Responsive Ad Slot

Berjaya Turunkan Bounce Rate Bawah 10%

Sejak bertukar template blog baru ni ada banyak perubahan positif yang Fiza dapat kecuali satu je yang negatif nya iaitu traffik blog melalui dashboard blogger berkurang. Yang lain setakat ni memberikan kesan yang bagus terutamanya dari google analytics. Sebelum bertukar template, bounce rate blog Fiza lebih kurang 80.++ %. Sangatlah tidak bagus untuk kualiti blog sebab kalau boleh kurangkan bawah 40% . Dan apa yang Fiza tahu bawah 10% lagi terbaik.

Semakin kecil nilai bounce rate, semakin bagus kualiti blog
Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah bounce rate? Fiza pun bukan pakar untuk menjawab soalan tu. Apatah lagi nak bercakap panjang lebar pasal bounce rate. Setakat tahu beberapa maklumat penting hasil dari pembacaan dan berusaha untuk kecilkan nilai bounce rate. 

Apakah bounce rate?

Bounce rate adalah peratusan yang di kira dari pengunjung datang ke blog sehinggalah mereka keluar semula dari blog. Sebagai contoh, seorang pengunjung datang ke blog hanya membaca satu entry sahaja, selesai membaca terus tutup dan keluar dari blog tidak membaca entry yang lain yang terdapat dalam blog. 

Jika pengunjung suka dengan blog kita, dia akan baca entry yang menarik yang terdapat blog dan tidak hanya membaca satu entry. Dan bila keadaan ini berlaku, nilai peratusan bounce rate dapat dikecilkan dan sekaligus kualiti blog kita semakin bagus. Maksudnya orang suka baca apa yang kita tuliskan ataupun entry yang ditulis menarik perhatian pembaca.

Oleh sebab tu, ada beberapa cara untuk turunkan nilai bounce rate.
1. Letak related post/Link within di bawah setiap entry untuk menarik minat pembaca membaca entry yang berkaitan.
2. Letak Popular Posts di sidebar untuk menarik minat pembaca membaca entry yang popular.
3. Pilih template/design blog yang sesuai untuk pengunjung.
4. Loading blog laju lagilah pembaca suka. Kalau lambat loading, tiada pengunjung yang sanggup tunggu.
Ada cara lain juga untuk turunkan nilai bounce rate, tapi ini antara cara senang yang biasa blogger buat. Dalam masa yang sama, tingkatkan kualiti entry dan penulisan blog supaya pengunjung suka membaca dengan apa yang kita kongsikan/tuliskan. Jadi, bila mereka suka baca dah tentulah mereka akan membaca entry yang lain lain juga dalam blog kita. Ini juga adalah satu cara juga untuk turunkan nilai bounce rate. Semakin kecil nilainya bermakna pengunjung merasakan blog tersebut bermanfaat dan ia juga untuk mengetahui sejauh mana blog memberi kepuasan kepada pengunjung. Mesti kau orang nak pengunjung suka datang dan berpuas hati dengan blog kau orang. Betul tak?

Penting ke bounce rate untuk blog? Fiza dapati pendapat setiap blogger berbeza. Ada yang kata penting dan ada yang kata tidak. Apa yang dapat Fiza rumuskan, adalah :
  • Nilai bounce rate blog lebih penting daripada traffik blog.
  • Nilai bounce rate ini adalah data untuk mengetahui sejauh mana kualiti blog di mata pembaca/pengunjung blog. 

Kiraan Bounce Rate

Untuk mengetahui nilai bounce rate, kau orang boleh tengok melalui google analytics. Pastikan letak code google analytics dalam blog terlebih dahulu. Setelah itu, boleh lah semak prestasi blog melalui google analytics dan pantau nilai bounce rate blog masing-masing.

Alhamdulillah, nilai bounce rate terkecil yang pernah blog Fiza dapat setelah membuat beberapa perubahan dalam blog seperti yang Fiza dah beritahu tadi. Berjaya turunkan bounce rate bawah 10%. Kalau tak, punyalah susah nak turunkan daripada 80% sebelum ini. 

Dapatkan Template Blog Responsive dan Mesra SEO

Hai semua. Mood raya masih meriah untuk hari kedua ni. Tapi Fiza nak kongsikan cerita blog bukan cerita raya. Selepas hasil permerhatian Fiza, sekarang dah jadi trending blogger menggunakan template responsive dan mesra SEO download percuma atau beli dari internet. Kerja jadi mudah dengan hanya download dan install sahaja. Cuma perlu ada kerja sedikit untuk edit beberapa bahagian menggunakan coding dengan guide yang telah diberikan.

Apa yang nak Fiza kongsikan pada blogger semua adalah kau orang boleh dapatkan template blog responsive dan mesra SEO dengan harga yang murah seperti dalam gambar. Fiza pun dah berjaya beli satu. Sebelum ni Fiza mengalami masalah untuk beli template dari laman web tersebut disebabkan masalah akaun paypal dan masalah menggunakan kad kredit. Setelah berinteraksi dengan mereka yang terlibat di website tersebut, akhirnya Fiza berjaya buat pembelian template.

Kenapa Fiza kongsikan di sini, sebabnya sebelum ni ada beberapa blogger nak Fiza belikan dan edit untuk blog mereka tapi tak kesampaian atas masalah pembayaran yang Fiza cerita tadi. Jadi, bila Fiza dah boleh beli Fiza nak tawarkan kepada mereka yang berminat untuk membeli template responsive dan mesra SEO dengan harga murah berserta pakej install, edit dan simple header (Tulisan sahaja) boleh contact Fiza untuk berbincang lebih lanjut.



Harga template seperti yang ada dalam website. Harga tambahan akan di kenakan untuk editing dan design simple header. Untuk beli melalui etsy ni hanya menggunakan akaun paypal dan kad kredit. Jadi, untuk mereka yang tiada kedua-duanya boleh beli template tersebut melalui Fiza. Jika berminat boleh contact Fiza dan Fiza akan berikan link untuk kau orang pilih design dan proceed order. Tempahan akan di buka selepas cuti raya tapi kalau nak booking slot awal boleh je. Jadi, lepas balik cuti raya boleh terus buat. Fiza akan ambil tempahan sikit mungkin disebabkan lepas cuti raya mesti nak sambung beraya lagi kan. 
Template Blog Responsive bermaksud template yang dapat menyesuaikan tampilan blog secara automatik dengan baik samada melalui komputer atau smartphone. Atau erti kata yang lebih senang faham layout blog akan automatik selaras dengan lebar skrin.
SEO pula adalah merujuk kepada Search Engine Optimization.

Tengok TV Atau Pergi Beraya

Siapa yang tak teruja kalau sambut hari raya. Semua orang seronok nak sambut hari raya tak kira usia. Walaupun ada yang bersedih nak sambut hari raya tapi tetap ada rasa sekelumit rasa gembira menyambutnya. Betul tak? Hari raya mestilah disambut dengan gembira. Tiada yang baru tidak mengapa, yang penting sambutan kemenangan setelah berpuasa sebulan. Eh, lepas tu jangan lupa sambung puasa enam pula. Lagi bertambah pahala dan ganjarannya. Tak nak ke?

Bila raya tiba, tak semua orang seronok untuk pergi beraya kan. Ada yang suka duduk rumah tengok TV je. Almaklumlah banyak rancangan menarik musim raya ni. Hari-hari ada cerita best. Tapi dok ulang cerita yang sama dari tahun-tahun sudah. Pun bosan juga. Tapi kalau dah sejenis tak suka pergi beraya, tak kan nak paksa pula. Sebenarnya situasi macam ni bergantung pada usia kita sebenarnya.

Zaman Kanak-Kanak

Kita imbas kembali zaman beraya masa kanak-kanak. Mana pernah lekat duduk rumah tengok TV. Dari pagi sampailah ke petang. Beraya sakan satu kampung sambil mengumpul duit raya. Waktu malam baru ada masa nak tengok TV. Itupun kalau tak terlelap awal.

Zaman Remaja

Beraya zaman remaja masih lagi terasa kesoronokan beraya. Mana yang kawan-kawan ada kereta tu, konvoi ramai-ramai datang beraya. Memang meriah raya boleh sampai beraya rumah kawan yang jauh-jauh tu siap ada jadual beraya lagi sampailah nak habis raya. Kawan yang datang rumah ramai-ramai sampai kecoh satu rumah. Seronok bila teringat semula zaman ni.

