Telefilem Doktor Idaman


Telefilem Doktor Idaman TV3

Telefilem Doktor Idaman bersiaran pada hari 3 April 2023, Ahad jam 10:00 malam di Slot Cereka Ahad TV3 dan online di Tonton.

Ulang siaran Telefilem Doktor Idaman pada 13 Oktober 2023, hari Jumaat jam 8:30 malam di Slot Skrin di 9 TV9 dan online di Tonton.

Telefilem ini diarahkan oleh pengarah dan juga pelakon, Liyana Jasmay terbitan syarikat produksi Mermaid Studios. Skrip dan idea asal daripada Fatin Syamimi.

PELAKON DAN WATAK

Dibintangi oleh pelakon Nadiya Nisaa, Bella Astillah, Dee Alhadi, Azrel Ismail, Nik Rafa'ie dan ramai lagi.
  • Nadiya Nisaa sebagai Sarah
  • Bella Astillah sebagai Meen
  • Dee Alhadi sebagai Dada
  • Azrel Ismail sebagai Dr. Imal

SINOPSIS DOKTOR IDAMAN

Mengisahkan tentang tiga wanita urban yang jatuh cinta pada seorang doktor hensem di Klinik Idaman. Ketiga-tiga mereka gilakan doktor itu tapi hanya seorang saja yang berjaya mencuri hatinya.

Siapakah yang berjaya mencuri hati Doktor Idaman? Saksikan kesudahan telefilem Doktor Idaman ini.



Telefilem Memori Ekspress

Telefilem Memori Ekspress, sebuah telefilem dibintangi pelakon Hazama, Nadia Brian, Sadiq M. Jamil, Han Zalini dan ramai lagi bersiaran pada Jumaat, 1 April 2022 jam 8:30 malam di slot Skrin di 9 TV9.

Telefilem Memori Ekspress TV9

TELEFILEM MEMORI EKSPRESS

Waktu Siaran : Jumaat, 1 April 2022, jam 8:30 malam
Siaran TV : Skrin di 9 TV9
Penulis skrip : Nazri Vovinski
Pengarah : Idril Mihat
Produksi : Lumatic Films

PELAKON MEMORI EKSPRESS

  • Hazama
  • Nadia Brian
  • Sadiq M. Jamil
  • Han Zalini
  • Zain Hamid
  • Syean Mokhtar

SINOPSIS MEMORI EKSPRESS

Ramona dan kekasihnya, Erwin selesai buat satu scam pada pasangan pencen yang mahu buka kedai runcit berjumlah RM50 ribu.

Drama Kuasa

KUASA, drama siri premium terbaru dari Astro Originals menampilkan barisan pelakon hebat iaitu Nazim Othman, Nadia Brian, Izzy Reef, Ridzuan Hashim, Ning Baizura dan ramai lagi. Drama kuasa episod 1 mula bersiaran pada 11 April 2022 jam 9:00 malam di saluran Astro Citra.

Menariknya, drama Kuasa adalah terbitan drama premium pertama oleh gabungan penerbit filem pecah panggung tempatan, Astro Shaw dan produksi Skop Productions.

Drama Kuasa Astro Citra 

DRAMA KUASA

Mula siaran : 11 April 2022
Waktu Siaran : Isnin, jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra
Pengarah : Kroll Azry
Produksi : Skop Productions

PELAKON KUASA

  • Nazim Othman
  • Nadia Brian
  • Izzy Reef
  • Ridzuan Hashim
  • Ning Baizura
  • Dazrin Kamarudin
  • Alicia Amin
  • Nia Atasha
  • Syanie Hisham

SINOPSIS KUASA

Mengisahkan tentang sebuah keluarga berpengaruh dalam dunia hiburan, khususnya industri perfileman yang hidup dalam glamour, kemasyhuran, power, ketamakan dalam merebut ‘kuasa’ bagi meneruskan empayar.

Drama Setelah Terlafaznya Akad 2

Drama adaptasi novel Setelah Terlafaznya Akad 2 karya Anna Milia pun menyusul selepas Novel setelah terlafaznya akad 2 diterbitkan. Drama Setelah Terlafaznya Akad 2 gandingan pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli. 

Setelah Terlafaznya Akad 2 episod 1 mula bersiaran pada 1 Jun 2022, Isnin- Khamis, jam 10:00 malam di slot MegaDrama Astro Ria. 

drama setelah terlafaznya akad 2 full episode

DRAMA SETELAH TERLAFAZNYA AKAD 2

Jumlah episod : 20
Mula siaran : 1 Jun 2022
Waktu siaran : Isnin- Khamis, jam 10:00 malam
Siaran TV : MegaDrama Astro Ria
Penulis skrip : Rehal Nuharis, Bikash Nur Idris, Atilia Azhar
Pengarah : Michael Ang
Produksi : Juita Viden

PELAKON DAN WATAK

  • Kamal Adli sebagai Hanan
  • Uqasha Senrose sebagai Nawal
  • Zeera Azizi sebagai Hani
  • Talha Harith sebagai Zaki
  • Nasz Sally sebagai Habibah
  • Sharifah Shahora sebagai Nafisah
  • Adam Shahz sebagai Mus
  • Seha Monica sebagai Haryati
  • Hamidah Wahab sebagai Wan Masitah
  • Syahiera Abu Hasan sebagai Milah
  • Musyi
  • Nasz Sally
  • Normah Damanhuri
  • Adam Shahz
  • Elyas Abdullah

SINOPSIS SETELAH TERLAFAZNYA AKAD 2

Hanan dan Nawal disatukan sekali lagi dalam lafaz akad kedua. Memang jodoh mereka kuat. Perangai pun sama. Kuat cemburu. Kehidupan mereka menjadi lebih bahagia dengan kedatangan puteri sulung mereka, Qadeeja.

Nawal juga dikejutkan dengan kandungannya yang kedua yang membawa kebahagiaan dalam perkahwinan mereka. Namun kebahagiaan ini hanya sementara.

Pertengkaran antara mereka berdua membuatkan Hanan memilih untuk pergi membawa diri. Kehadiran bapa tiri Nawal, Nawab, mengembalikan trauma Nawal di waktu Hanan pula tiada di sisi.

Hanan semakin membenci Nawal akibat perbuatan Ida. Kebencian yang tercetus oleh Hanan kepada isterinya ini rupanya adalah perbuatan Ida yang menggunakan sihir pemisah kepada mereka atas perasaan hasad dengki kepada Nawal.

Telefilem Jeriji Patin

Jeriji Patin, sebuah telefilem terbaru di Slot Cerekarama TV3 lakonan Syazuwan Hassan, Nasir Bilal Khan, Afifah Nasir, Mak Wan latah dan ramai lagi. Telefilem Jeriji Patin bersiaran pada Sabtu ini 2 April 2022, jam 10:00malam di TV3.

Telefilem Jeriji Patin Cerekarama TV3

TELEFILEM JERIJI PATIN

Waktu siaran : Sabtu, 2 April 2022, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
Pengarah : Nazir Jamaluddin
Produksi : Suarakita Production

PELAKON JERIJI PATIN

  • Muhammad Syazuwan Hassan
  • Nasir Bilal Khan
  • Afifah Nasir
  • Syean Mokhtar
  • Mak Wan Latah
  • Aisar Khaled

SINOPSIS JERIJI PATIN

Rizal, seorang bekas banduan yang baru dibebaskan dari penjara. Dengan perasaan yang cekal untuk buktikan dia seorang yang masih berguna kepada masyarakat.


Drama Sudin Dah Kaya

Sudin Dah Kaya, drama terbaru lakonan Datuk Awie, Zalif Sidek, Umar Dzariff dan Marissa Yasmin dan Puteri Lofea. Drama Sudin Dah Kaya episod 1 mula bersiaran pada 1 April 2022 jam 9:30 malam di slot Dramedi Awesome TV.

drama sudin dah kaya full episode

DRAMA SUDIN DAH KAYA

Mula siaran : 1 April 2022
Waktu siaran : Khamis-Ahad, 9.30 malam
Siaran TV : Slot Dramedi Awesome TV
Pengarah : Razif Ajiboy Rashid
Produksi : Rumah Produksi Merah

PELAKON DAN WATAK

  • Datuk Awie sebagai Samad
  • Zalif Sidek sebagai Shuib
  • Umar Dzariff sebagai Sudin
  • Marissa Yasmin sebagai Saodah
  • Puteri Lofea sebagai Saerah

SINOPSIS SUDIN DAH KAYA

Kisah keluarga termiskin di Malaysia daripada pasangan suami isteri, Samad dan Saodah, dua anak mereka Saerah dan Sudin dan juga adik kepada Samad iaitu Shuib menjumpai karung berisi wang jutaan ringgit.

Cara Kira Fidyah Puasa Dan Bayar Fidyah Online

Ramadan semakin hampir. Puasa dah habis ganti ke belum? Mana yang tak sempat nak menghabiskan puasa ganti, wajib bayar fidyah. Sekarang bayar fidyah online je lebih mudah. Cara kira dan bayar fidyah online mengikut negeri masing-masing.

Maksud Fidyah

Fidyah adalah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan. 

Jika ia melibatkan hukum mengenai ibadah puasa, fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu, atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadhan sehinggakan tidak sempat untuk menggantikan puasa tersebut bila hampir bulan Ramadhan berikutnya.

Golongan yang wajib membayar fidyah

  • Orang tua yang uzur dan pesakit yang tiada harapan sembuh. Golongan ini tidak wajib untuk qada puasa.
  • Orang yang telah meninggal dunia. Waris perlu menguruskan bayaran fidyah sebelum pembahagian harta pusaka dibuat.
  • Orang yang melewatkan qada puasa sehingga tiba bulan Ramadhan seterusnya.
  • Perempuan mengandung atau menyusukan anak dan khuatir akan keselamatan anaknya.

golongan yang wajib bayar fidyah
sumber : JAKIM


Kadar bayaran fidyah mengikut negeri-negeri Seluruh Malaysia

Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Kadar fidyah juga berbeza setiap negeri.

