Gadgets

Drama Tanah Kubur Musim 16 (Astro Oasis)

Selepas 7 tahun tidak bersiaran, Drama Tanah Kubur Musim/Siri 16 kembali di saluran 106  Astro Oasis mulai 11 Ogos 2023, jam 7:30 malam setiap hari Jumaat.

Drama Tanah Kubur merupakan drama terlama bertakhta di Astro yang berpaksikan keagamaan dan moral yang diminati oleh penonton. Tanah Kubur musim terbaharu ini masih kekal memaparkan kisah hal kematian yang perlu dihadapi oleh Tok Adi, watak yang diterajui oleh pelakon veteran Nasir Bilal Khan sebagai penggali kubur di kampungnya. 

Setiap kali menguruskan jenazah, Tok Adi  sentiasa menghadapi pelbagai dugaan dan perkara aneh yang menjadikan kisahnya padat dengan elemen religi dan kemasyarakatan. Drama Tanah Kubur musim 16 ini turut menampilkan pelakon jemputan seperti Dato’ Aaron Aziz, Naim Daniel, Nad Zainal, Azhan Rani, Bella Astilah dan ramai lagi.

Drama Tanah Kubur Musim 16 Astro Oasis
sumber : Astro Oasis

Tanah Kubur bersiri 15 episod ini merupakan karya berkualiti dari pengarah Rashid Sibir terbitan Opera Klasik Sdn. Bhd dimana penggambaran ini dijalankan di sekitar Ijok, Sekinchan, Rawang dan Kuala Lumpur. 

Penceritaan Tanah Kubur Musim16 ini dihiasi nafas baru dengan pelbagai topik penuh iktibar dan pengajaran yang bermanfaat. 

Penggambaran drama ini dilakukan di Ijok, Sekinchan, Rawang dan Kuala Lumpur dengan hasil karya berkualiti arahan Rashid Sibir bersama kru produksi yang sama. Namun penceritaan kali ini dihiasi nafas baharu dengan pelbagai topik penuh iktibar dan pengajaran yang bermanfaat. 


PELAKON, WATAK DAN SINOPSIS TANAH KUBUR MUSIM 16

Pelakon yang menjayakan watak dalam Tanah Kubur Musim 16 ini terdiri daripada pelakon veteran Nasi Bilal Khan, Dato' Aaron Aziz, Nad Zainal, Fikry Ibrahim, Naim Daniel, Rosnah Mat Aris, Azhan Rani, Bella Astilah, Ellie Suriaty, Azri Iskandar, Muaz Fitri, Nas-T, JihaaSham dan ramai lagi.

  • Nasir Bilal Khan sebagai Tok Adi
  • Dato' Aaron Aziz sebagai Syamil
  • Nad Zainal sebagai Yati
  • Fikry Ibrahim sebagai Kamal
  • Naim Daniel sebagai Kamil
  • Rosnah Mat Aris sebagai Nenek kepada Kamil

Drama Tanah Kubur memaparkan tentang hal kematian yang akan menunjukkan balasan kepada mayat yang setimpal dengan amalan mereka ketika masih hidup. 

Jika seseorang itu baik, maka baiklah balasannya dan jika seseorang itu berbuat jahat maka balasannya juga jahat.

Dalam Tanah Kubur Siri 16, penonton dapat melihat pelbagai kes di mana Tok Adi mudah menguruskan mayat, wajah mereka bersih dan tersenyum, dan kubur mereka berbau wangi manakala ada juga kes di mana pengurusan mayat menjadi susah, wajah mayat bertukar menjadi gelap dan pembalasan azab di kubur sudah bermula.

Tok Adi yang juga dianggap sebagai tunggak masyarakat di kalangan orang kampungnya akan menyelesaikan semua masalah berkenaan dengan kematian. Walaupun Tok Adi akan berhadapan dengan pelbagai cemuhan dan kutukan daripada orang yang tidak menyukainya, tetapi beliau tetap tabah menghadapi segala dugaan dan amanah dalam melaksanakan kerjanya.

Saksikan Drama Tanah Kubur Musim 16 secara eksklusif di ditayangkan menerusi saluran Astro Oasis (106) dan Astro GO pada setiap hari Jumaat, bermula 11 Ogos 2023, jam 7.30 malam.

2 comments:

  1. yessss masih lg nasir bilal khan... kalau ganti org lain x syokk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe! Kalau ganti orang lain, lain vibes dia. Kena buat cerita lainlah pulak kan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.