Zaman Dewasa Bujang

Bila dah bekerja dan masih bujang, rasa macam dah kurang kawan sebab ada ramai kawan-kawan dah berkahwin tak boleh nak beraya ramai-ramai lagi macam zaman remaja. Masa ni lah rasa malas nak pergi beraya, rasa nak duduk di rumah sepanjang hari menunggu tetamu datang. Saudara mara datang pun rasa nak terperuk dalam bilik je. Tak sanggup nak menjawab soalan " Bila nak kahwin?". Tapi zaman ni takde lah tak beraya lansung. Masih beraya juga dengan kawan-kawan yang masih bujang tapi boleh di kira lah beraya berapa rumah je. Nak beraya dengan mereka yang dah berkahwin macam tak syok juga kan. Mereka juga ada rancangan raya masing-masing. Jadi, lebih banyak duduk rumah dan tengok TV je lah.

Zaman Berkahwin

Bila dah berkahwin lagilah seronok raya sebab ada 2 keluarga 2 kampung. Giliran kampung mana raya dulu, kena pandai-pandai bawa berbincang lah ye. Yang kampung dekat-dekat memang untunglah. Yang jauh tu, kena pandai merancang untuk balik kedua-dua kampung. Wajib lah balik dua-dua kampung. Kesian mak ayah tunggu di kampung menunggu kepulangan anak-anak mereka. Masa rayalah masa untuk berkumpul anak beranak.

Berbalik kepada topik, zaman berkahwin ni agak ligat pergi beraya. Nak tengok TV memang takde masa lansung lah kecuali masa berehat sebelum itu. Mana taknya, bila dah berkahwin lagi bertambah rumah saudara mara yang perlu pergi beraya bersama keluarga. Selain itu, bila dah berdua dah ada geng  barulah rajin juga pergi beraya di rumah kawan-kawan lain yang dah lama tak berjumpa. Cuma tak syoknya ada soalan " Belum ada anak lagi ke?".

Zaman Ada Anak-Anak

Yang ada anak-anak ni lagilah meriahnya raya. Seronok bawa anak-anak beraya sakan di rumah saudara mara dan kawan-kawan. Jaranglah kot ada masa nak tengok TV. Zaman ni Fiza belum lalui, jadi tak boleh explain lebih-lebih.

Setiap zaman, berbeza mood raya masing-masing kan. Kadang-kadang rajin nak pergi beraya, kadang-kadang malas yang amat memang nak duduk tengok TV di rumah je. Tapi ada juga sejenis manusia yang zaman mana pun mood dia tetap sama bila tiba hari raya. Mood malas nak beraya nak duduk rumah je.

Juadah Raya 1 Syawal

Masa yang ditunggu-tunggu untuk makan pelbagai juadah raya di 1 Syawal a.k.a Raya Pertama. Raya pertama kebiasaanya menu yang ada semua meriah-meriah dan sedap yang takde hari raya kedua dan ketiga melainkan tak habis dan panaskan untuk esoknya. Pada raya pertama ni lah kau orang akan jumpa dengan pelbagai menu utama yang berbeza di setiap tempat. Tapi ketupat lemang dan rendang menu biasa yang ada setiap tempat. Cuma versi lain-lain mengikut tempat.

Juadah Raya di Kuala Pilah

Rendang Ayam Daun Puding

Rata-rata orang kampung pilah mesti ada masak rendang ayam daun puding ni. Pertama kali Fiza rasa sejak sambut raya di Pilah selepas kahwin, terus jatuh cinta dengan rasa ayam rendang daun puding ni. Pada mulanya agak pelik juga di campurkan dengan daun puding. Tapi bila dah rasa, sedapnya lain macam. Masakan mak-mak mestilah sedap. Cuba Fiza yang masak, tak sama dengan mak mertua masak.

Ayam Masak Gulai

Selain ayam rendang daun puding, mesti ada ayam masak gulai. Perlu juga ada lauk berkuah untuk pilihan mereka yang suka lauk berkuah terutamanya husband Fiza.

Rendang Daging

Asyik ayam, ayam dan ayam. Rendang daging pun ada juga mak mertua masak di hari raya pertama tapi biasanya masak sikit je la sebab permintaan lauk ayam lagi tinggi daripada lauk daging. Hehe...

Ketupat

Kalau rajin dan ada daun kelapa, adalah ketupat di hari raya pertama. Paling tidak pun ada pemberian dari orang lain.

Puding Laici

Untuk pencuci mulut, mak mertua Fiza tak pernah lupa nak buat puding laici. Ada lebih mak mertua akan bekalkan untuk Fiza bawa balik kampung Segamat.

Kredit foto : norafizasyakilla.blogspot.my

Juadah Raya di Segamat

Lemang

Kalau di kampung Fiza of course lah wajib ada dan makan lemang sebagai menu utama. Masa raya je dapat makan lemang yang abah buat sendiri. Puas hati dapat makan lemang abah buat. Tak pernah tak sedap.

Rendang Daging Kerbau

Mak Fiza memang suka makan daging kerbau. Biasanya akan tumbangkan sekor kerbau dan bahagian-bahagiannya dikongsikan anak beranak dan juga sedara mara yang dah booking awal. Daging kerbau buat masak rendang atau gulai. Memang sedap sebab kurang lemak.

Nasi impit

Beraya di segamat dari kecil jarang sekali ada ketupat. Mungkin sebab dah ada lemang. Mak lebih senang buat nasi impit je sebab takde orang nak menganyam ketupat pun.

Kuah Kacang

Dah ada nasi impit, of course kena ada kuah kacang baru sedap makan. Kalau ada kuah lodeh @ lontong lagi sedap rasanya kan.

Kat tempat kau orang apa yang disajikan di hari raya pertama? Rasa teringin nak makan macam-macam raya pertama ni. Teringin nak makan lontong, soto dan menu yang rare sikit. Harap-harap dapat lah. Bukan senang nak dapat macam-macam dalam masa satu hari kan.

Rutin 1 Syawal Sihatimerahjambu Berhari Raya

Selamat Hari RayaSalam 1 Syawal. For sure hari ni tak kan pernah lekang mulut mengucapkan selamat hari raya pada semua orang setiap kali beraya atau menyambut tetamu datang. Teruja sungguh setiap kali sambut raya. Ye lah, hari raya mestilah meriah dan gembira kan. Rutin raya 1 syawal Fiza macam biasa sambut raya di kampung husband dulu di Kuala Pilah dan petangnya baru sambut di Segamat. Syukur kampung kami orang dekat-dekat.

Sembahyang Raya

Tak lengkap raya kalau tak menunaikan sembahyang raya. Biasanya selepas sarapan, kami sekeluarga akan gerak ke masjid untuk menunaikan sembahyang raya. Masjid tak berapa jauh sebenarnya tapi kalau jalan kaki agak becak juga ketiak sesampai di masjid. Jadi lebih mudah naik kereta sebab kalau jalan kaki pun mahu dalam 15-30 minit baru sampai. Lebih dekat kalau naik kereta gitu. 

Bersalaman dan Bergambar

Balik dari masjid, of course lah ada tradisi bersalaman peluk cium dan bermaafan sesama ahli keluarga. Bergambar tu wajib ye. Wajib bergambar sebagai kenangan. Lepas tu akan bersantap kembali dengan hidangan juadah raya. Aktiviti ni semua orang mesti buat kan. Betul tak? Kalau tak bergambar ramai-ramai selfie sakan pun jadilah terutamanya yang beraya diperantauan atau sedang bekerja tak dapat cuti raya.

Beraya di Rumah Uwan

Dah makan dan berehat, seterusnya akan pergi beraya di rumah uwan sebelah abah mertua di Kuala Pilah juga. Rumah uwan sentiasa ramai orang sebab semuanya akan balik beraya di rumah uwan. Macam biasa bila beraya rumah wan memang agak lama memandangkan masing-masing pun bukan selalu dapat berkumpul bersembang bersama sedara mara mana pernah habis. Ada je topik yang nak dibualkan. Adatlah tu. Budak-budak kecik pula seronok ada kawan ramai boleh bermain dan dapat duit raya. Keletah dorang pun tambah meriahkan raya.

Balik Kampung Segamat

Petangnya, Fiza gerak balik kampung Segamat. Sesampai di segamat selalunya dah petang. Jadi, tak beraya sangat di segamat untuk hari raya pertama ni cuma bersalaman dengan mak abah dan keluarga. Tak lupa juga ambil gambar sakan. Kalau sempat baru beraya rumah sedara mara. Tapi biasanya jarang dapat beraya di Segamat hari raya pertama sebabnya sampai kampung je dah penat. Okay, bersambung untuk raya kedua esok yang pastinya masih lagi meriah.
Persoalan : Macamana dengan raya pertama kau orang? Raya di mana?

Esok Hari Raya

Hari ni hari sabtu dan esok hari raya. yeay! Confirmlah ramai yang dah sampai kampung sejak petang semalam sebab esok hari raya. Ke ada yang dah bercuti awal dari semalam? Untunglah dah sampai kampung awal. Semangat raya lebih berkobar-kobar kalau dah sampai kampung tu. Bila esok hari nak raya, hari ni masing-masing super sibuk siapkan pelbagai persiapan akhir untuk hari raya esok.

Rasa tak sabar nak makan ketupat, lemang, rendang, kuah kacang, kuah lodeh dan semua kuih raya yang ada. Bukan selalu dapat makan semua ni kalau bukan musim raya. Jadi, bila raya tiba haruslah pulun apa yang ada. Bukan bedal makan semua tapi merasa sikit-sikit apa yang ada. Lagi-lagi masakan mak-mak kita yang sedap. Memang syok makan sampai tak pandang kiri kanan bila makan.



Selain tak sabar nak makan juadah hari raya semua tu. Tak sabar juga nak bergaya dengan baju raya baru dan berhari raya jumpa saudara mara dan kawan-kawan. Meriahnya raya bila semua keluarga berkumpul. Inilah seronoknya bila hari raya. Barulah meriahnya raya. Masa ni lah nak bersembang kisah-kisah lama yang mengembalikan nostalgia. Itu yang buat lagi seronok tu. Tapi paling tak suka bila yang bertanya soalan cepu emas. Well, kalau orang tanya just berikan senyuman yang paling manis dah cukup. Okay? Tak perlu tarik muka masam walaupun hati sakit teruk. Anggap je soalan tu macam soalan biasa ja sebab takde topik nak menyembang. Dan kau orang pun elakkan bertanya soalan cepu emas kepada mereka yang tertentu ye.
Sempena hari raya yang bakal tiba ni, Fiza nak ucapkan selamat hari raya untuk semua umat islam yang menyambut hari raya aidilfitri esok. Fiza nak minta maaf juga jika ada salah dan silap Fiza pada kalian semua. Mana tahu ada tersilap kata tersilap tulis yang membuatkan kau orang terasa tanpa sengaja. Semoga kau orang semua enjoy berhari raya. 
Raya pertama Fiza akan beraya di Kuala Pilah dan juga Segamat. Siapa #teamrayapilah #teamrayasegamat kita geng! Kau orang beraya di mana? 

Adab Beraya di Rumah Orang

Mesti hari ni semua orang super sibuk siapkan persiapan raya esok. Tak jengah dah blog masing-masing. Selain sibuk dengan persiapan raya esok, mesti sibuk juga upload gambar di media sosial. Betul tak kau orang? Tiba-tiba tak sabar nak berhari raya esok. Nak berkumpul ramai-ramai dan makan segala  menu raya yang sedap-sedap. Haishhh rasa terliur sudah bila sebut menu raya. Sabar, sabar tunggu esok ye.

Teruja macam mana pun sambut raya, adab beraya di rumah orang kena jaga juga. Bukan main terjah je bila nak datang beraya. Takde istilah surprise tuan rumah ye. Lainlah kalau dah terbiasa jadi rutin datang rumah sedara pada waktu-waktu tertentu. Antara adab-adab beraya yang perlu kau orang ingat :

1. Beraya pada waktu yang sesuai

Penting sangat beraya pada waktu yang sesuai. Paling tak berapa gemar kalau tetamu datang waktu maghrib atau tak balik-balik sampai tengah malam. Agak-agak lah kan kalau datang waktu maghrib tuan rumah nak berehat dan menunaikan solat  maghrib yang tempoh masanya tak berapa panjang tu.

Elakkan beraya sampai lewat malam, tuan rumah pun penat nak berehat dan nak tidur. Nak sambung sembang, sila sambung kat kedai kopi esok-esok.

Jika ada tetamu lain ketika datang beraya, datang beraya di lain masa kalau perjalanan dekat. Takut-takut nanti tuan rumah sibuk tak dapat nak melayan semua tetamu yang hadir dengan adil. Dan kalau tetamu yang agak-agak dah lama beraya tu nampak tetamu lain datang, sila-silalah angkat kaki ye. Risau juga kalau ada tetamu yang datang berkecil hati sekiranya tak di layan dengan elok. 

Waktu makan tengahari juga tak sesuai sebenarnya untuk beraya. Tiba-tiba tengah menjamu selera makan tengahari, tetamu datang pula. Kalau tak di pelawa segan pula. Nak di pelawa, hidangan cukup-cukup untuk keluarga je. Dah rasa serba salah pula kan. Lainlah kalau kau orag di jemput untuk datang tengahari makan bersama. Tapi kadang-kadang rezeki tetamu yang datang dapatlah makan goreng ke, bihun goreng ke.  Jangan kita sebagai tetamu ni meminta-minta pula.

2. Makan Sebelum Beraya

Nak pergi beraya ke rumah orang, latih diri untuk makan dahulu sebelum beraya. Pergi beraya bukan nak makan besar kat rumah orang ye. Jangan expect yang tuan rumah akan hidangkan kau orang makanan yang banyak. Tak semua rumah ada masak nasi, ketupat, lemang semua tu. Jangan kecewa kalau tuan rumah hanya hidangkan kuih je. Berlaparlah kau orang nanti. Yang ada anak kecil pun, beri makan pada mereka dulu dan sediakan bekal. Takut-takut nanti meragam kalau lambat makan atau lapar. Tak kan nak susahkan tuan rumah sediakan makanan mengikut apa yang anak kita nak.

3. Menjaga Tingkah Laku 

Datang beraya rumah orang jangan buat macam rumah sendiri pula. Masuk-masuk terus capai makanan yang ada tanpa dipelawa. Apalah salahnya bertanya khabar dan bersembang dulu dengan tuan rumah. Bila tuan rumah dah pelawa makan, baru lah makan.

4. Beringat Ketika Makan

Makanlah dengan sopan santun jangan buat macam makan di rumah sendiri. Makan sekadar perlu, jangan sampai makan tak ingat orang lain nak makan juga. Jangan makan macam orang kebulur. Sebab tu di ingatkan, makan sikit di rumah sebelum beraya di rumah orang. Kalau makan kuih pun, sekalipun kuih tu sedap jangan pulun hadap sorang sebalang. Berpada-pada ketika makan di rumah orang. Entah-entah kat rumah tu ada sebalang je kuih raya tu, sudahnya habis terus tetamu lain tak merasa. Cukuplah sekadar merasa. Faham?

5. Jaga Percakapan

Percakapan juga perlu di jaga ye kakak-kakak makcik makcik semua. Jangan masuk rumah orang, kau orang komplen dekorasi rumah orang. Langsir warna tak cantiklah, perabot ni tak sesuai lah dan macam-macam lagi yang tak sedap didengar oleh tuan rumah. Itu kan rumah dia, yang kau orang sibuk nak cakap itu ini dah kenapa? Walaupun kenalan rapat atau keluarga sekalipun. Hati tuan rumah perlu di jaga juga kan. Kata datang beraya nak bermaafan juga, kenapa perlu sakitkan hati orang lain. Ye tak? Nak bergurau pun biarlah kena masa dan tempatnya. Takut ada kata-kata yang buat sesama kita terasa pula. Bersembang pun biarlah perkara-perkara yang elok.

6. Elakkan Bergossip

Ini penting ni. Mentang-mentanglah dah lama tak berjumpa, sekali berjumpa macam-macam gossip dikeluarkan. Dah tambah dosa mengumpat pula. Tapi kalau tak bergossip macam tak best pulak kan. Sila cari topik yang sesuai untuk bersembang. That's all.

7. Bantu Tuan Rumah

Jika tuan rumah tinggal sorang, ringankan tangan bantulah tuan rumah sediakan apa yang perlu untuk melayan kita tetamu yang ramai datang beraya. Kesian tuan rumah bertungkus lumus sorang-sorang nak menjamu kita. Lagi-lagi kalau tuan rumah yang telah berusia. Tentu kurang larat nak siapkan semuanya dalam masa yang cepat. Kalau dah makan, basuh pinggan untuk ringankan beban tuan rumah. Kesian kalau kita balik nanti, pinggan bertimbun dalam sinki siapa nak basuh dalam keadaan sorang-sorang tu. Basuh pinggan sikit pun dah memadai dan mengurangkan beban mereka. Mana tahu, tak sempat cuci pinggan lagi tetamu lain pula datang.

8. Pantau Anak-Anak

Jika ada anak kecil, pantaulah anak-anak sebaiknya. Jangan biarkan dia usik barangan tuan rumah, makan bersepah dan berlari-lari. Kalau barang rosak, satu kerja pula nak mengganti. Jika anak masih kecil, jangan biarkan dia makan sendiri. Suaplah mereka supaya tak bersepah. Jenuh juga tuan rumah nak mengemas dan menyapu nanti. Kalau air tumpah, kuah tumpah jadi satu kerja pula tuan rumah nak mengelap. Pantau selagi boleh jangan tak pantau lansung. Didik anak adab bila pergi ke rumah orang.

Jadilah budak baik macam Akiffe ni

9. Jangan Hadap Handphone Je

Tahulah zaman sekarang zaman melekat dengan handphone je. Apalah salahnya lupakan seketika masa bersama handphone tu dan ambil masa  meluangkan masa dengan tuan rumah. Bukannya selalu berjumpa dan dapat bersembang. Nak ambil gambar pun kena beringat. Ini rumah orang kenalah behave sikit ye. Jangan kau bantai selfie sepanjang beraya. Semak juga tuan rumah memandang. Lagi satu jangan meminta-minta password wi-fi. Nyampah!

10. Bersalaman dan Bermaafan

Last but not least, bersalaman dan bermaafan lah sesama kita. Lupakan kisah dendam. Buka buku baru untuk hidup yang lebih tenang. Hari raya hari untuk kita bergembira dan mengeratkan silaturahim. Bersalam pun kena tengok-tengok juga mana yang muhrim mana yang tidak.

Cukuplah 10 je Fiza berikan. Kau orang pun mungkin merasakan benda yang sama macam yang Fiza fikirkan dan mungkin ada yang tak setuju dengan apa yang Fiza kongsikan ini. Apapun mana yang kita boleh elakkan, kita elakkan demi menjaga hubungan baik kita sesama manusia. Kalau ada yang kau orang nak tambah, yang tak puas hati. Sila komen di kotak komen ye. Selamat hadam adab-adab beraya dan selamat berhari semua.

Persiapan Akhir Menjelang Hari Raya

Hari raya nak dekat dah ni oii. Mesti kau orang dah tak sabar-sabar nak tunggu habis kerja nak berdesup balik kampung bercuti hari raya. Betul tak? Hati dah meronta-ronta mengira jam" Bilalah nak balik ni?". Bawa-bawa bersabar dan bertenang ye. Kalau balik kampung terus lepas waktu kerja ni, Fiza confirm kau orang akan hadap jammed teruk atas jalan raya. Di jangkakan traffik jalan raya super sesak 22 Jun dan 23 Jun. Eloklah kau orang rancang perjalanan balik kampung mengikut masa yang terbaik supaya tak buang masa atas jalan hadap jammed dan supaya kau orang tak penat serta menghadapi stress. Satu lagi nak pesan, tak payah nak bawa laju sangat. Biar lambat asal selamat. Kampung kau orang tak lari ke mana pun.

Selain traffik jalan raya sesak, semua kedai, butik, bazaar dan kedai-kedai yang berkaitan dengan persiapan raya juga gerenti sesak dengan orang ramai yang membeli untuk persiapan akhir menjelang hari raya. Masa ni lah dapatlah kau orang beli baju raya jual murah-murah, kuih raya murah-murah dan masa ni juga stok barang dapur pun banyak dah habis. Untuk barang dapur memang kena beli awal pagi, kalau beli petang-petang memang takde lah jawabnya. Macamana persiapan akhir Fiza untuk raya ni biasa-biasa je persiapannya.

Baju Raya

Persiapan yang paling penting sekali baju raya. Baju raya Fiza dah beli awal bulan puasa hari tu. Baju husband baru sempat beli 2 hari lepas. Syukur dapat warna sedondon lebih kurang. Baju melayu tak leceh sangat nak mencari sebab baju lelaki tak banyak fesyen macam baju perempuan. Sebab tu baju Fiza beli online je lebih mudah. Settle sepersalinan baju suami isteri. Cuma isteri lebih sikit ada handbag dan kasut raya baru tahun ni.

Duit Raya

Duit raya jangan di lupakan juga untuk mak abah, mak abah mertua, uwan uwan sebelah husband dan juga untuk anak-anak buah. Masih mengekalkan penggunaan sampul duit raya hipster buatan sendiri.

Kuih Raya

Tahun ni macam kurang sikit aura nak buat kuih raya. Memandangkan kurang beraya di rumah dan tetamu pun boleh di kira setiap tahun. Tetamu datang pun kami sediakan makanan berat. Jadi, kuih raya tu makan sendiri je habiskan. Tahun ni beli sikit je la kerepek dan kuih sikit untuk bekalan di rumah. Selebihnya bawa balik kampung je.

Rumah Raya

Disebabkan tak beraya di rumah awal raya ni. Jadi, sesi mengemas rumah sempena raya akan di jalankan selepas balik raya dari kampung untuk peringkat kedua. Peringkat pertama dah selesai dah kemas biasa-biasa je.

Hidangan Raya

Memandangkan beraya di kampung. Jadinya semua persiapan juadah raya di kampung aje. Biasanya mak mertua akan masak rendang ayam campur daun puding versi orang pilah untuk hidangan pagi raya pertama. Itu yang paling sodap tu. Petang raya Fiza dah berada di kampung Segamat for sure ada hidangan lemang dan rendang daging. Jadi, memasak hidangan raya ni Fiza tolong makan je.

Selesai semua benda. Masa untuk mengemas baju pula. Bab paling malas nak buat bila nak travel. Rasa nak bawa satu almari je senang. Walau teruja mana pun nak balik beraya tetap ada sedikit malas nak mengemas baju tu. kan?

Tiba-Tiba Earnings Nuffnang Mencanak Naik

Kali terakhir Fiza keluarkan iklan nuffnang daripada blog Fiza beberapa bulan lepas gara-gara earnings Nuffnang yang sendu dan juga disebabkan untuk apply google adsense. Kalau tak silap dalam 2-3 bulan lepas. Dalam tempoh tu juga, Fiza ada dengar juga ura-ura mengatakan Nuffnang bakal ditutup dan ada masalah nilai earnings berubah² yang dihadapi oleh beberapa orang blogger. Betul ke tidak Fiza tak pasti lah. Malas nak menyelidik disebabkan masa tu tak letak iklan Nuffnang dah, jadi tak ambil kisah tentang itu.

Sempat juga menjengah earnings Nuffnang sebelum berlalu pergi. Masa tu earnings yang ada cuma dalam RM7.++ tak silap. Memang tak lepas nak cashout buat kali terakhir. Nak tunggu dan kumpul untuk cashout akan datang pun tak tahu ambil berapa lama memandangkan kenaikan earnings Nuffnang setiap hari tak berapa nak bagus. Nak kumpul RM1.00 seminggu pun payah. Fiza fikir, takpelah tak perlu teruskan dan burn je nilai yang ada tu. Merajuk teruk dengan Nuffnang ni. Pendek kata, dah malas nak berharap. Menunggu pun macam tak berhasil gitu. Akhirnya disebabkan itu juga Fiza terpaksa lepaskan Nuffnang sehinggalah Fiza jengah balik baru-baru ni saja untuk tengok-tengok kononnya.

Agak terkejut tengok akaun Nuffnang sebabnya earnings Fiza mencanak naik dari yang sebelum ni. Yang peliknya Fiza tak letak iklan pun sepanjang Fiza tinggalkan Nuffnang. Tapi kenapa tiba-tiba earnings muncul??? Persoalan di situ. Traffik pun angka 0 kot. Mana datang earnings yang banyak tiba-tiba datang tu. Saja nak memujuk kita ke apa ni? Ke tersilap?

Untuk pertama kalinya Fiza expose earnings yang Fiza dapat. Ye lah, untuk buktikan yang tiba-tiba earnings naik tanpa di duga tanpa meletakkan iklan di blog. Hairan juga Fiza. Nak happy ke tidak entah? Disebabkan dah ada earnings yang boleh cashout tu, makanya Fiza cashout terus. Nak kumpul pun tak letak iklan Nuffnang lagi. Selamat sudah Fiza cashout. Nak tahu betul ke tidak, tunggu je la cheque Nuffnang sampai tadi. Kalau betul nilai tu dan memang rezeki Fiza, maka akan sampailah nanti. Nuffnang saja nak bagi duit raya agaknya.
Your earnings request has been successfully submitted. Please allow 30 days from the end of the month for your payment to be processed and sent. You will receive an email when your cashout has been processed. If you do not get your cheque within one month after receiving that confirmation email, kindly notify us, as cheques are only valid up to six months.

