Cashout Nuffnang September 2016


Dah dua bulan tak dapat cashout Nuffnang sebab tak cukup. Nak cukupkan pun ambil masa lama sebab earnings sekarang tak macam dulu. Bulan September pun ada 2-3 ketul je dapat CPUV. Walaupun kempen iklan tu lama tapi earnings dia macam tak bertambah pulak tengok. Ke korang pun sama juga macam tu?


Bulan September ni la baru dapat cashout. Itupun cukup makan lebih sikit je. Cara Fiza, asal cukup terus cashout je. Walaupun kecewa sikit, takpelah mungkin rezeki di tempat lain pula kan dan anggap je rezeki orang lain pulak. Gitu! tak payah nak kecewa sangat lah kan. Kita usaha tempat lain pula. Mana tahu lebih banyak dapat rezeki.

Malu-malu pulak Nuffnang nak bagi banyak CPUV bulan September ni. Nak merajuk dengan nuffnang lah macam ni. Mana tahu lepas ni dapat lebih ke kan? Bagi yang dah cashout tu, sama-samalah kita menunggu cheque sebulan lebih lagi ye. Semoga kita semua dimurahkan rezeki dalam dunia blogging ni.

As stated in Nuffnang payment policy, Nuffnang pays its members 30 days (60 days for Ordinary) after every end of the month from their cashout request date for Glitterati members. Upon then, the cheque will be compiled and sent to the bank for legal processing before delivered to your registered address. The processing and delivering by the bank will take about 2 weeks time. The status will be changed to 'Paid' once the cheque has been sent to you! Hope this clarifies! Thank you and have a nice day!-Nuffnang

Ranking Alexa Azhafizah.com September 2016


Macam biasa rutin hujung bulan update ranking Alexa azhafizah.com untuk bulan September 2016. Perlulah ada rekod untuk blog sendiri dengan harapan akan datang prestasi blog dapat dipertingkatkan lagi. Ada blogger yang tak pentingkan ranking alexa ni. Tapi pada Fiza, apa-apa yang berkaitan dengan blog semuanya pun penting dan perlu di ambil kira.

Dulu pernah berjaya dapat ranking bawah 1000 dalam Malaysia tapi sekarang macam jauhhhh sangat nak sampai tahap tu semula. Walaupun jauh, gigih juga nak kejar sampai tahap tu. Usaha dan terus usaha, lama-lama nanti dapat jugak kan. InshaAllah.

Untuk bulan September ni, jumlah ranking alexa Fiza menurun tapi dari tanda hijau ada kenaikan 50, 514. Selagi masih hijau, takde lah risau sangat. Kalau dah tanda merah tu, kena pandai-pandailah usaha naikkan rank.


Statistik Ranking Alexa azhafizah.com January 2016 - Ogos 2016

January 2016
Global Rank : 417, 974
Rank in Malaysia : 2, 589

February 2016
Global Rank : 378, 627
Rank in Malaysia : 3, 818

March 2016
Global Rank : 362, 097
Rank in Malaysia : 2, 983

April 2016
Global Rank : 432, 991
Rank in Malaysia : 6, 230

May 2016
Global Rank : 468, 731
Rank in Malaysia : 4, 594

June 2016
Global Rank : 524, 947
Rank in Malaysia : 4, 485

July 2016
Global Rank : 432, 309
Rank in Malaysia : 3, 297

Ogos 2016
Global Rank : 453, 040
Rank in Malaysia : 4, 919

September 2016
Global Rank : 474, 433
Rank in Malaysia : 5, 913

Check rank Blog >>www.alexa.com

Premium Chaleef Cookies


Hai peminat cookies! Korang mesti akan mula minat cookies selepas korang rasa premium Chaleef Cookies ni yang dibuat dengan kasih sayang yang melimpah ruah. Sebab tu rasanya sedap! Chocolate chip nya cair di mulut dan cookies yang rangup. Rasa satu mesti nak habiskan sebalang. Selain rangup, rasanya just nice sedang-sedang je manisnya. Sesuai untuk kanak-kanak dan juga dewasa. Budak-budak mesti suka sebab ada coklat.

Pada Fiza rasanya macam rasa kopi sikit dan tambah dengan coklat tu memang menaikkan selera kalau makan satu nak lagi dan lagi. Hadap sorang sebalang ni pun boleh habis kot. 


Untuk pengetahuan semua, handmade/homemade premium Chaleef Cookies ni dibuat oleh Chef Wawa yang dah menuntut ilmu dalam memasak pelbagai jenis makanan dan pelbagai course. Chaleef Cookies baru je lagi di pasaran. Kalau orang Seremban/Bangi nak beli, boleh rasa dulu dan Cash on Deposit. Untuk pengeposan Fiza boleh buat tapi risau kalau cookies ni hancur je. Jadi, untuk mengekalkan rasa dan struktur cookies tu lebih selamat rasanya COD je.

Baru je restock ni. Kalau korang nak, kena tempah awal-awal sebelum kehabisan. Kalau habis, kena tunggu stock baru lagi nampaknya.



