Telefilem Nana Dan Jam Atok (TV9)

Azhafizah MN
By -
2
Nana Dan Jam Atok, sebuah telefilem tahun 2019 ulang siaran pada hari Jumaat, 18 Ogos 2023, jam 8:30 malam di Slot Skrin di TV9 dan online di Tonton.

Telefilem Nana Dan Jam Atok arahan Emi Suffian ini dihasilkan dengan karya skrip oleh Anina Sahal terbitan yarikat produksi Orangetree Production Sdn. Bhd. lakonan Nur Qistina Raisah, Shukri Yahaya, Nabila Razali, Hafizuddin Fazil, Shanie, Gen Darwish dan Danish Hazriq.

Telefilem Nana Dan Jam Atok TV9

PELAKON, WATAK DAN SINOPSIS NANA DAN JAM ATOK

Barisan pelakon : Nur Qistina Raisah, Shukri Yahaya, Nabila Razali, Hafizuddin Fazil, Shanie, Gen Darwish, Danish Hazriq, Hafiyah Hafiz, Hadi Nawawi, Indah Emeerlda, Lan Zailan, Ramli Salleh dan ramai lagi.

  • Nur Qistina Raisah sebagai Nana
  • Shukri Yahaya sebagai Samad
  • Nabila Razali sebagai Cikgu Liza
  • Hafizuddin Fazil sebagai Atok Karim
  • Shanie sebagai Kak Nani
  • Gen Darwish sebagai Mikael
  • Danish Hazriq sebagai Farish

Telefilem Nana Dan Jam Atok TV9

Kisah tentang Nana dikenali sebagai seorang pelajar yang pemalas dan sering lewat ke sekolah. Alasan yang sering digunakan adalah jam di rumahnya rosak dan tidak berbunyi. Puas ayahnya menukar jam dibilik Nana dengan harapan ada perubahan.

Suatu hari, sebelum Nana pulang ke Kuala Lumpur, atuknya telah menghadiahkannya sebuah jam antik yang telah merubah hidup Nana.

Masa bermainnya terasa sungguh singkat dan masa belajar semakin lama. Dia cuba untuk membuang jam itu tetapi jam itu tetap kembali ke biliknya.

Pelbagai cara Nana cuba untuk menghapuskan jam itu sehingga menghadiahkan jam itu kepada Cikgu Liza sempena Hari Guru akan tetapi jam itu tetap kembali ke biliknya. Nana mula pasrah dan kehidupnya semakin berubah ke arah kebaikan.

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment