Siaran Lansung Perak Vs JDT Live Streaming LS7 2023

Perak FC vs JDT (Johor Darul Ta'zim) merupakan perlawanan ke-45 dalam saingan minggu ke-7 (LS7) Liga Super 2023. Perlawanan antara Perak FC vs JDT akan berlansung pada pada hari Selasa, 4 April 2023, pukul 10:00 malam bertempat di Stadium Perak dimana pasukan Perak FC, skuad Seladang @The Bos Gaurus (TBG) bakal menerima kunjungan Johor Darul Takzim (JDT).

Dalam rekod sebelum ini, Skuad Seladang mengalami dua kekalahan menerusi dua aksi terakhir menentang Penang FC dan Pahang FC bakal berdepan dengan ujian getir berdepan dengan Skuad Harimau Selatan, JDT.

Pembelian tiket Perak FC Vs JDT

Peminat bola sepak yang ingin menyaksikan perlawanan Perak FC Vs JDT Liga Super 2023 di Stadium, boleh buat pembelian tiket masuk secara online melalui www.tickethotline.com.my.

Siaran Langsung Liga Super 2023

Siaran lansung Liga Super 2023 antara Perak FC menentang JDT secara lansung akan ditayangkan di saluran 804 astro ARENA BOLA 2 atau tonton secara live streaming online dengan astroGo secara percuma hanya khas untuk pengguna astro sahaja.

Jika bukan pelanggan astro, boleh menyaksikan Perak vs JDT Live Streaming LS7 2023 di platform penstriman Sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel dengan melanggan pek Liga Malaysia. Ada 2 pilihan iaitu pas 1 perlawanan dengan harga RM4.90 atau pas bulanan dengan harga RM28.90.

Live Perak FC vs JDT (LS7)

Waktu siaran : Selasa, 4 April 2023, pukul 10:00 malam
Tempat : Stadium Perak
Siaran TV/ Platform penstriman : astro ARENA BOLA 2 (CH804), astroGO dan Sooka

siaran lansung perak vs JDT live streaming LS7 2023

Keputusan masa penuh perlawanan Perak FC vs JDT Liga Super 2023 (LS7)


FT : PERAK FC (0) - (5) JDT
 Hasnul Zaim (OG) 5'
Leandro Velázquez (P) 25', 90+2'
Diogo Luís Santo 45'
 Bérgson Gustavo Silveira da Silva 66'


Rekod terkini, Skuad The Bos Gaurus (TBG), Perak berada di kedudukan ke-8 dan Skuad Harimau Selatan, JDT masih kekal di tempat pertama dalam saingan Liga Super 2023. Berjayakah Skuad Harimau Selatan membawa pulang 3 mata dan mengekalkan di kedudukan pertama, saksikan perlawanan Perak FC vs JDT malam ini pukul 10:00 malam di saluran 804 ARENA BOLA 2 , astro Go dan Sooka.

2 comments:

  1. berebut rebut nak dok depan tibi bebdk kat rumah ni... excited nak tgk bola, rupanya ada JDT..patut la isk

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.