Gadgets

Siaran Lansung Live Terengganu vs KL Rovers Piala Malaysia 2023 (R16-2)

Perlawanan ketiga aksi timbal balik pusingan 16 kedua Piala Malaysia menyaksikan pertemuan antara pasukan Terengganu FC menentang pasukan KL Rovers.

Terengganu FC vs KL Rovers FC

Skuad Sang Penyu akan melayani kunjungan pasukan KL Rovers dalam aksi kedua pusingan 16 Piala Malaysia 2023 bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada hari Jumaat, 18 Ogos 2023 jam 9:00 malam.

Aksi timbal balik ini merupakan pertemuan kedua antara pasukan Terengganu dan KL Rovers. Pada pusingan 16 pertama KL Rovers vs Terengganu, pasukan Terengganu berjaya menewaskan KL Rovers dengan 4 gol tanpa balasan.

Dengan bekalan agregat 4-0 akan memberikan laluan mudah buat pasukan Terengganu untuk mara ke peringkat suku akhir dengan hanya mempertahankan keputusan tersebut.

Selaku pasukan tuan rumah, KL Rovers perlu bangkit bagi menjaringkan lebih banyak gol untuk mengatasi agregat pasukan lawan.

Siaran Lansung Live Terengganu vs KL Rovers Piala Malaysia 2023 (R16-2)

Penyokong pasukan Terengganu dan KL Rovers di rumah boleh menyaksikan perlawanan ini secara lansung menerusi saluran 803, Astro Arena Bola dan live streaming online di internet menerusi Astro GO dan Sooka.

Tonton secara online menerusi platform Sooka seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra rancangan dengan langganan pas perlawanan berharga RM7.90.

TERENGGANU FC vs KL ROVERS FC

Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Waktu siaran : Jumaat, 18 Ogos 2023, jam 9:00 malam
Siaran lansung :  Astro Arena Bola (CH803)
Live streaming : Astro Go dan Sooka

Siaran Lansung Live Terengganu vs KL Rovers Piala Malaysia 2023 R16-2

Info Tiket Perlawanan Terengganu FC vs KL Rovers FC R16-2 Piala Malaysia 18 hb Ogos 2023

Tiket perlawanan Terengganu vs KL Rovers yang berlansung pada hari Jumaat, 18 Ogos 2023, jam 9:00 malam di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin boleh dapatkan di tickethotline.com.my.

Keputusan masa penuh Terengganu FC vs KL Rovers FC (R16-2)

Keputusan perlawanan antara Terengganu vs KL Rovers Piala Malaysia 2023 dalam saingan (R16-2) secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : TERENGGANU FC/ TER (3) - (0) KL ROVERS FC/ KL ROVERS
Norhakim 31' 89'
Liridon Krasniqi 71'

Dengan kemenangan 3-0 (Agregat Jaringan 7-0). Pasukan Terengganu FC berjaya ke peringkat Suku Akhir Piala Malaysia 2023, Tahniah!

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.