Gadgets

Koleksi Pantun 4 Kerat Hari Malaysia 2023 Yang Menarik

Menjelang sambutan Hari Malaysia 2023 ke-60 tahun ini, sudah pasti setiap rakyat Malaysia akan mendedikasikan ucapan Selamat menyambut Hari Malaysia 2023 sebagai caption di halaman media sosial facebook, Twitter, Instagram, Threads, TikTok dan juga WhatsApp.


Sempena sambutan Hari Malaysia 2023 dengan Tema "Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan", berikut koleksi pantun 4 kerat yang menarik untuk dijadikan caption ucapan Selamat Hari Malaysia 2023 ke-60.

Koleksi Pantun 4 Kerat Hari Malaysia 2023 Yang Menarik

Koleksi Pantun Hari Malaysia 2023 Yang Menarik

Pantun Hari Malaysia 1

Walau di mana kita berada,
Bumi dipijak langit dijunjung,
Malaysia mekar gemilang persada,
Maruah negara tetap disanjung.

Pantun Hari Malaysia 2

Singgah di dahan si burung Belatuk,
Dahan yang kuat lagi kukuh,
16 September Malaysia dibentuk,
Berbilang bangsa kekal Utuh.

Pantun Hari Malaysia 3

Negara Malaysia sudah merdeka,
Terkenal megah di seluruh dunia,
16 September Hari Malaysia,
Bersatulah hati kita semua.

Pantun Hari Malaysia 4

Lima prinsip Rukun Negara,
Lagu Negaraku jangan dilupa,
Sebagai seorang rakyat Malaysia,
Janganlah kita mengabaikannya.

Pantun Hari Malaysia 5

Rukun Negara di amal sentiasa,
Tonggak pegangan jiwa rakyatnya,
Hari Malaysia diraikan kita,
Semoga Malaysia sejahtera selamanya.

Pantun Hari Malaysia 6

16 September Hari Malaysia,
Disambut penuh dengan keriangan,
Rakyat Malaysia amalkan perpaduan,
Ayuhlah kita teruskan perjuangan

Pantun Hari Malaysia 7

Bahasa Melayu bahasa kebangsaan,
Simbol perpaduan kita semua,
Bersatu hati mencapai wawasan,
Maruah negara kita pelihara.

Pantun Hari Malaysia 8

Merah putih kuning dan biru,
Jalur Gemilang tanah airku,
Berkibar megah di segenap penjuru
Lambang perpaduan bersatu padu,

Pantun Hari Malaysia 9

Dari Perlis hingga ke Sabah,
Negara makmur rakyat mewah,
Nama Malaysia berdiri megah,
Terus gemilang bumi bertuah.

Pantun Hari Malaysia 10

Pelbagai bangsa pelbagai budaya,
Hidup bersatu aman sentosa,
Ayuh kita rakyat Malaysia,
Bersatu hati jiwa bangsa.

sumber : theinspirasi


No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.