Ada Apa Dengan Malam 7 Likur

Bila hari raya semakin dekat, mulalah lagu raya berkumandang di radio dan TV. Tak lupa juga kerap muncul di dinding-dinding facebook. Masa lagu raya muncul juga, masa itu lah mood raya tiba-tiba datang. Mulalah sibuk buat persiapan raya apa yang belum di siapkan lagi. Tak kurang meriahnya mengemas rumah dan menghias rumah dengan pelita dan lampu kelip-kelip. Wahh meriahnya raya masing-masing. Mesti hati dah meronta-ronta nak balik kampung.

Suasana kampung lagi meriah bila tiba musim raya ni. Orang kampung biasanya akan memasang pelita untuk menyinari malam-malam ramadhan menjelang hari raya. Back to tradisional dan mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak beraya di kampung. Mungkin ada yang telah berubah dengan hanya memasang lampu kelip-kelip lebih mudah tak perlu nak isi minyak dan menyalakan api.

Malam 7 Likur

Memasang pelita pada malam hari bulan Ramadhan selalu di kaitkan dengan malam 7 likur di mana malam 7 likur ni adalah tradisi warisan orang  melayu lama memasang pelita 10 hari terakhir sebelum sambutan hari raya aidilfirti bertujuan untuk memeriahkan suasana hari raya. Tiada kaitan lansung dengan Malam Lailatul Qadar dan istilah 7 Likur itu sendiri tidak ada di dalam ajaran islam.
Malam 7 Likur

Kalau di tanya pada Fiza, Fiza lebih sukakan suasana sinaran lampu pelita daripada lampu kelip-kelip sebab bila memasang pelita ni semangat nak berhari raya tu lain macam syoknya. Zaman sekarang pelita dah siap-siap di jual dengan kayu. Hanya perlu cucuk di tanah je. Masukkan minyak dan nyalakan api. Sebatang kalau tak silap Fiza di jual dalam harga RM3, pernah nampak ada jual di Pasaraya Giant pelita macam dalam gambar di atas. 

Lampu pelita dalam gambar di atas pun entah ke mana di simpan kat kampung. Sekarang ni guna lampu kelip-kelip je letakkan di sekeliling depan rumah. Rindu nak pasang pelita macam dulu-dulu. Semakin lama semakin tak nampak orang kampung pasang pelita. Yang ada pun beberapa buah rumah je. Ada juga sesetengah tempat mengadakan pertandingan pelita panjut. For sure lebih meriah suasana raya mereka tu. Walau macamana sambutan pun, tetap bergembira menyambut hari raya. Hari raya kan hari untuk kita bergembira. Jangan sedih-sedih ye.


Tunaikan Zakat Fitrah

Dah bayar zakat fitrah ke belum kau orang semua? Kalau belum lagi, cepat-cepat lah tunaikan zakat fitrah sebelum habis waktunya. Jangan lupa letak peringatan supaya tidak terlepas menunaikan tanggungjawab kita sebagai orang Islam untuk membayar zakat. Alhamdulillah, husband dah tunaikan bayar zakat untuk kami berdua. Risau betul takut-takut terlupa juga. Bila dah settle, boleh rasa senang hati dah.

Zakat fitrah
Zakat Fitrah juga disebut zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadhan, dan zakat Fitri . Zakat fitrah merupakan kewajipan fardhu ain untuk umat islam. Pembayaran zakat fitrah boleh dibayar pada bulan Ramadhan bermula 1 Ramadhan sehingga 1 Syawall sebelum solat sunat hari raya Aidilfitri. Zakat fitrah bertujuan sebagai pembersih diri untuk orang yang berpuasa daripada perbuatan keji dan kotor. Zakat yang dibayar diberikan kepada orang asnaf yang memerlukan dalam membuat persiapan raya mereka.

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2017

NoNegeriTahun 2017 (RM)Tahun 2016 (RM)Tahun 2015 (RM)
1Perlis776.5
2Kedah777
3Pulau Pinang777
4Perak777
5Selangor777
6Negeri Sembilan6.56.56.5
7Melaka6.76.76.7
8Johor76.00/8.00*5.00/8.00*
9Pahang777
10Terengganu77.60 / 7.00 / 4.50*7.40/6.80/4.60*
11Kelantan777
12Sarawak777
13Sabah777
14(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan777

Kadar bayaran zakat fitrah berbeza mengikut zon tempat/jenis beras yang digunakan. Untuk kadar zakat negeri sembilan masih sama seperti tahun sebelumnya. Zakat fitrah boleh dibayar kepada amil-amil yang telah dilantik oleh Majlis Agama Islam negeri masing-masing. Kalau masih sibuk takde masa nak pergi ke tempat-tempat yang disediakan. Boleh bayar zakat secara online. Zaman dah canggih kan, semuanya di hujung jari je. Tiada alasan lagi nak kata lupa atau tak sempat dengan adanya pembayaran zakat secara online, kerja jadi lebih mudah sepatutnya. Betul tak?

Jadi jalankan tanggungjawab kita sebagai orang yang mampu. Hukum membayar zakat fitrah itu wajib atas setiap umat islam.

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah

1. Waktu Harus – bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.
2. Waktu Wajib – selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.
3. Waktu Afdhal – selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan
sembahyang sunat Aidil Fitri.
4. Waktu Makruh – selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.
5. Waktu Haram – selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.

Cendawan Busut Masak Air

Salah satu menu masakan lauk kampung yang saya suka adalah cendawan busut masak air. Cendawan busut ni payah nak dapat kecuali pada musim hujan. 

Biasanya cendawan busut tumbuh liar di kawasan kebun getah dan sawit. Rezeki saya berbuka puasa di kampung hari tu dapat makan cendawan busut yang rare ni.

Cendawan busut akan tumbuh  selepas hujan dalam cuaca agak lembab dan ada busut dari koloni anai-anai berdekatan. Kebanyakkannya cendawan busut ni tumbuh di atas busut anai-anai atau sekitarnya dan menghasilkan bau atau aroma yang kuat. Sebab itulah di panggil cendawan busut.

Biasanya kalau dapat cendawan busut di kebun, mak akan masak air je. Lebih sedap dan lebih original rasa cendawan tu. Kalu hirup kuahnya memang berasa rasa cendawan tu. Siapa duduk kampung dan pernah rasa cendawan busut ni, tahulah rasa sedap dia macamana.



Kena hati-hati juga nak makan cendawan busut ni disebabkan ianya tumbuh meliar tanpa jagaan rapi dan tanpa racun ada kalanya terdapat ulat-ulat kecil dalam cendawan ni. Jadi, kena basuh bersih-bersih sebelum memasak.

Cendawan busut ni rasanya manis, lembut dan bau wangi bila masak. Kalau hadap sorang ni boleh habis macam makan sup cendawan.

Untuk tidak menghilangkan rasa sebenar cendawan busut ni, cara masak mak saya cuma didihkan air secukupnya dalam periuk bersama  daun kunyit, garam dan cili merah besar yang telah dipotong. Cili tu optional kalau nak ada rasa pedas sikit.

Bila air dah mendidih masukkan cendawan busut yang telah di basuh bersih. Biarkan masak dan siap untuk di makan. Itulah cara tradisional orang zaman dulu memasak. Mudah dan sedap.

Seronok kalau musim hujan dapat makan selalu. Tapi tak selalu sangat sebab cendawan ni tumbuh secara berkelompok di satu tempat je. Kalau ada orang jual di pasar pun, gerenti mahal sebab cendawan busut ni antara spesis cendawan yang bermusim dan sukar di cari. 

Sekali dapat makan, memang rasa tak cukup. Ratah gitu macam makan sup pun sedap!

reCAPTCHA I'm not a robot Menyusahkan Untuk Komen di Blog

Salah satu sebab kenapa jarang berblogwalking dan komen adalah disebabkan munculnya reCAPTCHA I'm not a robot yang menyusahkan untuk komen di blog kalau kita banyak komen di sesebuah blog. Agak leceh nak verify setiap gambar tu kan. ReCAPTCHA ni upgrade daripada CAPTCHA yang sedia ada sebelum ni. reCAPTCHA lebih mudah untuk verify daripada CAPTCHA. Sebabnya CAPTCHA mengandungi huruf-huruf yang sukar di lihat jelas. Kalau tak dapat verify memang agak problem. Memang tidak akan publish la komen kau orang tu.

Dengan adanya reCAPTCHA, ianya hanya memaparkan gambar dan kau orang hanya perlu kenal pasti objek yang di minta dalam gambar.
Disebabkan google sangatlah strict sekarang ni, sebab itulah wujudnya CAPTCHA dan reCAPTCHA untuk mengelakkan spam atau robot/program yang di sengaja di lakukan oleh hacker-hacker yang tidak bertanggungjawab untuk menggodam akaun orang lain dengan sign up, log in dan sebagainya. Dari segi komen blog, ianya untuk mencegah komentar spam. Sangatlah tak syok kalau tengah semangat nak komen banyak-banyak dalam satu blog, tiba-tiba reCAPTCHA I'm not a robot muncul. Boleh terus hilang mood nak tinggalkan komen. Betul tak?

