadium Negeri
Waktu siaran : Sabtu, 5 Ogos 2023, jam 8:15 malam
Siaran lansung : Astro Arena Bola (CH803)

Tiket perlawanan Kuching City FC vs Sabah FC

Tiket perlawanan antara pasukan Kuching City FC vs Sabah FC yang berlansung pada hari Sabtu, 5 Ogos 2023, jam 8:15 malam di Stadium Negeri boleh didapati di laman rasmi tickethotline.com.my.

Keputusan masa penuh Kuching City FC vs Sabah FC

Keputusan perlawanan antara Kuching City FC vs Sabah FC Piala Malaysia 2023 dalam saingan (R16-1) secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : KUC (0) - (3) SAB
Ramon 4' 7'
 Daniel Ting 15'

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.