RM15/ sebalang
Whatsapp order : 012-9072776


Tempahan Design Blog Rosmiza Ali


Baru siap tempahan design Blog Rosmiza Ali beberapa hari lepas. Alhamdulillah kali kedua blogger Rosmiza tempah design blog. Kali ni tema warna lain pula. Tema pilihan pink dan cream dengan pilihan template yang simple. Tambah sikit bunga-bunga ros bagi nampak lebih menarik. Lagi satu, Fiza ada tambahkan diamonds. Kenalah kot dengan nama Mommy Diamond's Blog tu. Belanja sikit view blog Rosmiza Ali.


Untuk full view, korang boleh singgah ke
www.rosmizaali.com

Selfie Ring Light Untuk Kaki Selfie


Walaupun jarang sangat berselfie, tetap juga nak ada selfie ring light ni untuk nampak gambar selfie lebih menarik. Kalau nak harapkan flash dari camera phone memang kurang cantik sebenarnya. Masih ada noise kalau menggunakan camera phone di bahagian depan. Untuk nampak bajet ala-ala bergambar di studio, gunalah selfie ring light ni. Paling Fiza suka kesan pada mata tu ada nampak bulatan cahaya putih dan gambar nampak lebih terang tanpa noise bila menggunakan kamera depan.



Siapa yang suka make up tu, lagilah cantik bila ambil gambar. Jadi, perlulah ada satu untuk kaki selfie kan. nak ambil gambar produk pun boleh. Multipurpose! Sebenarnya dah lama dok cari ring light ni tapi yang jumpa agak mahal. Sekarang dah jumpa, Fiza nak jual murah-murah je. Siapa nak?

Packaging Selfie Ring Light

Selfie ring yang sesuai untuk di gunakan pada semua jenis handphone/tab/ipad sebab hanya perlu klipkan je di bahgian kamera phone.

Tanpa menggunakan USB, hanya perlukan bateri size AAA.

Mudah di pasang dan di tanggalkan.

Mempunyai 3 level pengcahayaan. Tekan sekali untuk pencahayaan rendah, tekan dua kali untuk pencahayaan sederhana dan tekan 3 kali untuk cahaya paling terang.

Sangat sesuai untuk selfie dalam keadaan gelap. 


Siapa cepat dia dapat ye.
Size : 84mmx84mm (Diameter)
Harga RM60

Postage RM7 SM | RM10 SS
Whatsapp : 012-9072776


Tempahan Design Kad Jemputan Harijadi Baby Dareen


Alhamdulillah akaun insta dah pulih seperti biasa. Harap-harap lepas ni jangan ada hackers yang terlebih rajin buat kerja jahat. Semangat sikit nak buat kerja-kerja yang ada. Kalau tak, masih memikirkan insta tu. Phew~

Tempahan design kad jemputan hari jadi baby Dareen ni dari kawan sekolah yang dah tempah banyak kali dah ni. Tema pink dan coklat pilihan mommy Dareen. Disebabkan berkaitan dengan baby, haruslah menggunakan elemen yang comel untuk baby girl.  Inilah design yang telah siap. Yang bawah tu bukan corak ye tapi Fiza blurkan nama tempat.



Terima kasih order!

SmartCup CloudCup Membantu Mencukupkan Pengambilan Air Minuman Setiap Hari


Dalam sehari berapa banyak kuantiti air yang korang minum? Mesti ingat-ingat lupa. Sedia maklum dalam sehari kita perlu minum sekurang kurangnya 8 gelas sehari untuk menjaga kesihatan diri. Tapi tak semua orang perlu mengambil jumlah yang sama sebab ianya bergantung kepada keadaan dan kesihatan tubuh masing-masing. Air yang dimaksudkan adalah air mineral. Bukan air manis tu ye. Air mineral amat penting bagi mengekalkan tubuh yang sihat. Air mineral bukan hanya menghilangkan dahaga dan dehidrasi, namun dapat juga meneutralkan racun, membantu menurunkan berat badan, menjaga daya tubuh badan serta kulit dan banyak lagi.

Jika korang seorang yang suka membawa bekas minuman kemana saja untuk aktiviti seharian, korang boleh mencuba produk yang canggih dan terkini iaitu SMARTCUP CLOUDCUP Model WP2821. Smartcup ini dilengkapi dengan sensor dimana secara automatik ia dapat mengira jumlah air yang diminum sepanjang hari dan ianya dapat mencegah anda daripada dehidrasi. Bunyi macam menarik. Sesuai sangat untuk mereka yang kurang berdisiplin minum air masak dan sesuai juga untuk mereka yang tak suka minum air masak. Dengan adanya SmartCup CloudCup ni buat korang teruja nak cukupkan kuantiti air yang diminum tu dan secara tak lansung membantu mencukupkan pengambilan air minuman setiap hari.



SMARTCUP CLOUDCUP ini berkapasiti 420ml. Mempunyai 3 warna yang menarik iaitu Classic Black, Fashion Pink dan Tiffany Blue

Material di dalamnya adalah Steel 304 dan sudah pasti ianya tahan karat. Smartcup ini juga dibekalkan dengan penapis serbuk teh. Bahagian penutup smartcup ini nampak menarik kerana ianya direka menggunakan teknik khas 3D Printing dan yang paling penting smartcup ini bebas dari unsur kimia BPA (Bisphenol A) dan ianya amat mudah untuk dibasuh.