Merujuk perkongsian Ustazah Asma’ Harun, cara kiraan bayar fidyah puasa seperti di bawah :

cara kiraan bayar fidyah puasa

Cara kira fidyah puasa mengikut negeri 

Harga bayaran fidyah dikira berdasarkan harga beras semasa iaitu secupak. Harga tersebut berubah mengikut harga semasa yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Beras hasil bayaran fidyah pula perlu disalurkan kepada fakir miskin.

Bagi mengira fidyah yang perlu dibayar, kiraan adalah seperti formula di bawah :

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah = Fidyah yang perlu dibayar


Gandaan Fidyah

Sekiranya puasa ditinggalkan sehingga beberapa tahun, ada sesetengah negeri yang menetapkan fidyah perlu didarab dengan bilangan tahun yang ditinggalkan.

Sebagai contoh : 
jika puasa ditinggalkan pada tahun 2015 (1436 H), bilangan tahun perlu dikira bermula tahun 2016 (1437 H) sehingga 2021 (1442 H).

Maka, kiraan bagi negeri yang perlu digandakan adalah seperti berikut:

Tahun pertama 1436 H hingga 1437 H tidak perlu dikira kerana ia masih di dalam tempoh boleh qada puasa dan belum masuk Ramadhan berikutnya.

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah X Bilangan Tahun yang Ditinggalkan = Fidyah yang perlu dibayar


Cara kira fidyah puasa dengan fidyah calculator dan bayar fidyah online

Untuk memudahkan anda, di sini kami telah menghimpunkan kalkulator fidyah yang akan mengira fidyah secara automatik.

    1. Fidyah Kedah : RM1.80
Gandaan : Pilihan atas kemampuan
Kalkulator online & Bayaran online : http://fidyahkedah.gov.my/

    2. Fidyah Perlis : RM5.00
Gandaan : Tidak dikenakan
Kalkulator online
Bayaran online : https://www.maips.gov.my/index.php?option=com_sppagebuilder&view=page&id=199&lang=ms(Bayaran bank melalui bank transfer)

    3. Fidyah Pulau Pinang : RM1.75
Gandaan : Ya
Kalkulator online : https://zakatpenang.com/zakat-fidyah/

    4. Fidyah Perak : RM1.80
Gandaan : Ya
Kalkulator Online : https://fidyah.maiamp.gov.my/

    5. Fidyah Selangor : RM1.80
Gandaan : Tidak dikenakan
Kalkulator online : https://fpx.zakatselangor.com.my/

    6. Fidyah Wilayah Persekutuan : RM4.00
Gandaan : Pilihan Ikut Kemampuan
Kalkulator Online : https://www.zakat2u.com.my/kalkulator/fidyah

    7. Fidyah Negeri Sembilan : RM1.75
Gandaan : Ya (Pilihan Gandaan berganda)
Kalkulator online : https://www.mains.gov.my/v1/web/fidyah.php
    
    8. Fidyah Melaka : RM1.80
Gandaan: Ya
Kalkulator Online : https://fidyah.maim.gov.my/

    9. Fidyah Johor : RM1.75
Gandaan : Ya
Laman web: https://www.maij.gov.my/baitulmal/kadar-fidyah

    10. Fidyah Pahang : RM1.75
Gandaan : Ya
Kalkulator Online : http://new.zakatpahang.my/index.php/khidmat/kira-fidyah

    11. Fidyah Terengganu : RM1.75
Gandaan : Ya
Kalkulator Online : http://app2.maidam.gov.my/sistemfidyah/index.php

    12. Fidyah Kelantan : RM1.75
Gandaan : Ya
Kalkulator online : https://www.e-maik.my/v2/pautan-eperkhidmatan/taksiran-fidyah-puasa

    13. Fidyah Sarawak : RM1.75
Gandaan : Ya
Kalkulator Online : https://www.tbs.org.my/calc-fidyah/

    14. Fidyah Sabah : RM1.75
Gandaan : Ya
Kalkulator Online : https://baitulmal.sabah.gov.my/kalkulatorFidyah1.php

Bila perlu bayar fidyah

Fuqaha sepakat menyatakan waktu membayar fidyah bermula sebaik sahaja ibadah berkenaan tidak dapat disempurnakan.

Bagaimanapun waktunya luas dan tidak terhad pada satu tempoh waktu yang tertentu. Namun demikian digalakkan ia disegerakan kerana dikhuatiri tidak dapat dilaksanakan jika bertangguh.

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

Jika lupa berapa hari puasa yang ditinggalkan

Menurut Mufti Wilayah, sekiranya tidak pasti atau lupa bilangan hari yang telah ditinggalkan, buatlah anggaran bilangan hari yang telah ditinggalkan mengikut sangkaannya (kecenderungan) yang paling kuat dan Ahwat (lebih berhati-hati).

Misalnya : Dia tidak tahu berapa hari dia telah tinggalkan puasa, tapi dia rasa tidak lebih dua minggu. Jadi gantilah sebanyak dua minggu kerana itu yang diyakini (pasti) dan lebih berhati-hati. Begitulah juga halnya dengan fidyah bagi bulan-bulan Ramadhan yang telah dilangkau.

—https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/3831-irsyad-al-fatwa-khas-ramadhan-siri-ke-155-kadar-fidyah-meninggalkan-puasa-dengan-sengaja

Telefilem Mek Wok

Telefilem/ Telemovie Mek Wok, sebuah telefilem ulang siar bersiaran pada 28 Mac 2022 jam 9:00 di slot Drama On 2 TV2. Dibintangi pelakon Fauziah Nawi, Dato' Ahmad Tarmimi Siregar, Fardhiya, Amar Asyraf dan ramai lagi.

Telefilem Mek Wok TV2

TELEFILEM MEK WOK

Waktu siaran : Isnin, 28 Mac 2022, jam 9:00 malam
Siaran TV : Drama On 2 TV2
Penulis skrip : MF Kencana
Pengarah : Nuad Othman
Produksi : Shamim Pictures

PELAKON DAN WATAK

  • Fauziah Nawi
  • Dato' Ahmad Tarmimi Siregar
  • Faradhiya
  • Amar Asyraf
  • Khatijah Tan
  • Mubarak Majid
  • Ikhwan Khairudin
  • Mimi Ernida

SINOPSIS MEK WOK

Setelah mendengar kisah seram yang diceritakan oleh Tok Penghulu, seorang penerbit filem berminat menjadikan kisah tersebut sebuah filem. Selang beberapa minggu, kru produksi datang ke kampung untuk membuat penggambaran. 

Namun, kerana kekurangan bajet pengarah telah meminta kru produksi untuk mencari pelakon tambahan dikalangan penduduk kampung yang sanggup berlakon tanpa bayaran. Kru produksi juga telah menyinggung hati Tok Anjang yang kemudian berpakat dengan Jebat untuk menggagalkan penggambaran yang sedang berjalan.

Drama Beriani Gam Kak Aspalela

Beriani Gam Kak Aspalela, drama komedi lakonan Sheila Mambo, Cik Manggis, Chacha Maembong dan Sharifah Aryana. Drama Beriani Gam Kak Aspalela episod 1 mula bersiaran pada 30 Mac 2022 jam 9:30 malam di Astro Ria.

Drama Drama Beriani Gam Kak Aspalela Astro Ria

DRAMA BERIANI GAM KAK ASPALELA

Mula siaran : 30 Mac 2022
Waktu siaran : Rabu, jam 9:30 malam
Siaran TV : Astro Ria
Genre : Komedi

PELAKON BERIANI GAM KAK ASAPALELA

  • Sheila Mambo
  • Cik Manggis
  • Chacha Maembong
  • Sharifah Aryana

SINOPSIS BERIANI GAM KAK ASPALELA

Pelbagai usaha dilakukan oleh Kak Aspalela demi menyelamatkan perniagaan Nasi Berianinya. Tetapi, tiga anaknya Ukisha, Umaya dan Ulala lebih berminat untuk menjalankan perniagaan kosmetik.

Lirik Lagu Sudah - Nikki Palikat

Lagu 'Sudah' ciptaan Naim Daniel, lagu terakhir arwah Siti Sarah diberikan kepada Nikki Palikat sebagai penggantinya. Suara Nikki Palikat, juara Gegar Vaganza 8 sangat kena dengan lagu ni. Lagu dan muzik video rasmi mula disiarkan pada 25 Mac 2022.

Lirik Lagu Sudah - Nikki Palikat

Tajuk : Sudah
Penyanyi : Nikki Palikat
Lirik : Naim Daniel
Komposer : Naim Daniel
Produser : Irwan Simajuntak
Ditaja oleh : Bubblebee (M) Sdn Bhd 

Lirik Lagu Sudah - Nikki Palikat

Sudah... Sudah... 
Segala apa yang kau mahu ku lakukan 
Sudah... Sudah... 
Tiap perih yang ku terima tak bererti 
Namun aku masih menjadi boneka oh bagimu... 

Telah tertutup semua harapan ku pada kamu 
Dengarkan batin ku yang merayu 

Aku sendiri kini sendiri 
Berselimut dalam luka di malam ini 

Sudah... Sudah... 
Segala apa yang kau mahu ku lakukan
Sudah... Sudah... 
Tiap perih yang ku terima tak bererti 
Namun aku masih menjadi boneka dihatimu... 

Telah tertutup semua harapan ku pada kamu 
Dengarkan batin ku yang merayu 

Aku sendiri kini sendiri 
Berselimut dalam luka di malam ini 

Pada siapa harus aku bersuara? 
Selamatkan jiwa ku dari merana 

Betapa sakit nya ku
Ketika kau menggantung diriku... terus...

