Perempuan Dan Shopping Tudung Tak Dapat Dipisahkan

Azhafizah MN
By -
10
Perempuan dan shopping tudung tak dapat dipisahkan. Setuju tak? Pantang nampak tudung baru yang terkini dan warna menarik pula tu. Selagi tak membeli, selagi tu berlegar legar dalam kepala otak ni. Tak tenteram tau!

Koleksi Shawl Alhumaira

Saya jarang beli tudung baru melainkan kalau ada tudung baru yang saya suka dan warna yang saya minat. Baru-baru Alhumaira ada keluarkan semula shawl Basic Premium dengan 21 warna baru.

Ehh..kita pun tak sabar nak membeli. Suka dengan material shawl basic premium Original Korean Chiffon yang tak jarang dan berat. Bila pakai pun mudah terbentuk dan flowy.

Saya beli 1 Shawl basic premium dan 2 helai Shawl Emma untuk dipadankan dengan tema majlis kahwin anak buah nanti. Shawl Emma ni pun best juga material linen chiffon blend yang berat dan flowy sangat. 

tudung alhumaira

Shawl Emma
  • Dusty Pink
  • Agate Gray
Shawl Basic Premium
  • Dusty Grape

tudung alhumaira

Saya memang suka warna dusty dusty ni. Tak tahulah kenapa. Dia sesuai dengan saya dan tak menyerlah sangat kot kan.

Beli shawl dusty pink dan agate gray untuk tema majlis kahwin anak buah nanti, temanya rose gold dan grey. Tak tahu lagi nak pakai baju grey tudung pink atau baju pink tudung grey. Jadi kita beli dua senang nak matchy matchy nanti.

Tambah koleksi basic premium shawl warna dusty grape sebab warna tu rare. Boleh tak bagi alasan macam tu. Hehe...

EMMA
Material : Linen Chiffon Blend.
Size : Width 68 cm est, Length 188 cm est.

Luxury in simplicity. The kind of serendipitous essence that might be nothing at a glance. Nevertheless is indeed the most sophisticated beauty. Easily what Emma represents. Allowing you to bring the best version of you no matter the occasion.

And for that, we have created Emma with linen chiffon blend material that’s soft, easy to style while giving out the crowning drapes that you’ll love with envy. Emma comes in 24 colours that suit you any day, anytime.

BASIC PREMIUM
Material : Original Korean Chiffon.
Width 70 cm est, Length 188 cm est.

Our exclusive Basic Premium is now back for you to grab with 21 stunning colors!

Created with Original Korean chiffon as material, it is a must-have collection which is perfect for your go-to wardrobe. Styling made easy with Alhumaira Basic Premium as it is flowy and drapes gracefully. We give you the freedom to express your style and mode with our premium plain shawl collection because we know Alhumaira Basic Premium is the absolute collection to complement your daily look anytime for every occasion!

We give the finishing touch of baby seam to assure you the finery and clean-cut look. With Alhumaira Basic Premium, your comfort and style are promised!

Macam biasa, setiap helaian tudung dibungkus dalam kotak asing asing. Sangat exclusive ye.

tudung shawl alhumaira

Rambang mata nak pilih warna shawl di website Alhumaira. Setiap minggu, Alhumaira akan keluarkan tudung terbaru. matilanak kalau nak shopping tudung baru setiap minggu. Ada bajet baru kita masuk bakul. Harga tudung alhumaira standard harga kedai butik. Boleh tengok di website.

Selain material shawl yang best di alhumaira.com, ada disediakan tutorial tudung alhumaira, cara pakai tudung koleksi Alhumaira. 

Sejak berkenan dengan koleksi Shawl Alhumaira ni dah tak membeli kat tempat lain. Pernah beli tempat lain tapi kecewa material dia tak best. Alhumaira juga jadi pilihan hati. 

Perempuan ni pantang nampak tudung cantik. Terus rasa nak membeli dengan alasan tak ada tudung. Padahal...
sila sambung ayat sendiri.

Tags:

Post a Comment

10Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Lain orang lain citarasanya kan Fizah. Kalau dah sedap pakai, memang tak tukar beli di tempat lain. Kak Amie jenis pakai sarung saja heheheee.... tak berapa pandai pakai shawl.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul Kak Amie.Tudung sarung senang lagi. Tapi itulah rasa macam tak sesuai kalau saya pakai...Dah biasa pakai shawl mungkin. Tudung bawal pun tak pakai dah.

      Delete
  2. Entah macam pelik sebab warna pun ada macam-macam jadi macam tidak cukup tudung kalau padan dengan baju mesti warna ada lari sedikit. Hehe macam merah jambu pun ada terang, gelap, pudar atau macam warna salmon.
    Akak pun ikuti FB Alhumaira. Asalnya cari sarung tangan tapi rupanya jual tudung juga. Macam-macam jenis juga ya tudung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, satu warna tu kena ada banyak tona untuk dipadankan. Ye, ada tudung instant juga.

      Delete
  3. amboiiiiii patut laa ada bau kedai smpi sini😉😉😉 sy pun sm. rs nya dah boleh bli 1 almari khas utk tudung je😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..berbau sampai sana ek...Itulah tu, macam kena ada tempat khas untuk tudung sahaja. Itu belum baju lagi. huhu...perempuan oh perempuan...

      Delete
  4. lama betul rasanya tak beli tudung dan baju baru. tak pandai pakai shawl, kalau tak nak cuba juga brand ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang musim raya baru nak beli baru kan Sal. Sesekali je lah kalau ada event baru nak membeli..Saya dulu peminat tudung bawal tapi entahlah..sekarang suka shawl pulak. hehe...

      Delete
  5. cantik warnanya.. tak pernah beli lg brand ni. yg byk dlm almari ariani dgn tudung people. hehe lps tu tak beli tudung dh sbb dh byk

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah tersuka dengan warnanya. Tudung people tak pernah beli lagi. Tapi banyak juga tudung people yang menarik. Nanti lah nak cuba beli sehelai dua.

      Delete
Post a Comment