Sabah Vs KL City Live Streaming Piala FA 2023 Suku Akhir (Quarter Final) 28 Mei

Azhafizah MN
By -
0
Perlawanan ketiga Piala FA 2023 dalam pusingan Suku Akhir Piala FA 2023 melibatkan pasukan Sabah FC dan Kuala Lumpur, KL City FC yang dijadualkan akan berlansung pada hari Ahad, 28 Mei 2023 pukul 5.45 petang bertempat di Stadium Likas, Sabah.

Skuad The Rhinos, Sabah FC selaku tuan rumah akan menerima kunjungan Skuad The City Boys, KL City dalam saingan perlawanan Suku Akhir Piala FA 2023 merebut tempat kelayakan ke Separuh Akhir Piala FA 2023 dengan format kalah mati.

Dalam pusingan 16 terbaik, Pasukan Sabah FC telah berjaya mencetak 2 gol menumpaskan pasukan Kelantan United FC tanpa jaringan gol.

Pasukan Kuala Lumpur, KL City FC juga berjaya memboloskan 2 gol tanpa balas dalam aksi pusingan 16 terbaik menewaskan pasukan Imigresen FC, pasukan Liga M3 Malaysia.

Bagi rekod dalam carta Liga Super 2023, pasukan Sabah FC dan KL City FC berada di kedudukan terbaik dan pastinya akan memberikan saingan yang sengit dalam aksi perlawanan Suku Akhir Piala FA 2023.

2 pasukan yang telah berjaya merebut tempat dalam peringkat Separuh Akhir Piala FA 2023 ialah pasukan Terengganu dan Selangor yang telah menang dalam perlawanan Suku Akhir Piala FA 2023 pada 27 Mei 2023.

Negeri Sembilan vs Selangor suku akhir Piala FA 2023

Dua perlawanan akan berlansung pada hari ni, 28 Mei 2023 melibatkan 4 pasukan iaitu Sabah FC vs KL City FC dan satu lagi perlawanan antara JDT dan Penang FC. Pasukan manakah yang akan merebut 2 tempat lagi dalam saingan Separuh Akhir?

Saksikan perlawanan Siaran Lansung Sabah Vs KL City Live Streaming Piala FA 2023 Suku Akhir (Quarter Final) pada hari Ahad, 28 Mei pukul 5.45 petang di Stadium Likas, Sabah.

Pembelian tiket perlawanan Sabah FC Vs KL City FC

Untuk menyaksikan perlawanan Sabah FC vs KL City di Stadium Likas, penyokong dan peminat pasukan Sabah FC dan KL City FC boleh mendapatkan tiket masuk secara online melalui laman web rasmi www.tickethotline.com.my.

Siaran Langsung Suku Akhir Piala FA 2023

Penonton dirumah boleh menyaksikan siaran lansung Suku Akhir (Quater Final) Piala FA 2023 antara pasukan Sabah FC menentang pasukan Selangor FC secara lansung yang disiarkan percuma menerusi saluran TV Okey dan Sukan RTM. Juga boleh tonton Siaran Lansung live streaming online Suku Akhir Sabah FC vs Selangor FC menerusi platform RTM Klik.

Bagi pelanggan astro, boleh menonton Sabah FC vs KL City live di saluran 801 astro ARENA BOLA dan saluran 804 astro ARENA BOLA 2. Atau tonton secara live streaming online dengan astroGo secara percuma. 

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, boleh tonton perlawanan Sabah FC Vs Selangor FC Live Streaming Suku Akhir (Quater Final) Piala FA 2023 di platform penstriman Sooka dengan melanggan pas 1 perlawanan dengan harga RM7.90.

Sepak mula bermula pukul 5.45 petang dan pra perlawanan akan bermula seawal jam 5.30 petang.

Sabah Vs KL City Live Streaming Piala FA 2023 Suku Akhir 28 Mei

Siaran lansung Sabah FC vs KL City FC Live Streaming

Waktu siaran : Ahad, 28 Mei 2023 pukul 5.45 petang
Tempat : Stadium Likas, Sabah
Siaran TV/ Platform penstriman : astro ARENA (CH801), astro ARENA BOLA 2 (CH804), astroGO, TV Okey, Sukan RTM dan Sooka
Link streaming LIVE : TV OkeySukan RTMSooka

Keputusan masa penuh perlawanan Sabah FC vs KL City FC Piala FA 2023 (QF)

FT : SABAH FC (1) - (2) KL CITY FC
 Gabriel Peres (P) 6'
 Romel Morales 29'
 T.Saravanan 44'

Tahniah pasukan Kuala Lumpur City FC berjaya mara ke peringkat separuh akhir Piala FA 2023.

Tags:

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)