Bagi memantau kekerapan dan jumlah minuman setiap hari, Smartcup Cloudcup perlu disambung ke (connect via) aplikasi CloudCup menggunakan Bluetooth. Teknologi bluetooth yang digunakan adalah teknologi yang terkini iaitu Bluetooth 4.0. 


Teknologi bluetooth terkini ini hanya memakan jumlah kecil kuasa bateri telefon. Aplikasi ini juga boleh digunakan oleh pengguna iOS dan Android. Smartcup ini hanya menggunakan 2 biji bateri bersaiz AAA sahaja dan boleh bertahan lebih dari 4 bulan. 

Uniknya Smartcup ini, ia akan mengeluarkan bunyi Buzzer sekiranya dalam jangkaan beberapa jam pengguna tidak meminum air. Bukan itu saja, jumlah air yang diminum juga akan dicatat didalam aplikasi selama sebulan. Ini membantu pengguna untuk mengira purata pengambilan air. Smartcup ini juga boleh digunakan untuk menyimpan air panas. Bagi pengemar Teh Cina ianya amat bersesuaian. Serbuk teh hanya perlu diletak diatas penapis dan tuang air panas. Seronok bukan? Set smartcup ini dilengkapkan dengan beg kain yang elegen. Beg kain yang agak tebal ini membantu pengguna menjaga keadaan smartcup daripada tercalar dan rosak.



Bagi mereka yang berminat dan ingin nampak trendy produk ini amat bersesuaian untuk dibawa ke mana sahaja untuk pelbagai aktiviti.

Dengar cerita sekarang ini tengah harga promosi + diskaun (untuk mereka yang terawal). Jadi jangan ketinggalan. Dapatkan segera!!!


Harga Biasa RM199.90
Harga Promosi RM179.90
15% Diskaun utk 30 orang terawal RM152.90

#dapatkansegera
#smartcup
#diskaunhebat

Fanpage : https://m.facebook.com/smartcupmalaysia
Hotline : +6011 1079 4223

Cara Dapatkan Semula Akaun Instagram Yang Telah Di Godam


Gelabah bila akaun instagram sendiri kena godam (hacked) oleh orang luar. Memang terkesima kejap tak tahu nak buat apa. Gelabah sampai tak boleh berfikir. Selepas cari bantuan pada mereka yang pernah mengalaminya, alhamdulillah dapat semula akaun insta Fiza dengan gambar sekali. Cuma username terpaksa tukar baru dan beberapa followers hilang. Dari pengalaman akaun kena hacked ni, Fiza nak kongsikan sikit cara nak dapatkan semula akaun instagram yang telah digodam @ hacked jika terjadi pada korang atas bantuan blogger Que Achmad. Terima kasih banyak-banyak. Benda yang sama pernah berlaku pada dia tapi lebih hebat cabarannya sebab kena hacked 2 akaun sekali. Kedua-dua akaun dapat semula.


In case kalau dapat log in semula, silalah cepat-cepat tukar kepada password yang baru. Kalau tak dapat log in akaun insta tu, terus buat report email pada instagram teamsupport@instagram.com / help@instagram.com Boleh hantar pada kedua-dua email ni atau email lain kalau korang tahu. Pastikan juga email boleh log in sebab kalau email dalam insta tak boleh log in akan menyukarkan lagi proses untuk dapatkan semula akaun.

Ini contoh email. Sorry kalau ada broken english. Janji faham 


Dari pengalaman Fiza, dalam masa satu hari insta team dah reply email Fiza. Email ni korang akan diberikan kod dan korang di minta hantar gambar korang dengan sekeping kertas yang bertulis kod yang diberikan, nama penuh dan juga username instagram. Pastikan gambar terang dan jelas untuk pihak insta trace muka korang dan maklumat tu dengan insta korang yang kena hacked tu.

Selepas dah bagi gambar tu insta team reply dengan link untuk reset password dan update maklumat kat insta kalau ada yang salah. Pastikan masa nak update tu update username yang baru ye.




Disebabkan Fiza tersilap masukkan username tu. Fiza termasukkan username yang lama. Makanya lepas tu Fiza dapat email(gambar bawah) ni mengatakan yang insta tak dapat nak dapatkan semula gambar dan video yang ada.  




Huwaaa..nak menangis lagi sekali. Tapi Fiza check akaun username hackers tu masih ada lagi gambar Fiza. Lepas tu Fiza email sekali lagi insta team beritahu yang gambar tu masih ada dalam akaun yang bernama hackers tu. Kemudian insta team akan emailkan sekali lagi link untuk reset password yang baru tapi atas nama akaun hackers tu la. Jangan risau username tu, korang terus reset je password melalui link yang diberikan. Kemudian update lah username yang baru. Di ulangi sekali lagi, USERNAME YANG BARU. Lepas dah update semua. Akhirnya instagram kembali kepada asal cuma username je la berbeza.

Alhamdulillah dapat semula akaun insta Fiza walaupun username terpaksa diubah asalkan gambar dan video semua masih ada. Cuma followers dah berkurang. Ada yang unfollow ke haritu? Hehe..takpe, Fiza faham.