Aku sendiri kini sendiri
Berselimut dalam luka malam ini 

Pada siapa... harus aku bersuara
Selamatkan jiwa ku dari merana...

Segala apa yang kau mahu ku lakukan
Sudah...Sudah....
Sudah...

Sudah...
Segalanya...


Kuih Seri Muka Sedap, Berseri Seri Muka dapat Makan

Selain kuih badak berendam, saya pesan juga pada suami. Kalau ada kuih seri muka belilah sekali. Rezeki saya juga dapat kuih seri muka yang sedap. Kebetulan juga stok jualan makcik tu tinggal hujung hujung juga.

Dapatkan 4 potong kuih seri muka. Saiznya boleh tahan besar sepotong. Sangat berbaloi dengan harga 50 sen. Susah nak jumpa kuih muih saiz besar dengan harga tu. Even yang sebekas RM2 pun, saiz kuihnya sedang sedang je.

Baru saya tahu nama lain kuih seri muka ni, antaranya :
  • Kuih Puteri Salat
  • Kue Talam Ketan Pandan
  • Pulut sekaya
Jujur cakap, kuih tradisional ni memang saya tak pakar nak membuatnya. Pakar makan je lah. Setakat masak lauk campak campak tu menjadi lah jugak. Kuih muih dan kek kek kena bersukat bagai, sayalah penggagal tegar. Jarang hasilnya terbaik.

Sekarang dah mudah, nak masak apa je resipi dah tersedia di internet. Kot rajin nak cuba buat kuih seri muka, bolehlah cuba resipi kuih seri muka dalam carian internet.

Kuih Seri Muka Sedap

Rezeki sungguh lah dapat  makan kuih seri muka sedap ni. Pulutnya masak elok, lapisan atas pun sedap rasanya. Tak manis, just nice. Dah rasa segigit, nak makan lagi dan lagi. 

Kuih Seri Muka Sedap

Kagum lah dengan makcik yang menjual tu. Menu makanan dia sedap sedap. Kuih badak berendam sedap, laksa sedap. Bagus berniaga untuk kepuasan selera pembeli. Bukan semata-mata untuk keuntungan. Air tangan mak - mak kan, mesti lah sedap.

Kuih Badak Berendam

Tekak meminta minta nak kuih badak berendam. Sehari sebelum tu kemain teringin sangat makan. Sebab puasa kan, mulalah nak makan itu ini. Tak ada rezeki sebab kedai dah tutup. Maknanya jualan kuih muih dah habis lah tu.

Kalau lambat memang kempunan lah. Esoknya tu, pesan kat suami pergi awal nanti kempunan lagi nak makan kuih badak berendam. Alhamdulillah, rezeki dapat juga kuih badak berendam. Minta suami beli 6 biji kuih badak berendam, sekali dia bawa balik 7 biji semuanya.

Katanya beli 6, ada tinggal satu lagi. Jadi dia belilah sekali 1 yang tinggal tu. Borong terus habis. Kira rezeki jugak tu dah hujung hujung tinggal stok kuih badak berendam. Cuba kalau lambat pergi, kempunan sekali lagilah. Menangis bucu katil. Ke masuk gua batu belah batu bertangkup.

Kuih Badak Berendam

Walaupun rupamu tak berapa nak halus mulus licin, tapi kesedapanmu tetap menjadi pujaan hatiku. Rasa kuih badak berendam makcik ni maintain sedap sama macam pertama kali beli kuih badak berendam tahun lepas.

Harga pun maintain lagi, sebiji 50 sen. Berbaloi sebab sedap dan saiznya besar. Gemok gemok badak ni. Kuah santannya pun pekat dan berasa lemak manis santan.

Kuih Badak Berendam

Yang paling best tu, inti dia padat. Bukan tepung yang menebal. Semasa menulis ni pun terasa rasa nak makan lagi. Tahu je cara buat kuih badak berendam ni. Boleh je ikut mana mana resipi kuih badak berendam dalam internet.

Tapi itulah, tak pakar nak membuat kuih tradisional ni. Nak cari santan segar pun payah. Santan kotak mana sedap sangat kan. Jadi, kita serahkan pada yang pakar je lah. Kita tahu beli je.

Kuih Badak Berendam

Beli di Jalan persiaran desa rhu 1, makcik tu berniaga depan rumah je. Ada banner kedainya, tapi lupa namanya. Nanti dah tahu saya update ye.

Lirik Lagu CahayaMu - Aina Abdul

Akhirnya tercapai impian Aina Abdul untuk menyanyikan lagu kerohanian pertama. Aina Abdul tampil dengan single baru berjudul CahayaMu. Lagu dan Muzik Video rasmi CahayaMu release pada 25 Mac 2022.

lirik lagu cahayamu aina abdul

Lirik Lagu CahayaMu - Aina Abdul

Komposer : Aina Abdul, Sarry Khaled
Lirik : Aina Abdul
Waktu seakan terhenti 
Bila kubersamaMu 
Dalam terleka 
Aku tersedar 
CahayaMu setia menunggu 

Oh ya Tuhanku 
Ampuni alpaku 
Pegang erat imanku 
Saat kau tunjukkan kebesaranMu 
PadaMu ku menunduk 

Dalam gelap ku menghibur 
Hening sunyi merasuk 
Terdengar suara 
Sahut menyahut 
‘Kembalilah ke akarmu’ 

Oh ya Tuhanku 
Ampuni alpaku 
Pegang erat imanku 
Saat kau tunjukkan kebesaranMu 
PadaMu ku menunduk 

Oh.. 

Oh ya Tuhanku 
Ampuni alpaku 
Pegang erat imanku 
Saat kau tunjukkan kebesaranMu 
PadaMu ku menunduk 
Ya Allah... 
PadaMu ku menunduk 
Ya Allah Yang Maha Satu


sumber imej & video : Aina Abdul

Telefilem Biar Aku Jadi Imammu

Telefilem Biar Aku Jadi Imammu menampilkan gandingan pelakon Fikry Ibrahim dan Daniella Sya. Biar Aku Jadi Imammu bersiaran pada 26 Mac 2022 di slot Panggung RTM di TV1. 

Telefilem Biar Aku Jadi Imammu Panggung RTM TV1

TELEFILEM BIAR AKU JADI IMAMMU

Waktu siaran : Sabtu, 26 Mac 2022, jam 9:00 malam
Siaran TV : Slot Panggung RTM TV1 | rtmklik.rtm.gov.my
Idea Asal : Najiy Jefri
Penulis skrip : Afdal Shahizad
Pengarah : Faizal Nadxman
Penerbit : Guam Teamwork Sdn. Bhd.

PELAKON DAN WATAK

  • Fikry Ibrahim sebagai Fitri
  • Daniella Sya sebagai Sarra
  • Ku Faridah (Mak Engku) sebagai Kiah (Mak fitri)
  • Firdaus Nadxaman sebagai Umar
  • Syazwan Ismail sebagai BF Sarah
  • Nazzaty Rusli sebagai PA Sarah

SINOPSIS BIAR AKU JADI IMAMMU

Fitri, seorang graduan dari Mesir mahu menyempurnakan hajat ibunya untuk menjadi pendakwah. Dalam masa sama, dia terlebih dulu memilih bidang lakonan yang penuh glamour dan kontroversi lalu membawanya mengenali Sarah.

Apakah kesudahannya?


Earth Hour 2022, Bergelap Tanda Peduli

Earth hour 2022, 26 Mac 2022 akan menyaksikan kegelapan selama 1 jam (one earth hour) bermula 8:30 malam sehingga 9:30 malam walau dimana juga berada. Bergelap tanda peduli. 

Earth Hour

Earth Hour adalah acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia (WWF) bagi memberikan kesedaran tentang perlunya melakukan sesuatu dari sekarang demi menyelamatkan bumi daripada binasa dengan lebih cepat.

Earth Hour dikendalikan oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald pada 2007 dan mendapat sokongan dunia pada 2008. Kempen Earth Hour disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac. Tahun 2022, Earth Hour jatuh pada hari sabtu, 26 Mac.

Bagi menyokong kempen Earth Hour, kita disarankan untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim. 

earth hour 2022
credit : www.earthreminder.com

Apakah kepentingan Earth Hour

Kempen Earth Hour bukan sekadar padam lampu selama sejam mahupun acara bersuka ria. Tapi ia lebih kepada misi menyampaikan kesedaran dan mendidik masyarakat betapa pentingnya perubahan iklim dan pemanasan global.

Selama ni kita mungkin kurang sedar tentang bekalan kuasa yang kita guna dalam kehidupan seharian, kita terlalu selesa dengan kepentingan diri sampai lupa ambil peduli tentang perubahan iklim dan kehilangan sumber alam semula jadi.

Walaupun kempen ni hanya 1 jam, sekurang kurangnya Earth Hour mampu meninggalkan kesan baik pada bumi secara tidak langsung. 

Koleksi Decorative Washi Tape

Dari beli satu pek, bertambah lagi koleksi decorative washi tape yang ada. Sebaris kiri tu dah lama beli sebenarnya. Tapi boleh pula tiba tiba dia menghilangkan diri entah kemana masa nak guna tu. Puas mencari.

Benda kalau hilang, lupa letak mana bila mencari tu tak kan jumpa. Bila tak mencari, eh ada pulak jumpa. Dah tak jumpa masa mencari tu, encik suami lah jadi penyelamat kena keluar kejap membeli. Nasib baik ada Mr DIY dekat je.

Tak boleh nak expect apalah kalau suami memilih walaupun bervideo call. Tak ada pilihan lain, suami beli 2 baris kanan tu. Sebenarnya semua tu dalam satu bekas, bukan dijual satu satu. Ada pelbagai saiz dan corak.

Okaylah, ada jugak corak yang berkenan di hati. 

decorative washi tape

Apakah Washi Tape

Washi tape ni sejenis tape yang pelbagai guna untuk dekorasi projek kraft, kad ucapan, journals dan lain-lain yang sesuai selain digunakan sebagai masking tape.

Decorative washi tape ni lebih menarik dengan pelabagai warna, corak dan saiz. Nipis dan tahan lama diperbuat daripada tumbuhan hijau dan buluh. Sejenis tape yang mudah melekat termasuklah dipermurkaan papan, plastik dan metal. 

Mudah juga untuk ditanggalkan tanpa meninggalkan kesan atau rosak. Washi tape ni sekadar untuk melekatkan dan mencantikkan je. Bukan jenis tape yang kuat melekat tu. 

Saya akan gunakan washi tape ni untuk letakkan pada bungkusan hadiah atau kad. Kalau tak ada kad ucapan, boleh juga tulis atas washi tape ni sebagai pengganti.

Cirit-Birit Dan Ubatnya

Aduh, keciritan lagi. Baru nak elok ceri beri yang haritu, dia datang bertandang balik. Punca cirit-birit tak dapat dikenalpasti. Tersilap makan atau keracunan makanan mungkin. 

Cerita dia, hari khamis saya puasa. Petang tu, encik suami beli laksa untuk tambah tambah tambah menu selain menu berbuka. Kira macam moreh lah kononnya.

[mo.réh] | موريه.
Definisi : (moréh) jamuan di masjid atau surau dlm bulan puasa, biasanya selepas bertarawih dan bertadarus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Mungkin sebab perut kosong seharian lepas tu makan benda masam berkuah buat perut rasa tak selesa. Saya pergi perah limau kesturi lagi. Jadi terlebih masam. Padahal makan nasi masa berbuka okay je. Lepas makan laksa terus perut meragam.

Atau mungkin laksa tu hampir basi sebab beli petang, dalam pukul 10 lebih macam tu baru saya makan laksa tu. Tak ada pulak tanda tanda basi. Bau okay, tak ada berlendir ke apa. Tu yang buat rasa yakin nak makan laksa. Habis licin lah semangkuk laksa tu. Punyalah sedap kan!

Lepas tu berkali kali masuk toilet, habis buang segala makanan yang masuk. Rasa leper pulak perut ni. Lemah! Tak ada tenaga tapi selera tu membuak buak sungguh nak makan itu ini. Tapi bila makan, sudahnya berakhir ke lubang jamban! Hampir hampir nak muntah juga.

Tak tahan nak menanggung penat back to back masuk toilet, makan kapsul norit 200mg activated charcoal. Nasib baik baru beli buat stok. Biasa beli jenis tablet. Tapi tak ada haritu. Kapsul pun kapsul lah. Janji ada buat stok ubat kat rumah.

ubat cirit birit charcoal

Telanlah 2 kapsul. Lepas tu perut masih sakit tapi taklah ulang alik ke toilet. Ubat arang ni memang berkesan kalau sakit perut. Pil chi kit teck aun memang tak pandang dah. kalau pergi klinik mesti bagi air garam. Kadang tak jalan jugak. Ubat arang ni jugak selalunya berkesan.
 
Beli norit 200mg activated charcoal sepapan ada 15 kapsul. Makan 2 kapsul. Harga dia saya tak tahu sebab encik suami yang beli. Yang pasti harga ubat sekarang semakin mahal. 

ubat cirit birit farmasi

Apakah activated charcoal

Charcoal atau arang pada kebiasaannya dihasilkan daripada arang batu, kayu atau tempurung kelapa. Activated charcoal adalah sama seperti jenis arang yang lain. Ia merupakan sejenis serbuk halus berwarna hitam tanpa bau dan rasa yang digunakan untuk pelbagai jenis rawatan tertentu.

Activated charcoal telah digunakan sejak zaman purba untuk merawat pelbagai jenis penyakit termasuk keracunan. Ciri-ciri penyembuhan yang dihasilkan oleh activated charcoal ini telah direkodkan sejak 1550 Sebelum Masihi oleh orang Mesir.

Cara activated charcoal bertindak sebagai ubat

Bagi menghasilkan activated charcoal (ataupun mengaktifkan arang), arang jenis biasa dipanaskan dengan suhu yang tinggi. Proses pemanasan tersebut akan membentuk ruang atau liang pada struktur arang.

Liang yang terbentuk akan bertindak sebagai perangkap atau penyerap bahan kimia atau bahan kontaminasi. Liang tersebut bertindak menghalang sesetengah jenis bahan kimia atau racun yang ditelan daripada diserap ke dalam badan oleh perut.

Activated charcoal bertindak dengan bergabung kepada bahan kimia atau toksin yang berada di dalam perut atau usus kecil. Ini menyebabkan bahan tersebut dapat dihalang dari menyerap ke dalam tubuh. Hasil gabungan activated charcoal dan bahan kimia atau toksin ini akan dikumuhkan melalui najis tanpa memudaratkan badan.

Ciri-ciri ini menyebabkan activated charcoal sangat berkesan digunakan untuk rawatan keracunan makanan, keracunan bahan kimia, cirit-birit, kembung dan sakit perut.


untuk maklumat lanjut boleh baca di laman web MyHEALTH KKM : http://www.myhealth.gov.my/activated-charcoal/

Dah makan kapsul, sapu juga minyak pati Digize untuk bantu legakan perut juga. Ingest kapsul dan topical minyak, 2 kaedah sekali jalan. Fuhh…pagi ni dah rasa lega sikit. Tak ke toilet dah. Cuma perut masih belum selesa sepenuhnya. 


Telefilem Nasi Ambeng Timah

Telefilem Nasi Ambeng Timah, telefilem terbaharu di Slot Skrin Di 9 TV9. Telefilem Nasi Ambeng Timah dibintangi pelakon Amy Nur Tinie, Dato' Tarmimi Siregar, Dato' Jalaluddin Hassan, Amar Asyraf dan ramai lagi.

telefilem nasi ambeng timah tv9 online

TELEFILEM NASI AMBENG TIMAH

Waktu siaran : Jumaat, 25 Mac 2022, jam 8:30 Malam
Siaran TV : Slot Skrin Di 9 TV9 | Astro 149 | myFreeview 109 | Tonton
Idea Asal : Azura Halid
Penulis Skrip : Myra Sofea
Pengarah : Eoon Shuhaini
Penerbit : Punyakumari Periasamy
Produksi : Universal Excel Creation Sdn. Bhd
Genre : Komedi

PELAKON DAN  WATAK

  • Amy Nur Tinie sebagai Timah
  • Dato' Tarmimi Siregar sebagai Wak Karjo
  • Dato' Jalaluddin Hassan sebagai Tok Seman
  • Amar Asyraf
  • Shafiq Sahli
  • Esma Daniel

SINOPSIS NASI AMBENG TIMAH

Mengisahkan tentang Wak Karjo yang mencarikan jodoh untuk anak perempuannya Timah. Calon jodoh Timah kenalah makan nasi ambeng hari-hari.

Biodata Amy Nur Tinie (Nur Tinie Abdul Aziz)

Merupakan model dan ratu cantik pernah memegang gelaran : 
  • Miss Malaysia Kebaya 2016
  • Juara Projek Bliss Bintang Bliss 2016
  • Juara Pencarian Ratu Festival Kerja Kahwin Utara 2015
  • 16 peserta akhir Miss Perak Tourism 2015
  • Juara KBJ Ratu Kebaya 2015
  • Pemenang Ngam Bersama Clean & Clear 2014
  • Pemenang Pencarian Model Festival Pengantin Taiping 2014
  • Pemenang kedua Dream Car Expo Model Search 2014
  • Juara Gadis Metro 2011
Tinie turut menyerlah dalam kerjaya seninya sebagai hos program Tumit Tinggi dan Santai Jer untuk RTM. Gadis berdarah kacukan Arab di sebelah bapa dengan ketinggian 173 sentimeter ini, mula melebarkan langkah dalam lakonan pula apabila terbabit membintangi filem 10 Tips Tipu Bini terbitan Rumah Produksi Merah milik Datuk Awie. 

Baru menjebakkan diri dalam bidang lakonan, selepas aktif mengacara program TV sebagai Miss Eco International.

Menariknya, dalam telefilem Nasi Ambeng Timah ni Amy Nur Tinie berdialog dalam bahasa Jawa untuk beberapa babak. Sekali imbas, seiras rupa pelakon Puteri Aishah.

Penyakit ‘Ain Dan Rawatannya

Penyakit ‘ain ialah penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang. Ianya boleh terjadi sama ada dari orang yang dengki atau orang yang dicintai, dari orang yang jahat atau orang yang soleh.

penyakit ain dan perawatannya

Soalan
Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Saya ingin bertanya tentang penyakit ‘ain. Adakah ia boleh terkena pada manusia? Bagaimana cara nak merawat dan apa kaedah perlindungan daripada terkena penyakit ini? Mohon penjelasan.

Jawapan
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Penyakit ‘ain adalah thabit di dalam nas-nas syara’. 

Allah SWT berfirman:

وَإِن يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ

Maksudnya: Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian),
Surah al-Qalam (51)

Ibn Abbas, Mujahid dan lain-lain berkata: 
(لَيُزْلِقُونَكَ) bermaksud mereka hendak menggelincirkan. (بِأَبْصَارِهِمْ) "Dengan mata mereka, maksudnya mereka dengki kepadamu kerana kebencian mereka terhadapmu. Seandainya bukan kerana perlindungan dan pemeliharaan Allah pada dirimu dari mereka (nescaya engkau tidak selamat)

Di dalam ayat ini terdapat dalil yang menunjukkan bahawa sasaran dan pengaruh "mata" benar-benar nyata adanya atas perintah Allah SWT. Sebagaimana disebutkan dalam beberapa hadis yang diriwayatkan dari pelbagai jalan yang banyak. 
(Lihat Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 8/260)

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

الْعَيْنُ حَقٌّ

Maksudnya: “Al-‘ain itu adalah haq (benar).”

Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَىْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا

Maksudnya: Al-‘Ain itu haq (benar). Jika ada sesuatu yang menjangkaui qadar maka ‘ain lah (yang dapat menjaungkauinya). Jika diminta kepada kamu untuk mandi (untuk penyembuhan), maka mandilah.
- Riwayat Muslim (5831)

Imam al-Nawawi berkata: “Pada hadith ini terdapat ithbat keimanan pada takdir Allah SWT dan benarnya perkara ‘ain (penyakit ‘ain) dan bahawa ia sangat berbahaya.”
(Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 7/328)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani pula berkata: 
“Maknanya ialah orang yang ditimpa bahaya kerana sesuatu yang telah Allah SWT tetapkan ketika seseorang memandangnya, hakikatnya terjadi dengan takdir Allah SWT yang telah ditetapkan sebelumnya, bukan sesuatu yang baru sahaja diciptakan oleh orang yang memandang terhadap yang dipandang.”

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata: “‘Ain adalah pandangan hasad daripada tabiat yang buruk yang boleh menyebabkan mudarat pada orang yang dipandangnya.”

Beliau turut berkata: “‘Ain boleh terjadi dengan rasa takjub walaupun tanpa ada sifat iri dan hasad, (boleh juga terjadi) walaupun daripada orang yang mencintai dan (walau) daripada seorang yang soleh (tanpa disengajakan).” (Lihat Fath al-Bari, 10/203-205)

Rawatan Penyakit ‘Ain

Sekiranya seseorang terkena penyakit ‘ain, berubatlah dengan rawatan secara syar’ie, iaitu dibacakan ruqyah atau doa.

Daripada Buraidah bin Al-Husyaib R.A, Rasulullah SAW bersabda:

لاَ رُقْيَةَ إِلاَّ مِنْ عَيْنٍ أَوْ حُمَة

Maksudnya: “Tidak ada ruqyah (yang lebih bermanfaat), kecuali untuk penyakit ‘ain, atau penyakit yang diakibatkan sengatan binatang berbisa..”
Riwayat al-Bukhari (5705) dan Muslim (220)

Dimandikan dengan air.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Umamah bin Sahl bin Hunaif, beliau berkata: Amir bin Rabi’ah melewati Sahl bin Hunaif ketika dia sedang mandi, lalu Amir berkata: “Aku tidak melihat seperti hari ini, kulit yang lebih mirip (keindahannya) dengan kulit wanita yang dipingit.” Tidak berapa lama kemudian Sahl terjatuh, lantas beliau dibawa kepada Nabi SAW, lalu dikatakan: “Selamatkanlah Sahl yang sedang terbaring sakit.” 

Baginda SAW bersabda: “Siapa yang kamu curigai telah menyebabkan ini?” Mereka berkata: “Amir bin Rabi’ah.” Baginda SAW bersabda:

عَلاَمَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ ، إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مِنْ أَخِيهِ مَا يُعْجِبُهُ ، فَلْيَدْعُ لَهُ بِالْبَرَكَةِ

Maksudnya: “Kenapakah salah seorang daripada kamu membunuh saudaranya? Seharusnya apabila salah seorang daripada kamu melihat sesuatu pada diri saudaranya yang menakjubkan, hendaklah dia mendoakan keberkatan untuknya.”

Kemudian Baginda SAW meminta air, lalu menyuruh Amir untuk berwudhu’. Amir mencuci wajahnya, kedua tangannya sampai ke siku, dua lututnya dan bahagian dalam kainnya. Nabi SAW memerintahkannya untuk menyiramkan (bekas air wudhuknya) kepada Sahl. Sufyan menyebut, Ma’mar berkata, daripada al-Zuhri: “Baginda SAW memerintahkannya untuk menyiramkan air dari arah belakangnya.”
Riwayat Ibn Majah (2828), al-Nasa’ie (10036)

Ibn al-Qayyim Rahimahullah berkata:

هَذِهِ الْكَيْفِيَّةُ لَا يَنْتَفِعُ بِهَا مَنْ أَنْكَرَهَا وَلَا مَنْ سَخِرَ مِنْهَا وَلَا مَنْ شَكَّ فِيهَا أَوْ فَعَلَهَا مُجَرِّبًا غَيْرَ مُعْتَقِدٍ

“Cara pengubatan ini tidak akan dapat mengambil manfaatnya bagi orang yang mengingkarinya, orang yang mempersenda-sendakannya, orang yang meragukannya atau yang melakukannya sekadar cuba-cuba tanpa meyakini.” 
(Lihat Fath al-Bari, 10/205)

Berlindung dari terkena penyakit ain

Berusaha berlindung daripada penyakit ain adalah dibolehkan serta ia tidak menafikan konsep tawakkal. Ini kerana tawakkal adalah bergantung kepada Allah SWT disertai dengan melakukan asbab perkara yang diharuskan atau diperintahkan dengannya.

Berlindung kepada Allah SWT merupakan pencegahan terbaik daripada terkena penyakit ‘ain malah daripada segala mara bahaya. Nabi SAW memperlindungkan al-Hasan dan al-Husin R.Anhuma sepertimana dalam hadith Ibn Abbas R.Anhuma, Baginda SAW bersabda:

أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ ، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ

Maksudnya: Aku memperlindungkan kamu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang maha sempurna daripada syaitan, binatang berbisa dan mata yang dengki.”
Riwayat al-Nasa’ie (7679), Abu Daud (4737),
Ibn Majah (3525), dan al-Tirmizi (2060)


Amati dan tadabbur surah al-Falaq serta mengamalkannya supaya terhindar daripada penghasad dan pendengki. Makanya kami akhiri perbincangan ini dengan surah al-Falaq:

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ﴿١﴾ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ ﴿٢﴾ وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ ﴿٣﴾ وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ ﴿٤﴾ وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, (1) "Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; (2) "Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; (3) "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); (4) "Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya"
Surah al-Falaq (1-5)

sumber imej dan maklumat : https://muftiwp.gov.my/artikel/al-afkar/3072-al-afkar-43-penyakit-ain-dan-rawatannya

Drama Menantu Mek Barber

Menantu Mek Barber, drama komedi lakonan Fadzil Zahari, Yana Samsudin, Didie Alias, Syed Ali Murtadha dan Nur Damia Danisha. Drama Menantu Mek Barber episod 1 mula bersiaran pada 3 April 2022 jam 9:00 malam di TV3.

drama menantu mek barber tv3 full episode

DRAMA MENANTU MEK BARBER

Mula siaran : 3 April 2022
Waktu Siaran : Ahad, jam 9:00 malam
Siaran TV : TV3
Pengarah : Along Kamaludin
Produksi : MIG Production Sdn Bhd

PELAKON MENANTU MEK BARBER

  • Yana Samsudin
  • Fadzil Zahari
  • Didie Alias
  • Syed Ali Murtadha
  • Nur Damia Danisha

SINOPSIS MENANTU MEK BARBER

Mengisahkan tentang seorang nenek yang tinggal bersama dengan menantu dan cucu-cucunya. Sempena Ramadan yang hampir tiba. Qisha dan Rykal mahu memiliki baju raya vogue yang mahal tetapi dihalang oleh ayah mereka Danial yang mahu mereka belajar mencari wang sendiri untuk membelinya.

Lirik Lagu Du - Andi Bernadee

Penyanyi dan pelakon, Andi Bernadee kembali dengan single Du. Lagu Du merupakan ciptaan komposer berasal dari Singapura, Alyph (Magic Portion)

Maksud DU

Du adalah singkatan daripada perkataan rindu yang menjadi signifikasi kepada 'kerinduan yang berbalas' yang dipilih sebagai tema lagu Du.

lirik lagu andi bernadee du
sumber : twitter andi bernadee


Lirik Lagu Du - Andi Bernadee

bagaimana kalau ku rindu?
bagaimana harus ku meyakinkanmu?
bagaimana jika ku perlu?
walau ku tahu kau tak akan rasa begitu,
bagaimana kalau ku rin -

du du du du du
du du du du du
du du du du du

bagaimana kalau ku rin -
du du du du du

walau ku tahu kau tak akan rasa begitu,
bagaimana kalau ku -

aku setuju,
tak perlu membuatmu begitu
dengan masa 'tuk memikir balik,
ku hanya dapat memikirkanmu

aku dah nampak,
cinta sendirinya tak tahan lasak
ade banyak lagi penambahan penting,
tapi aku hanya menambahkan jarak

nyanyikan aku melodi kami,
aku fahami bisikan hatimu
kenyataan ini yang terbaik,
ok,....tetapi

bagaimana kalau ku rindu?
bagaimana harus ku meyakinkanmu?
bagaimana jika ku perlu?
walau ku tahu kau tak akan rasa begitu,
bagaimana kalau ku rin -
du du du du du
du du du du du
du du du du du

bagaimana kalau ku rin -
du du du du du
walau ku tahu kau tak akan rasa begitu,
bagaimana kalau ku

aku teringin,
alihkan perhatianku
tapi permukaannya licin,
hanya kehadiranmu dapat membantu

aku sedari,
bukan alasan yang kamu mencari
bukan aku yang menolak kamu jauh,
kau yang dah lama menunggu ku kembali

nyanyikan aku melodi kami,
aku fahami bisikan hatimu
kenyataan ini yang terbaik,
ok,....tetapi

bagaimana kalau ku rindu?
bagaimana harus ku meyakinkanmu?
bagaimana jika ku perlu?
walau ku tahu kau tak akan rasa begitu,
bagaimana kalau ku rin -
du du du du du
du du du du du
du du du du du
bagaimana kalau ku rin -
du du du du du

walau ku tahu kau tak akan rasa begitu,
bagaimana kalau ku rin -
du du du du du
du du du du du
du du du du du

bagaimana kalau ku rin -
du du du du du
walau ku tahu kau tak akan rasa begitu,
bagaimana kalau ku

Muzik video 'Du' boleh tengok di youtube channel 'andi bernadee'.

