Penang vs KL City Live Streaming 8 Jun 2023 LS14

Azhafizah MN
By -
0
Perlawanan seterusnya hari kedua minggu keempat belas Liga Super 2023 menyaksikan pertembungan antara pasukan Penang FC menentang Kuala Lumpur, KL City FC yang dijadualkan berlansung pada hari Khamis, 8 Jun 2023 jam 9.00.

Skuad The City Boys akan berkunjung ke gelanggang tuan rumah Skuad Harimau Kumbang di Stadium Bandaraya Pulau Pinang untuk mendapatkan 3 mata berharga dalam saingan Liga Super 2023.

Pada perlawanan yang lalu LS13, gawang gol pasukan tuan rumah Penang FC bolos 2 gol hasil daripada sepakan Corbin-Ong di minit 18 dan juga Fernando Forestieri pada minit 85. Menjadikan pasukan JDT, Harimau Selatan kekal gah di atas memegang rekod tanpa kalah sepanjang separuh musim Liga Super 2023. 

Dengan kekalahan tersebut, Penang FC turun satu anak tangga dengan 14 mata. Pastinya pasukan Penang FC akan bangkit semula memberikan saingan sengit menentang pasukan Kuala Lumpur City untuk menambah mata setelah gagal menentang JDT.

Pasukan Kuala Lumpur City FC pula beraksi cemerlang menentang Sri Pahang dengan membawa pulang 3 mata penuh dalam perlawanan LS13 dan masih kekal di tangga ke 6 dalam carta Liga Super 2023.


Pembelian tiket perlawanan Penang FC vs KL City FC

Penyokong pasukan bola sepak Penang FC dan KL City FC yang ingin menyaksikan perlawanan Penang FC vs KL City FC Liga Super 2023 LS14 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, boleh mendapatkan tiket secara online melalui laman rasmi www.tickethotline.com.my.

Siaran Langsung/ Live Streaming Penang FC vs KL City FC Liga Super 8 Jun 2023 LS14

Penonton di rumah juga boleh menonton Siaran Lansung Liga Super 2023 Penang FC vs KL City FC secara lansung menerusi saluran TV2 dan Sukan RTM. 

Atau boleh tonton secara online menerusi platform RTMKlik, aplikasi RTMKlik dan juga penstriman Sooka seawal jam 8:45 malam bermula dengan siaran pra perlawanan secara percuma untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Untuk menonton perlawanan LS14 2023 yang lain di platform penstriman Sooka, boleh melanggan pas 1 perlawanan dengan harga RM7.90.

Penang vs KL City Live Streaming 8 Jun 2023 LS14

Live Penang FC vs KL City FC (LS14)

Waktu siaran : Khamis, 8 Jun 2023, pukul 9.00 malam
Tempat : Stadium Bandaraya Pulau Pinang
Siaran TV/ Platform penstriman  : TV2, Sukan RTM dan Sooka

Keputusan masa penuh perlawanan Penang FC vs KL City FC Liga Super 2023 (LS14)

FT : PENANG FC (1) - (1) KL CITY FC
Kipré Tchétché 7'
 Giovane Gomes 45+1'
 

Tags:

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)