Dalam recovery process ni dalam masa yang sama Fiza pernah cerita yang Fiza boleh access akaun dengan username dan password yang sama tapi dalam akaun tu takde gambar atau video. Tapi akaun ni Fiza tak buat apa-apa. Kalau ada yang follow @azhafizahmdnor kat insta tu boleh unfollow lah ye. Sebab tiada apa kat akaun tu.

Urusan mudah kalau terus berhubung dengan insta team melalui email. Dalam masa sehari dorang reply email. Selalunya dorang akan reply waktu awal pagi. Jadi, bersabarlah menunggu balasan email dari dorang. Lain orang lain pengalamannya. Ada yang berhari-hari, ada yang berminggu-minggu juga. Akaun Fiza kena hacked 25 Sep dan dapat balik 28 Sep. Bersyukur sangat urusan dipermudahkan. Takdelah kerja blogger terganggu.

Dari hasil sembang-sembang dengan blogger Que Achmad, hackers ni dari followers luar negara yang follow kita dan hashtag yang banyak juga salah satu puncanya. Lepas ni kena berhati-hati lebih. Bila dah dapat insta akaun ni, Fiza dah update security semua cuma masalah tak dapat nak buat two factor authentication tu. Resend code pun tak dapat-dapat kat phone. Verify mobile boleh pulak dapat code. Tu yang pelik tu. Ada sesiapa yang mengalami masalah yang sama ke? Cuba cerita kat komen nanti.

Nasihat Fiza,
  • Pastikan ada password yang betul-betul strong. 
  • Gunakan password yang berbeza untuk instagram, email, facebook, twitter dan laman sosial yang lain.
  • Alert dengan segala notification yang dihantar ke email kalau dapat email reset password tu.
Selesai satu masalah. Bolehlah update seperti biasa. Harap entry ni dapat membantu sedikit sebanyak.

Tempahan Design Banner Iklan Hodo Travel


Selamat pagi semua! Fiza sambung entry artwork ye. Akaun insta Fiza masih belum dapat semula lagi setelah di godam oleh orang luar. Mood sedikit down sebab ianya melibatkan kerja seorang blogger. Jadi tergendala sikit. Takpelah, hanya mampu bersabar dan berharap supaya cepat dapat. Dalam masa menunggu tu, kita kena jalankan kerja-kerja yang lain juga kan. So, think positif je la buat masa ni.

Tempahan design banner iklan Hodo Travel ni dah siap beberapa hari lepas. Saiz banner ikan 728x90px untuk di letakkan di blog. Hasil idea daripada customer bagi contoh. Menggunakan elemen travel mengikut tema syarikat travel ni. Zup zap zup zap, siap!



Terima kasih order!

Pendakian Ke Puncak Gunung Datuk Yang Mencabar

Hari Sabtu lepas saya dan encik suami bercadang nak mendaki Gunung Datuk yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan. Dah lama tak mendaki, nak asah lututlah kononnya. 

Kali terakhir mendaki, mendaki Bukit Batu Chondong tu je yang tak berapa nak tinggi. Ini merupakan Gunung kedua saya cuba mendaki selepas Gunung Angsi

Encik suami kata, Gunung Datuk ni lagi mencabar daripada Gunung Angsi. Awal-awal trail je dah kena mendaki laluan pacak yang dipenuhi dengan akar-akar dan ada juga laluan tanah yang agak licin. Kena berhati-hati lebih. Pacak yang tak ada diskaun lansung!

Mula mendaki jam 8.++ pagi hampir jam 9 macam tu. Selepas meregangkan otot-otot terus mulakan pendakian. Setengah permulaan laluan pacak tu memang saya kurang stamina juga, banyak berhenti tapi macam biasalah kena gigih, kuatkan mental untuk sampai ke puncak. 

Kalau tidak, tak ada makna mendaki kalau tak sampai ke puncak tu. Hari tu memang ramai sangat yang mendaki dan ada juga yang berpatah balik selepas suku perjalanan. Budak-budak kecil mendaki pun seronok je tak nampak penat gayanya. Hebat betul ko dik!

Separuh lagi nak sampai ke puncak, laluan sedikit mudah ada mendatar dan ada pacak juga. Setelah berpuluh kali berhenti, akhirnya sampai ke puncak lebih kurang jam 12 tengahari. 

Betul-betul dah panas masa ni. Sampai atas rehat dulu memandangkan ramai orang dah sampai puncak, carilah ruang kosong untuk berehat sementara menunggu giliran nak naik ke puncak.

Gunung Datuk

Yang belum pernah hiking Gunung Datuk, nak naik ke puncak ni ada beberapa stage. Sebelum sampai ke puncak sebenar yang ada batu besar tu, ada kawasan luas untuk kem perkhemahan (untuk mereka yang nak bermalam). 

Lepas tu, naik atas sikit ada ruang sedikit luas (kat tempat ni s reayahat sekejap sementara tunggu giliran nak naik ke puncak). Minum air dan makan coklat dulu nak topup tenaga dengan cepat.

Tinggi Gunung Datuk 2900 kaki, 884 meter

Gunung Datuk

Selepas berehat sambil menunggu giliran, barulah naik ke puncak. Cabaran terakhir untuk sampai ke puncak agak mencabar sebab kena panjat batu tapi ada tangga disediakan. 