Semata - Mata Nak Dapat Face Massager Libresse PERCUMA? Oh tidak!

Dah terbeli Listerine sakura and peach zest limited edition, kemudian terbeli libresse pad pulak. Semata-mata nak dapat face massager percuma punya pasal lah ni. Eh, tak jugak! Stok pun dah menyusut, kita tambahlah buat stok. Alasan sangat kan! 

Padahal memang tersampuk nak membeli nak dapat face massager tu. Pandai betul marketing dorang bagi free gift kan. Perempuan pantang nampak free gift, laju nak membeli. Kan? Ke bukan?

Sekarang suka beli jenis libresse pad hypoallergic liner lebih selesa. Longer & wider extra absorbent mencegah kebocoran terkena pada seluar.

face massager libresse malaysia free gift

Facial massager ni didatangkan dengan bateri sekali. Ringan dan ergonomic.

face massager libresse malaysia free gift

Functions

1. Improves skin, firming & lifting
2. Rejuvenates & promotes radiant skin.

Usage

1 to 2 times per day
10 minutes each time

face massager libresse malaysia free gift

Directions

1. Positive + ions with vibration
  • Gentle massage for 3-5 minutes.
  • Use after cleaning and towel dry face

2. Negative - ions with vibration
  • Gentle massage for 3-5 minutes until fully absorbed
  • Use with serum/moisturizer after cleaning face

face massager libresse malaysia free gift

Cautions

  • Please read the instructions carefully before use.
  • Please perform patch test before first use. If irritation persistss, discontinue use.
  • Please clean the unit with damp cloth before and after each use.
  • Do not immerse unit in water.

Listerine Sakura And Peach Zest Limited Edition

Semalam keluar singgah Farmasi Guardian nak membeli mouthwash. Sebelum ni guna thymol mouthwash. Yang lecehnya thymol ni kena dilute dengan air, nisbahnya 1:3. 1 cap thymol, 3 cap air. Thymol dah nak habis, kita belilah stok mouthwash baru.

Nak beli jenis yang zero alcohol atu less intense. Tak pedas lah orang kata. Sesuai lah dengan keadaan gigi yang sedang beransur pulih ni. Belek membelek, tertarik dengan Listerine sakura and peach sest limited edition ni. Macam menarik je listerine mouthwash flavour ni. 

Apa lagi, grab tak nak lepas. Satu lagi green tea. Tapi sebab sakura punya pasal, tak tengok yang lain dah. Mudah betul terpengaruh kan. Biasalah perempuan, pantang nampak benda yang menangkap mata dan hati.

Saya baru tahu kewujudan listerine range yang baru, Listerine sakura and peach zest limited edition ni. Dah berapa lama sebenarnya dah ada di pasaran?

Encik suami tak layan versi bunga-bungaan ni. Dia tetap nak versi listerine cool mint. Beli saiz besar twin pack buat stok alang-alang ada sale 30%.

Listerine Sakura And Peach Zest Limited Edition Review

Bau bunga sakura dan peach yang manis

Aroma sakura dan bau peach bergabung menjadikan bau Listerine sakura and peach zest macam bau-bauan manis. Taklah bau macam ubat. Tapi kan...bila dah masuk mulut kumur kumur tu terasa sangat macam ubat batuk kanak-kanak warna merah-merah tu. 

Terkenang terus kenangan makan ubat batuk zaman kanak-kanak dulu. Rasa dia taklah teruk sangat pun. Okay je boleh dibuat berkumur-kumur. Jangan ditelan pulak. 

Berkumur guna listerine less intense tanpa alkohol ni taklah rasa kebas dalam mulut tu. Sesuai sangatlah untuk yang gigi sensitif atau yang kurang tahan pedas listerine menyengat tu.

Tak pasti sampai bila limited edition ni dipasaran. Harga RM250ml, RM10:++.

Drama Do You Love Me Captain

Do You Love Me Captain?, sebuah drama melayu bersiri adaptasi novel karya Sophilea dibintangi Ali Reza, Sharifah Rose, Noniswara, Faye Kusairi dan ramai lagi. Do You Love Me Captain? episod 1 mula bersiaran pada 13 April 2022, jam 9:00 malam di slot Lestary TV3.

drama do you love me captain tv3

DRAMA DO YOU LOVE ME CAPTAIN?

Jumlah episod : 28
Mula siaran : 13 April 2022
Siaran TV : Slot Lestary TV3
Nevelis : Sophilea
Pengarah : Adam Hamid
Produksi : Creative Skill Solution

PELAKON DAN  WATAK

  • Ali Reza sebagai Darish Dzaqrie
  • Sharifah Rose sebagai Daneena Durra
  • Noniswara sebagai Dr Anis
  • Faye Kusairi sebagai Harlina
  • Hazeeq Dean sebagai Hakim
  • Syainie Shuhaimi
  • Zuhairi Ibrahim
  • Kartina Aziz
  • Yasmin Khalid
  • Daniel Fong
  • Izzendra

SINOPSIS DO YOU LOVE ME CAPTAIN

Crash landing on you? Huh! Mimpi sajalah semua itu. “Realitinya mana ada macam itu. Tiba-tiba jodoh datang dari langit. Drama itu semua khayalan… merepek saja. Semuanya melalaikan.” Kapten Darish Dzaqrie cuma menjeling saat sahabatnya leka dengan drama yang memaparkan kehidupan tentera Korea Utara itu.

“Jangan cakap sombong Darish.. takut esok jodoh kau keluar dari almari bilik.”

Takdir Tuhan, tatkala pulang bercuti di rumah yang dibina berhampiran pantai, seorang wanita bersembunyi di dalam almari.

“Awak keluar dari almari ini sekarang sebelum saya heret ke balai polis!” Entah berapa lamalah agaknya gadis yang bernama Daneena Durra ini menceroboh di kediamannya. Bukan tu saja. Dia jadikan rumah ini seolah-olah macam dia yang punya.

“Saya minta maaf, Tuan. Jangan bawa saya ke balai polis. Saya cuma… Saya cuma tumpang berteduh. Demi Allah saya tak ambil apa-apa barang pun dekat sini kecuali makanan dalam peti ais"

Saat hatinya tertanya-tanya siapa gadis ini, Daneena Durra tetap membisu seribu bahasa. Keluarganya muncul. Bakal isterinya muncul lalu Daneena diperkenalkan sebagai pembantu rumah.

Saat di pejabat, hatinya mengingati Daneena. Masin mulut sahabatnya, jodoh dari almari. Daneena yang siapkan makan minum dia, Daneena yang berjaga tatkala dia demam. Daneena yang buatkan dia selalu mengukirkan senyuman dan tawa.

“Siapa awak Daneena?”
“Siapa saya… anggap sahaja takdir yang bawa saya ke sini.”

Tapi satu hari saat dia pulang kembali ke rumah percutiannya, saat hatinya dicuri gadis itu, Daneena sudah pergi. Cuma ada nota ditinggalkan. Dan ayat ini…

Do you love me, Captain?

Darish tahu dia harus mencari Daneenanya yang misteri. Jatuh cinta itu bukan mudah tapi dia yakin pada takdirnya. Tunggu saya Daneena Durra kerana awak adalah takdir saya.

Filem Langsuir

Filem Langsuir lakonan Syafiq Kyle dan Hannah Delisha akan di ulang siar pada 25 Mac 2022, jam 9:00 malam di saluran Astro Citra. Filem Langsuir merupakan filem tahun 2018 yang ditayangkan di pawagam pada 20 September 2018 yang lalu.

Filem Langsuir Astro Citra

FILEM LANGSUIR

Tarikh Tayangan : 20 September 2018
Ulang siar : Jumaat, 25 Mac 2022, jam 9:00
Siaran TV : Astro Citra
Pengarah : Osman Ali
Terbitan : Guam Teamwork Sdn Bhd, Nuansa Sdn Bhd
Genre : Seram Romantik

PELAKON DAN  WATAK

  • Syafiq Kyle sebagai Azlan
  • Hannah Delisha sebagai Suri
  • Firdaus Nadxaman sebagai Zaman
  • Julia Farhana Marin sebagai Dewi
  • Halim Radzi sebagai Kamal
  • Shah Kimin sebagai Udin
  • Nazri sebagai Alias
  • Daaim Jailani sebagai Eron
  • Nazri John
  • Naza Manas

SINOPSIS LANGSUIR

Menceritakan kisah cinta dua dunia antara Azlan dan Suri. Mereka bertemu ketika Azlan dan kawan-kawannya berkunjung ke pulau terlarang bernama Pulau Langsuir. Azlan yang jatuh cinta dengan Suri tidak mengetahui bahawa Suri adalah langsuir yang mendiami pulau itu. 

Zaman irihati dengan hubungan Azlan dan Suri telah merancang untuk menikam paku tajam ke kepala Suri untuk melihat sejauh mana kebenaran mitos mengatakan langsuir akan kekal menjadi perempuan cantik jika kepalanya ditebuk paku. 

Tindakan Zaman telah berjaya dengan bantuan Kamal namun telah menimbulkan kemarahan Dewi, kakak Suri. Dewi nekad mahu membalas dendam dan menghancurkan Zaman serta rakan-rakannya. 

Mampukah cinta antara dua dunia bertahan atau terkubur demi menyelamatkan sebuah persahabatan?

Dapat Juga Sotong Kangkung

Alang-alang encik suami keluar, kirim beli yong tau foo sekali. Alang-alang membeli yong tau foo, belilah sekali sotong kangkung. Banyak betul dia punya alang-alang.

Sebelum ni nak beli sotong kangkung tak ada, dah habis. Lepas tu tak nak kecewa tak ada sotong kangkung, maka belilah tauhu bakar. Kali ni ada sotong kangkung, rezeki sayalah dapat makan sotong kangkung yang dah bertahun tahun lamanya tak makan.

Padahal resepi sotong kangkung ringkas je. Buat sendiri pun boleh. Tapi lain rasanya sotong kangkung beli dan buat sendiri kan. Encik suami bukan makan. Nak makan sorang baiklah beli je. Senang!

Sotong Kangkung

Banyak betul isi sotong kangkung ni. Sendat dan padat satu bekas plastik ni. Watak utama sotong kangkung adalah potongan sotong kembang dan potongan saayur kangkung. Selain tu ada timun dan tauhu. Atasnya dihiasi dengan taburan kacang tumbuk.

Tak lupa jugak sosnya. Rasa macam sama macam sos yong tau foo tapi macam edisi kurang pedas. Ke sama entah. Harga sotong kangkung sebungkus RM6.

yong tau foo seremban

Repeat lagi beli yong tau foo RM10 sebungkus. Entah kali keberapa beli pun tak tahulah. Sedap macam biasa. Tak kedekut sos dan isinya.

Gerai ABC Along Merah Delima

Waktu operasi :  
Isnin-Jumaat (Sabtu-Ahad Cuti)
Jam 12:00 pm - 6:00 pm

Lokasi : 447 taman college heights 8 (COD TCH FREE)
Hubungi : 0176218804

Pertama Kali Cuba Masala Milk Tea Nepal

Excited sebenarnya tau nak cuba best masala milk tea Nepal, souvenir dari Nepal pemberian anak buah. Excited nak rasa tapi selera tu baru datang sebab sakit gigi baru elok. Bila dah datang deria rasa dan berselera tu, jangan ditangguh. Eloklah disegerakan buat  masala milk tea atau lebih senang kita sebut teh masala je.

Sebut teh dah sedia maklum teh susu, kan? Didatangkan dalam beg yang comel warna warni. Label dia ringkas je, bercetak biasa dan tampal.

best masala milk tea nepal

Dibelakangnya ada tunjuk how to make nepal milk tea method. Ikut je lah arahan yang diberikan tu. Tak susah, mudah je. Siap ada email lagi tu. Best before sebelum Jun, 2022. Jadi kenalah kita habiskan sebelum bulan Jun tiba.

how to make nepal milk tea nepal

Teh masala dipek dalam bungkusan aluminium. Bukan tabur je dalam beg comel tu. 

best masala milk tea nepal

Beginilah rupa serbuk teh masala. Nak panggil serbuk ke butiran entah. Dari label teh masala, ada campuran halia, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, jintan manis dan lada hitam.

Semuanya digabungkan menjadi satu ramuan masala macam dalam gambar bawah ni.
 
Masala Milk Tea Nepal

Setelah dipindahkan masuk balang kaca, dapatlah separuh bekas. Tak banyak mana tapi dapatlah buat bergelas gelas teh masala jugaklah ni.

Masala Milk Tea Nepal

Apa itu teh masala

Masakan India terkenal dengan pelbagai jenis pelbagai rempah yang disebut Masala. Penggunaannya memberikan rempah dan ragam makanan sehari-hari, dan khasiat serta aroma yang bermanfaat menjadikan minuman baru dan menyenangkan. 

Jadi, teh masala adalah teh rempah yang terdiri pelbagai rempah seperti kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, jintan manis, buah pelaga, halia dan lada hitam.

Sejarah teh masala

Beberapa sumber menunjukkan bahawa teh banyak digunakan pada milenium ketujuh SM, sementara yang lain - yang ketiga. Kontroversi yang sama timbul ketika menentukan tempat di mana teh ini pertama kali dibuat. Ramai sejarawan masih berpendapat bahawa dia berasal dari India (Thailand moden).

Khasiat teh Masala yang bermanfaat tidak segera diketahui oleh seluruh dunia. Pada tahun 1835, ladang teh pertama mulai muncul di wilayah Assam, dan pihak Inggeris, untuk meningkatkan produktiviti hamba mereka dan menjadikan mereka lebih tahan, mula memberi mereka minuman sihat ini.

Kemudian, peniaga India mula mengedarkan teh Masala secara aktif, melancong dan menjualnya di pasar dan pasar dengan harga yang sangat tinggi. Untuk mendapatkan lebih banyak nilai dari penjualan, mereka mula mencampurkan rempah. Ini adalah bagaimana teh India moden berasal. Hanya pada akhir abad ke-19 - awal abad ke-20 Masala dapat diakses oleh semua orang.

Sekarang orang India menawarkan minuman ini kepada pelancong sebagai minuman tradisional, dan memujinya, memberitahu tentang khasiat dan faedahnya.

sumber :sumber :https://lifestyle-ms.cosmetius.com/pitanie/napitki/chay-masala-poleznye-svoystva-kak-zavarivat.html

Saya buat teh masala ikut resipi teh masala yang disarankan dibelakang beg tu. Saya guna susu pekat manis 2 sudu camca dan 1 sudu camca gula perang. Didihkan air dan masukkan teh, kejap je teh tu bertukar warna, letak je susu pekat baru nampak kepekatan teh masala ni.

Pekat memikat tengok rupa dia. Kalau buat teh tarik masala sedap ni. Aroma teh bercampur rempah memang sedap baunya. Rasa dia macamana pulak? Mantul! (baca : mantap betul). Rasa teh yang pekat macam teh thai tu. 

Rasa rempah ratus yang masih boleh diterima. Tak terlalu kuat pun rasa rempahnya tapi rasa tu ada. Bancuhan yang saya buat pun sedang elo kemanisannya.

Encik suami pulak kata teh ni rasa tajam sikit. Tajam tang mana tak tahulah. Mungkin rasa rempah yang kuat kot. Lain lidah, lain rasanya kan.

No wonder lah teh masala dihidangkan di sana. Berfungsi jugak untuk memanaskan badan dengan cepat bila musim sejuk salji tu. Sejuk sejuk minum teh masala ni memang terbaik.

best masala milk tea nepal

Selain tu yang saya baca, kebaikan teh masala ni boleh membantu menurunkan berat badan. Entah iye entah tidak. Mungkin kena gunakan susu yang rendah lemak atau kurangkan penggunaan gula. Rempah ratus tu dah sah sah lah ada khasiat tersendiri kan.

Tapi kalau dah dibancuh dengan susu pekat, dia akan jadi sebaliknya lah. Mengundang kencing manis hari hari minum manis. Punca obes. No! No! No!

Sesekali tu bolehlah kita buat teh masala ni. Nampaknya kena minum sorang-soranglah sebab encik suami tak berapa gemar. 


Drama Jiwa Wanita

Jiwa Wanita, drama lakonan gandingan Ryzal Jaafar, Zeera Azizi, Zarina Zainuddin, Sherry Ibarahim, Shakilla Khoiri, Amar Asyraf dan ramai lagi. Drama Jiwa Wanita episod 1 mula bersiaran pada 25 Mac 2022 setiap Jumaat jam 7:30 malam di TV9 arahan Eyra Rahman.

drama jiwa wanita tv9

DRAMA JIWA WANITA

Mula siaran : 25 Mac 2022
Waktu Siaran : Jumaat, jam 7:30 malam
Siaran TV : TV9
Pengarah : Eyra Rahman
Produksi : Global Station Sdn Bhd

PELAKON DAN  WATAK

  • Ryzal Jaafar sebagai Imran
  • Zeera Azizi sebagai Teha
  • Zarina Zainuddin
  • Sherry Ibrahim
  • Farez Ridzwan
  • Sharifah Shahora
  • Sophia Liana
  • Sabrina Ali
  • Shakilla Khoriri
  • Amar Asyraf

SINOPSIS JIWA WANITA

Memaparkan kisah suka duka insan bergelar wanita. Jiwa Wanita mengangkat permasalahan dan pergolakan hidup dalam hati insan bergelar isteri, ibu dan wanita dalam masyarakat.


Filem Autumn In Wales

Filem Autumn In Wales lakonan Wanna Ali, Jaa Suzuran, Eyka Farhana dan Keith Foo akan ditayangkan pada 24 Mac 2022 di saluran 480 Astro First. Filem Autumn In Wales bergenre kan romantik komedi.

Filem Autumn In Wales Astro First

FILEM AUTUMN IN WALES

Tarikh Tayangan : 24 Mac 2022
Siaran TV : Astro First 480
Pengarah : Rahila Ali
Produksi : Pencil Pictures & Records Sdn Bhd
Genre : romantik komedi

PELAKON DAN  WATAK

  • Eyka Farhana sebagai Aira
  • Jaa Suzuran sebagai Jaka
  • Keith Foo sebagai Darwish
  • Wanna Ali sebagai Marissa
  • Sissy Imann sebagai Mira
  • Joey Daud
  • Amyza Aznan
  • Amirul Haswendy
  • Fara Mendoza
  • Wanns Ahmad

SINOPSIS AUTUMN IN WALES

Mengisahkan Aira yang sanggup ke Wales untuk membawa tunangnya, Darwish kembali ke Malaysia. Aira menyangka yang Darwish memutuskan pertunangan mereka kerana ada masalah di Wales namun semuanya terungkap yang Darwish memutuskan hubungan kerana perempuan lain, Marissa. 

Aira bertemu Mat Kelantan, Jaka yang bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah cafe. Jaka setuju untuk membantu Aira mendapatkan cinta Aira kembali.

LAGU TEMA (OST) AUTUMN IN WALES

Lagu : Pandu Lalu
Penyanyi : Wanna Ali 


WONDA Gold Class Coffee Master's Blend Instant Coffee

Kopi dan seketul Fiza, berpisah tiada. Jangan disuruh puasa kopi, kemurungan terus jadinya. Silap silap tak minum kopi boleh jadi pening kepala. Dapat kopi baru lega. Sekali sehari pun jadi lah.

WONDA Coffee, salah satu jenama minuman kopi yang saya suka. Biasanya akan beli kopi tarik wonda. Itulah minuman kopi dalam tin yang terpaling saya suka kalau travel kemana-mana. Minum kalau travel je lah. Duduk rumah, bancuh kopi kat rumah je sudah.

Pernah juga beli WONDA Coffee kopi tarik 3 in 1 sachet. Tapi rasa dia lansung tak sama macam dalam tin. Sekali tu je lah beli. Tetap yang dalam tin sedap.


Baru-baru ni perasan WONDA Coffee terbaru terpampang di billboard sekitar Kuala Lumpur tak silap. Cakap kat suami, nanti beli eh. Semalam dia singgah 99 Speedmart, ada pulak. Ambil gambar dan bagi kat whatsapp dengan pertanyaan nak tak? Kita pun apa lagi, tak banyak soal. Nakkkk!!!

WONDA Coffee Instant Coffee

WONDA Coffee yang terbaru dengan 2 varian baru iaitu GOLD CLASS (Coffee master's blend) dan PREMIUM CLASS (100% Arabica, Brazil single origin).

GOLD CLASS (Coffee master's blend)

Gabungan biji kopi Robusta dan Arabica yang memberikan rasa yang lebih mewah dan tekstur kopi yang lebih halus. Menggunakan teknologi freeze dried, campuran ini terdiri daripada frozen coffee granules yang memberikan aroma kesegaran kopi yang diperbaharui dengan rasa kafe premium.

PREMIUM CLASS (100% Arabica, Brazil single origin)

100% biji Arabica dari Brazil, membuktikan rasa kopi yang sedap dan seimbang.


Kedua-duanya didatangkan dalam balang kaca moden 100g yang boleh diisi semula. Rasa kopi yang lazat dengan rasa pahit dan manis mengikut bancuhan citrasa sendiri. Sesuai untuk dijadikan minuman kopi latte, cappucino, dalgona, americano dengan kopi segera gourmet WONDA Coffee.

Bila encik suami kata nak mana satu, saya pilih Gold Class lah. Saya expect rasa dia lagi sedap lah sebab gold dan mahal sikit dari premium. GOLD CLASS (Coffee master's blend) harganya RM15.50 dan PREMIUM CLASS (100% Arabica, Brazil single origin) RM10.70.

WONDA Gold Class Coffee Master's Blend Instant Coffee

Frozen coffee granules yang agak besar besar saiz butirannya. Mudah sangat larut dalam air panas. Senang nak bancuh, kacau sikit je dah larut tanpa kacau beria. Malam tadi saya dah bancuh buat kopi susu. Sedap tu sedap, tapi kena letak susu pekat lebih sikit.

Tapi saya saya buat bancuhan kopi o light light je pun dah sedap dah sebenarnya. Kurang penggunaan gula dan kaya dengan kopi pahit yang tak seberapa.

WONDA Gold Class Coffee Master's Blend Instant Coffee

Rasa WONDA instant coffee ni sedap. Kalau buat Dalgona Coffee mesti mantop rasa dia. Cuma tu lah, malas nak buat. Bukan musim Dalgona Coffee, PKP pun dah berakhir. 

WONDA Gold Class Coffee Master's Blend Instant Coffee

Drama Rindu Darul Iman

Drama Rindu Darul Iman, drama terbaru akan datang bersiaran di saluran RTM. Menampilkan lakonan Risyka Akira dan Nomad sebagai watak utama. Dibantu pelakon lain iaitu Rozita Che Wan, Zain Saidin, Nasha Aziz dan ramai lagi.

Drama Rindu Darul Iman RTM full episode

DRAMA DARUL IMAN

Waktu siaran : 2022
Siaran TV : RTM
Pengarah : Faizal Nadxaman
Produksi : Zeel Production

PELAKON RINDU DARUL IMAN

  • Risyka Akira sebagai Hanna
  • Nomad sebagai Iman
  • Rozita Che Wan sebagai Puan Sri Julia
  • Zain Saidin sebagai Tan sri Irsyad
  • Asha Merican sebagai Jojo
  • Nasha Aziz
  • Afiq Hamidon

SINOPSIS RINDU DARUL IMAN

Kisah pencarian seorang gadis mencari ibu kandungnya dan bertemu dengan seorang pemandu pelancong untuk menjelajah seluruh Terengganu.

She Was Pretty Malaysia

She Was Pretty Malaysia, sebuah drama adaptasi drama popular Korea (K-Drama) lakonan Diana Danielle dan Aiman Hakim Ridza. Drama She Was Pretty Malaysia remake mula bersiaran pada 23 Jun 2022 di platform digital Viu.

she was pretty full episode

DRAMA SHE WAS PRETTY

Mula siaran : 23 Jun 2022
Waktu siaran : Setiap Khamis
Rangkaian : Viu Malaysia (Viu Original)
Penulis Skrip : Rafidah Abdullah
Pengarah : Yusry Abdul Halim
Produksi : Independent Pictures

PELAKON DAN WATAK

  • Aiman Hakim Ridza sebagai Haniff
  • Diana Danielle sebagai Nadia
  • Alvin Chong sebagai Ashraff
  • Yasmin Hani sebagai Julie
  • Adam Malek sebagai Junad
  • Arena Wan sebagai Aria Bakri
  • Daniella Sya
  • Asha Merican
  • Shah Kimin
  • Amelina

SINOPSIS SHE WAS PRETTY

Selepas keterbalikan dari segi kekayaan dan paras rupa, buah hati dari zaman kanak-kanak bertemu semula untuk kali pertama dalam 15 tahun sebagai pekerja majalah fesyen.

Cara Nak Kenal Jenis Jenis Cili Kering Dan Tahap Kepedasan

Dah berkali kali pergi membeli barang nak beli cili kering pedas tapi tak ada stok. Sebelum ni bukan main rancak lagi cili kering pedas ada sana sini. Sekarang dah susah pula mencari. Nak membeli cili kering ni kenalah tahu jenis dan tahap kepedasannya.

Ikut selera lidah masing-masing. Macam saya jenis suka cili kering pedas. Tapi bukan cili kering paling pedas tu. Pedas biasa biasa je. Kalau cili kering tak pedas memang tak membeli. Kena juga ada rasa pedas. Cili kering kurang pedas masih boleh diterima lagi lah.

Cili kering ada bermacam-macam jenis. Antaranya cili kering yidu, cili kering gemuk, cili kering india, cili kering kerinting. Cili kering yidu tu jenis yang licin je tak ada kedutan. Tak tahulah kenapa panggil cili kering yidu. Ada sesiapa tahu?

Macamana cara nak kenal jenis jenis cili kering dan tahap kepedasan cili kering tu? Alang-alang terjumpa kat facebook, share kat blog jugalah sebagai penduan untuk diri sendiri jugak.

Cara Nak Kenal Jenis Jenis Cili Kering Dan Tahap Kepedasan
credit to respective owner

Kesimpulannya, nak tahu cili kering tu pedas ke tidak tengok dari rupa parasnya pun dah boleh tahu.
  • Cili kering kerinting : Kurang pedas
  • Cili kering yidu : Tak pedas
  • Cili kering kurang kerinting : Pedas

Sekarang dah tahu macamana nak pilih cili kering ikut tahap kepedasan kalau tidak dilabelkan. Dah ada label tu, kena belek jugalah. Takut kena tipu. Label tulis pedas, tapi tak pedas pun.

Pembayaran Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) secara berperingkat mulai 28 Mac - 8 April 2022

Tarikh bayaran BKM 2022 akan mula diagihkan secara berperingkat bermula 28 Mac 2022 untuk isi rumah, warga emas dan bujang.

Pembayaran fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang mencecah nilai hampir RM2 bilion akan diagihkan secara berperingkat mulai 28 Mac sehingga 7 April 2022.

Pembayaran BKM membabitkan seramai 8.6 juta penerima yang akan mendapat bayaran RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan masing-masing.

Pembayaran ini merangkumi 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.

Pembayaran Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) secara berperingkat mulai 28 Mac - 8 April 2022
sumber : bernama


Bagi penerima isi rumah, warga emas dan individu bujang, tarikh pembayaran akan bermula 28 Mac sehingga 8 April dan akan terus dikreditkan ke akaun bank.

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak), pembayaran akan dibuat bermula 30 Mac melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Pihak BSN akan mengeluarkan panduan SOP (prosedur operasi standard) dari semasa ke semasa.


Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022

BKM adalah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan dalam Belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40.

Pembayaran BKM ini juga bagi meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadan tidak lama lagi.

baca juga : jadual, permohonan, semakan BKM 2022

Rayuan Permohonan BKM 2022

Bagi memastikan program BKM disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, permohonan rayuan akan dibuka selama sebulan mulai 2 Mei 2022 untuk tempoh sebulan.

Proses ini adalah bagi mempertimbangkan semula permohonan yang tidak diluluskan, dengan memberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Semakan BKM 2022

Status kelulusan BKM boleh disemak mulai 28 Mac 2022 melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.

sumber : https://www.hmetro.com.my/utama/2022/03/823088/bayaran-bkm-mulai-28-mac-ini

DON'T MISS

Islamic, Isu Semasa, Malaysia
© Blog Sihatimerahjambu
si merahjambu