Gadgets

Siaran Lansung Live Stream Malaysia vs Vietnam Separuh Akhir Piala AFF B-23 (U23) 24 Ogos 2023

Perlawanan antara pasukan Malaysia menentang Vietnam, perlawanan seterusnya yang dinantikan oleh peminat bolasepak tanahair. Perlawanan Malaysia vs Vietnam dalam saingan Separuh Akhir Kejuaraan Piala AFF B-23 merupakan perlawanan tumpuan bagi menentukan pasukan manakah yang akan layak ke peringkat Akhir. 

Malaysia vs Vietnam

Malaysia selaku juara Kumpulan B akan berdepan Vietnam, juara Kumpulan C pada aksi Separuh Akhir 1 (Semi Final 1) yang akan berlansung pada 24 Ogos 2023, jam 4:00pm (TH), jam 5:00pm (MY) yang berlansung di Stadium Rayong Provincial, Thailand.

Satu lagi aksi separuh akhir 2 (semi Final 2) menyaksikan tuan rumah, Thailand selaku juara Kumpulan A menentang Indonesia, pasukan tempat kedua terbaik di stadium sama pada jam 8:00pm (TH), jam 9:00pm (MY).  

Diharapkan anak buah kendalian jurulatih E. Elavarasan dapat mempamerkan aksi yang cemerlang dalam perlawanan menentang Vietnam. Perlawanan tumpuan yang akan berlansung sengit dan juga tugas berat buat Skuad Harimau Muda.

Penonton di rumah boleh menyaksikan perlawanan ini secara online live streaming yang dibawakan secara lansung dari Stadium Rayong Provincial, Thailand menerusi TV Sukan RTM di RTM Klik.

Siaran Lansung Live Malaysia vs Vietnam Separuh Akhir Kejuaraan Piala AFF B-23 24 Ogos 2023


Siaran Lansung Live Malaysia vs Vietnam Separuh Akhir Kejuaraan Piala AFF B-23 24 Ogos 2023

Tempat : Stadium Rayong Provincial, Thailand
Tarikh : Khamis, 24 Ogos 2023
Waktu siaran : jam 4:00pm (TH), jam  5:00pm (MY), pra rancangan jam 4:50 malam
Siaran TV : Sukan TV RTM

Keputusan masa penuh Malaysia vs Vietnam Separuh Akhir Kejuaraan Piala AFF B-23

Keputusan perlawanan antara Malaysia vs Vietnam Piala AFF B-23 secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : MALAYSIA (1) - (3) VIETNAM
Dinh Xuan Tien 8' 44'
Nguyen Quoc Viet 32'

Alif Ikmalrizal Anuar 49'

Pasukan Malaysia akan meneruskan saingan ke perlawanan penentuan tempat ketiga pada hari Sabtu, 26 Ogos 2023.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.