Nak naik turun tangga ni tak confident sebenarnya. Goyang-goyang dan takut tak kukuh. Kalau jatuh, memang jatuh ke bawah jawabnya. Jadi, kena hati-hati dan pegang tangga atau tali yang ada. 

Tangga pertama
Gunung Datuk

Tangga kedua dan terus sampai puncak
Gunung Datuk

Akhirnya sampai ke puncak yang paling puncak jam 1pm. Memang panas gila kat atas ni sebab batu je kan. Jadi tak sanggup nak stay lama. Lagipun tak boleh lama sebab ramai yang menunggu untuk naik. 

Kenalah snap dan amek gambar disetiap sudut yang ada cepat-cepat. Elok ke tidak gambar belakang cerita. Surburn dan cepat pening kalau panas-panas ni. Kena jaga kesihatan juga sebab perlukan tenaga untuk turun ke bawah juga.

Kawasan batu landai. Baring pun best ni!
Gunung Datuk

Wajiblah ambil gambar dengan papan tanda ni. Tanda dah sampai puncak!
Gunung Datuk

Permandangan yang cantik kat puncak ni.
Gunung Datuk

Batu yang kami bersandar ni batu paling tinggi kat puncak tapi kamiorang tak naik atas batu ni sebab susah nak naik. Tak pasal jatuh ke bawah nanti.

Gunung Datuk

Jadi, naik atas batu kedua tinggi je la. Cantiknya permandangan!
Gunung Datuk

Dah selesai ambil gambar semua. Mula turun jam 1 lebih. Setengah perjalanan turun berjalan dengan lancar cuma stop beberapa kali je sebab sakit kaki. 

Kemudian terserempak pulak dengan geng satu sekolah yang nak naik. Bagi semangat sikit kat dia sebab baru pertama kali hiking gunung. Sembang kejap lepas tu teruskan perjalanan turun.

Gunung Datuk

Dalam masa suku perjalanan ke bawah, lutut kaki kiri dah mula sakit-sakit. Dan bila lama-lama saya paksa berjalan akhirnya tewas. Nak luruskan dan bengkokkan kaki berjalan tu sakit sangat. Terpaksa berhenti banyak kali sebab tak tahan sakit. 

Nak menangis rasanya. Tapi tahan je. Berapa kali saya mengadu sakit kat encik suami. Encik suami nak call mintak bantuan pun saya tak bagi. Dia nak dukung pun saya taknak. Terpaksalah kuatkan semangat teruskan perjalanan. 

Gunung Datuk

Terpaksa buat jalan macam ketamlah, jalan macam itik lah asalkan boleh sampai kat bawah walaupun lambat. Husband carikan kayu untuk sokong kaki berjalan. Alhamdulillah, boleh berjalan laju sikit. Tapi tulah, banyak berhenti jugak.

Sementara berhenti, ada sorang pakcik ni kebetulan tengah turun dan tengok saya macam sakit je. Dia pun tanya saya sakit kaki ke? Terus dia offer panadol active fast untuk hilangkan sakit sikit. 

Pada mulanya taknak sebab saya ni jarang sangat makan panadol sebab biasa tak pernah berkesan. Tapi ambil je la, kotlah tetiba okay pulak kan. Air pulak masa tu tinggal sikit. Cukup-cukup untuk minum makan panadol tu. 

Lepas makan tu, tiada perubahan juga tapi tetap kena gigih bergerak walau hakikatnya hanya Allah je yang tahu betapa sakitnya lutut masa tu.

Jalan sikit-sikit akhirnya sampai bawah jam 5.00 Petang. Bayangkan dari jam 1.00 lebih dan sampai bawah jam 5.00 petang. Ambil masa 3jam lebih tu. Dengan cuaca panas dan kehausan memang mencabar sungguh pendakian kali ni. 

Tak pernah jadi macam ni bila turun daripada mendaki. Kena jadikan pengajaran untuk pendakian akan datang. Kena bawak air lebih. Pendakian kali ni bawak 2Liter air masak dan 500ml air isotonik je. 

Ingatkan macam cukup tapi tulah bila benda kebetulan nak jadi kan. Bersyukur sangat berjaya sampai ke bawah walaupun dalam keadaan sakit lutut. Masa ni terbayang dah teh ais bagai. Memang nikmat kalau dapat masa ni.

On the way balik tu terus singgah kedai beli air. 1 Liter air 100plus, 1 Liter air masak dan 1 kotak air teh bunga kekwa tu. Sekejap je habis air tu cuma air masak tak buka. Sampai rumah, mandi, solat dan rehat. 

Malamnya tengok lutut ada bengkak sikit. Paling sadis bila nak tidur tak selesa sebab tak boleh nak bergerak mengiring ke apa. Asal kaki bergerak sikit memang sakit. Bertabahlah wahai Fiza oiii. 

Pagi esoknya lutut masih dalam keadaan yang sama sakitnya. Risau pulak macam ni. Harap tak berterusan sakitnya. Hanya mampu bertahan. Nak urut tak pandai, takut lain jadinya. Sembahyang pun terpaksalah sembahyang duduk. 

Kalau duduk dan baring lama lagi sakit bila nak bergerak tu. Saya ambil keputusan taknak merehatkan kaki sangat, aktifkan sikit kaki berjalan sikit-sikit. Alhamdulillah malamnya kaki dah okay sikit nak berjalan.

Tak serik ke hiking? Mungkin tidak lah kot! Untuk pendakian Gunung Datuk ni rekod saya naik selama 3 jam dan turun 3jam lebih (sebab sakit kaki). Kalau mereka yang dah biasa hiking dan stamina kuat mungkin ambil masa 2 jam naik dan 1 jam turun.

Opss..sorry entry terpanjang kali ni. Rasa macam buat karangan sekolah pulak. Terima kasih sudi baca sampai habis.(kalau habis bacalah :p). Sayang awak ketat-keta. Eh, macam dah lama tak dengar ayat ni.

Gelabah Akaun Instagram Kena Hacked

Pagi tadi lepas upload gambar kat instagram, ada dapat beberapa message kat inbox facebook bagitahu yang something wrong dengan account instagram Fiza. Bila dapat tahu, terus tengok akaun instagram tu. Tengok gambar, information semua dah bertukar. Cuma gambar post masih ada. Ahhh sudah! ayoyo apa sudah jadi? Akaun instagram Kena hacked ke ni? Terus pergi kat setting nak tukar semua dengan harapan bolehlah kembali ke asal balik. Tapi dapat tukar gambar default profile je. Username dan yang lain tu dah di taip pun tak boleh tetap save maklumat hacker tu. Adoiii..gelabah dan blur.
Dah minta bantuan mereka yang pernah kena hacked macam ni. Dah buat report bagai. Dalam masa yang sama Fiza explore dan cari jalan yang boleh membantu. Cari punya cari, cuba untuk log in akaun dan dalam masa yang sama menggunakan password yang sama. Eh, boleh pula masuk tapi gambar dan maklumat zero! Okay, rasa nak nangis masa ni. Tapi tahan dulu Fiza. tahannn.. Fikir positif! Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.

Harap-harap akaun dapat dipulihkan dan dikembalikan. Sedih betul kalau semua gambar hilang begitu je dan paling tak best bila sebelum ni banyak post review produk dan sekarang ada job review produk yang nak kena post kat instagram. Bila akaun instagram jadi macam ni, kerja lain juga terlibat sama.

Sangat menakutkan kalau jadi macam ni. Sebab ianya ada maklumat peribadi dan secara tak lansung mencemarkan peribadi. Tak pasal-pasal boleh tahu maklumat peribadi dan memburukkan imej kita. Nasib baik password email dan facebook lain-lain. Kalau tak memang habis la di godam sama. Harap-harap takde benda buruk berlaku. Dah hati-hati pun terjadi juga. Benda yang tak boleh dijangka kan. Buat masa ni hanya mampu bersabar menunggu.

One Love,
Fiza yang sedang bersedih =_='

Tempahan Design Header Blog Salina Johari


Jarang dapat tempahan bertemakan hitam putih. So kali ni dapat tempahan tema hitam putih macam menarik juga. Tapi ada jugaklah Fiza tambah elemen yang bewarna bagi nampak lebih ceria dan menarik. Nasib Blogger Salina Johari okay je.

Design header blog Salina Johari yang simple diceriakan dengan elemen-elemen seorang blogger yang suka menulis blog. Okay tak?


Untuk full view
www.salinajohari.com

Psstt.. entry pendek je hari ni. Idea menulis terhad tetiba.

Pakaian Jameela Muslimah


Selamat berhujung minggu semua. Hari ni Fiza nak berkongsi sikit tentang fesyen muslimah. Sedia maklum zaman sekarang banyak sangat banyak pilihan fesyen untuk wanita muslimah. Tak macam dulu hanya terhad kepada jubah je. Sekarang dah banyak jenis fesyen muslimah dari pelbagai jenama untuk mereka yang gemar menampilkan imej yang berhijab atau memakai tudung. Salah satu jenama yang terlaris di pasaran adalah adalah Jameela Muslimah. Mungkin ada yang baru pertama kali dengar nama ni. Tapi jenama yang satu ini telah mendapat perhatian yang cukup meluas daripada para pencinta fesyen muslimah tempatan di dalam pasaran fesyen muslimah Malaysia dan telah mendapat permintaan yang tinggi di pasaran.

Ada beberapa perkara yang membuatkan Jameela Muslimah menjadi cukup terkenal dalam kalangan pembeli. Antaranya ialah kesediaan mereka menghasilkan pelbagai koleksi baju Muslimah yang terdiri daripada pelbagai variasi jenis pakaian. Contohnya adalah seperti blouse Muslimah, Muslimah top, jubah moden dan macam-macam lagi. Dengan begitu banyak pilihan busana Muslimah daripada jenama ini bermaknya akan ada lebih banyak pilihan buat anda untuk memilih produk yang sesuai dengan cita rasa dan gaya anda tersendiri.

Selain daripada itu produk Jameela Muslimah Malaysia kesemuanya boleh didapati dengan harga yang cukup berpatutan. Ini bermakna mereka menawarkan item yang mampu dimiliki oleh semua orang bersama harga yang bersesuaian. Dengan ini anda tidak lagi perlu menunggu musim sales Malaysia atau promosi harga runtuh baru dapat membeli-belah! Seronok kan macam ni!.


Koleksi pakaian Jameela Muslimah >>(http://bm.zalora.com.my/women/jameela-muslimah/) juga hadir dengan pelbagai corak, warna dan rekaan yang rata-ratanya amatlah stylish. Percayalah anda pasti akan kelihatan lebih stylish memakai salah satu pakain Jameela Muslimah untuk wanita.

Menggayakan baju Muslimah daripada Jameela amatlah mudah kerana apa yang anda perlukan hanyalah aksesori yang sesuai untuk dipadankan bersama dengannya. Selain daripada itu tidak dilupakan juga tudung terkini atau shawl bagi membuatkan persalinan anda lebih sempurna. Ataupun jika anda masih mahu tampak lebih anggun bergaya jangan lupa untuk mengenakan brooch juga.


Design Logo Calysta's Jelly


Terlupa pulak nak update entry artwork hari ni. Takut korang jemu! Kalau korang jemu pun tetap nak update jugak. Selain untuk tambah portfolio diri sendiri, boleh jadikan sumber inspirasi juga kan. Jangan tiru bulat-bulat lonjong-lonjong sudah lah ye.

Tempahan ni dari customer yang sama untuk design Calysta's Baby Gourmet yang Fiza dah update sebelum ni. Untuk pengetahuan semua, Calysta ni ada bermacam cabang perniagaannya. Hebat betul! Kali ni design untuk agar-agar kering. Pada mulanya Fiza nak kekalkan logo Calysta yang sebelum ni tapi customer nak design lain. Jadi, kita ikut permintaan customer lah ye.

Logo yang simple tapi comel. Setuju tak? Disebabkan simple je, jadi takde ape nak cerita sangat tentang logo. Cukup dengan jenis tulisan yang comel dan agar-agar yang comel.



Terima kasih order!

8 Sebab Untuk Dapatkan Huawei Honor 8

Huawei Best Wei! Generasi inovasi. Kini sudah mari. Gaya ranggi. I am my personality. Mesti korang dah biasa dengar lagu ni dalam iklan Huawei kan. Best ke wei huawei ni? Nak tahu best ke tidak, Fiza akan berikan 8 Sebab Untuk Dapatkan Huawei Honor 8 ni. Untuk pengetahuan semua, Huawei Honor 8 dah ada dalam pasaran di Malaysia. Jadi, jom sama-sama teruja nak tahu tentang Huawei Honor 8 ni. Mana tahu terminat dan bakal terbeli nanti kan.

8 Sebab Untuk Dapatkan Huawei Honor 8

1. REKA BENTUK YANG ELEGAN DAN ERGONOMIC

Fiza rasa semua orang meletakkan rekabentuk yang cantik sebagai sebab nombor 1 untuk membeli smartphone. Orang kata "dari mata jatuh ke hati". Oleh sebab tu kalau lihat pada reka bentuk Huawei Honor 8 ni mesti ramai yang jatuh hati dengan rekabentuk yang cantik menawan dan menarik. 
  • Huawei Honor 8 mementingkan kekuatan tersendiri
  • Menampilkan keindahan kaca yang menjadikan Honor 8 lebih nampak elegan, licin dan lebih penting ianya ergonomic!
  • Direka khas daripada 15 lapisan craftmanship dengan  kesan 3D yang menjadikan reka bentuk ni nampak canggih dan bergaya. 
  • Dilengkapi dengan Dual 2.5 kaca 
  • Setiap sudut berbentuk bulat

2. KAMERA DEPAN DAN BELAKANG YANG CANGGIH

Yang suka ambil gambar dan yang suka selfie, Fiza cadangkan Honor 8 ni untuk korang. Gerenti puas hati sebab ada kamera depan dan belakang yang super canggih. Nak ambil gambar letak dalam blog dan upload di laman sosial pun cantik je tau! 

  • Mempunyai 12MP (Mega Pixel) Dua lensa yang memberikan lebih banyak pencahayaan untuk menghasilkan gambar bewarna yang lebih cantik. 
  • Kamera depan memiliki 8MP dan 1.4aum saiz pixel beserta flash untuk memberikan gambar yang cantik walaupun dalam keadaan gelap. Perfect selfie mode!
  • Memiliki hybrid auto focus yang boleh meluaskan bakat photography korang.
  • Memiliki professional mode untuk pelbagai jenis tetapan aperture dan shutter speed.
  • Wide aperture modes yang boleh di set daripada F0.95 sehingga F16 untuk menghasilkan gambar yang lebih jelas dan cantik. Paling menarik, boleh tetapkan semula fokus walaupun selepas mengambil gambar. Haa..teruja tak?

3. BATERI TAHAN LAMA DAN CEPAT DI CAS

Selalu on data mobile internet menyebabkan bateri cepat habis kan. Lagi-lagi kalau korang jenis yang suka online di lama sosial. Bateri yang tidak tahan lama agak menyusahkan sebab perlu cas bateri banyak kali. Tapi, jangan risau dah sebab bateri Honor 8 ni memang tahan lama dan cepat pula tu cas bateri sampai penuh. Jadi, boleh online selalu.
  • Memiliki sebanyak 3000mAH kapasiti bateri yang disokong oleh Smart Power 4.0 maximizes. yang boleh digunakan dalam 1.77 hari untuk penggunaan biasa dan 1.22 hari untuk penggunaan yang kerap.
  • Mempunyai 9V/2A teknologi cas yang cepat 47 % dalam masa 30minit!

4. PAPARAN YANG LEBIH MENARIK UNTUK PENJAGAAN MATA DAN AUDIO YANG BERKUALITI TINGGI

Jenis Fiza, memang suka tengok paparan skrin handphone yang menarik baru puas hati. Apa yang menarik tentang paparan Honor 8 ni, baca bawah ni :
  • Honor 8 memiliki paparan skrin 5.2 inches dengan 1080 Full HD menghasilkan warna yang lebih cerah dengan 96% high color gamut (NTSC), peningkatan warna serta menggunakan teknologi pelarasan pixel level yang dinamik. 
  • Menerapkan eye care mode yang dapat menapis sinaran blue (Blue Ray) untuk penjagaan mata bagi mereka yang selalu menghadap handphone. Bagus kan!
  • Mempunyai microfon tambahan untuk penindasan gangguan bunyi bising dan menghasilkan suara yang jelas dan kuat apabila berkomunikasi melalui hands-free.
  • Memiliki pembesar suara yang memberikan kuasa bunyi muzik yang berkualiti tinggi.

5. KOMUNIKASI PINTAR DENGAN 2 ATENNA DAN WIFI YANG LAJU

Pergi mana-mana pun signal talian dan Wi-Fi tu penting kan! Memiliki 2 attena dan Wi-Fi yang laju adalah salah satu kelebihan yang korang perlu tahu. 

  • Mempunyai 2 Atenna (Smart Double Antenna Switch) untuk dapatkan signal komunikasi yang lebih kuat untuk memastikan pengguna menerima sebaik mungkin. 
  • Dengan adanya  Smart Dual-Band Wi-Fi Switching dapat menyokong 2.4GHz sehingga 5GHz. Dah cukup laju dah tu.
  • Membantu dan memudahkan pengguna untuk menyambung ke talian tempatan dengan cepat ketika bercuti di luar negara.

6. MEMILIKI KAWALAN PINTAR UNTUK PERALATAN ELEKTRIK.

Yang ni sangat menarik untuk dikongsikan dan boleh dijadikan sebab utama untuk memiliki Honor 8. 
  • Kawalan pintar (smart control 4.0) mampu mengawal peralatan elektrik seperti penghawa dingin, TV dan lain-lain. Ciri-ciri ini mempunyai peranti sokongan yang dikeluarkan oleh lebih 5000 jenama antarabangsa dan lebih daripada 230, 000 model antarabangsa. Wow! Hebat dan canggih!

7. SISTEM PENGIMBAS CAP JARI YANG PANTAS DAN SISTEMATIK

Fiza percaya setiap pengguna yang memiliki handphone mesti ada ada password untuk dibuka. Dan sistem pengimbas cap jari yang lebih bagus dari sistem password tu sebabnya kalau orang lain tahu password dah boleh buka tapi kalau menggunakan cap jari memang tuan punya handphone je boleh buka. Salah satu ciri-ciri keselamatan barangan peribadi perlu di fikirkan juga ye. Penting sangat tu! Apa yang Honor 8 berikan untuk sistem Finger Print ni?
  • Unlock handphone sepantas 0.4 saat je!
  • 3D finger print (cap jari)
  • Disokong dengan NFC Tag read N write, P2P transfer dan SIM/HCE-based mobile payment

8. PRESTASI CPU YANG TERBAIK

Honor 8 memiliki prestasi Unit pemprosesan Pusat (CPU) yang bagus bagi mengatasi masalah handphone yang kerap tersangkut dan lembap.
  • Honor 8 dikuasakan oleh 2.3 GHz CPU OCTA-core serta memiliki 4GB LPDDR4 RAM yang. Sangat sesuai untuk multitasking dan pemain games tegar!
  • Mengandungi 15 co-processor yang mampu meningkatkan kelajuan pemprosesan, masa tindak balas dan jangka hayat bateri. Secara ringkasnya laju!


Dan sebenarnya banyak lagi sebab untuk dapatkan Huawei Honor 8 ni. Tapi cukuplah dulu 8 sebab ni. Bagi yang dah teruja dengan Honor 8 ni, boleh dapatkan Honor 8 dengan harga yang berpatutan di Lazada  yang dikeluarkan dalam 2 pilihan dalam 4 warna iaitu hitam, putih, biru dan gold.

1. Honor 8 (4GB RAM + 64GB ROM) 
Percuma : Honor Band SS + Protective Cover (RM498.00). 
RM1,899.00

2. Honor 8 (4GB RAM + 32GB ROM) 
Percuma : Selfie Stick + 5000mAh Powerbank + Protective Cover (RM294.00). 
RM1,699.00 

UNTUK PEMBELIAN HUAWEI HONOR 8

Satu lagi berita baik yang nak Fiza kongsikan juga, Lazada bakal buat MYCyberSale diskaun sehingga 95% bermula 26 September 2016 sehingga 30 September 2016. Jadi, bolehlah beli Huawei Honor 8 ni kan.

[Klik banner untuk maklumat lanjut]

DON'T MISS

Islamic, Isu Semasa, Malaysia
© Blog Sihatimerahjambu
si merahjambu