Hari Jumaat dua minggu lepas ambil anak buah di KKNC, lepas tu singgah makan malam di Gastrohub Nilai. Sebenarnya dah lama juga nak makan di sini. Lepas tu baca pula review dari blog Kak SK. 

Dah 2 kali singgah nak makan di sini tapi masa tu tengok parkir penuh of course lah full house kan. Ini kalilah baru dapat singgah makan. Kebetulan macam tak penuh sangat parkir kereta tu. Jomlah kita!
  Gastrohub Nilai

Gastrohub

Gastrohub Nilai terletak di Persiaran Korporat, Bandar Baru Nilai. Mula dibuka sekitar September hingga Oktober 2020. Restoran ini berkonsepkan rumah kaca (glasshouse) yang popular dengan gabungan menu barat (Western) serta menu masakan tradisional Melayu.

Entrance Gastrohub Nilai

Pintu masuk Gastrohub. Seni bina rumah kaca ala gaya industri. Cantik dengan dinding batu bata merah, batu angin dan tiles moroccan. Suasana di Gastrohub ni buat kita rasa tertarik nak datang menjamu selera di sini.

Masuk je disambut mesra dan tanya berapa orang. Lepas tu dia tanya nak duduk dalam atau luar. Kami memilih untuk untuk didalam je lah. Bila dah masuk, rasa menyesal pula pilih kat ruang dalam sebab macam ramai orang. Macam rasa padat pula bila ramai orang ni. 

Malas nak patah keluar dan cari meja di luar, kita teruskan je lah makan di dalam. Pilih menu melalui QR yang disediakan di meja, kemudian tulis pesanan tu pada kertas yang disediakan. Bagi kertas pesanan pada pekerja untuk proceed order.

Saya order classic latte panas. Betul-betul classic rasa kopi latte panas dia. Terasa kepahitan kopi dia tapi tak terlalu kuat. 

Calssic Caramel Latte Gastrohub Nilai

Anak buah kata dia tak nak makan berat-berat sebab kenyang lagi katanya. Saya pun kurang selera makan. Jadi, kami makan kongsi-kongsi je lah untuk elakkan pembaziran. 

Nampak menarik pemanis mulut longan sea coconut ni dalam buku menu. Sekali sampai, rupa paras dia kurang sikit tapi rasa dia sedap juga. Menyegarkan tekak. 

Pastikan kena kacau sebati baru menikmatinya sebab kalau tak kacau nanti hujung-hujung rasa manis sebab gula masih di dibawah. Kami kongsi bertiga, itupun jenuh habiskan untuk satu porsi mangkuk ni.

Longan Sea Coconut Gastrohub Nilai

Encik Suami pilih mushroom fried rice with grilled chicken chop. Saya tak rasa nasi gorengnya sebab macam tak selera makan kan. Makanan sedap pun jadi tak selera makan. Encik Suami kata biasa je nasi gorengnya.

Mushroom fried rice with grilled chicken chop Gastrohub Nilai

Comot sikit pinggan, tolak markah food presentation dia. Saya order marinated grilled chicken chop with potato salad. Isi ayam yang juicy tak kering, rasa perapan pun sedap. Cuma saiz ayam dia kecil saiz remaja gitu.

Sos blackpepper, potato salad, mashed potato semua sedap. Saya makan kongsi dengan anak buah. Jagung tu encik suami habiskan. Alhamdulillah tiada pembaziran berlaku.

Marinated Grilled Chicken With Potato Salad Gastrohub Nilai

Walaupun tak ada selera tapi marinated grilled chicken tu sedap dan berselera juga makan. Tak mengecewakan lah kiranya kan. 

Cuma yang kecewanya tu sebab ruang dalam ni agak ramai orang dan suasananya agak bising. Rasa macam tak tenang gitu. Meja kami pula jarak dia agak dekat juga dengan meja sebelah-sebelah. Macam kurang privacy sikit lah. Boleh dengar orang meja sebelah sembang.

Makan Malam di Gastrohub Nilai

Ada juga yang meja jarak jauh sikit. Tapi untuk kami bertiga, ni je yang ada meja kosong masa ni. takpelah, kita fikir nak makan je. 

Makan Malam di Gastrohub Nilai

Ehh..tengok gambar tiba-tiba ikut tema pula. Blue black, brown dan grey. Terasa macam muka semakin membulat walaupun kurang selera makan. 

Candelier Gastrohub Nilai
candelier @Gastrohub Nilai

Total semuanya RM103.10 termasuk service charge dan SST. Macam biasa, harga standard Cafe gitu. 

Harga Menu di Gastrohub Nilai

Selain untuk dine in, Gastrohub juga boleh disewa untuk acara tertentu iaitu pertunangan, pernikahan, perkahwinan, hari jadi, akikah, makan malam dan macam-macam lagi lah. Ada juga kemudahan lain yang disediakan.

Gastrohub Nilai Event Space

Untuk yang dine-in. Ini waktu operasinya.

Waktu operasi Gastrohub Nilai