Sebenarnya bagus juga jika google buat reCAPTCHA I'm not a robot  ni sebagai langkah keselamatan daripada akaun email dan blog di godam. Dalam pendaftaran email atau isian borang daripada google pun kebanyakkannya ada di letakkan reCAPTCHA I'm not a robot untuk memastikan sistem tersebut hanya di buat oleh manusia dan bukannya robot. Itulah fungsi sebenarnya. Jadi, kenalah kita faham dan akur untuk kebaikan kita juga. Nak membantah pun, untuk apa sebab dah dijelaskan.

Yang agak lecehnya bila kita klik gambar yang di minta, kadang-kadang bila dah klik betul. Dia cakap kita salah pula. Dah kena pula reCAPTCHA dan reCAPTCHA  sampai berjaya. Kat situ je dah membuang masa juga. Bertabahlah kalau nak komen banyak-banyak kena hadap reCAPTCHA I'm not a robot. Well, untuk kebaikan juga ada benda ni. Nanti kalau hacker senang buat kerja, kita juga yang susah hati.

Ulam Pucuk Ubi Rebus dan Sambal Belacan Kampung

Kalau dah nama penggemar sayur, memang pantang nampak ulam-ulam. Nampak sayur yang boleh dibuat ulam, terus teringat sambal belacan. Apalah maknanya ulam tanpa sambal belacan. Mana boleh berpisah! 

Balik kampung tak sah kalau tak tanya "Pucuk ubi ada tak?". Kalau dengar jawapan ada, terus rasa tak sabar nak makan. Dasyat juga penangan pucuk ubi ni dalam hidup Fiza. Untuk husband Fiza yang tak makan sambal belacan, redha je layan pucuk ubi rebus kosong dengan lauk lain. Bertuah dapat husband yang tak pernah cerewet soal makan cuma jangan masak makanan yang dia tak makan sudahlah. 



Ada orang lebih suka makan pucuk ubi goreng tapi Fiza lebih suka dengan rasa asli pucuk ubi dengan merebus sahaja dijadikan ulam makan dengan sambal belacan yang sedap ni. Rebus kosong dengan air je tanpa garam. Kalau sambal belacan kampung, Fiza lebih suka sambal belacan yang ditumbuk. Kalau balik bandar, buat sambal belacan moden je untuk stok hari-hari makan.
Gunakan cili api merah sahaja untuk hasilkan sambal belacan yang cukup pedas yang mampu memberikan kesan mungil pada bibir selepas makan macam angelina jolie. Tumbuk cili api merah macam biasa menggunakan lesung batu. Bila dah lumat masukkan 1 inci belacan dan tumbuk lagi sampai sebati. Last sekali letakkan 2 biji asam belimbing buluh yang masak (berwarna kuning). Kalau belimbing tak masak, kau orang rebus dulu sampai lembik dan tumbuk perlahan-lahan dengan cili api dalam lesung batu tadi. Jangan tumbuk kuat-kuat sebab asam belimbing tu berair, kalau kau orang tumbuk laju-laju tak pasal-pasal terpercik dalam mata terus menangis hilang selera nak makan sambal belacan sedap tu. 



Kalau takde asam belimbing buluh, boleh juga perahkan limau kasturi selepas tumbuk cili dengan belacan tu. Tapi Fiza rasa, letak asam belimbing buluh lagi sedap untuk sambal belacan versi kampung. Kalau balik kampung ada pucuk ubi rebus dan sambal belacan ni memang boleh buat bertambah selera makan nasi.

Citarasa kau orang macamana pula? Ke tak makan sambal belacan? Orang kampung tak makan sambal belacan bukan orang kampung namanya. Eh, jangan terasa pula ye. Ikut suka lah nak makan atau tidak, selera masing-masing gitu. 

Perlu Atau Tidak Bagi Duit Raya

Tak seronok raya tanpa duit raya. Budak-budak zaman sekarang, kalau raya ingat duit raya je. Kumpul duit raya nak beli apa yang mereka inginkan tak ubah macam zaman kita dulu-dulu. Zaman kanak-kanak dulu kalau dapat duit raya RM1 beraya satu rumah dah kira banyak dah. 

Kalau beraya banyak rumah, lagi banyaklah dapat. Dapat duit raya sekali dapat makan kuih sedap-sedap. Zaman sekarang, budak-budak beraya nak duit saja tak ingat nak makan kuih raya pun.

Nak beraya pun tuan rumah tanya dulu. Nak raya ke nak duit raya? Kalau nak duit raya, tuan rumah terus bagi duit raya kalau ada. Memang tak masuk dalam rumah lah beraya. Dapat duit raya semata-mata. 

Ada juga yang ajak mereka masuk makan kuih raya yang ada. Definisi raya sudah berubah mengikut peredaran zaman sekarang ni. Definisi beraya sebenarnya adalah berkunjung ke rumah saudara mara, rakan-rakan, jiran-jiran untuk mengeratkan silaturahim, bermaaf-maafan dan bergembira di hari raya.

Perlu atau tidak bagi duit raya? Tak perlu bagi pun takpe sebab ianya sekadar adat dan tradisi sejak berzaman. Adat yang di ikut dari amalan kaum cina yang memberi ang pau. Islam itu sendiri tidak memaksa untuk memberi duit raya kerana ianya sekadar adat.

Sebenarnya ianya bergantung kepada bajet masing-masing. Jika ada rezeki lebih, apa salahnya memberikan duit raya kepada anak saudara dan kanak-kanak yang datang beraya. Kebiasaannya duit raya di utamakan memberi di kalangan keluarga yang terdekat. 

Bagi mak ayah, anak-anak buah, anak-anak sedara dan sepupu-sepupu yang masih kecil. Ada rezeki lebih lagi, baru lah di berikan kepada kanak-kanak yang datang beraya.


Ada sesetengah antara mereka menganggap memberi duit raya itu perlu. Pemberian perlu jika kita manganggap ianya sebagai sedekah. Kalau pemberian duit raya sebagai beban kepada kita yang bukan berbajet besar, lebih baik tidak perlu diberikan. 

Jika ada, berikan sekadar yang mampu. Jangan jadikan beri duit raya sebagai trend atau untuk menunjuk-nunjuk siapa bagi lebih banyak.

Apa yang saya perhatikan, budak zaman sekarang mentaliti mereka telah di ajar bila raya tiba wajib ada duit raya. Ada juga yang di ajar meminta-minta duit raya. Kalau sekadar berniat  untuk bergurau tidak mengapalah. 

Tapi malu juga rasa kalau tak bagi bila kanak-kanak minta. Jika telah di ajar sebegitu, akibatnya bila tak dapat duit raya mulalah muka masam mencuka atau menimbulkan rasa tidak puas hati pada kanak-kanak atau ibu bapa mereka. 

Mungkin akan timbul salah faham. Ada cara lain lagi untuk buatkan mereka faham erti raya sebenar dan menikmati kegembiraan di hari raya. Pendek kata, usah biasakan. Yang memberi pulak, pastikan ikhlas memberi.

Bercakap pasal duit, dah tukar duit raya ke belum di bank? Saya belum tukar lagi. Sedang buat kiraan bajet untuk duit raya nanti.

Biskut Raya Ulat Yang Popular Viral 2017

Semangat masing-masing buat kuih raya menjelang beberapa hari nak raya ni. Yang menjual kuih raya tak kurang meriahnya juga. Fiza je yang belum mulakan enjin lagi nak buat kuih raya ke tidak tahun ni. Dalam masih berfikir mencari resepi kuih raya mudah-mudah, jumpalah resepi biskut raya ulat yang sedang viral dan popular tak semena-mena. Ramai yang dah cuba buat biskut ulat ni. Ada yang hijau, ada yang kuning dan yang berwarna warni pun ada.

Disebabkan ramai yang berkongsi gambar dan resepi. Jadi macam bersemangat nak mencuba pula buat biskut ulat ni. Pada mulanya tengok rasa macam geli pun ada. Kali kedua pandang nampak comel pula. Katanya adunan kuih rupa ulat beluncas ni seperti adunan kuih makmur. Jadi, kalau kau orang dah biasa buat kuih makmur, cuba tukar rupa kuih makmur yang biasa jadi rupa kuih ulat ni. Nampak kelainan seperti kuih baru, padahal rasa yang sama je.

