Gadgets

Siaran Langsung Live Streaming Perak vs JDT Piala Malaysia 2023 (SF-1)

Siaran Langsung Live Streaming Perak vs JDT Piala Malaysia 2023 (SF-1)

Saingan Piala Malaysia 2023 kembali berlangsung di peringkat Separuh Akhir Pusingan Pertama/ Semi Final-1st Leg (SF-1). Aksi pembukaan perlawanan separuh akhir pertama menyaksikan pasukan Perak melawan pasukan kelab bolasepak Johor Darul Ta'zim, JDT.


Perak vs JDT

Pertembungan antara Perak vs JDT dijadualkan berlangsung pada 20 Oktober 2023, hari Khamis jam 8:15 malam bertempat di Stadium Perak, Ipoh.

Perlawanan ini merupakan pertembungan ketiga pasukan Perak dan JDT. 2 kali dalam kempen Liga Super dan yang ketiga ini dalam saingan Piala Malaysia.


Mengikut rekod kedua-dua perlawanan tersebut, JDT telah menumpaskan pasukan Perak dengan meledak 5 gol ke gawang Perak tanpa balasan untuk kedua-dua perlawanan.

Laluan yang mencabar buat pasukan Perak bertemu Juara bertahan, JDT pada peringkat akhir pusingan pertama ini. Namun, selaku tuan rumah memberi kelebihan buat pasukan Perak bermain di halaman sendiri.

Sungguhpun begitu, skuad Harimau Selatan (JDT) akan terus memburu kejayaan bagi mempertahankan kemenangan dan membawa bekalan selesa untuk aksi timbal balik di separuh akhir pusingan kedua nanti pada 2 November depan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor.

Siaran langsung Live Streaming Perak FC vs JDT Piala Malaysia 2023 (SF-1)

Penonton di rumah boleh menyaksikan perlawanan antara Perak lawan JDT secara langsung percuma menerusi TV Okey, Sukan RTM, saluran 801 Astro Arena, saluran 803 Astro Arena Bola dan live streaming online di internet menerusi RTMKlik, Astro GO dan Sooka.

Tonton secara online menerusi platform Sooka seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra rancangan.

Tempat : Stadium Perak, Ipoh
Waktu siaran : Khamis, 19 Oktober 2023, jam 9:00 malam
Siaran lansung : TV Okey, Sukan RTM, Astro Arena (CH801), Astro Arena Bola (CH803)
Live streaming : RTMKlik, Astro Go dan Sooka

Info Tiket Perlawanan

Tiket untuk perlawanan Perak vs JDT pada 19 Oktober 2023 yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh boleh didapati menerusi laman rasmi tickethotline.com.my.

Keputusan masa penuh

Keputusan perlawanan antara Perak vs JDT dalam saingan Separuh Akhir Pusingan Pertama/ Semi Final-1st Leg (SF-1) Piala Malaysia 2023 secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : PERAK FC/ PRK (1) - (4) JOHOR DARUL TA'ZIM/ JDT
Óscar Arribas 7’
 Arif Aiman 12’
Shahrul Saad 71’

Luciano Guaycoachea 76’
Nazmi Faiz 80’

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.