Gadgets

Lagu Hari Kemerdekaan 2023, Tekad Perpaduan Penuhi Harapan - Khai Bahar & Aina Abdul

Sambutan Hari Kebangsaan/ Kemerdekaan Ke-66 pada 31 Ogos nanti membawa tema Kemerdekaan 2023 iaitu "Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan". Logo Hari Kemerdekaan juga telah dilancarkan yang berkonsepkan Malaysia MADANI.

Lagu Tema Merdeka 2023

Tidak lupa juga, Lagu Kemerdekaan 2023 berteraskan konsep Malaysia MADANI dengan tajuk Tekad Perpaduan Penuhi Harapan seiring dengan tema Kemerdekaan 2023.

Lagu Hari Kemerdekaan 2023 Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Lagu Hari Kemerdekaan Ke-66 2023 bertajuk "TEKAD PERPADUAN PENUHI HARAPAN" dicipta dan lirik ditulis oleh Affan Mazlan, dinyanyikan oleh penyanyi Khai Bahar dan Aina Abdul. Suara Latar oleh Gemersik Korus dengan iringan Orchestration oleh Datuk Mokhzani Ismail dan diterbitkan oleh Bhg Muzik RTM.

TEKAD PERPADUAN PENUHI HARAPAN

Tajuk Lagu : Tekad Perpaduan Penuhi Harapan
Penyanyi : Khai Bahar & Aina Abdul
Lagu & Lirik Affan Mazlan
Orchestration by Datuk Mokhzani Ismail
Suara latar Gemersik Korus
Penerbitan Bhg Muzik RTM

Lirik lagu Tekad Perpaduan Penuhi Harapan - Khai Bahar & Aina Abdul

Takkan pernah ku jauh
Sentiasa ku teguh
Pertahankan tanah airku
Panas hujan ku tempuh
Penuhi harapanku
Negaraku gagah bersatu

Tekad Perpaduan Penuhi harapan
Cintai Malaysia
Demi malaysia
Laungkan bersama
Cintai Malaysia
Walau berbeza warna
Kita semua sama
Bersatu kita takkan goyah
Negaraku Madani
Perpaduan di hati
Selamanya ku malaysia

Tekad Perpaduan Penuhi harapan
Cintai Malaysia
Demi malaysia
Laungkan bersama
Cintai Malaysia

Oo Oo Oo Oo
Oo Oo Oo Oo 2x
Laungkan bersama
Demi malaysia
Penuhi tekad harapan kita
Ini negara kita
Cintai Malaysia

Tekad Perpaduan Penuhi Harapan
Cintai Malaysia
Demi Malaysia laungkan bersama
Cintai Malaysia
(Ulang 2x)

Cintai Malaysia…Selamanya

Muzik Video rasmi Lagu Tema Merdeka 2023 Tekad Perpaduan Penuhi Harapan


4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.