Kredit foto : Hannanny Photography

Resepi Mudah Biskut Ulat Viral

Bahan-bahan Biskut Raya Ulat
  • 3 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan buttercup
  • 1 penutup esen vanilla
  • 1 penutup pewarna (ikut warna apa yang kau orang suka)
  • Chocolate chip 
Cara-cara membuat Biskut Raya Ulat
1. Satukan dan gaul rata tepung jagung, tepung kastard dan buttercup sehingga sebati.
* Perhatian : Jangan gaul terlalu lama sangat nanti dah bakar ulat tu jadi kembang setaman.
2. Masukkan susu pekat dan esen vanilla. Kemudian gaul lagi untuk lebih sebati.
3. Letakkan  pewarna yang kau orang suka.
4. Uli doh pakai tangan dan buat bentuk jadi ulat. Untuk hasilkan corak bergaris tu, gunakan  pisau tajam atau garpu.Letak hiasan dekat ulat tadi baru berseri.
5. Bakar pada suhu 60-70 degree celcius.Guna api bawah sahaja.

Cara nak buat biskut ulat ni pun mudah je kan. Nanti bolehlah cuba buat. Agak-agak laris ke tidak biskut raya ulat ni nanti? Ada yang geli nak makan? Mungkin geli tengok tapi bila dah makan, confirm nak lagi. Ye tak? Sempat lagi nak buat ni. Selamat mencuba.

Sumber resepi : duniafarisya

Persiapan Balik Kampung Berhari Raya

Lagi beberapa hari umat islam nak sambut hari raya. Tak sabar rasanya nak balik kampung berhari raya. Masing-masing dah menghitung hari untuk balik bercuti raya. Macam mana persiapan balik kampung kau orang? Dah siap sedia ke semuanya? Paling penting, baju raya jangan lupa bawa ye.

Balik Beraya di Kuala Pilah dan Segamat

Rutin raya Fiza selepas berkahwin sama setiap tahun. Hari raya pertama akan beraya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Petang raya pertama, baru akan balik kampung Fiza di Segamat, Johor. Syukur kampung dekat-dekat tak perlu nak gaduh balik mana. Nak balik hari dua-dua kampung pun boleh. 

Apa Yang Perlu Di Bawa Balik Kampung

Apa yang perlu dibawa balik kampung masa hari raya dah tentulah baju raya, kuih raya, duit raya dan segala berkaitan dengan raya. Tak lengkap raya tanpa semua tu. 

Barangan Yang Nak di Beli di Lazada Untuk di Bawa Balik Kampung

Kalau difikirkan barangan apa, Fiza nak beli Handy Steam Iron yang mudah nak di bawa balik kampung. Memandangkan hari raya banyak baju nak kena gosok cantik-cantik. Kalau guna iron biasa, agak penat teruk juga dibuatnya. Kalau ada jenis handy steam iron ni lagi cepat kerja menggosok baju. Dapat jimatkan masa dan sekaligus dapat elakkan baju terbakar. Mana lah tahu terberangan sambil gosok baju, terbakar baju raya menangis di pagi raya pula kan.

http://www.lazada.com.my/tefal-2-in-1-steam-n-press-iron-steamer-dv8610-handy-steamiron-handheld-temperature-iron-garment-steamer-ironingboard-17150760.html


Lagipun mudah nak gunakan handy steam iron ni untuk menggosok bahagian baju yang terlipat dan tersorok tu. Betul tak? Sangat sesuai lah jenis macam ni untuk bawa travel.

http://www.lazada.com.my/my-power-bank-perfume-powerbank-2600mah-yellow-1142073.html

Lagi satu barang yang Fiza patut beli adalah powerbank. Almaklumlah, bila beraya sakan ambil gambar pun sakan juga. Bila dah sakan bergambar, bateri handphone pun makin flat. Jadi, elok benar kalau ada extra powerbank masa musim perayaan ni. Beli yang saiz kecil pun dah memadai untuk bawa travel ke sana sini. Betul tak? Tengok harga di Lazada pun murah-murah je tu disebabkan sekarang sedang berlansung Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya Sale ( 19 Mei sehingga 30 Jun 2017), Potongan harga sehingga 90%.

Lebih berbaloi berbelanja kalau kau orang dapatkan voucher shopping dengan menyertai Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest yang sedang berlansung sekarang. 3 Pemenang akan dipilih setiap minggu dan minggu ni adalah minggu terakhir. Cepat sertai sebelum terlambat.


Ikan Seluang Goreng Berlada & Masak Asam

Hujung minggu macam ni kalau dapat berbuka bersama keluarga di kampung memang seronok rasanya. Tapi apakan daya bila masa tidak mengizinkan. Syukur minggu lepas dapat berbuka bersama keluarga di kampung. Bila teringat kampung, teringat lah menu masakan kampung. 

Macam yang pernah Fiza ceritakan. Setiap kali balik kampung, mesti ada stok ikan sungai. Sebelum ni Fiza ada update ikan lais masak lemak cili api. Kali ni Fiza nak kongsikan pula resepi ikan seluang goreng berlada dan ikan seluang masak asam dengan cara masakan kampung ikut cara mak Fiza. 

Ikan seluang ni kecil dan banyak tulang. Agak leceh nak makan asingkan tulang. Lagi sedap kalau digoreng garing. Boleh makan terus dengan tulang-tulang sekali. Cicah pula dengan sambal belacan. Memang sedap sangat.

Ikan Seluang Goreng Berlada


Ada kalanya jemu juga bergoreng saja tanpa kuah. Abah Fiza suka masak goreng berlada tanpa goreng terlebih dulu. Kalau jenis Fiza, suka goreng ikan dulu kemudian baru goreng berlada. Balik kampung ni kena masak ikut citarasa abah lah. 

Bahan-Bahan
Ikan seluang
Cili api*
2 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 inci kunyit*
Minyak masak
Garam
Air
1 keping Asam Keping 

Cara Masak
1. Tumbuk/ Blend bahan yang bertanda *. Nak lagi sedap, gunakan kaedah tumbuk guna lesung batu.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga garing.
3. Masukkan ikan dan tambah air sikit. Kalau nak berkuah, lebihkan air sikit.
4. Masukkan garam dan asam keping. Kacau rata sekejap dan biarkan masak. Kacau jangan sampai ikan hancur pula ye.
Ikut citarasa mak Fiza pula, suka makan ikan seluang masak asam. Masak asam lagi senang. Bahan-bahan pun tak banyak mana.

Ikan Seluang Masak Asam


Bahan-bahan
Ikan seluang
Cili Api*
1 inci kunyit hidup*
2 keping asam keping
Air secukupnya
Garam

Cara Masak
1. Blend cili api dan kunyit.
2. Masukkan bahan blend ke dalam periuk bersama air, ikan, garam dan asam keping.
3. Letakkan periuk atas dapur, nyalakan api kacau rata dan biarkan masak.

Mudah sangat kan? Cara orang masak dulu-dulu mudah je. Janji ada garam sebagai perasa pun dah sedap. Bakar ikan tanpa garam cicah dengan sambal asam pun dah sedap. Haishhh..Terliur tiba-tiba.

Fesyen Tudung Raya Popular Tahun 2017

Rambang mata nak memilih fesyen tudung untuk raya tahun 2017 ni. Bermacam jenis tudung ada di pasaran. Yang murah, yang mahal, yang bercorak, yang kosong, yang berbatu-batu, yang ada lace, yang berbunga dan macam-macam lagi ada kalau nak disebutkan boleh penuh satu buku jenis-jenis fesyen tudung zaman sekarang. Yang terkini jenis berbulu ostrich dan lukisan bangunan.

Dengan lambakan berjenis tudung yang ada dan dari permerhatian Fiza, ada beberapa fesyen tudung raya yang popular tahun ni. Mungkin pada pemerhatian kau orang agak berbeza dengan Fiza tapi ini apa yang Fiza terpandang lah.

Tudung Berbulu Ostrich

Antara fesyen tudung yang popular dan glamour untuk digayakan di hari raya adalah jenis tudung berbulu ostrich samada jenis tudung bawal atau shawl. Kebanyakkan butik-butik banyak jual tudung jenis berbulu ostrich ni yang diletakkan di tepi-tepi tudung. Dimana kau orang nak beli tudung berbulu ostrich ni boleh dapatkan di absolute, tudung ruffle dan lain-lain butik yang ada jual.


Kredit foto : absolute.my

 Tudung Silk/Satin Bercorak Bangunan/Abstract

Dari apa yang Fiza perasan, sekarang trending tudung bercorak/lukisan bangunan KLCC dan sebagainya untuk jenis tudung/shawl jenis material satin atau silk. Selain corak bangunan, ada juga yang bercorak abstract, floral dan lukisan tangan. Cantik memang cantik. Tapi kau orang kena faham, jenis kain material silk atau satin ni agak mahal daripada jenis kain chiffon. Kain jenis chiffon takde bercorak macam ni ye. Nampak elegant digayakan masa hari raya nanti dengan baju raya plain. Tapi tak semua orang suka jenis kain satin yang sedikit tebal. Kalau jenis silk okay lagi sebab lembut dan flowy macam kain chiffon. Apa yang penting, si pemakai selesa memakai. Betul tak?

Kredit Foto : Sugarscarf
Ada lagi tak fesyen tudung yang tengah trending sekarang selain dua yang Fiza sebutkan tu? Yang jenis tudung chiffon plain memang berlumba-lumba orang jual sebab tak lapuk dek zaman cuma beza style je la. Tak ketinggalan yang jenis tudung ada batu Swarovski pun semakin ramai yang jual dan of courselah harga tudung mahal disebabkan batu crystal tu sahaja, ditambah pula dengan jenis kain mahal. Memang double mahal jawabnya. Kau orang pilih tudung yang macamana untuk raya nanti?

Ikan Lais Masak Lemak Cili Api

Balik kampung kalau mak tak masak ikan sungai memang tak sah. Mesti ada ikan sungai tak kira jenis ikan apa. Yang penting ikan sungai mesti ada. Balik kampung beberapa hari lepas, ada rezeki dapat merasa ikan lais. Ikan lais ni jarang-jarang sekali dapat stok. Biasanya dapat ikan baung je beli dengan orang kampung ataupun beli di Pasar Tani.

Mungkin di tempat lain, ikan ni dipanggil dengan nama lain. Tapi di kampung Fiza di Segamat lebih dikenali dengan nama ikan lais. Ikan lais ni isinya tak banyak sebab bentuknya leper. Kalau sekor yang kecil memang tak puas makan. Tapi disebabkan isinya yang sedap, memang layan je makan. Biasanya ikan lais akan di masak lemak cili api, masak asam, bakar ataupun masak pais.

Paling Fiza suka masak pais tu. Memang sedap dan cara masak pun mudah sangat. Tapi yang biasa mak Fiza masak bila anak-anak balik kampung, ikan lais masak cili api ni. Hidangan yang sesuai untuk di makan beramai-ramai sebab berkuah. Kalau tak cukup ikan lais tu, merasa kuah pun jadilah kan.

Ikan Lais Masak Lemak Cili Api

Fiza kongsikan resepi ikan lais masak lemak cili api versi kampung cara mak Fiza masak. Mudah yang amat. 

Bahan-bahan 
Ikan Lais
Cili Api (sukatan ikut tahap kepedasan masing-masing)
2 inci kunyit hidup
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Santan ( 1biji kelapa)
2 cawan Air 

Cara Masak
1. Blend cili api dan kunyit.
2. Masukkan bahan blend ke dalam periuk bersama santan, air, garam, asam keping dan ikan lais. Kacau rata semuanya.
3. Letakkan periuk atas dapur dan mula mengacau untuk elakkan tahi minyak. Bila ikan hampir masak, perlahan kan api dan biarkan masak. Kalau rajin nak kacau sampai masak pun boleh.

Mudah sangat kan? Kalau dah biasa sangat masak versi kampung macam ni. Confirm nak masak lemak je selalu. Tapi tak bagus juga sebab santan tu berlemak kan. Bab nak mengacau kuah tu yang leceh sikit. Kalau bertahi minyak mak mesti membebel. Ye lah, orang dulu sangat tertib dan teliti cara masakannya. Zaman sekarang je main hentam je memasak. Ikut tekak sendiri takpe lah. Kalau ikut tekak mak, banyak kena tolak markahnya.


Servis Kereta Sebelum Hari Raya

Sebelum hari raya tiba, banyak persiapan perlu dibuat sebelum balik ke kampung. Salah satunya servis kereta. Kau orang dah servis kereta ke belum? Untuk mengelakkan kereta rosak dan mengelakkan perkara buruk berlaku masa balik kmapung tu, lebih baik servis kereta dulu. Dapatlah check dan perbaiki mana yang rosak dan mana yang perlu di tukar ganti.

Kredit foto : google
Bab servis kereta Fiza dan husband dah settle dah beberapa hari lepas. Risau kalau lambat nanti booking dah penuh. Kalau lambat-lambat nanti lagi risau kalau-kalau kereta buat hal sebelum servis. Lagi banyak makan kos pula.

Dah dekat musim perayaan ni confirmlah ramai yang nak servis kereta. Sebab tu kena servis awal. Hari tu husband Fiza booking slot awal. Slot awal pun siapnya tengahari juga sebab kereta yang paling awal pukul 8 pagi tu servis keretanya terlama pula. Jenuh juga menunggu sampai tengahari. Bayangkanlah kalau ambil sesi petang, bila pula nak siap servis kan.

Macam biasa tukar minyak hitam dan filter sebab kalau ikut mileage memang dah sampai  masa kena tukar. Yang lain-lain check brake, battery dan lain-lain yang berkaitan. Jumlah keseluruhan servis kali ni lebih kurang RM2++. Rabak poket sebelum raya. Tapi takpe, jangan terabak lagi teruk kalau kereta rosak. Yang penting, jaga kereta elok-elok barulah selamat perjalanan balik kampung nanti. Mudah-mudahan perjalanan selamat pergi dan balik. Apa yang boleh kita buat, ambil langkah keselamatan terlebih dahulu.

Kalau nak servis kereta, pergilah ke tempat servis kereta yang dipercayai. Jangan sampai di tipu oleh mereka yang mengenakan caj mahal dari apa yang sepatutnya. Almaklumlah, musim perayaan ni semua nak ambil kesempatan caj mahal. Nak tak nak, kadang-kadang terpaksa juga bayar dek kerana tiada pilihan dan terpaksa. Sebelum servis tu kena ambil tahu apa yang perlu diservis. Kalau ikut kata mereka, itu nak tukar, ini nak tukar memang banyak makan duit. Jadi, kena ambil tahu tentang kereta juga. Kalau tak tahu, tanya dulu pada mereka yang arif supaya tidak tertipu bayar mahal.  Jaga-jaga.

Meriahnya Berbuka Puasa di Kampung

Alhamdulillah berpeluang berbuka puasa di kampung husband dan juga kampung sendiri bulan ramadhan tahun ni. Tak dapat berbuka bersama keluarga selalu, dapat berbuka sekali pun dah memadai. Sekurang-kurangnya mak abah seronok bila anak-anak balik berbuka bersama. Kalau tak sunyi sepi berbuka berdua je.

Bila berbuka di kampung, terasa meriahnya macam zaman kanak-kanak dulu. Meriah ramai-ramai dan meriah juga dengan hidangan bermacam-macam jenis lauk-pauk. Cuma bezanya zaman dulu, emak yang masakkan, zaman sekarang dah boleh masak untuk mereka pula. Tapi sesekali wajib ada menu masakan air tangan mak sendiri. 


Lauk Kampung Yang Sedap-Sedap

Balik kampung kalau tak makan makanan kampung memang tak syok. Paling best sambal belacan campur dengan asam belimbing. Memang boleh buat bertambah nasi. Sayur-sayur pun main petik je kat belakang rumah macam pucuk ubi, kacang botol dan lain-lain boleh buat ulam je makan dengan sambal belacan. Masakan utama yang biasa mak Fiza masak, masak lemak cili api. Biasanya mak akan masak ikan sungai bukan ikan laut macam kat bandar. Sedap betul makan ikan sungai fresh beli dari orang kampung atau beli kat pasar segar.

Bertukar Hidangan Sesama Jiran

Adat dan tradisi di kampung ni jauh beza dengan bandar. Kalau di bandar jarang sangat atau memang takda bertukar hidangan menu berbuka puasa sesama jiran. Jiran pun ada kalanya tak berapa nak mesra sangat. Masing-masing buat hal sendiri. Kalau di kampung, jiran memang dah kenal lama dan wajib hari-hari bertukar menu berbuka. Seronok dapat berkongsi rezeki bersama jiran.

Kuih Muih Tradisional Yang Sedap Dan Murah

Duduk di kampung, tak perlu jauh-jauh pergi Bazaar Ramadhan di bandar sebab orang kampung ada yang meniaga kuih muih tradisional yang sedap-sedap. Harga pun murah. Memang berbaloi beli dan rugi kalau tak beli. Terutamanya pulut panggang johor iaitu pulut dengan inti sambal tumis. Kalau di bandar, susah nak jumpa pulut panggang dengan sambal tumis ni. Karipap yang dijual pun inti dia memang sedap sejak zaman kanak-kanak dulu. Tak pernah tak sedap. Of course tak kedekut inti. 

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu